TERKINI :

Friday, July 11, 2014

Deklarasi Pemuda PAS KEDAH dalam Himpunan Solidariti Untuk GAZA

 
DEKLERASI HIMPUNAN SOLIDARITI UNTUK GAZA DEWAN PEMUDA PAS KEDAH

Kami yang menghadiri Solidariti Untuk Gaza pada hari ini di Masjid Padang Temusu bertarikh 11 Julai 2014 bertekad dan bersatu hati untuk bersama -sama mengutuk tindakan kejam dan zalim yang sedang di lakukan oleh regim Zionis di Gaza.

Kami sebagai umat islam juga amat marah dan kesal dengan serangan yang seolah-olah sengaja dilakukan pada bulan Ramadhan, bulan di mana umat islam diuji dengan lapar dan dahaga. Ini jelas menunjukkan yahudi Laknatullah kekal sebagai bangsa biadab sepanjang peradaban manusia.

Kami ingin menjelaskan secara jelas kepada masyarakat bahawa kini Israel yang telah melancaran perang " Operation Protective Edge " dalam bulan Ramadhan tahun ini.

Serangan udara yang tidak mengenal warga awam kini membunuh lebih angka yang kian meningkat di kalangan rakyat Gaza dan mencedera ratusan orang. Jika pada tahun 2012 Yahudi laknat ini juga telah melancarkan operasi Pillar Of Defense yang mengorbankan ramai pemimpin HAMAS kini hal yang sama cuba dilakukan.

Isu MB Selangor : Parang bengkok sedang menebas, siapa yang menghayun parang itu?

Oleh Aspan Alias

Jika benar TS Khalid akan diberhentikan kerja sebagai Menteri Besar Selangor, ia tidak boleh diselesaikan dengan menggantikan orang lain dalam PKR untuk memegang jawatan penting itu dengan begitu mudah. Pengguguran Khalid itu merupakan kemuncak kepada kemelut PKR dan ia akan membawa masalah sampingan yang leboih besar setelah beliau dilucutkan jawatan itu.

Ia bukan setakat menggantikan dengan Wan Azizah atau Azmin misalnya kerana ia berlaku diatas permainan politik pucuk pimpinan parti itu. Yang bercakap meminta Khalid berhenti ini hanyalah mereka yang di rancang untuk berkata seperti yang kita dengar sekarang. Baik kata-kata dari Rafizi atau pun sesiapa seperti Shamsul Iskandar Akim serta beberapa yang lain itu, ubarat parang bengkok untuk menebas belukar sahaja.

Rafizi dan Shamsul Iskandar itu hanyalah ibarat parang bengkok itu. Yang menghayun parang bengkok itu ialah Anwar sendiri. Maka yang akan menjadi tirus dan nipis mata parangnya ialah Rafizi atau Shamsul setelah begitu hebat hayunan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan parti itu untuk menebas Khalid dan sesiapa yang bersama dengan Khalid.

Yang boleh memberhentikan hayunan dan tebasan parang-parang bengkok tadi hanyalah yang menghayun parang-parang bengkok itu, iaitu Anwar sendiri. Jika Khalid ditebas licin maka yang menebasnya ialah Anwar pada hakikatnya. Jika Anwar mahu menyimpan parang-parang bengkok itu mudah sahaja, tetapi Anwar mahukan parang bengkok itu terus menebas belukar yang bernama Khalid itu.

Antara pimpinan PR & BN siapakah yang boleh digelar ‘Caesar dari Planet of the Apes’

Hanya ‘Caesar dari Planet of the Apes’ boleh selamatkan Malaysia
Zulkifli Sulong

Hanya `Caesar dari Planet of The Apes' yang boleh selamatkan Malaysia.
Hanya `Caesar dari Planet of The Apes' yang boleh selamatkan Malaysia.

Siapakah yang boleh selamatkan Malaysia daripada keadaan huru-hara sekarang ini? Seorang teman berkata, hanya 'Caesar dari Planet of The Apes' yang boleh selamatkannya.

Itulah kenyataan seorang rakan saya ketika mengulas apa yang berlaku di Malaysia sekarang. Bukan setakat negara bahkan juga Barisan Nasional apatah lagi Pakatan Rakyat.

Bukan saja kerajaan Malaysia tetapi kerajaan negeri Selangor dan Kelantan. Yang agak selamat adalah Pulau Pinang kerana watak 'Caesar dari Planet of the Apes' ada pada pemimpinnya Lim Guan Eng.

Tun Dr Mahathir Mohamad yang berwatak 'Caesar dari Planet of the Apes' selama inilah yang berjaya meletakkan dirinya sebagai perdana menteri paling lama memerintah Malaysia.

