TERKINI :

Sunday, July 6, 2014

Gaji CEO-CEO Dan Orang Pangkat Besar Di Malaysia | INFO TERKINI

Berdasarkan laporan tahun yang dikeluarkan lewat tahun 2014, berikut nilai gaji pemimpin-pemimpin tertinggi Malaysia:
orang kaya malaysia
  • Gaji Perdana Menteri – RM 22,826.65 sebulan
  • Gaji Timbalan Perdana Menteri – RM 18,168.15 sebulan
  • Gaji Menteri-Menteri Kabinet – RM 14,907.20 sebulan.
  • Gaji Timbalan Menteri-Menteri – RM 10,847.65 sebulan
GAJI PERDANA MENTERI NEGARA LAIN :
  • Gaji Perdana Menteri Singapura : Lee Hsien Loong – $3 juta setahun (RM7.25 juta setahun, RM600,000 sebulan)
  • Gaji Presiden Amerika : Barack Obama – US$400,000 setahun(RM1.4 juta, RM116,666 sebulan)
  • Gaji Perdana Menteri Britain : David Cameroon – £194,250 (RM1.1 juta, RM91,666 sebulan)
  • Gaji Perdana Bekas Menteri Australia : Kevin Rudd – AU$330,300 (RM942,570, RM78,560 sebulan)
Kalau di negara Singapura, gaji Perdana Menteri diberikan setara dengan gaji ceo bagi kebanyakan syarikat gergasi di negara berkenaan. Ini kerana mereka beranggapan tugasan dan cabaran yang digalas oleh pemimpin Singapura adalah sama dengan penaung syarikat terkemuka di negara kota Singa itu.
Berlainan pula, gaji CEO di Malaysia adalah jauh yang lebih tinggi daripada gaji Perdana Menteri dan juga barisan kabinet Malaysia. Pendapatan mereka ini termaktub dalam Akta Ahli Parlimen (saraan) 1980 [Akta 237]

Derma 50 sen, boleh didenda RM150?

HAMBALI AKRAM | 04 Julai 2014.

KETIKA umat Islam sedang menjalani ibadah puasa Ramadan, tiba-tiba meletus isu DBKL akan menyaman pemberi sedekah dan menangkap pengemis dan gelandangan di sekitar kota raya Kuala Lumpur.

Yang paling mengejutkan ialah kenyataan Tengku Adnan yang bertegas ingin melaksanakan bayaran denda serta merta RM150 kepada pemberi sedekah dalam usaha membasmi gelandangan di Kuala Lumpur.

Hah, biar betul! Dari satu sudut, niat mahu membersihkan Kuala Lumpur daripada golongan pengemis dan gelandangan wajar disokong jika betul pelaksanaannya.

Namun, selain daripada mendenda penderma, tidak adakah cara lain yang lebih sesuai dan cerdik untuk mengatasi masalah ini?

Sikap bermurah hati ini memang ada dalam mana-mana masyarakat di dunia, tidak kira bangsa dan agama. Walaupun kadang kala, ada pihak yang mengambil kesempatan daripada sifat dermawan ini.

Pondok militan: Mashitah buat kenyataan 'cari pasal'

AHMAD TARMIZI SULAIMAN | 06 Julai 2014.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan pemimpin Umno Dr Mashitah Ibrahim berhubung isu militan.

Beliau dalam Berita Harian 30 Jun 2014 (2 Ramadhan 1435 H) telah mengeluar kenyataan perlunya ada undang-undang untuk mengawal pergerakan pondok yang dikatakan berpotensi menghasilkan pengganas militan.

Beliau juga menyatakan tidak ada undang-undang tegas termasuk di bawah kerajaan negeri untuk mengawal pergerakan pondok yang banyak diwujudkan tetapi ada kalanya untuk kepentingan pribadi.

Kata beliau juga, ada pihak yang cuba mendekati warga pondok bagi menarik mereka menganggotai pasukan‘jihad’yang dibimbangi boleh mempengaruhi mereka bagi menyertai pergerakan ala militan.

Kenyataan melulu Dr Mashitah ini boleh dianggap sebagai ‘kenyataan cari pasal’ yang bakal memusnahkan usaha kerajaan BN untuk berbaik-baik dengan institusi tua ini selepas institusi ini diburukkan serta dipinggir teruk pada zaman pentadbiran Tun Mahathir dahulu.

