TERKINI :

Thursday, July 10, 2014

GAZA di SERANG : Negara OIC lembik ala bapok jalan keretapi Alor Setar

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) digesa tampil dan bertindak tegas terhadap kekejaman yang dilakukan tentera Israel terhadap penduduk Gaza.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar meminta agar OIC tidak lagi bersikap retorik dengan hanya mengkritik, namum tiada tindakan susulan berbentuk teknikal dalam menangani isu tersebut.

"Sudah sampai masanya OIC sebuah pertubuhan Islam bertindak tegas terhadap apa yang berlaku di Gaza sekarang. Oic perlu berani tampil menentang kekejaman tersebut, memberi bantuan kepada penduduk Gaza.

"OIC perlu ketepikan sebarang kebimbangan terhadap kuasa-kuasa besar dunia, bukan hanya berani kritik tetapi perlu berani ke hadapan dalam menunjukkan kecaman," katanya kepada Harakahdaily.

Ya'Allah.. kenapa hangpa zalimi KAK ROS bagi dia tidur 4 jam sahaja sehari..!!

 
VIDEO

Mengakui umurnya semakin meningkat dan berasa letih, isteri perdana menteri Rosmah Mansor mengakui beliau hanya tidur selama empat jam sehari dalam bulan Ramadan demi kepentingan rakyat serta negara.

Sehubungan itu, presiden Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) itu menepis cakap-cakap umum bahawa menjadi isteri seorang pemimpin akan berdepan dengan kesenangan.

"Saya tak jemu-jemu datang ke majlis ini. Tapi walaupun tak jemu sebab umur dah meningkat enam tahun lagi, rasa letihlah jugak.

[PANAS] Kontraktor Kelas F di KEDAH mengamuk, punca dia ada EXCO KEDAH bolot kat kroni dia..!!

KONTRAKTOR G1 DAN G2 (KELAS F) DI KEDAH MENGAMUK

KONTRAKTOR G1 DAN G2 (KELAS F) DI KEDAH MENGAMUK

Rahsia bukan rahsia lagi apabila setiap kedai nasi kandar dalam daerah di Negeri Kedah sudah kedengaran suara-suara bahawa sedang ada satu gerakan mengumpul tanda tangan tanda protes di kalangan usahawan kontraktor kelas marhaen G1 dan G2 terhadap seorang ahli exco Kerajaan Negeri Kedah.

Protes ini membengkak terhadap exco ini kerana beliau dikatakan telah meraup @ pondoi kesemua pojek-projek kecil hak kontraktor G1 dan G2 dan mengumpulkan menjadikan satu projek besar yang bernilai jutaan ringgit dan projek itu sebaliknya telah dianugerahkan kepada sebuah kontraktor besar kepunyaan exco tersebut. 

Pemerhati difahamkan kontraktor-kontraktor kecil dari setiap daerah seluruh negeri Kedah akan berarak berjumpa MB membawa surat petisyen sebagai tanda protes terhadap tindakan tamak exco tersebut dalam sedikit masa ini. 

Kita sendiri yang beri Saham untuk bunuh saudara kita di Gaza

 
 
Saya pernah tanya Syeikh Abdul Karim al Mudarris, ulama Kurdish yang mengajar di Masjid Syeikh Abdul Qadir Jailani, Baghdad.

"Saya berhajat sebelum pulang ke Malaysia, saya nak menziarahi Baitul Maqdis. Apa pandangan Syeikh..."

"Anakku... Baitul Maqdis itu di Israel, bukannya di Palestin!" Jawab Syeikh. "Macam mana nak masuk ke sana?" soalnya lagi.

"Kita boleh masuk melalui Jordan," jelas saya.

"Apakah ada apa-apa bayaran yang perlu kita bayar untuk memasuki Israel?" Syeikh menuntut penjelasan.

Tengku Adnan bukan anak jantan

SUBKY LATIF | 08 Julai 2014.

ADAKAH Tengku Adnan Mansur, Menteri Wilayah Persekutuan anak jantan? Jika sebenarnya dia anak jantan, dia mesti tangkap semua aktivis NGO yang mencabarnya menyediakan sup dapur bagi mengalas perut warga gelandangan di sekitar radius dua kilometer pusat sesak Kuala Lumpur.

Mulai minggu ini sekalian warga gelandangan itu mesti dibersihkan dari pusat bandar itu kerana pelancong sentiasa ramai dan aib negara justeru keberadaan gelandangan dan jamuan sup dapur.

Tidak kira ia disukai oleh sekalian orang merempat, NGO berperikemanusiaan, baik Perdana Menteri Najib dan KJ, Ku Nan mesti tegas, bersihkan Kuala Lumpur daripada anasir yang menyemakkan mata kementeriannya.

