TERKINI :

Monday, July 7, 2014

'Jangan jadikan Islam bahan lawak'

 

Penganalisis politik Dr Maszlee Malik berpendapat, adalah tidak wajar sekiranya terdapat larangan yang meminta kedai makanan tidak dibuka sebelum jam 3 petang sempena bulan Ramadan.

Maszlee, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) juga meminta semua pihak agar tidak mengeluarkan kenyataan yang lucu berhubung perkara yang melibatkan agama Islam.

"Agama Islam ini jadi bahan lawak. Setiap hari, setiap minggu terutama di bulan Ramadan, banyak stok ketawa dari orang agama. Cukuplah jadikan agama perkara yang lucu.

"Ada pihak yang tidak sempat untuk membeli juadah berbuka pada waktu petang, ada juga orang yang uzur, kanak-kanak yang tidak berpuasa dan orang yang bermusafir pun dibenarkan untuk berbuka.

“Perkara ini pilihan individu. Jadi tak wajar hadkan selepas pukul 3 baru boleh menjual," katanya ketika ditemubual KiniTV hari ini.

Exco Kedah Badrol Hisham Hashim semalam dilaporkan berkata, premis makanan negeri itu yang beroperasi sebelum 3 petang dalam bulan Ramadan bakal ditarik balik lesen perniagaan atau disita.

Pemuda PAS sahur dengan gelandangan, musafir


Pemuda PAS Malaysia (PPM) meluangkan masa mengedarkan dan bersahur bersama gelandangan dan musafir di sekitar stesen bas Pudu Sentral demi menyelami realiti dan keperitan kehidupan kumpulan itu di ibu kota.

Ketua Pemudanya Suhaizan Kaiat bersama timbalannya Khalid Abdul Hadi dan beberapa exconya mengagihkan 100 bungkus nasi dan minuman kepada kumpulan tersebut di sekitar stesen bas itu kira-kira jam 4.30 pagi ini.

Suhaizan berkata inisiatif mereka itu mendapat sambutan meriah apabila kumpulan itu berpusu-pusu menerima juadah yang dihulurkan malah bersila bersama pimpinan Pemuda bagi menikmati juadah itu.

"Tidak sampai sejam, nasi bungkus habis diedarkan dan kami merasa puas berkhidmat dan berbakti kepada warga kota.

Bernama TV Kini Tenat?

Shahbudin Husin, 

http://4.bp.blogspot.com/-uZR-Sa9OKB0/T5s1Dbo1TDI/AAAAAAAAAnQ/XXEY-6xcn0g/s320/bernama%2Btv.jpgMenjadi pengacara televisyen dan sering pula muncul menemubual tokoh politik dan pemimpin negara dengan pakaian segak bergaya adalah kelebihan yang tidak dimiliki oleh semua orang. Hanya insan terpilih dan berbakat besar saja berpeluang menceburi bidang seperti itu.

Sekali imbas juga tentulah ramai yang menyangka kehidupan mereka pastilah agak selesa, seiring dengan wajah ceria dan kepetahan berkata-kata yang dizahirkan di kaca televisyen itu.

Namun tidak begitu realitinya bagi beberapa pengacara Bernama TV, sebuah stesen televisyen milik kerajaan yang diletakkan dibawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia kerana sudah beberapa bulan elaun kemunculan mereka tidak dibayar atas alasan kekangan kewangan yang dihadapi.

Di sebalik wajah cerita, senyum, ketawa dan petah berkata-kata menemubual tokoh politik dan pemimpin negara dalam berbagai isu di Bernama TV, hakikatnya mereka sedang memendam kecewa serta sengsara seolah-olah titik peluh dan bakat mereka langsung tidak dihargai.

Meskipun elaun kemunculan itu sudah tertunggak beberapa bulan, tapi setiap kali pertanyaan dibangkitkan mengenai bayaran, jawapan yang diterima ialah diminta bersabar kerana masih menghadapi masalah kewangan untuk membayar gaji kakitangan.

