TERKINI :

Saturday, July 5, 2014

Selangor tidak pernah lulus pusat judi lumba kuda

KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor menolak dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa negeri itu meluluskan cadangan pembinaan sebuah pusat judi lumba kuda yang terbesar di Asia, di Bukit Tagar, Hulu Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa negeri, Sallehen Mukhyi berkata syarikat pemaju terbabit pernah memohon kebenaran membina pusat judi lumba kuda itu namun Kerajaan Negeri menolak permohonan itu, lapor Selangor Kini.

“Memang ada permohonan dari pihak pemaju, tetapi kerajaan negeri sudah menolak permohonan cadangan pembinaan itu,” katanya kepada Selangor Kini menerusi SMS.

Beliau berkata kerajaan negeri berpendirian tidak akan membenarkan sebarang pembinaan seperti yang didakwa.

Kelmarin, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis bagi membantah cadangan pembinaan itu.

Mereka menggesa kerajaan negeri Selangor, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengambil tindakan tegas terhadap pemaju berkenaan.

Ramadhan D'Kluang - EpiLoQ Surat Dan Macai


Macam2 hal orang kita sekarang nie...

Apabila kehidupan baik membuatkan seorang menteri miskin empati

KOMENTAR OLEH THE MALAYSIAN INSIDER

Mengenangkan Tengku Adnan Mansor, beliau tinggal di dunia yang berbeza daripada 99% daripada rakyat Malaysia.

Pernahkah anda melihat rumah agamnya di kejiranan mewah di Bukit Tunku, yang jaraknya tidak jauh dari kediaman peribadi perdana menteri?

Jika anda salah seorang daripada ribuan pengguna jalan raya yang menggunakan Jalan Duta setiap hari, akan mungkin melihat rumahnya.

Pagar rumahnya dihiasi dengan beberapa poster mega Barisan Nasional atau pemimpin negara. Rumahnya paling kurang setinggi tiga tingkat, dengan harga dalam lingkungan RM10 juta.

Ku Nan dan ahli keluarganya memiliki segala-galanya. Makanan terbaik. Penginapan terbaik. Pakaian terbaik. Kereta terbaik. Pesawat udara terbaik. Destinasi percutian terbaik. Pembantu orang tempatan. Pemandu. Pengawal peribadi. Tukang kebun.

Ini merupakan dunia kehidupannya yang bagus dan selesa.

Muhyiddin hilang moral ugut insiden 13 Mei akan berulang, kata DAP

DAP menyelar Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai tidak bermoral susulan kenyataan amaran 13 Mei mungkin berulang hari ini dalam Utusan Malaysia.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata kenyataan timbalan perdana menteri itu tidak mencerminkan sikap kerajaan sebagai pemerintah dimana sepatutnya mempertahankan kepentingan semua rakyat.

"Hinggalah kenyataan satu lagi insiden 13 Mei tidak mustahil berulang, ia menunjukkan timbalan perdana menteri hilang moral dan pertimbangan politik untuk terus memerintah negara," kata Lim, yang juga ahli Parlimen Gelang Patah.

Sebaliknya, Lim berkata kenyataan Muhyiddin itu secara tidak langsung adalah kegagalan polisi kesederhanaan di bawah pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Muhyiddin sendiri mengakui kegagalan kerajaan BN dalam polisi membentuk keharmonian negara di bawah Najib sejak lima tahun lalu," kata Lim.

Menurut Lim lagi, konsep 1Malaysia yang dilaungkan oleh Najib selama ini juga hanya tinggal nama sahaja.

[PANAS] Mengapa Prof Redzuan perlu dipecat?

Oleh Ahmad Lutfi Othman


Apabila berita tersebar pada 30 Jun lalu tentang pemecatan (saya kira istilah ini lebih tepat berbanding perletakan jawatan) Prof Dr Mohd Redzuan Othman sebagai Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel), ia bukan lagi khabar mengejutkan.

