TERKINI :

Friday, July 4, 2014

Sedekah bukan jenayah, Hanipa bidas Ku Nan

MUHAMMAD FAIZAL | 04 Julai 2014.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin meminta agar Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar Tengku Adnan Tengku Mansor mempelajari undang-undang terlebih dahulu sebelum bercakap mengenai undang-undang.

Beliau merujuk kepada kenyataan Tengku Adnan yang bertegas ingin melaksanakan bayaran denda serta merta RM150 kepada pemberi sedekah dalam usaha membasmi gelandangan di Kuala Lumpur.

Hanipa yang juga seorang peguam berkata, seseorang itu tidak dianggap bersalah kecuali ia dibuktikan bersalah dan pelaksanaan denda serta-merta itu jelas bertentangan dengan prinsip undang-undang yang sedia ada.

"Kita tidak boleh terus menjatuhkan hukuman kepada pemberi sedekah ia amat bertentang dengan prinsip undang-undang sekarang.

"Seperti kita kena saman laju, ada bukti kesalahan itu tetapi mahkamah akan memutuskan kita bersalah atau tidak.

"Begitu juga dengan apa yang Tengku Adnan ini lakukan, kita beri sedekah bukan satu kesalahan jenayah dan tidak bertentangan dengan agama jadi tiada sebab untuk kita didenda serta merta," jelasnya kepada Harakahdaily.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan kerajaan perlu meneliti semula dasar yang sedia ada kenapa angka pengemis ini terus meningkat setiap hari.

"Kita tidak boleh salahkan pengemis kenapa mereka mengemis, kerajaan perlu meneliti semula dasar mereka terutama dalam soal kebajikan rakyat miskin.

"Apa yang saya lihat selagi rakyat tertekan dengan keadaan ekonomi sekarang selagi itulah isu pengemis ini tidak akan dapat diselesaikan. Kerajaan jangan salahkan pengemis tetapi salahkan diri sendiri.

"Kerajaan perlu mencari alternatif untuk memastikan taraf hidup rakyat berada pada satu tahap yang lebih baik sehinggakan kadar kemiskinan ini dapat dihapuskan," kata beliau.

Beliau yakin cadangan Tengku Adnan itu bukan satu penyelesaian tetapi menimbulkan kesulitan pada masa akan datang. - HARAKAHDAILY

Isu pengemis: Kerajaan cuba tutup kelemahan

SHAH ALAM - Kerajaan didakwa cuba menutup kesalahan dan kelemahan terhadap golongan fakir dan miskin dengan mengenakan tindakan serta hukuman denda jika mereka mengemis di negara ini khususnya sepanjang bulan Ramadan.

Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Prihatin Rakyat, Pemuda Pas, Muhammad Hafiz Musa mendakwa tindakan itu membuktikan bahawa kerajaan telah gagal membela kebajikan rakyat khususnya golongan fakir dan miskin.

"Kami bersetuju sekiranya tindakan diambil bagi sindiket yang sengaja menggunakan individu tertentu bagi meminta sedekah dan mengutip hasil daripada golongan tersebut.

"Namun membasmi kemiskinan dengan hukuman tanpa memberikan jalan keluar terhadap permasalahan yang ditanggung rakyat adalah suatu kezaliman terhadap rakyat," katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.

Semalam, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, peminta sedekah akan berdepan hukuman seandainya mengemis di tempat tumpuan.

Malah katanya lagi, memberi sedekah akan berhadapan tindakan saman seandainya 'membantu' pengemis di ibu kota.

Masjid Cina pengumuman bermusim setiap Ramadan?

OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA

Reka bentuk Masjid Cina di Kuala Lumpur siap sejak 1 Mac 2011 apabila isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menyampaikan anugerah kepada pemenang dalam peraduan reka bentuk Masjid Cina dan kompleksnya akan dibina di Jalan Davis, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Datuk Seri Jamil Khir Baharom sekali lagi mengumumkan Malaysia akan membina sebuah masjid bercirikan seni bina kesenian Islam China di Kuala Lumpur tidak lama lagi.