Menjelang Aidilfitri yang bakal menjelma ini pun, difahamkan belum ternampak bayang-bayang bayaran elaun tertunggak itu bakal dilangsaikan.

Mujahid: Bimbang 13 Mei, sokonglah RUU harmoni

 
Amaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung tragedi berdarah 13 Mei tidak menjadi kesalahan bawah rang undang-undang harmoni jika diluluskan, kata Datuk Mujahid Yusuf Rawa.

Anggota Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional (MKPN) itu berkata sesuatu ucapan itu dianggap sebagai jenayah apabila terdapat niat menghasut kebencian.

Bagaimanapun, anggota Parlimen PAS Parit Buntar itu berkata kenyataan Muhyiddin itu sebagai sebuah lagi “klise” Umno bagi menyatakan kebimbangannya.

Katanya, jika Muhyiddin (kanan) benar-benar bimbangkan perkara itu, beliau patut menjadi orang yang pertama tampil menyokong rang undang-undang harmoni.

Muhyiddin semalam dilaporkan memberi amaran bahawa peristiwa rusuhan kaum mungkin akan timbul semula sekiranya perpecahan antara kaum berlarutan dan tidak dibendung.

Laporan Utusan Malaysia semalam menyebut, peristiwa 13 Mei itu juga mungkin timbul sekali lagi jika berlaku sekali lagi jika perlembagaan terus dipersoal.

Muhyiddin memberi amaran tersebut memandangkan “perbalahan kaum ketika ini sudah menjadi kebiasaan apabila satu kaum mengkritik kaum lain”.

Kad Raya tahun nie POS MALAYSIA caj RM0.50sen

Caj pos kad ucapan 50 sen

Pos Malaysia 
 
KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) menawarkan kadar caj pengeposan istimewa kad ucapan pada kadar RM0.50 sen bersempena menjelangnya Hari Raya Aidilfitri.

Menurut kenyataan Pos Malaysia hari ini, tawaran kadar caj untuk semua saiz kad, bentuk dan warna yang boleh diposkan ke mana-mana destinasi seluruh negara (untuk berat sehingga 50 gram) sah sehingga 31 Julai ini.

"Pos Malaysia menasihatkan para pelanggan agar membuat pengeposan kad ucapan Hari Raya awal dan sebelum 22 Julai agar kad ucapan mereka sampai kepada penerima sebelum Hari Raya Aidilfitri.

"Kami juga mengingatkan para pelanggan untuk menulis alamat lengkap dengan jelas pada sampul surat seperti nama penuh penerima, nombor rumah, jalan, poskod dan seumpamanya kerana ini akan membantu proses serahan dilakukan dengan cepat," menurut kenyataan itu.

Johan Raja Lawak menang saman RM170,000

Pengarah drama diarah bayar ganti rugi RM170,100 kepada ‘Johan Raja Lawak’ dan isteri

http://sensasimalaysia.com/wp-content/uploads/2013/11/johan-raja-lawak.jpg
Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini memerintahkan seorang pengarah dan syarikat penerbitan drama dan filem membayar ganti rugi RM170,100 kepada Mohammad Yazid Lim Mohamad Aziz atau dikenali sebagai "Johan Raja Lawak" dan isterinya.

Pembayaran itu berikutan kes saman berhubung kecederaan yang dialami pelawak itu dalam penggambaran di sekitar Negeri Sembilan pada 2010.

Hakim Datuk Su Geok Yiam juga memerintahkan pengarah Mohd Javed Mohd Nizar serta syarikat penerbitannya, Juara Filem Production Sdn Bhd membayar kos perubatan RM100 kepada Johan serta faedah 5% kepada Johan bermula dari tarikh saman itu difailkan sehingga tempoh penyelesaian.