Desas-desus Dr Redzuan tidak digemari Kementerian Pendidikan (dahulunya Kementerian Pengajian Tinggi) -- berpunca daripada rumusan kajian yang dianggap tidak memihak elit pemerintah menjelang pilihan raya umum paling kritikal -- juga bukan lagi perkara baru.

Beliau bernasib baik kerana berketuakan naib canselor, ketika itu Prof Tan Sri Dr Ghauth Jasmon, yang cukup memahami dan menyokongnya; lagipun penubuhan UMcedel diluluskan oleh Senat Universiti, petanda tidak mudah untuk dibubarkan meskipun ada pihak atasan tidak menyenanginya.

Sejurus selepas keputusan PRU13, pernah beliau dipanggil menghadap Lembaga Pengarah Universiti Malaya, yang dipengerusikan Tan Sri Arshad Ayub, 85 tahun (Dr Redzuan ditolak kononnya disebabkan faktor usia dan akan bersara tahun depan,)

Sebelum sempat menjelaskan kedudukan UMcedel, profesor sejarah yang pernah mendapat anugerah pensyarah cemerlang selama 11 tahun berturut-turut dan dekan terbaik pada 2012, bagaikan diherdik. (Apa pun Dr Redzuan dapat menghuraikan kekeliruan kepada anggota lembaga pengarah dan khabarnya Arshad turut berpuas hati serta menjemputnya makan tengahari bersama mereka!)

Trajedi SURAT di KLUANG : Nak sedekah makanan kat mangsa banjir BN letak logo boleh pulak..!!

Kesal 'dihalau'

Hong Pin bersama Khairul Faizi ketika melihat rakaman yang diambil sewaktu mereka dihalang mengedarkan kurma.  
Hong Pin bersama Khairul Faizi ketika melihat rakaman yang diambil sewaktu mereka dihalang mengedarkan kurma.

KLUANG - DAP Kluang meluahkan rasa kesal apabila hasrat mengedarkan kurma kepada peniaga di bazar Ramadhan Bandar Kluang di sini tidak kesampaian kerana mereka dikatakan telah ‘dihalau’ sekumpulan anggota keselamatan bazar berkenaan.

Adun Mengkibol, Tan Hong Pin berkata, pihaknya tidak menyangka rombongannya bersama Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong ke bazar berkenaan dihalang dan aktiviti ziarah serta mengedarkan kurma terpaksa dibatalkan disebabkan perkara berkenaan.

Beliau berkata, rombongannya ditahan sekumpulan anak muda yang mendakwa sebagai petugas keselamatan bazar Ramadhan.

“Mereka (petugas) mendakwa rombongan kami sebagai menceroboh masuk ke kawasan bazar dan menghalau kami keluar dari situ kerana tidak memiliki surat kebenaran daripada pihak penganjur.

“Kata-kata dikeluarkan petugas berkenaan membuatkan kami rasa tidak selesa dan niat kami adalah baik untuk mengedarkan kurma bukannya untuk melakukan sesuatu yang tidak baik," katanya.

Inilah #MALAYSIA - kala yang mengaku ISLAM halang tempat kuliah, mai bukan ISLAM pula beri tempat mereka

Bukan Islam bantu Ustaz Azhar, lepas masjid halang kuliah

uai
SHAH ALAM, 5 JUL: Pendakwah popular tanah air, Ustaz Azhar Idrus, berkata terdapat pihak menyediakan lokasi untuk beliau mengadakan kuliah termasuk daripada bukan Islam walaupun ada larangan yang menghalangnya melakukan aktiviti itu di masjid dan surau.

“Mereka menyediakan tapak seluas 20 ekar yang siap segera dibersihkan ketika kuliah ingin diadakan walaupun tapak itu sebelumnya digunakan menyimpan jentera bagi kerja berat. Pemilik bukan Islam itu beri guna secara percuma untuk saya mengadakan kuliah agama.