Beliau berkata, pembinaan masjid itu sebagai simbolik hubungan dua hala yang kukuh antara Malaysia dan China sejak 40 tahun lalu.

"Keseluruhan konsep seni bina masjid itu diilhamkan daripada seni bina di negara China yang didapati daripada kajian masjid serta seni bina di sekitar Beijing.

"Secara tidak langsung, ia dapat menarik kunjungan pelancong luar dan masyarakat bukan Islam di sini," kata Jamil kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Kebudayaan Islam China-Malaysia 2014 di Kuala Lumpur semalam.

Bagi seorang pengkaji politik dan sejarah, Dr Kamarul Yusof, tiada yang pelik dengan pengumuman menteri itu berhubung cadangan membina Masjid Cina di Kuala Lumpur kerana ia sudah diperkatakan, malah dipersetujui, sejak 2008 lagi.

Tempat Pusat Hiburan juga perlu KL bersihkan...!!!

Bekas mufti Perlis tuntut Kuala Lumpur bersihkan pusat hiburan

Bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut mencadangkan kerajaan membersihkan Kuala Lumpur daripada pusat hiburan selepas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melarang kegiatan meminta sedekah dan memberi sedekah di ibu negara.

Asri berkata, bagi menjaga imej negara Islam itu sendiri, ibu negara seharusnya aman dan selamat buat pengunjungnya.

"Kepada pihak yang ingin membersihkan bandaraya Kuala Lumpur daripada peminta dan pemberi sedekah atas alasan ingin elak Kuala Lumpur tercemar serta untuk menjaga nama baik ibu kota negara Islam ini, mohon saya mencadangkan atas hasrat baik pihak tuan agar pihak tuan membersihkan Kuala Lumpur daripada pusat hiburan dan segala aktiviti yang merosak dan meruntuhkan moral dan akhlak manusia," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook Dr Maza.com.

Beliau berkata, kerajaan juga seharusnya menunjukkan dakwaan berpegang kepada Islam dengan menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar yang melambangkan kemakmuran dan kesantunan.

"Jadikanlah ia kota yang selamat dan berkat. Makmurkan ia dengan kesantunan dan kemakmuran yang mendamaikan jiwa setiap pengunjung.

"Jadikanlah ia kota yang setiap orang masuk ke dalamnya merasa aman untuk dirinya, keluarganya dan temannya.

[PANAS] DBKL dan MENTERI bukan ALONG, mereka tiada kuasa paksa RAKYAT bayar SAMAN melainkan MAHKAMAH..!!

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Mansor bercadang melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) untuk mengeluarkan saman bersiri kepada pemberi sedekah di tepi jalan. Beliau dikatakan mengeluarkan kenyataan bahawa sesiapa yang dilihat memberikan sedekah kepada pengemis atau peminta sedekah di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur akan ditangkap dan disaman malah hendaklah membayar denda RM150 serta merta kepada penguatkuasa.

Aku tak mau komen bab pahala menderma atau sedekah tapi aku nak komen berkaitan saman dan denda serta merta yang dicadangkan oleh Adnan Mansor tu.

Untuk makluman Datuk Seri Adnan Mansor, tiada dalam mana-mana peruntukkan undang-undang yang membolehkan seseorang penguatkuasa bertindak sebagai penguatkuasa dan hakim dalam masa yang sama. Juga tiada dalam mana-mana undang-undang yang mengatakan seseorang yang disaman hendaklah serta merta membayar denda.

Saman tak kira dalam apa jenis kes samada sivil atau jenayah ialah suatu arahan ke Mahkamah bukan arahan membayar.

Perlu diambil perhatian bahawa Malaysia mengamalkan konsep pengasingan kuasa antara Perundangan, Eksekutif dan Kehakiman. Badan Perundangan boleh membuat undang-undang manakala Eksekutif boleh melaksanakan undang-undang tetapi Kehakiman adalah satu-satunya Badan yang diberikan kuasa menghukum.

