Manaf menunjukkan laporan polis dibuat dirinya akibat diserang pada 4 Jun lepas.  
Manaf menunjukkan laporan polis dibuat dirinya akibat diserang pada 4 Jun lepas.

ALOR SETAR - Kebanyakan penduduk tempatan di Pekan Simpang Kuala, dekat sini, mendakwa berasa terancam dengan kehadiran seorang lelaki dipercayai tidak siuman.

Difahamkan, dia bukan hanya bertindak agresif ‘ala samseng’, malah sering kali menyerang masyarakat setempat secara tiba-tiba sehingga mencederakan mereka.

Mangsa, Jamaludin Mahmud, 66, berkata, dia mengalami kecederaan parah di bahagian paha kanan apabila diserang lelaki berkenaan di Medan Selera Simpang Kuala, dekat sini.

“Malah, dia turut menumbuk muka saya. Kejadian berlaku, apabila saya menanyakan lelaki terbabit bilakah ingin membayar bil makanannya pada 23 Jun lepas.

"Ia berikutan, dia sering menjamu selera secara percuma di rata-rata kedai dalam medan selera sehingga menyebabkan peniaga menanggung kerugian kerana pelanggan lari.