“Alhamduliilah, kira-kira 30,000 orang hadir mendengar kuliah saya,” katanya yang dipetik daripada Harakah Daily.

Katanya, ketika di Kulai, Johor pula, sejak awal lagi surat tdihantar oleh pihak berkuasa kepada pihaknya yang tidak membenarkan beliau mengadakan kuliah agama di masjid dan surau sebelum aktiviti itu diadakan.

Lagi nasib si peniaga Melayu.. Cilaka "DAP" yang buat Undang-Undang melingkup Melayu..!!!

Hidup mati peniaga Melayu, Legoland dan SilTerra...
Oleh Zaini Hassan

https://fbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/530331_382373838510858_1367593516_n.jpg
Lagi nasib si peniaga Melayu

CABARAN dan tekanan yang dihadapi oleh peniaga Melayu di Kuala Lumpur bukan calang-calang. Ia adalah realiti.

Saya tidak mengharapkan usahawan Melayu akan terus bertongkat sepanjang masa. Namun, kita harus sedar kita bukan seperti peniaga Cina, yang dibantu oleh masyarakat dan mentor-menti mereka sendiri.

Cara mentor-menti peniaga Cina itu lebih berkesan daripada yang dilakukan oleh sistem kerajaan. Oleh kakitangan kerajaan yang memakan gaji.

Ikuti keluhan seorang peniaga Melayu, bekas wartawan dan kemudian berjinak-jinak dengan bisnes, yang bukan besar pun. Dia cuba bertahan berniaga di pusat beli-belah Alamanda, Putrajaya - tapi akhirnya gagal lalu mati.

"Sedekad lalu saya pernah menghadiri satu majlis di restoran Kelantan Delights di Suria KLCC dan menemui secara peribadi pemiliknya, Juhaidi Yean Abdullah. Itu ialah hari terakhir beliau berniaga di pusat beli-belah gred A itu sebelum diarah keluar dan diambil alih sebuah restoran makanan Korea.

Acara makan itu agak emosional dan Juhaidi kelihatan sebak apabila ramai rakannya termasuk dari kelompok yang dilabel 'ultranasionalis' UMNO datang memberi kata-kata semangat. Namun hakikatnya nasib beliau tiada siapa yang peduli.

Undang-Undang yang ada sudah mencukupi untuk membersihkan pengemis di dalam negara

 
Kerajaan tidak perlu melaksanakan peraturan mendenda pemberi sedekah dalam usaha membersihkan ibu negara daripada pengemis dan gelandangan memandangkan peruntukan undang-undang sedia ada sudah mencukupi untuk menangani masalah itu, demikian menurut beberapa peguam.

Seorang peguam kanan di sebuah firma guaman, Datuk Dr Radzuan Ibrahim berkata, kerajaan hanya perlu fokus pada undang-undang sedia ada kerana ia sudah mencukupi untuk mengatasi masalah peminta sedekah dan gelandangan di ibu kota.

Bagi pengemis kanak-kanak serta orang tua yang bergerak melalui kegiatan sindiket, tindakan boleh diambil atas pertuduhan menipu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dan sebatan serta denda, katanya kepada Bernama.

"Mereka boleh ditangkap dengan mudah dan ada antaranya dengan berani membawa surat daripada jabatan agama, sekolah tahfiz dan kementerian. Jika ditangkap dan disiasat tentang siapa penganjurnya (aktiviti mengemis) didapati dokumen adalah palsu," katanya.

Kenapa Duit raya kepada pekerja swasta tiada..?

Wartawan Sinar Harian
 
DAZMA SHAH DAUD  
DAZMA SHAH DAUD

KUALA LUMPUR - Langkah kerajaan memberi bonus raya kepada penjawat awam disambut baik oleh pelbagai pihak.

Namun wujud pertanyaan atau permintaan yang mahu kerajaan tidak mengetepikan keperluan insentif kepada pekerja di sektor swasta.