Apabila bersedekah dianggap jenayah, pemerintah dan rakyat terpisah

Apabila usaha murni dan baik hati rakyat biasa membantu golongan tidak bernasib baik dianggap jenayah, semakin jelas hubungan pemerintah dengan rakyat terpisah.

Aktiviti memberi makanan kepada gelandangan tidak ditaja syarikat swasta ataupun syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang mengaut untung berjuta-juta ringgit, tetapi ia adalah inisiatif peribadi mereka yang mahu membantu golongan tidak bernasib baik ini.

Membantu golongan tidak bernasib baik atau gelandangan ini tidak memerlukan anda untuk menulis cek dan bergambar masuk akhbar.

"Pendirian kami jelas, beri makanan tidak salah.

"Ia suatu yang tidak dapat diterima moral manusia apabila hendak berbuat baik tetapi tidak boleh dan dikata jenayah," kata Izwandi Ngadi, 29, salah seorang sukarelawan Dapur Jalanan.

Seperti kumpulan pemberi makan kepada gelandangan lain, Dapur Jalanan juga menjalankan aktiviti sama pada setiap hujung minggu di kawasan Jalan Panggung, di tengah ibu kota.

Baru-baru ini, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi kata dua kepada kumpulan yang memberi makanan kepada gelandangan.

Guru Kelaku Gila Cadbury... tak jumpa abang long Kluang lagi, dia mintak surat baru hang tau..!!

Guru pendidikan khas sk bandar mentakab, pahang sejak 2009.
 
Sebelum itu di sk jenderak. Suka cari gaduh dengan semua cikgu.
 
Guru besar sekarag adalah yang ke-3.

Guru besar sebelum ini pernah buat laporan tapi tidak sampai ke atas.
 
Ppd penah datang tapi kes senyap macam tu aje. Dulu dia langsung tidak masuk kelas. Sekarang masuk tp tak sepenuhnya. Sekarang dah start nak pukul budak. 
Via-Sukan Star

Diplomat tak jadi dihantar ke NZ sebab tak sihat..eishhh eishhh kasian muda-muda tak sihat dah..!!!

 
Diplomat Malaysia yang menjadi suspek serangan seksual di New Zealand mungkin tidak dapat menghadapi pertuduhannya di mahkamah negara kiwi itu esok.

Doktor-doktor Malaysia berkata Muhammad Rizalman Ismail tidak sihat sepenuhnya untuk terbang ke luar negara dan masih memerlukan “penilaian psikiatri”, lapor The New Zealand Herald.

Memetik sumber hospital tentera Tuanku Mizan malam tadi, harian itu melaporkan “Rizalman nampak tidak baik” dan memerlukan ujian lanjut.

Selepas dibawa pulang menggunakan kekebalan diplomatik, diplomat itu ditahan di hospital tentera untuk penilaian psikiatri.

Strategi Mukhriz yang terhebat.. Canang dulu satu kampung.. bab kajian kita lakukan kemudian..!!

War-war Dahulu, kaji Fesibiliti Kemudian
Heboh dan hebah seluruh media sosial, maya dan cetak tentang keinginan Kedah memliki Lapangan Terbang ke tiga berhampiran dengan Pulau Pinang.

Maka berdebatlah MB Kedah dengan Pulau Pinang tentang betapa keperluan tersebut perlu disediakan di Kedah. Hanya MB Kedah saja yang nampaknya ghairah memperjuangkan Lapangan tersebut. Kemana pergi hero-heronya yang sentiasa berfikir cara baru untuk membuat duit kepada diri mereka sendiri. Tiada seorangpun yang berkokok tentang Lapangan terbang.

Yang berkokok pun hanyalah Exco ICT, Teknologi Tinggi dan BioTek. Apa kaitan exco ini dengan Lapangan Terbang?

Mungkin kerana lapangan terbang itu dicadangkan di kawasan beliau.

Mungkin cadangan itu datang dari beliau dan konco-konconya yang sentiasa mencari peluang untuk buat duit sementara masih ada kuasa.

