TERKINI :

Monday, July 14, 2014

Aduhai Nak Tembak Penceroboh Pun Kena Mintak Kebenaran Putrajaya...letih la lagu nie..!!!

Pasukan keselamatan diberi kuasa tembak penceroboh, kata Zahid

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berkata pasukan keselamatan diberi kuasa untuk menembak mana-mana pihak yang didapati menceroboh perairan negara.

"Kerajaan tiada sebarang masalah jika itu (menembak) boleh halang penceroboh daripada memasuki Malaysia," katanya kepada pemberita, di Kangar hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar yang meminta kerajaan membenarkan pasukan keselamatan menembak mana-mana pihak atau kumpulan yang menceroboh perairan Sabah.

Kenyataan Abdul Aziz itu menyusuli kejadian serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata berat di Pulau Mabul, Semporna pada Sabtu lepas yang mengorbankan seorang anggota polis marin manakala seorang lagi dilarikan.

Mengulas lanjut, Zahid berkata penceroboh menghubungi pihak berkuasa pagi tadi untuk memaklumkan anggota polis yang diculik itu dalam keadaan selamat, namun soal wang tebusan tidak disebut.

Khalid Ibrahim Akan Ditukar Sebelum Anwar Dipenjarakan?

Shahbudin Husin,

http://1.bp.blogspot.com/-bUpxUImxlDk/Uw5XI8BJdSI/AAAAAAAAZ6w/Qz7qMaGqBAs/s1600/MB-Anwar.jpg
Nampaknya pertukaran jawatan Menteri Besar Selangor sudah tidak dapat dielakkan lagi. Ia hanya bergantung kepada masa saja. Mungkin cepat, mungkin juga lambat. Penegasan terbaru Anwar Ibrahim mengenainya amat jelas membawa maksud bahawa Khalid Ibrahim pasti akan ditukarkan.

Dalam reaksi terbarunya mengenai kedudukan Khalid Ibrahim, terutama selepas Menteri Besar Selangor itu menghadiri majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Najib Razak, Anwar berkata, PR tidak akan tergesa-gesa melakukan pertukaran itu dan sedang berunding untuk mencari penyelesaiannya.

"Perbincangan ini dibuat secara tertutup, lebih baik kita tanganinya dengan tertib dan teratur. Persefahaman sudah ada, tapi saya tak fikir kita perlu tergesa-gesa," tegas Anwar lagi.

Dalam masa yang sama, Anwar juga memberitahu bahawa Khalid telah memaklumkan kepadanya dan juga Dr Wan Azizah selaku Presiden PKR mengenai kehadirannya di majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri dua hari yang lalu dan beliau jelas tidak bimbang mengenainya.

Apa yang dapat difahami daripada kenyataan Anwar ini ialah Khalid Ibrahim tetap akan ditukarkan apabila tiba waktunya yang sesuai dan Langkah Kajang yang digerakkan beberapa bulan lalu tetap akan dilaksanakan. Yang keduanya, pertukaran itu tetap akan dilakukan kerana sudah ada persefahaman mengenainya.

Bolasepak, Brazil Dan UMNO

oleh Shahbudin Husin,


Piala Dunia 2014 telah pun melabuhkan tirainya. Sebagaimana yang diketahui, Jerman telah pun muncul juara dengan menewaskan Argentina 1-0 dalam perlawanan akhir yang mendebar dan menghiburkan semua peminat bolasepak di seluruh dunia. Atas semangat berpasukan yang tinggi dan bagaimana gigihnya Jerman mencipta pelbagai produk yang diterima di seluruh dunia seperti Mercedes, BMW dan Audi, begitulah juga gigihnya mereka berusaha mencipta kemenangan kali ini.

Kemenangan Jerman sememangnya layak dimiliki berdasarkan prestasi pasukan itu sejak peringkat awal lagi. Tanpa bintang utama yang menjadi pujaan dunia, satu-satunya yang menjadi sandaran mereka ialah semangat berpasukan di kalangan semua pemainnya.