Mahkamah turut memerintahkan Mohd Javed dan syarikatnya selaku defendan membayar ganti rugi RM20,000 akibat trauma kepada isteri pelakon dan pelawak itu, Rozlinawaty Ismail serta faedah 5% bermula dari tarikh saman itu difailkan sehingga tempoh penyelesaian.

Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua defendan membayar kos RM50,000 kepada pasangan suami isteri itu.

Sudah Tiada lagikah tsunami Cina?

Oleh HARIS ZALKAPLI

PERDANA Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak telah menambah ang gota kabinetnya minggu lalu, melantik wakil-wakil MCA dan Gerakan.Parti-parti Cina itu kembali ke kabinet melalui pelantikan itu, selepas “tsunami Cina” pada Pilihan Raya Umum Ke-13 menyaksikan MCA, parti Cina terbesar dalam BN tewas teruk.

Kemasukan kembali wakil-wakil Cina ke kabinet menyusuli kemenangan wakil Gerakan, Dato’ Mah Mah Siew Keong dalam pil ihan raya kecil Parlimen Teluk Intan bulan lepas.

Teluk Intan menjadi petanda jelas peralihan undi etnik Cina, apabila wakil DAP tewas kepada calon BN, yang dijanjikan jawatan dalam kabinet Najib sekiranya menang.

MCA telah agak lama menunjukkan kesediaan un tuk kembali ke kabinet, satu perubahan pendirian yang menunjukkan penilai an semula oleh parti itu selepas tsunami Cina tidak menghasilkan perubahan pemerintahan di peringkat persekutuan.

MCA menunjukkan yang parti itu melihat ketiadaan mereka dalam kabinet merugikan, dan juga memberi gambaran parti Cina itu ber sedia berperanan semula dalam pemerintahan BN.

Penilaian semula ini menunjukkan sikap pragmatik parti MCA dan juga komuniti Cina yang diwakili mereka, yang bertindak ber dasarkan keperluan se masa.

Banyak cara untuk bersedekah

Nasrudin Hassan

RIWAYAT: (al-Bukhari)

Hadis:

Dari Abu Dzar r.a katanya: Beberapa orang sahabat Nabi Muhammad SAW pernah berkata kepada beliau, "Kaum hartawan memperolehi pahala yang lebih banyak. Mereka solat seperti kami solat, puasa seperti kami puasa dan bersedekah dengan sisa harta mereka."

Jawab Rasulullah SAW: "Bukankah ALLAH telah menjadikan berbagai macam cara untuk kamu bersedekah"

"Setiap kalimah tasbih adalah sedekah; setiap kalimah takbir adalah sedekah; setiap kalimah tahmid adalah sedekah; setiap kalimah tahlil adalah sedekah; amar makruf dan nahi mungkar (menagajak kepada kebaikan dan melarang kepada yang mungkar) adalah sedekah; bahkan pada kemaluanmu pun terdapat pula unsur sedekah."

Mereka bertanya: "Kalau begitu, adakah kami mendapat pahala jika kami memuaskan nafsu syahwat kami?

Jawab Rasulullah SAW: "Jika kamu melakukannya dengan yang haram, tentunya kamu berdosa. Sebaliknya jika kamu melakukannya dengan yang halal, kamu mendapat pahala.

Kepada Ku Nan..Terlajak kereta boleh digostan, terlajak kata….

Oleh Amin Iskandar

Orang tua-tua selalu berpesan kepada anak-anak muda, sebelum bercakap, lebih baik berfikir terlebih dulu. Tapi apabila orang tua-tua sendiri yang terlajak kata, lain jadinya.

Apatah lagi jika “orang tua” itu merupakan seorang pemimpin atau menteri. Inilah yang berlaku kepada Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Pada 1 Julai lalu, agensi berita nasional Bernama melaporkan Tengku Adnan sebagai berkata, pemberi dan peminta sedekah bakal berdepan hukuman seperti denda apabila undang-undang berkaitan kegiatan mengemis di ibu negara diperketat.