Jadilah macam PM Najib, semua yang siuman kata GST itu biawak hidup yang membebankan pengguna, kerana dia anak jantan – bukan pondan – dia jalan terus sekali pun GST menjadikannya digetik semua. Jadilah sekeras Mahathir, semua kata lebuh raya bertol membebankan rakyat dan menghidupkan lintah darat, sikit dia tidak peduli.

Al Fatihah - Bekas ADUN Bayu meninggal dunia

Oleh NORLIA RAMLI

BALING 10 Julai - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayu, Mohd. Salleh Yaacob meninggal dunia di rumahnya di Kampung Charok Puteh, Mukim Siong di sini awal pagi ini.

Allahyarham yang berusia 62 tahun menghidap penyakit jantung dan paru-paru menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 5 pagi di sisi isterinya, Azidah Ahmad, 55, tiga anaknya serta ahli keluarga yang lain.

Adik Allahyarham, Mohd. Taufik berkata, arwah abangnya dimasukkan ke Hospital Baling sejak seminggu lalu kerana masalah pernafasan dan dibenarkan keluar dari wad semalam.

"Arwah merupakan anak sulung daripada tujuh beradik, meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak berusia antara 17 hingga 34 tahun," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Allahyarham mendapat pendidikan di Universiti Al-Azhar dalam pengajian Syariah, Sejarah Islam dan Politik.

Lebih Terpuji Jika Khalid Ibrahim Undur Secara Sukarela

Shahbudin Husin,

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2011/08/Khalid-Ibrahim-SELANGOR.jpg
Isu mengenai jawatan Menteri Besar Selangor sudah begitu lama berlarutan. Bermula dengan pelan KajangMove yang bertujuan menggantikan Khalid Ibrahim dengan Anwar Ibrahim bagi memberi lonjakan politik ke arah cita-cita PR menawan Putrajaya dalam PRU 14 yang kemudian dihalang oleh ketakutan UMNO melalui kuasa terhadap undang-undang dengan mempercepatkan kes rayuan liwat melihatkah bekas TPM itu, sehinggalah ke hari ini jawatan Menteri Besar Selangor terus menjadi isu hangat.

Daripada Anwar gagal sebagai pengganti, timbul bermacam-macam spekulasi dengan ada yang mahukan Wan Azizah dan ada pula yang mahukan Azmin Ali. Tersebar juga khabar bahawa Wan Azizah akan jadi Menteri Besar manakala Azmin sebagai timbalannya atau Exco Kanan sebagai jalan penyelesaian untuk mengiringi Sultan Selangor jika ada majlis perasmian atau lawatan ke masjid dan surau.

Oleh kerana Pas mempunyai lebih kerusi berbanding PKR, nama Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad juga diheret sama sebagai pengganti walaupun persetujuan bersama PR menyerahkan jawatan itu kepada PKR sebelum pilihanraya lalu tentunya logiknya sehingga pilihanraya akan datang.

Benarkah ADUN SEBERANG JAYA dari PKR di tolak oleh peniaga Up-Town Perda..?

LINK FB


PAS akan pecat ahli terlibat kumpulan radikal, kata Abdul Hadi


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS dengan tegas tidak mengizinkan mana-mana ahli PAS terlibat dengan kumpulan-kumpulan radikal sama ada di luar negeri ataupun di dalam negeri.

"Sekiranya didapati ada, maka kita tidak teragak-agak akan mengambil tindakan dengan memecat mereka daripada keahlian PAS," kata Abdul Hadi (gambar) dalam kenyataan bertulisnya hari ini.

Kenyataan ini adalah penegasan terkini yang dibuat oleh PAS selepas memecat seorang ahlinya yang pergi ke Syria Mei lepas.

Lotfi Ariffin telah dipecat 11 Mei lalu oleh PAS selepas mengumumkan secara terbuka beliau ke Syria untuk menyertai perjuangan bersenjata di sana.

Menurut inteligen Malaysia, lebih 100 rakyat Malaysia ke Syria bagi menyertai perjuangan di sana termasuk perjuangan bersenjata.

Aduhai Bung Mokhtar.. Ingatkan hebat sekali berdehem terus mintak ampun...



PETALING JAYA: Datuk Bung Mokhtar Radin pada Khamis memohon maaf berikutan 'tweet' Hitler yang dihantarnya selepas kemenangan pasukan Jerman ketika menentang Brazil dengan jaringan 7-1 dalam perlawanan Piala Dunia 2014.

"Apabila Jerman menewaskan Brazil, saya berkata sesuatu tanpa niat telah menyinggung rakyat di Jerman. Saya dengan ikhlas memohon maaf," kata Ahli Parlimen Kinabatangan itu menerusi 'tweet'nya pada pagi Khamis.