Mungkin KHTP memerlukan sebuah lapangan terbang untuk menarik pelabur ke sana. Dan dengan adanya lapangan terbang bakal melengkapkan KHTP sebagai hub pelaburan Teknologi Tinggi.

Kuliah TG Hj Hadi yang pertama selepas berehat atas faktor kesihatan sebelum ini..!!


Mana SADA, Mana #Mukhriz... orang meniaga kat Market Besaq Alor Setaq ayaq tak dak nie..!!



Lagi aduan peniaga pasar besar alor setar menghadapi gangguan bekalan air. Walaupun kedah negeri yg ada takungan air yg byk sehingga mampu menampung kegunaan air utk sawah padi, tapi masalah 'air di dlm paip' berpanjangan di pasar besar alor setar, juga di perumahan di sepanjang jalan kuala kedah.

Saya kira masalah di pasar besar adalah sesuatu yg boleh diselesaikan segera, MBAS, Ahli Majlis MBAS dan EXCO Kerajaan Tempatan mesti berikan perhatian serius mengatasi masalah ini.

Hangpa pantau sat Restoran Hameed di jeti Kuala Kedah ada orang tak posa pie makan disitu..??

Restoran operasi sebelum 3 petang akan disita
 
KUALA NERANG - Restoran atau premis makanan di Kedah yang beroperasi sebelum 3 petang dalam bulan Ramadan ini, bakal dikenakan tindakan ditarik balik lesen perniagaan atau disita.

Exco Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan Kedah, Badrol Hisham Hashim berkata, undang-undang berkaitan operasi premis perniagaan pada bulan Ramadan membenarkan restoran memulakan perniagaan mulai 3 petang kecuali, restoran francais makanan segera.


Katanya bagi premis makanan lain mereka perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan, namun Restoran Hameed di Jeti Kuah, Langkawi dibenarkan beroperasi seperti biasa atas faktor pelancongan.

"Restoran ini (Hameed) banyak melibatkan pelancong dan terletak di jeti. Para pengusaha restoran diminta tidak melanggar syarat yang diberikan. Jika ada tindakan tegas akan diambil," katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam Program Santai Sahur Jom Tengok Bola di Kampung Baru Tualak di sini awal, pagi ini.

Tempat yang 'WAJIB' umat Islam pergi.........

Ramadan yg sarat dgn rahmat ini, terfikir pulak ttg kematian. Kubur atau makam atau pusara kita sama. Saiz, gelap dan kedudukan tiada beza. Al Sultan Perak mangkat, Ustaz Abu Bakar Chik atau Datuk Sharifah Aini tiada lainnya dgn kubur Pak Teh di Ulu Tembeling atau Mak Jah di Tanjung Dawai. Jom jinakkan hati dgn nasihat kubur. Amacam?

1 - Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD..

2 - Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan SILATURAHIM..

3 - Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN..

4 - Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan amal SEDEKAH..

5 - Aku yg menyepitmu hingga hancur bila mana tidak solat bebaskan sempitan itu dengan SOLAT..

6 - Aku adalah tempat utk merendam dgn cairan yg amat menyakitkan mu, bebaskan rendaman itu dgn PUASA..

7 - Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan LAILLA HAILLULLAH..

PAS lancar Auto21 desak daftar pemilih secara automatik


Setahun selepas Pilihan Raya Umum ke-13, PAS melancarkan kempen agar semua rakyat Malaysia yang layak mengundi didaftar sebagai pemilih secara automatik dan dikenali sebagai kempen Auto21.

Pelancarannya disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu di depan pusat beli-belah terkenal di ibu negara, Sogo petang semalam dengan Ketua Pemuda PAS, Suhaizat Kaiat menjadi penggerak utama di belakang kempen ini.

Namun ramai yang bimbang adakah ia akan menyekat keraguan kepada daftar pemilih kerana kes sebelum ini menunjukkan sebaliknya.

Suhaizan berkata, pelaksanaan ini bertujuan menggalakkan rakyat negara ini menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi manakala isu penyelewengan daftar pemilih adalah soal yang lain yang perlu dibanteras sama.

"Kempen ini bertujuan membolehkan rakyat yang layak diberikan hak untuk mengundi secara automatik," kata Suhaizan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...