"Kita akan ambil satu kaedah di mana yang pemberi kita akan saman dan penerima pula akan kita 'angkut' kerana kebanyakan peminta sedekah ini adalah orang asing.

"Selain itu, badan bukan kerajaan (NGO) yang memberi makanan secara percuma kepada gelandangan juga akan ditetapkan tempatnya dan tidak boleh merata-rata tempat kerana ini akan mengundang kekotoran," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Antara yang mengaji PONDOK & Sokong MELAYU UMNO.. mana yang lagi EKTRIMIS wahai MASHITAH?

Militan: Mashitah usah merepek
ZULKIFLI YAHAYA | 07 Julai 2014.

http://mindaaktif.net/wp-content/uploads/2014/07/dr-mashitah-ibrahim2.jpg
PENGERUSI Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) Dato' Dr Mashitah Ibrahim mendesak kerajaan menggubal undang-undang bagi memantau kewujudan sekolah pondok yang semakin banyak ditubuhkan tetapi terbabit menyebarkan fahaman ekstremis.

Mashitah berkata, ada pihak yang mendekati pondok untuk mengajak warganya menganggotai pasukan jihad yang boleh membawa kepada perjuangan militan. Katanya lagi, Islam tidak pernah mengajar fahaman ekstremis atau keganasan.

Entah apa merepeknya orang yang diamanahkan Dato' Seri Najib Razak untuk menjaga pondok ini tiba-tiba mengaitkan pondok dengan keganasan. Realiti yang berlaku di negara ini, begitu ramai ektremis datangnya dari sebuah parti politik asobiyah kaumiyah dan beberapa buah NGO yang jadi rakan sekutu mereka. Itu tidak dipedulikan. Pondok pula yang jadi sasaran fitnah jahat di bulan Ramadan ini.

Kumpulan rasis Melayu itu bertindak ganas dalam setiap isu yang melibatkan kononnya penentangan terhadap hak Melayu, Islam dan raja. Mereka paling banyak mengadakan 'himpunan haram' termasuk melakukan provokasi melampau berteraskan semangat rasis seperti mengusung kepala lembu berdarah dan sepanduk yang mengandungi kata nista.

Baru-baru kumpulan pelampau tersebut telah menyerang Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang. Mujur tidak ada yang terkorban di sebalik keganasan tersebut. Dalam isu tertentu, ada pemimpin kumpulan pelampau itu yang mengugut untuk memancung kepala pihak yang tidak mereka senangi.

Tetapi oleh kerana kewujudan kumpulan pelampau ini adalah dari tarbiyah dan (mungkin) arahan parti asobiyah kaumiyah yang sedang menerajui negara maka tindakan ekstremis mereka semuanya 'ditanggung halal' belaka.

Usaha pihak tertentu mengaitkan pondok, bahkan PAS dengan kumpulan ekstremis adalah apabila tersebar khabar seorang ahli PAS melepaskan jawatan dalam parti, meninggalkan negara dan pergi mengangkat senjata untuk berperang dengan regim Basyar Assad. Dia pergi bukan atas arahan mahupun pengetahuan pemimpin PAS. Tindakannya secara bersendirian dan ijtihadnya untuk memilih kaedah berperang di negara orang itu pun keputusannya sendiri.

Ramai sangatkah warga pondok yang pergi berjihad di Syria? Pihak berkuasa Malaysia tentu ada maklumat. Tetapi kalau hendak dikata habis lengang pondok di Malaysia kerana warganya pergi berperang, tidak masuk akal. Berdasarkan maklumat yang diterima di alam maya, yang pergi berperang di Syria cuma seorang dari Malaysia, yang merupakan bekas anggota PAS.