Apakah watak 'Caesar'? Menurut Caesar, "Beruk-beruk hanya akan bersatu apabila pemimpinnya kuat."

Apakah sebabnya blogger tegar umno iaitu Padi Jantn nak tembak Mukhriz?

Polis digesa siasat pemilik Facebook Padi Jantn
Oleh SAFINA RAMLI

ALOR SETAR 11 Julai - Polis digesa mengambil tindakan terhadap pemilik akaun laman sosial Facebook Padi Jantn yang telah membuat ugutan untuk menembak Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir dan Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah.

Exco Agama, Pelancongan dan Tenaga Manusia negeri, Datuk Mohd. Rawi Abdul Hamid berkata, laporan kepada pihak polis mengenai perkara tersebut telah dibuat di Balai Polis Padang Lalang, Langkawi hari ini atas faktor keselamatan Menteri Besar dan Setiausaha Sulit Sultan Kedah.

"Kami menggesa agar siasatan segera diambil oleh pihak polis bagi menahan individu yang menggunakan nama Padi Jantn ini bagi memberi pengajaran kepada orang ramai supaya lebih menjaga adab ketika menggunakan laman sosial," katanya ketika dihubungi di sini hari ini

Bung Mokhtar kena sound dengan 'big bos'

PM: Teguran pada Bung Moktar serius

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak berkata para pemimpin parti perlu mengambil serius teguran agar tidak mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan prinsip dan dasar parti.

Katanya, teguran berkenaaan, seperti yang disuarakannya ke atas ahli majlis tertinggi Datuk Bung Moktar Radin, perlu dipandang serius kerana kenyataan para pemimpin tersebut akan mencerminkan imej parti.

"Saya sudah mengingatkan kepada ahli Umno bahawa apa sahaja pendapat yang mereka keluarkan sedikit sebanyak mencerminkan pandangan luar terhadap Umno dan juga Majlis Tertinggi.

"Misalnya kalau seorang ahli parlimen, apa yang disuarakan itu, mereka yang berada diluar akan melihat kewibawaan BN," katanya.

Najib berkata beliau bertindak segera untuk menegur Bung Moktar dan MP Kinabatangan itu juga telah memohon maaf atas kenyataan yang menyanjung pemimpin parti Nazi Jerman, Adolf Hitler.

"Dan sebab itu saya ambil keputusan cepat untuk tegur beliau (Bung Moktar). Dan beliau telahpun minta maaf dan tarik balik kenyataan tersebut.

"Bung tahu pendirian kita. Maknanya kalau membuat satu kenyataan itu, tak boleh menyentuh dan bertentangan dengan prinsip dan dasar perjuangan parti.

"Kita sudah tegur dia secara terbuka. Ia teguran yang serius," katanya.

[PANAS] Blogger Tegar UMNO Kedah nak tembak Mukhriz..!!


Isu Brazil kalah 7-1 : Najib Dan Bung Mokhtar Lebih Kurang Sama Saja

Shahbudin Husin,

Kekalahan Brazil 1-7 kepada Jerman mengundang kejutan dan reaksi yang pelbagai daripada seluruh dunia. Di Negara kita, Najib Razak mengaitkan kekalahan Brazil itu kerana tiada kepimpinan dalam pasukan tersebut dan cuba membuat analogi dengan sebuah negara yang juga boleh kecundang jika tidak mempunyai kepimpinan yang meyakinkan.

Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar Radin pula memberi reaksi kemenangan Jerman itu dengan memberikan pujian kepada Hitler, pemimpin Jerman yang dianggap bengis, kejam dan diktator serta telah membunuh beribu-ribu Yahudi semasa Perang Dunia Kedua.

Jika reaksi Najib mendapat sindiran daripada pengguna laman sosial dengan menyifatkan kenyataan itu sebenarnya lebih merupakan percikan ke muka sendiri lantaran beliaulah yang ditaksir pemimpin paling lemah dan tiada kepimpinan kerana gagal mengurus banyak isu, komen Bung Mokhtar pula mendapat kecaman yang merata di seantero dunia.

Tidak saja pengguna laman sosial dalam negara yang mempersenda Bung Mokhtar kerana komennya yang tidak cerdik dan di luar konteks itu, malah Duta Jerman, Holger Michael juga menyatakan kata-kata Ahli Parlimen Kinabatangan yang berbunyi, "Well done, bravo, long live Hitler" itu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima biar bagaimana sekali pun ghairahnya seseorang mahu memberi sokongan kepada pasukan bolasepak Jerman.