Selepas beberapa minit, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi respons di Twitter terhadap kontroversi itu dan menyatakan: "Komen-komen yang dibuat oleh Datuk Bung Mokhtar tidak boleh diterima dan salah, dan beliau akan menarik balik kesemua kenyataan itu.

"Beliau tidak bercakap mewakili Malaysia, atau mewakili rakyat Malaysia, yang memahami kisah tragik yang lampau di Eropah, dan menghormati perpaduan hari ini.

Al-kisah Najib bersama gelandangan malam tadi...!

Tempat khas gelandangan siap 6 bulan lagi

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebuah tempat khas untuk menempatkan golongan gelandangan di ibu kota dijangka siap dalam tempoh enam bulan akan datang.

"Ia tidak patut lama...dalam enam bulan akan siap," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan secara mengejut aktiviti Dapur Jalanan di sekitar Jalan Tun Perak di sini, malam tadi.

Najib berkata selain menyediakan tempat tidur pada waktu malam buat gelandangan, tempat khas itu juga akan dilengkapi kemudahan bilik mandi serta lokar untuk menyimpan barangan golongan kurang bernasib baik itu.

"Itu yang dia perlu, bukan flat tapi tempat di mana dia boleh tidur supaya tidak tidur di tepi jalan," katanya.

Najib turut melahirkan penghargaan kerajaan terhadap peranan yang dimainkan sukarelawan khususnya yang terlibat dalam menyediakan makanan dan minuman serta bantuan kesihatan kepada golongan gelandangan di ibu kota.

Perdana Menteri yang tiba pada 10.40 malam meluangkan masa kira-kira sejam melihat sendiri aktiviti pengagihan makanan dan minuman oleh sukarelawan Dapur Jalanan, selain turut berjalan kaki melihat keadaan di sekitar Bangunan Cahaya Suria.

Najib, yang turut ditemani Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor serta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim, meluangkan masa untuk beramah mesra dengan beberapa gelandangan yang tidur di tepi jalan, termasuk di perhentian bas.

Isu gelandangan di ibu kota menjadi topik hangat kebelakangan ini termasuk apabila Kementerian Wilayah Persekutuan membuat keputusan melarang Dapur Jalanan daripada beroperasi dalam lingkungan 2km dari pusat beli belah terkemuka Lot 10 di Jalan Bukit Bintang di sini, minggu lepas.

Namun, pada Selasa, Tengku Adnan menarik balik arahan tersebut dan memberi peluang kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan aktiviti Dapur Jalanan untuk beroperasi di kawasan itu sehingga 16 Ogos ini, iaitu selepas sambutan Aidilfitri.

Sejurus tiba Perdana Menteri telah meninjau aktiviti sukarelawan Pertiwi Soup Kitchen yang mengedarkan nasi berlauk ayam bersama buah epal, kopi O panas, sirap, roti bun, biskut wafer dan minuman kotak kepada gelandangan, kebanyakannya warga emas di kawasan tersebut.

Najib turut diberi penerangan mengenai aktiviti Pertiwi Soup Kitchen oleh pengasasnya Munirah Abdul Hamid.

Ketika mengadakan tinjauan di sekitar Bangunan Cahaya Suria, Najib turut menegur seorang lelaki warga emas yang sedang tidur di sebuah perhentian bas dan beliau terkejut apabila menyedari Perdana Menteri berdiri di sebelahnya.

Najib turut meluangkan masa hampir 10 minit bertanya khabar kepada bekas pemandu teksi Lim Kim Hua, 63, yang terpaksa hidup bergelandangan kerana tiada keluarga untuk menjaganya.

Perdana Menteri juga sempat menjenguk seorang ayah dan anak lelakinya yang berusia kira-kira dua tahun yang sedang nyenyak tidur beralaskan plastik di siar kaki Jalan Silang.

Najib turut bertanya khabar dengan satu-satunya wanita yang ditemui tidur di tepi Jalan Silang itu iaitu Norliza Mat Zain, 42, yang berasal dari Teluk Intan dan datang ke Kuala Lumpur untuk menemani suaminya mendapatkan pekerjaan.

Bagaimanapun suaminya kini berada dalam penjara dan bakal dibebaskan sebelum Aidilfitri ini.

Najib juga turut mendengar luahan hati bekas penjual kereta Tan Yap Heng, 70-an yang mendakwa sudah 20 tahun hidup bergelandangan berikutan tidak mampu untuk mendapatkan pekerjaan kerana faktor usia dan pernah dirompak.

Tan memberitahu Perdana Menteri bahawa setiap kali beliau memohon bantuan dari agensi kebajikan kerajaan, permohonan beliau sering ditolak kerana beliau tidak mempunyai alamat tempat tinggal tetap. - Bernama





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...