Lantaran itu, kemenangan Jerman tidaklah mengejutkan. Yang lebih mengejutkan dalam Piala Dunia kali ini ialah prestasi pasukan Brazil. Bermain di negara sendiri dan bersandarkan kebanyakan pemainnya yang gah mencipta nama di Eropah dan dikenali di seluruh dunia, Brazil pada awalnya dijangka lebih berpotensi menjuarai Piala Dunia kali ini.

Malangnya, bukan saja piala kejuaraan jauh dari genggaman, malah kekalahan 1-7 ditangan Jerman adalah suatu episod yang memalukan bagi gergasi Amerika Selatan itu. Lebih buruk lagi, dalam penentuan tempat ketiga dan keempat pula, Brazil juga tewas 0-3 kepada Belanda.

Jangan dok buat dah, Tabur bunga di atas pusara amalan Yahudi, Kristian

Tabur bunga di atas pusara amalan Yahudi, Kristian
Tabur bunga di atas pusara amalan Yahudi, Kristian

KANGAR - Umat Islam yang menziarahi tanah perkuburan sempena Aidilfitri diingatkan supaya tidak menabur bunga di kuburan kerana ia amalan Yahudi dan Kristian.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jabatan Agama Islam Kedah, Sheikh Ahmad Faisol Omar berkata perbuatan itu menyalahi ajaran Islam.

Beliau mengingatkan demikian dalam tazkirahnya pada Program Percambahan Ilmu anjuran bersama Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bahagian Perlis, Pejabat Setiausaha Kerajaan Perlis dan Hotel Putra Palace di sini, hari ini.

Beliau seterusnya mengingatkan umat Islam agar banyak mengisi masa bulan Ramadan dengan membaca al-Quran untuk memperolehi ketenangan dan benteng menahan nafsu dan godaan iblis.

Ugut Tembak Mukhriz : Cybertropper Umno Dah Pun Ditahan Polis


Polis menahan seorang lelaki berusia 37 tahun di Shah Alam petang tadi berhubung ugutan untuk menembak Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir menerusi laman sosial Facebook baru-baru ini.

Ugutan sama turut dibuat terhadap Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Nashir Ya berkata, suspek berasal dari Alor Setar itu ditahan kira-kira pukul 5.45 petang tadi.

"Suspek akan dibawa ke Kedah bagi membolehkan keterangannya diambil," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Sebelum ini, satu akaun Facebook atas nama Padi Jantn yang diletakkan gambar dua pemimpin tersebut telah mengeluarkan komen berunsur ugutan.

Apa punya Undnag-Undang Bangang nie, penceroboh masuk kawasan kita tak boleh ditembak..!!

TLDM mohon kerajaan benar tembak penceroboh

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan memohon kepada kerajaan untuk membenarkan pasukan keselamatan melepaskan tembakan terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang menceroboh masuk kawasan perairan Sabah.

Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata cadangan peraturan itu sebagai salah satu usaha untuk menghalang kumpulan pengganas dari Filipina menceroboh masuk ke negara ini.

Beliau berkata peraturan sedia ada tidak membenarkan pasukan keselamatan menembak apabila ternampak (shoot on sight) yang menghalang pasukan keselamatan termasuk TLDM untuk membanteras kumpulan pengganas.

"Saya fikir sudah tiba masanya Peguam Negara harus memikirkan perkara ini supaya memudahkan pengawasan untuk keselamatan perairan negara di Pantai Timur Sabah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai insiden pencerobohan terbaru di Semporna, Sabah yang mengakibatkan seorang anggota polis marin terbunuh dan seorang lagi hilang dipercayai diculik.

Deepak oh Depak .. Ingatkan RM32juta..rupa-rupanya RM215juta...!!

PAS dakwa hutang ahli perniagaan Deepak Jaikishan kepada Bank Rakyat sebanyak RM215 juta, bukan RM32 juta seperti dilaporkan sebelum ini. Gambar fail The Malaysian Insider.
Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar mendakwa hutang ahli perniagaan Deepak Jaikishan kepada Bank Rakyat bukan RM32 juta, tetapi sebenarnya berjumlah RM215 juta.