Inilah kesannya bila BANK NEGARA umum kadar faedah naik 3.25%

Suzardi Maulan

Photo: Perghhhh Alhamdulillah...akhirnya naik pula kadar faedah untuk kesejahteraan rakyat...

Jika beli rumah maka kadar bayaran akan bertambah dari lama..maka bersyukurlah malaysia masih aman...

Bank Negara Malaysia umumkan kenaikan Overnight Policy Rate (OPR) sebanyak 25 basis point, menjadi 3.25% petang tadi, 10 Julai 2014.

Ini bermaksud cost of funding pihak bank bertambah tinggi. Bank, kebiasannya akan menyerap kenaikan kos tersebut dengan 'pass' kepada pengguna.
.
Apa maksudnya kepada poket kita ?

1. Kepada yang ada pembiayaan perumahan berasaskan BLR / BFR, kadar pembayaran dijangka naik. Justeru, kita kena bayar lebih jika kenaikan BLR / BFR juga berlaku.

2. Kepada yang dalam proses beli rumah, kena kira balik atau rujuk pegawai bank, berapakah bayaran bulan-bulan yang baru, jika BLR / BFR naik.

3. Kadar pembiayaan ASB, personal financing, OD dll yang juga berasaskan BFR / BLR, dijangka naik. Justeru, kena bayar lebih.

Awas !!! Majun Burung Unta merbahaya untuk kesihatan

Orang ramai dinasihat tidak guna atau beli ubat `Majun Burung Unta'

http://3.bp.blogspot.com/-59YGCcQ_GqE/U77MdMGaodI/AAAAAAAABOc/4U3wAXfvy6g/s1600/majun+burung+unta+1.JPG
PUTRAJAYA 11 Julai - Orang ramai dinasihatkan tidak membeli atau menggunakan ubat tradisional melayu 'Majun Burung Unta' yang tidak berdaftar kerana didapati mengandungi dexamethasone iaitu sejenis kortikosteroid yang dikawal di bawah Akta Racun 1952.

Label pada produk itu menyatakan ia boleh digunakan untuk lemah tenaga batin, sakit urat saraf, sakit pinggang, sakit sendi lutut, sakit jantung, penyakit semput, kelabu mata, sakit kepala, perempuan lepas bersalin, penyakit luhur, segugut dan awet muda.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, dexamethasone iaitu sejenis kortikosteroid yang digunakan untuk rawatan masalah pembengkakan dan radang yang serius.

``Ia hanya boleh dibekalkan oleh doktor atau diperoleh dari farmasi dengan preskripsi doktor. Dexamethasone tidak dibenarkan sebagai ramuan dalam ubat tradisonal,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Penggunaan dexamethasone secara berpanjangan tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh mengakibatkan kesan sampingan serius seperti kelemahan otot, kerapuhan tulang, peningkatan gula dalam darah, tekanan darah tinggi dan glaukoma (penyakit mata).

Hulurkan Bantuan : Anak Kecil Perlukan Sumbangan anda


Assalamualaikum ... saya memohon maaf jika post saya ini mengangu suasana kelab ini . saya mohon teman2 tlg share kepada saudara2 kalian..semoga allah memberi kesejateraan...amin

*Saya memohon & merayu dari sumbangan anda yang ikhlas hati*

membantu saya, saya ahmad azwa abdullah dari pitas,Sabah,saya hidup serba kekurangan dan berkerja sebagai pembantu kedai runcit untuk menyara keluarga dan anak saudara saya, mohon maaf jika mengganggu tuan/puan, tetapi keadaan memaksa saya . 

Saya kini amat memerlukan bantuan tuan/puan dengan ikhlas untuk membantu anak saudara saya yang memerlukan rawatan di hospital yang memerlukan kos yang tinggi yang tidak dapat kami sekeluarga tanggungi, saya berharap dengan sumbangan bantuan anda boleh melakukan operasi pembedahan anak saudara saya menghadapi penyakit paru-paru membengkak dan dijangkiti kuman yang memakan pembelanjaan yang tinggi bagi pembedahan . dengan syukur kepada allah jika tuan/puan boleh menyumbang sedikit untuk saya keluarga membayar kos perubatan kerana saya telah tidak mempunyai simpanan tetap. 

[GEMPAR] Perempuan bertelanjang di BAZAR RAMADHAN

'Berpakaian tetapi telanjang'

http://1.bp.blogspot.com/_mmL4vzNy2rc/S6xv9OP6FcI/AAAAAAAAAA8/woNYDxKGPZw/s320/ayam-togel.jpg
Ini yang dikatakan dunia akhir zaman. Seperti yang kita lihat pada zaman sekarang perempuan tidak lagi menitikberatkan aurat.