Biro Pekerja Muda tampil dengan cadangan supaya kerajaan menukar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada Duit Raya 1Malaysia (DR1M) yang diberikan pada musim perayaan.

Pengerusinya, Dazma Shah Daud berpendapat pemberian insentif ketika musim perayaan mampu meringankan beban golongan pendapatan rendah dan sederhana dalam membuat persiapan untuk keluarga mereka.

“Mungkin kerajaan boleh mengkaji cadangan agar insentif BR1M ditukar menjadi DR1M bagi mengimbangi keperluan perbelanjaan persiapan hari raya untuk golongan pendapatan rendah dan sederhana dalam kalangan pekerja sektor swasta.

“Dalam masa sama kerajaan masih boleh meneruskan bonus raya khas untuk penjawat awam seperti sekarang ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pengumuman kerajaan yang memberikan bonus raya RM500 kepada penjawat awam Gred 1 hingga 54 bermula 15 Julai ini.

Galakkan masyarakat bersedekah, bukannya asyik nak SAMAN jee..!!

 Oleh Amin Ahmad

http://2.bp.blogspot.com/_L9eRDHDfHrs/TLD_yveSiAI/AAAAAAAAAYE/heki2SKmjjE/s1600/1231.jpgRamai yang menzahirkan rasa hairan apabila Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyatakan pemberi dan penerima sedekah akan dikenakan denda.

Beliau bagaimanapun menjelaskan bahawa kawasan larangan hanyalah dalam radius 2km daripada simpang empat Lot 10 Bukit Bintang yang menurutnya merupakan kawasan tumpuan utama pelancong, justeru tidak mahu dibiarkan kotor.

Selain faktor pelancongan, beliau juga menyebut bahawa sebahagian daripada gelandangan yang ada malas bekerja meskipun sudah dibantu, kerana mereka boleh mendapatkan makanan dan minuman secara percuma daripada pelbagai program yang digerakkan oleh badan bukan kerajaan serta pergerakan sukarela yang lain.

Menurutnya, ada gelandangan yang begitu selesa sehingga mampu tinggal di hotel. Selain itu, sebahagian gelandangan ini adalah warga asing yang datang ke negara Malaysia.

Menilai kenyataan menteri

Daripada semua kenyataan yang dibuat oleh menteri ini, saya percaya ia mengukuhkan lagi rasa sangsi terhadap tujuan dan cara yang diambil.

Beliau menyatakan bahawa program memberi makanan percuma atau bersedekah kepada gelandangan dan peminta sedekah ini boleh dibuat di luar radius yang ditetapkan, malah ia disarankan dibuat bersama institusi agama seperti surau atau kuil.

Oh! Malaysiaku Negara Islam, Nak Bersedekah Pun Kena Saman...

Shahbudin Husin,

Ramai benar yang marah dengan tindakan Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor yang tidak membenarkan lagi wargakota memberi sebarang jenis sumbangan kepada peminta sedekah dan dalam masa yang sama juga melarang kumpulan NGO Dapur Jalanan memberi makanan kepada golongan kutu rayau, fakir miskin dan gelandangan.

Alasan yang diberikan Tengku Adnan atau Ku Nan ialah untuk membersihkan Kuala Lumpur daripada semua jenis peminta sedekah, kutu rayau dan gelandangan yang disifatkannya sebagai sampah yang mengotorkan imej bandaraya selama ini, selain kononnya program pemberian makanan itu menambah-kotorkan lagi persekitaran ibukota.

Menurutnya lagi, kerana adanya golongan yang murah hati inilah menyebabkan kewujudan golongan sampah itu sukar dihapuskan oleh kerajaan serta menyusahkan usaha membanteras kewujudan mereka. Serentak dengan itu, beliau mensyaratkan jika NGO Dapur Jalanan mahu meneruskan kegiatan memberi makan kepada gelandangan, ia haruslah dilakukan sejauh 2km dari pusat bandar yang dikenalpasti iaitu Kompleks Membeli-belah Lot 10.