Jika cuma seorang, apalah yang hendah dikepohkan sangat oleh Pengerusi Publisiti MCA, Dato' Chai Kim Sen yang meminta pihak polis agar membuat pemeriksaan ke atas semua ahli PAS berhubung isu jihad di Syria. Nampak sangat Pengerusi Publisiti MCA itu hanya mencari publisiti untuk dirinya.

Isu jihad tiada kena mengena dengan MCA. Sukar juga untuk diterangkan konsep jihad kepada pemimpinnya yang aqidah pun tidak betul.

Dalam konteks di Malaysia, PAS memilih berjihad secara 'muwajahah silmiyyah' iaitu perjuangan mendapatkan kuasa melalui cara yang aman. Tegasnya adalah melalui sistem demokrasi. Jika ada yang enggan memilih kaedah yang diguna pakai oleh PAS, tiada masalah. Mereka boleh berada di luar PAS.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menegaskan bahawa PAS tidak teragak-agak mengambil tindakan serta memecat mana-mana ahlinya yang terlibat di dalam apa jua bentuk aktiviti yang bertentangan dengan prinsip perjuangan yang didokongi PAS selama ini.
 
Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang juga berkali-kali menegaskan bahawa pendekatan politik yang diambil PAS di negara ini adalah secara aman dengan terus terlibat dalam proses pilihan raya dan demokrasi walaupun ianya tempang dan tidak adil.

Berhubung isu di Syria, Presiden PAS juga pernah menghuraikan dengan mendalam situasi yang begitu kompleks di sana. Beliau mengambil sikap berhati-hati dan menjauhi dari memihak kepada mana-mana kumpulan, lantaran tidak mahu menjayakan agenda musuh Islam khususnya Barat untuk memecahbelahkan umat Islam sejagat. Sikap tersebut boleh difahami dengan jelas dalam tulisan mahupun ucapannya.

Keputusan seorang anggota PAS melepaskan kedudukannya dalam PAS sebelum pergi berjihad di Syria adalah tindakan yang tepat kerana dia tiada mengena lagi dengan apa-apa tanggung jawab dalam PAS.

Justeru, penglibatannya tidak perlu dikaitkan dengan PAS untuk tujuan mengaburi mata masyarakat umum bahawa PAS menyokong militan. Elok kerajaan BN mencari isu lain untuk memburukkan pondok atau PAS.

Islam tidak, sekular pun tidak

TAN SRI ABDULLAH AHMAD

SIAPA kata kita sebuah negara Islam khayal. Mereka yang menegaskan Malaysia negara sekular delusi- perdaya diri sendiri. Kita, seperti ditegaskan Dr Mahathir Mohammad, “is neither an Islamic nor a secular state”.

Yakni kita bukan negara Islam juga bukan negara sekular. Kesimpulannya, kita sepinggan salad, rojak atau gado-gado. Madah Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia, Malaysia bukan sebuah negara sekular, kalau Malaysia demikian Perlembagaan negara akan menulis demikian seperti berlaku dalam Perlembagaan India, Turki dan Amerika Syarikat.

Sudah lama orang Islam dan bukan Islam diperdayakan- lebih tepat- membenarkan mereka di kelentong oleh pemimpin politik kedua belah pihak.

Jika rakyat rujuk hal ini pada Perlembagaan negara- nyata dan terang- agama rasmi negara ini agama Islam tetapi ini tidak menjadikannya sebuah negara Islam.

Tun Salleh Abas dalam keputusannya dalam perkara Che Omar Che Soh vs PP dan Wan Jalil Wan Abdul Rahman dan Anor vs PP (1988) menegaskan dalam bahasa asal: "We have to set aside our personal feelings because the law in the country is still what is is today, secular law ...until the law and the sistem is changed, we have no choice but to proceed as we are doing today”.

Ada Dok menipu kutip duit nak tolong bayaq BIL LETRIK laa pulak...