Kisah Pak Chin Makan Garam Ramai yang e-mail bertanya, nie ada lagi Pak Chin versi 2.0...!!

WARGAKILANG: JJMK Ramadhan 2014

INILAH REALITY YANG MASIH ADA DICELAH-CELAH KEHIDUPAN KITA
Cuti weekend bersambung di kilang industri sempena hari Keputeraan SPBYDP Agung baru-baru ini, bersama-sama dengan sahabat2 dari skuad riki NGO Wargakilang, kami masuk ke kg-kg di sempadan Kedah/Perak menjejaki keluarga susah/miskin untuk dibantu sempena program JJMK Jln-Jln Masuk Kg NGO Wargakilang pada bulan Ramadan ini. 
(Memang cantik pemandangan Gunung Kerunai dari dekat, selama ini saya duk ulang alik dari Kedah ke Tganu kampung org rumah melalui laluan ini, tak perasanlah pula adanya pemandangan yg indah seperti ini)
 (Sahabat yang jadi tukang tunjuk jalan membawa kami ke rumah seorang asnaf melalui jalan kampung ini, lepas ke dalam, betul-betul di kaki Gunung Kerunai)

Dalam perjalanan yang seterusnya antara simpang 4 Gerik hinggalah ke Pengkalan Hulu, kami telah mengenal pasti kurang lebih 35 penerima dari kawasan ini untuk program Wargakilang Masuk Kg nanti.

Rata-rata mereka adalah NGO (Noreh Getah Orang), dengan pendapatan bulanan secara hitung panjangnya adalah antara 450-600 sebulan, kecuali satu dua keluarga yang sedikit mengejutkan kami yang pi riki ini.

Baling - Pak Yaakob nak makan apa la bulan posa nie, motong getah 5 hari dapat RM36 je...??

TAZKIRAH RAMADHAN

Minggu lepas ada seorang kenalan dari Baling Kedah, daerah kelahiran saya telepon mai, dia kata:

"Monier, mu kena kelik mari tengok keluarga nie. Sedih sungguh aku tengok dema nie, rasa mcm nak menitis A mata"

Suami dia lumpuh, anak ramai, semua sekolah. Harap isteri dia motong (menoreh), NGO noreh getah org, nak boleh berapa duit sangat.

Mlm tadi selepas terawih 8 rakaat bersama Cikgu Sujari, AJK NGO Wargakilang kami perderas balik sat.

Sampai rumah pakcik tu dah jam 11.30 lebih dah.

Betul mcm sahabat tu cakap, boleh menitis air mata tengok keluarga ini.

Pimpinan PAS Kedah membuat kunjungan hormat ke pejabat SPR Kedah

Kunjung hormat brsama rakan pimpinan PAS Kedah ke pej SPR Kedah brsama Pengarah Negeri Hj.Morat Pora - bincang isu pendaftaran pemileh baru dan isu persempadanan semula kaw p/raya..

Alor Setar - Kantoi seludup beras waktu sahur...!!

Helah seludup waktu sahur terbongkar

Alor Setar: Helah seorang lelaki memilih waktu selepas sahur yang dianggap sunyi daripada penguat kuasa untuk membawa masuk beras seludup ke negara ini terbongkar apabila dicekup, pagi semalam.

Lelaki berusia 33 tahun itu ditahan sepasukan anggota Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kuala Kedah di Kilometer 21 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Changlun, dekat Jitra, di sini, bersama lori dipandunya yang sarat dengan 20 tan beras dianggar bernilai RM40,000.

Suspek ditahan kira-kira jam 6 pagi selepas dikesan memandu lori terlalu perlahan, seolah-olah membawa muatan berat, manakala waktu operasinya di awal pagi turut mencurigakan.