Walaupun mungkin niat Ku Nan ini adalah baik tetapi beliau seolah-olah tiada hati perut dalam tindakannya. Ini kerana dalam usahanya membersihkan imej Kuala Lumpur, sampai beliau bukan saja tergamak menghalang orangramai daripada bersedekah dan memberi sumbangan, malah menguatkuasakan undang-undang agar tindakan saman serta-merta dikenakan kepada sesiapa yang menghulurkan sumbangan.

Siapakah gerangan yang mengibarkan JALUR GEMILANG dalam stadium di World Cup semalam...???

Malam tadi jika anda terperasan sehelai bendera JALUR GEMILANG kelihatan berkibar dalam stadium sewaktu perlawanan GERMANY vs FRANCE


Saya dipecat sebelum tamat kontrak bukan letak jawatan, kata Prof Redzuan


Profesor Datuk Dr Redzuan Othman memecahkan kebisuannya hari ini dengan menegaskan beliau tidak meletakkan jawatannya sebagai Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel), tetapi dipecat sebelum kontraknya tamat.

Redzuan dalam kenyataannya tiga hari lalu berkata, jawatan beliau sebagai Pengarah UMcedel tidak disambung kerana beliau akan bersara tahun depan tidak benar kerana kontraknya akan tamat hujung tahun ini.

Redzuan berkata, beliau menerima surat pelantikan sebagai Pengarah UMcedel pada 28 Disember 2013 bagi tempoh 2 Januari 2014 hingga 31 Disember 2014.

"Kontrak saya sebagai Pengarah UMcedel tamat hujung tahun ini. Saya belum bersara lagi (waktu itu).

"Pada 30 Mac 2014, saya terima surat bahawa jawatan saya digantikan dengan Dr Amer (Saifude Ghazali)," kata Redzuan kepada The Malaysian Insider.

Empangan mampu tampung air 30 bulan

JAMILAH HAMZAH July 4, 2014

ALOR SETAR - Orang ramai tidak perlu bimbang dengan masalah bekalan air jika berlaku El-Nino dalam masa terdekat.

Exco Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan, Badrol Hisham Hashim berkata, fenomena itu akan menyebabkan berlaku panas berpanjangan sehingga enam bulan sekaligus memberi kesan kepada bekalan air.

Bagaimanapun, rakyat tidak perlu bimbang kerana empangan yang membekalkan air di Kedah masih mampu menampung keperluan sehingga tempoh dua tahun setengah jika berlaku kemarau berpanjangan.

"Fenomena El-Nino yang diperkatakan kebelakangan ini membimbangkan banyak pihak termasuk pesawah, petani dan rakyat. Jadi kita sudah mengadakan mesyuarat bersama Jabatan Meteorologi untuk mengambil langkah berjaga-jaga.

"Jadi, berita baik kepada rakyat kerana empangan yang kita ada mampu menampung untuk tempoh dua tahun setengah lagi.

"Jangan panik, lagipun Kedah masih belum terlibat dengan El-Nino kerana kini hanya membabitkan Sabah dan Sarawak," katanya pada majlis Penyerahan Kunci Rumah Projek Pembinaan Semula Rumah Terbakar di Bawah Program Strategi Lautan Biru Kebangsaan Ke-7, di sini, hari ini.

Al Fatihah : Biduanita Datuk Sharifah Aini meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah meninggal dunia awal pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara.

Allahyarham yang berusia 61 tahun menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 1.26 akibat jangkitan pada paru-paru.

Allahyarham telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada Selasa.

Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu.

Kak Pah dimasukkan ke hospital oleh anaknya, Aliff Omar susulan kesukaran bernafas awal pagi Isnin.

Sharifah Aini anak pasangan Syed Jaafar Syed Sahil dan Sharifah Noor Syed Ahmad Al-Attas yang dilahirkan di Nee Soon, Singapura pada 2 Julai 1953.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...