Waspada sindiket penipuan bayaran bil TNB

Ir Kamaliah Abdul Kadir. - Foto Sinar Harian Zulfadhli Zaki  
Ir Kamaliah Abdul Kadir. - Foto Sinar Harian Zulfadhli Zaki

KUALA LUMPUR - Orang ramai diingatkan agar berhati-hati terhadap sindiket penipuan pembayaran bil elektrik TNB melalui individu yang kononnya mewakili ejen persendirian.

Pengurus Besar Kanan (Perkhidmatan Pengguna), Bahagian Pembahagian Tenaga Nasional Berhad (TNB), Kamaliah Abdul Kadir berkata TNB tidak pernah melantik mana-mana individu sebagai ejen persendirian untuk menghubungi atau mendekati pengguna secara terus mengenai pembayaran bil elektrik.
  
"Kami ingin mengingatkan pengguna supaya tidak mudah terpengaruh dengan sebarang taktik yang digunakan anggota sindiket untuk mendapatkan bayaran daripada pengguna," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
  
Kamaliah berkata, sebagai organisasi yang sentiasa mengutamakan pelanggan, TNB menyediakan pelbagai saluran bagi memudahkan urusan pembayaran dan sentiasa memastikan pengguna mendapat maklumat yang tepat berkaitan pembayaran bil elektrik bulanan mereka.
    

Kenapa perlu berhati-hati ketika diusia 40 tahun..?

BERHATI HATI DIUSIA 40TAHUN
 
Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. Allah swt. berfirman,

حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

"Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)

Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.

Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah

Ayuh Rakyat #KEDAH, jika hangpa tau lokasi perjudian lekas report polis..!!

Polis tumpas kegiatan judi haram

ALOR SETAR - Polis Kedah menerusi Op Dadu berjaya menumpaskan kegiatan judi ekor haram di daerah Kubang Pasu dengan penahanan enam lelaki dan seorang perempuan semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata kesemua suspek berusia lingkungan 22 hingga 49 tahun ditahan ketika melakukan kegiatan be
rkenaan di enam lokasi sekitar Jitra.

Beliau berkata, enam kumpulan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri menyerbu premis perniagaan dan kediaman yang dipercayai menjalankan aktiviti itu sejak tiga bulan lepas, dari 3 petang hingga 6.30 petang.

Sebuah daripadanya adalah pusat pengumpulan judi ekor haram yang mempunyai rangkaian dengan lima pusat lain serta dilengkapi kemudahan seperti mesin faks, pencetak mudah alih dan telefon bimbit.

"Pusat pengumpulan itu beroperasi di sebuah kediaman bagi mengelak dikesan pihak berkuasa dan pusat pengumpulan tersebut mampu mengutip kira-kira RM25,000 sehari dan RM300,000 sebulan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah hari ini.

Pembinaan semula Pekan Rabu November ini

ALOR SETAR - Pembinaan semula Kompleks Pekan Rabu bernilai RM53 juta di sini akan bermula mengikut jadual pada November ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan Datuk Hasan Malek.

Hasan berkata, projek membina semula Pekan Rabu merupakan inisiatif Koperasi Pekan Rabu Alor Setar Berhad (KPRASB) untuk menyediakan sebuah kompleks perniagaan moden bagi keselesaan para peniaga serta pengunjung.

"Ciri-ciri keunikan konsep asal Pekan Rabu akan dikekalkan dan pihak kami memberi jaminan peniaga asal akan dapat masuk semula ke kompleks baharu, malah ruang niaga akan bertambah, jadi akan ada peniaga baharu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pekan Rabu, di sini hari ini.

Beliau berkata, terdapat 277 peniaga yang menjalankan pelbagai jualan seperti makanan, kuih dan pakaian tradisional, tukang jahit, songkok, kraftangan tempatan, buku, kitab, majalah serta produk industri kecil dan sederhana (IKS).