Temui 400 guni beras

Komander UPP Kedah, Abdul Latif Abdul Rahman, berkata sepasukan anggota yang terserempak dengan lori terbabit menahannya bagi diperiksa sebelum menemui 400 guni beras seberat kira-kira 50 kilogram setiap satu yang dipercayai dibawa masuk dari Thailand.

Selepas disoal siasat, pemandu lori itu gagal menunjukkan dokumen membawa barangan terbabit dan mengaku diupah RM100 untuk membawa bekalan ke sebuah lokasi di Jitra.

Berdasarkan siasatan, beras dibawa itu berkualiti tinggi dan dipercayai diperoleh dari negara jiran berikutan permintaan tinggi di negara ini menjelang Aidilfitri, katanya di sini, semalam.

Menziarah Tok Guru di internet

SUBKY LATIF


MEMANG terkilan tidak dapat menziarahi tok-tok guru terutama dua tok guru yang terpenting dalam PAS yang uzur sekarang iaitu Mursyidul Am Tok Guru Nik Abdul Aziz dan Presiden Datuk Haji Abdul Hadi Awang.
    
Saya tidak dapat hadir sendiri untuk bersalam dengan mereka, hanya saya dapat menziarahinya melalui laman sosial di internet.
    
Ketika Ustaz Hadi terlantar di hospital Istanbul saya dapati melalui internet kawan-kawan terdekat menziarahinya di wad di Istanbul. Terlalu jauh bagi saya untuk terbang ke sana bagi menziarahinya sendiri. Tidak cukup kemudahan saya untuk ke sana.
    
Dari jauh saya doakan agar pemimpin itu segera sembuh dan pulang menyambung tugasnya seperti biasa. Dengan harapan itu saya dengan izin Allah, moga-moga dapat menziarahinya.
    
Apabila beliau pulang ke tanah air, orang lain juga mendahului menziarahinya. Saya hanya dapat mengikuti beritanya diziarahi mereka melalui internet.
   
Saya jauh juga dengannya. Ketika beliau pulang saya tiada dalam negeri. Saya sudah berada di England, di Birmingham menyambut cucu baru yang kedua ibu bapanya tiada pengalaman mengurus anak.

Tahniah Polis #Kedah, hangpa cekop lah puak-puak yang dok buat 'kacau' dalam Kedah nie..!!!

SIDANG AKHBAR YDH KETUA POLIS KEDAH.


ALOR SETAR, 3 JULAI 2014 – Satu sidang akhbar telah diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah oleh YDH Dato’ Ahmad Bin Ibrahim, Ketua Polis Kedah berhubung dengan penangkapan lima orang lelaki yang berumur di antara 16 – 50 tahun disyaki terlibat dengan samun berkawan.

Kumpulan terbabit bergiat aktif di sekitar negeri Kedah, Perak dan Pulau Pinang. Sasaran kumpulan ini adalah barangan peribadi mangsa seperti telefon bimbit, komputer riba, barangan kemas dan wang tunai. Kumpulan tersebut menggunakan modus operandi dengan membuka cermin tingkap nako dan mengumpil pintu rumah serta mengungut mangsa dengan menggunakan parang.

YDH Ketua Polis Kedah turut memberitahu satu Op Dadu Khas dalam memerangi kegiatan perjudian telah dilancarkan mulai Januari sehingga Mei 2014 yang hanya melibatkan daerah khusus iaitu Kota Setar, Kuala Muda,Langkawi Kubang Pasu dan Kulim. Mulai bulan Jun 2014, operasinya diperluaskan ke seluruh negeri Kedah dalam memastikan sifarnya dalam segala aktiviti yang berunsur perjudian.

Fatwa murtad: Jamil Khir jangan kelirukan rakyat

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan rakyat terutama umat Islam berhubung tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu memutuskan kenyataan aktivis politik dan sosial, Dr Kassim Ahmad sebagai pemikiran yang kufur dan murtad.