Mahfuz berkata, semakan peribadinya mendapati RM32 juta itu adalah baki pinjaman daripada syarikat Carpet Tile Sdn Bhd milik Deepak, sedangkan ahli perniagaan itu juga pernah membuat dua lagi pinjaman berlainan kepada bank berkenaan.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, Deepak turut membuat pinjaman berjumlah RM198 juta melalui syarikat perumahan miliknya, Radiant Splendour Sdn Bhd dan pinjaman peribadi RM40 juta.

"Apa yang mengejutkan Deepak dan syarikat tersebut gagal menjelaskan ketiga-tiga pinjaman berdasarkan terma dalam perjanjian bagi setiap pinjaman sehingga satu perjanjian penyelesaian menstruktur semula semua pinjaman tersebut dibuat," katanya kepada pemberita, selepas menyerahkan memorandum kepada Bank Rakyat di Kuala Lumpur, hari ini.

Cara kenali barangan Israel melalui melalui ‘Barcode’

http://www.ekeleh.com

Boikot_Israel_Barcode
Tulisan bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin di akaun Facebook beliau.

“Orang yang menyatakan boikot produk Israel itu satu kebodohan dialah yang bodoh dan menjadi jurucakap Netanyahu.”

“Para pembela zionist termasuk yang ada di Malaysia ini gagal membeza antara ‘memboikot product Israel dan yang menyumbang kepada Israel’ dengan product orang yahudi. Kita tidak anti setiap individu yahudi sebagai satu bangsa tapi kita menentang Israel atas segala kejahatannya.”

Oleh itu bagaimana untuk kita mengenali produk keluaran Israel, Yahudi laknatullah tersebut. Rahsianya boleh diketahui melalui kodbar yang terdapat pada sesuatu produk. Tiga digit pertama kodbar yang terdapat pada sesuatu produk adalah merujuk kepada tempat produk/company didaftarkan.

Sampaikah sumbangan aku melalui NGO ini kepada rakyat Palestin?


Foto ihsan Facebook Aqsa SyarifKERAP juga Aqsa Syarif diajukan pertanyaan ini? Sampaikah? apakah jaminan sumbangan rakyat Malaysia yang disalurkan melalui NGO ini sampai kepada penduduk Palestin.

Soalan ini semakin relevan terutama apabila ada laporan dari Ketua Audit Negara yang menimbulkan persoalan mana perginya duit sumbangan untuk rakyat Palestin berjumlah lebih RM680k yang dikutip oleh satu kerajaan negeri pada tahun 2008 yang lepas - yang sehingga kini belum nampak bayangnya.

Baiklah Aqsa Syarif tidak ada sebarang maklumat tentang kutipan tabung Palestin yang dianjurkan oleh pihak lain. Walaupun Aqsa Syarif amat selesa dengan beberapa rakan NGO yang turut membantu rakyat Palestin dan pengalaman bekerjasama dengan erat bersama NGO-NGO ini memberikan tahap kepercayaan yang tinggi terhadap pengurusan tabung palestin.

Bagi pihak Aqsa Syarif kami ingin memaklumkan bahawa Aqsa Syarif meletakkan pertanggungjawaban yang tinggi di dalam menguruskan dana yang disumbangkan oleh rakyat Malaysia melalui Aqsa Syarif. Kami akan pastikan bahawa aspek ketelusan ini diberikan keutamaan dalam pengoperasian Aqsa Syarif. Aqsa Syarif sebagaimana badan-badan yang menguruskan dana bagi tujuan bantuan kemanusiaan di audit oleh juruaudit luar yang akan mengesahkan setiap transaksi kewangan berdasarkan kepada resit, bank statement dan juga invoice.

Penguatkuasaan ‘pilih kasih’...sana tak boleh sini boleh..!!

MOHD NASIR  
ALOR SETAR - Dewan Pemuda Pas Kedah menempelak sikap kerajaan negeri yang didakwa mengamalkan penguatkuasaan ‘pilih kasih’ kerana memberi pengecualian kepada pengusaha restoran tertentu untuk beroperasi sebelum jam 3 petang sepanjang Ramadan.