Kedah rancang bina pusat perlindungan sementara gelandangan

http://ww2.utusan.com.my/pix/2013/0513/Utusan_Malaysia/Pilihan_Raya/px_29.1.jpgALOR SETAR - Kerajaan Kedah merancang untuk mewujudkan rumah transit atau rumah perlindungan bagi menempatkan sementara golongan gelandangan bagi membantu mereka menjalani kehidupan yang lebih baik.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian, Asas Tani dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Suraya Yaakob berkata, di negeri ini, golongan gelandangan dikesan di sekitar bandar besar seperti Alor Setar, Sungai Petani dan Langkawi.

Katanya, rumah transit hanya menempatkan golongan gelandangan itu bagi tempoh dua minggu hingga tiga bulan, sebelum mereka boleh dibantu untuk mendapatkan tempat tinggal tetap selain pekerjaan bersesuaian.

"Kita kena akui isu gelandangan ini ada di Kedah dan perlu ada cara untuk atasinya. Antaranya rumah transit atau rumah perlindungan. Tak boleh kata orang gelandangan dikaitkan dengan orang miskin. Mungkin dia ada duit, secara mengejut dan tiba-tiba dia hilang segala-galanya dan mereka tak tau hendak ke mana.

"Ada juga kes melibatkan isteri-isteri dihalau keluar dari rumah... suami mati, suami halau. Sekelip mata hilang segalanya, dia nak pergi mana. Gelandangan bukan hanya tertakluk miskin tetapi juga keadaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pakat dok 'gila' PEKASAM DAGING lah pulak..!!!

Pekasam daging jadi rebutan

Pengusaha ikan pekasam, Wan Mazenah Mohd Noor menunjukan pekasam daging lembu yang unik yang baru diusahakannya di Pekan Sik di Baling baru-baru ini. - Foto Bernama 
Pengusaha ikan pekasam, Wan Mazenah Mohd Noor menunjukan pekasam daging lembu yang unik yang baru diusahakannya di Pekan Sik di Baling baru-baru ini. - Foto Bernama

SIK - Pekasam sememangnya sinonim dengan masyarakat di negeri Kedah, dan ia mempunyai permintaan yang tinggi di negeri lain, malah ada yang turut dieksport ke luar negara.

Secara tradisinya pekasam dikaitkan dengan ikan air tawar tetapi kini pekasam daging dilihat mula menjadi satu perusahaan yang mampu meraih keuntungan lumayan.
  
Pengusaha pekasam daging dari Kampung Kota Aur, Jalan Empangan Muda Sik, Wan Mazenah Mohd Noor, 42, memulakan perusahaan membuat pekasam daging sejak setahun lalu dengan menggunakan daging lembu.
  
Pekasam daging yang diusahakan Wan Mazenah dijual RM5 setiap paket.
  
Beliau yang turut mengusahakan pekasam daripada ikan air tawar, berkata perusahaan membuat pekasam mampu menjadi satu perusahaan yang berjaya, jika dilakukan bersungguh-sungguh.
    

Trajedi "SURAT@Kluang" : Nampak sangat ahli UMNO di bawah nie lebih sudu dari kuah...

Ini contoh politik matang, UMNO dan DAP sama-sama edar buah kurma
Ini contoh politik matang, UMNO dan DAP sama-sama edar buah kurma 
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO Kluang Datuk Khairul Anwar Rahmat hari ini menjemput Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong untuk sama-sama melawat bazar Ramadan di Bandar Kluang.

Foto mereka yang sama-sama di lokasi tersebut mengedar buah kurma dan bubur lambuk kepada pengunjung tersebar di media sosial.

Isnin lalu, rombongan Ahli Parlimen Kluang itu telah dihalang daripada memasuki kawasan Bazar Ramadan tersebut.

Rata-rata komen di media sosial menganggap tindakan Ketua Pemuda UMNO Kluang itu sebagai satu politik yang matang

Sebelum ini, Khairul menyelar tindakan segelintir petugas yang bertindak menghalau Ahli Parlimen Kluang itu dari bazar tersebut.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...