Jamil Khir sebelum itu berkata, fatwa tersebut merupakan pandangan negeri berkenaan dan tidak berkuat kuasa di negeri lain.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata walaupun terdapat peruntukan yang diberi kuasa kepada sesebuah negeri dalam melaksanakan keputusan, namun fatwa murtad merupakan satu perkara yang berat dan perlu pertimbangan semua pihak.

"Kita akui ada peruntukan yang diberikan kepada sesebuah negeri, namun dalam fatwa ini ia amat berat dan sepatutnya Jamil Khir tidak boleh mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan orang Islam.

"Jamil Khir sepatutnya mengulas untuk merujuk perkara itu kepada Majlis Fatwa Kebangsaan terlebih dahulu, fatwa Terengganu bahawa kenyataan sebagai pemikiran yang kufur dan murtad tetapi negeri lain tidak," jelasnya kepada Harakahdaily.

Inilah senarai nama anggota Jawatankuasa Hudud ...

12 individu anggotai jawatankuasa hudud
Wartawan Sinar Harian
Hudud
KOTA BHARU – Mesyuarat kedua Jawatankuasa Teknikal Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) semalam, menetapkan 12 nama calon wakil kerajaan negeri yang akan menganggotai jawatankuasa pelaksanaan enakmen tersebut di peringkat persekutuan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, delegasi Kelantan itu juga diketuai Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Muhammad sebagaimana penglibatan beliau sejak penggubalan undang-undang tersebut sebelum ini.

“Nama 12 calon tersebut akan diserahkan kepada menteri, selain itu jawatankuasa juga setuju  mengadakan kunjungan hormat secara rasmi kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam waktu terdekat ini,” katanya, semalam selepas mesyuarat kedua pelaksanaan enakmen tersebut yang turut dihadiri wakil badan terlibat di Kompleks Kota Darul Naim, semalam.

IPT Indonesia-Kuin jalin kerjasama


Mohd Yusof (tengah) bersama wakil daripada tiga universiti dari Indonesia.  
Mohd Yusof (tengah) bersama wakil daripada tiga universiti dari Indonesia.

ALOR SETAR - Kolej Universiti Insaniah (Kuin) komited dalam meningkatkan taraf dan mutu pendidikan di kolej itu apabila menjalin kerjasama pintar dengan beberapa universiti terkemuka dari negara jiran, antaranya Indonesia.

Rektornya, Prof Datuk Mohd Yusof Kasim berkata, perjanjian kerjasama merupakan antara usahasama dan perkongsian pintar dalam memperkemas serta mengembangkan Kuin seterusnya meningkatkan mutu akademik khususnya dalam bidang pengajian Islam (Syariah) dan pengurusan yang menjadi teras kepada semua universiti terlibat.

“Kuin sentiasa membuka dan mencari ruang kerjasama dengan pelbagai institusi pengajian tinggi luar negara demi memajukan dan meningkatkan mutu pengajian”, katanya.

Adakah Sg. Petani 'lubuk' mesin judi..???? | #KedahAmanMakmur

98 mesin judi dirampas

Polis merampas 98 mesin judi di enam premis berasingan, semalam.  
Polis merampas 98 mesin judi di enam premis berasingan, semalam.

SUNGAI PETANI - Sebanyak 98 mesin judi haram dari enam premis perjudian dirampas Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah dalam enam serbuan dijalankan di sini semalam.

Serbuan pada jam 3 petang turut melibatkan 13 tangkapan terdiri daripada pemain dan penjaga premis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Nashir Ya berkata, polis merampas 98 mesin judi komputer dari sebuah premis di Taman Seruling manakala lima premis lagi di Taman Ria Jaya.

Menurutnya, kes akan disiasat bawah Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6 (2) Enakmen Hiburan 1998 kerana tidak memiliki lesen hiburan.

“Bertindak atas maklumat, polis berjaya membuat serbuan oleh enam pasukan berasingan di enam buah premis,” katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...