Ketuanya, Mohd Nasir Zakaria [gambar] berkata, pengecualian yang diberikan kepada sebuah restoran di Kuah termasuk restoran makanan segera adalah tidak wajar dan menunjukkan penguatkuasaan tidak telus, selain tidak serius.

“Kenapa ada restoran perlu ikut peraturan, sebahagian pula terlepas. Tindakan ini memalukan kerajaan negeri dan mencuit hati pihak luar yang tertanya-tanya rasional tindakan itu? Sepatutnya semua premis tertakluk pada penguatkuasaan sama,” katanya.

Boikot produk Israel bukan produk Yahudi


DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN  
DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN

SHAH ALAM - Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr Asri Zainul Abidin menyifatkan pembela zionis gagal membezakan antara memboikot produk Israel dengan produk Yahudi.

Menurutnya, kegagalan itu membezakan itu termasuk di Malaysia.

“Para pembela zionis termasuk yang ada di Malaysia ini gagal membeza antara 'memboikot produk Israel dan yang menyumbang kepada Israel' dengan produk orang Yahudi,” tulisnya pada laman sosial Facebook miliknya, hari ini.

Beliau mengingatkan bahawa penentangan terhadap Israel adalah ekoran segala kejahatan dan kezaliman yang dilakukan oleh negara itu.

“Kita tidak anti setiap individu Yahudi sebagai satu bangsa tapi kita menentang Israel atas segala kejahatannya,” katanya.

Zahid ingatkan media sosial jangan perlekeh ESSCom

 
Media sosial di negara ini diingatkan agar tidak memperlekehkan usaha pasukan keselamatan yang mengawal Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) sebaliknya harus bersama-sama kerajaan mendaulatkan negara daripada sebarang pencerobohan.
  
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata apa yang berlaku di perairan Sabah termasuk terbaru semalam, ia membabitkan soal maruah negara dan ia merupakan masalah bersama dan bukannya kesalahan itu diletakkan di bahu pasukan keselamatan semata-mata.
  
"Saya minta media sosial atau mana-mana pihak agar jangan merendah-rendahkan usaha yang dibuat ESSCom sama ada PDRM (Polis Diraja Malaysia), ATM (Angkatan Tentera Malaysia) ataupun APMM (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia).
  
"Ini masalah negara. Pasukan keselamatan kita harus diberi sokongan moral oleh semua pihak. Media sosial harus bersama dan jangan hanya pandai mengutuk sahaja," katanya kepada pemberita selepas Majlis Iftar Bersama Warga Kementerian Dalam Negeri Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di Kota Kinabalu, malam tadi.
    

Mario Gotze jaring gol kemenangan Jerman

Germany's Goetze celebrates near Mueller after scoring a goal during extra time in their 2014 World Cup final against Argentina at the Maracana stadium in Rio de Janeiro
RIO DE JANEIRO: Perlawanan akhir Piala Dunia 2014 di Stadium Maracana di antara Jerman dan Argentina bermula dengan pasukan Jerman mengenakan jersi putih dan Argentina dengan biru gelap.

Dibarisi pemain seperti Lionel Messi di sepak mula, Argentina memiliki barisan pemain terbaik dalam sejarah. Pemenang pemain terbaik dunia sebanyak empat kali, kemenangan pada hari ini sangat penting buatnya.

Bagi Jerman, pasukan yang diketuai Philipp Lahm dan Bastian Schweinsteiger dahagakan kemenangan setelah 20 tahun menanti.

Aksi pada separuh pertama banyak memperlihatkan serangan-serangan daripadfa kedua-dua pasukan.

Argentina pada satu ketika begitu menguasai permainan dan Gonzalo Higuain memecah kebuntuan dengan menjaringkan gol hantaran Ezequiel Lavezzi namun pembantu pengadil terlebih dahulu mengesan pergerakan 'offside' oleh Higuain.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...