Aurat wanita adalah dari hujung rambut sehingga hujung kaki kecuali telapak tangan dan muka, manakala aurat bagi lelaki pula dari pusat sehingga lutut.

Wanita hendaklah menutup kepala dan belahan dada mereka dengan sempurna seperti firman Allah: “Katakan kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya...” (Surah an-Nuur, ayat 31)

Ramai wanita zaman sekarang yang berpakaian, tetapi bertelanjang. Maksudnya, mereka berpakaian, tetapi pakaian itu ketat dan nipis seperti tidak berpakaian kerana terserlah susuk tubuh dan warna kulit kepada bukan muhrim.

UMNO BN kata negara Malaysia hebat, tapi mai rakyat terpaksa cagar bayi untuk bayar saman..!!


Apa nak jadi entahlah.. kerana terdesak nak bayar saman sepasang suami isteri tergamak mencagarkan bayinya kepada seorang ahli perniagaan..

Ipoh: Sepasang suami isteri mendakwa terpaksa mencagar bayi lelaki mereka berusia lapan bulan kepada seorang wanita untuk mendapatkan pinjaman RM3,500 bagi membayar 15 saman trafik yang tertunggak berjumlah RM2,800.

Bagaimanapun, pasangan terbabit mendakwa gagal mendapatkan kembali cahaya mata mereka yang diserahkan kepada ahli perniagaan itu, sedangkan bayi berkenaan perlu dibawa untuk pemeriksaan kesihatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Berikutan itu, pemandu bas, Nages Roa, 38, dan isteri, K Kanagavalli, 31, membuat aduan di Balai Polis Malim Nawar pada 26 Jun lalu.

Kanagavalli berkata, dua hari selepas menyerahkan bayinya sebagai cagaran untuk pinjaman itu, dia ingin mengambil semula bayi berkenaan untuk dibawa menjalani pemeriksaan perubatan bagi mendapatkan vaksin seperti ditetapkan oleh pihak HRPB.

Pengemis: Agihan kekayaan negara masih tempang

RAKYAT seringkali diingatkan agar menunaikan zakat dan ia satu kewajiban. Namun sejauh mana institusi zakat berperanan dalam meleraikan masalah kemiskinan di negara ini? Mutakhir ini ramai asnaf yang merungut karenah birokrasi Baitulmal meyukarkan mereka untuk mendapatkan bantuan. Bagi merungkai persoalan ini, wartawan Harakah, HAZAYANI ZAKARIA pada 3 Julai lalu mendapatkan pandangan bekas Ahli Parlimen Baling, Datuk Taib Azamudden Md Taib yang pernah berkhidmat sebagai Imam Besar Masjid Negara.

HARAKAH: Sejak sekian lama kita melihat kemiskinan di negara ini khasnya di ibu kota tidak selesai. Malah ada umat Islam yang terpaksa murtad hanya kerana mahu dapatkan bantuan dari gereja yang lebih mudah memberi bantuan berbanding pusat zakat atau Baitulmal. Boleh ustaz ulas lanjut?

TAIB AZAMUDDEN: Perkara ini tidak sewajarnya berlaku sebab saudara baru termasuk salah satu daripada lapan asnaf zakat. Sepatutnya mereka itu dikenal pasti dan dibiayai zakat. Banyak negeri yang berjaya mengutip zakat yang sangat tinggi tetapi zakat yang dikutip itu seolah-olah tersimpan begitu sahaja. Di Wilayah Persekutuan Pusat Zakat nya membuka sebuah kedai sewaktu Allahyarham Tan Sri Syeikh Mohsen Salleh  menjadi pengerusi.Terdapat Pasaraya Baitulmal. Pasaraya ini antaranya memberi peluang kepada fakir miskin untuk mendapat bekalan yang disahkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Contohnya Jabatan Agama Islam Wilayah mengeluarkan kupon, mereka membawa kupon itu ke Pasaraya Baitulmal, mereka dapat membuat tukaran dengan barang yang diperlukan. Tetapi sekarang pasaraya itu sudah tiada. Pasaraya Baitulmal wilayah dahulu ada di Sentul dan di Selayang. Selepas peninggalannya, pasaraya ini sudah tiada lagi.Kenapa itu tak diterjemahkan? Pasaraya Baitulmal itu wujud dahulu daripada kedai 1Malaysia yang menawarkan harga murah. Ini yang memberi peruntukan dan kemudahan yang khusus kepada fakir miskin yang disahkan oleh pihak yang berwajib.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...