TERKINI :

Thursday, July 3, 2014

Arahan pindah keatas NGO yang memberi makan oleh Menteri BN itu tidak berperikemanusian

ARAHAN PINDAH BAGI "SOUP KITCHEN" OLEH TENGKU ADNAN MANSOR TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN

Bulan Ramadhan mengajar kita untuk bersyukur, serta mengingatkan kita terhadap permasalahan yang dihadapi oleh mereka yang tidak bernasib baik. Amalan bersedekah serta memberikan makanan kepada orang yang berpuasa amat digalakkan. "Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun ," (Hadith Riwayat Tirmidzi).

Berikutan kenyataan saya sebelum ini, alangkah terkejutnya saya apabila melihat berita utama laman Malay Mail Online yang mengatakan 'soup kitchen' yang menyediakan makanan bagi orang gelandangan yang berada dalam ibu negara perlu berpindah sebelum hari Isnin, ataupun berdepan dengan hukuman denda. Beliau juga dipetik sebagai berkata, sebarang NGO dilarang menjalankan aktiviti memberikan makanan kepada orang gelandangan dilingkungan 2km dari Gedung Lot 10.

Tugas pertama yang saya pinta Menteri Wilayah lakukan adalah membaca laporan Jayannath Appudurai dari Centre For Policy Initiatives untuk memahami dimensi kemiskinan yang lebih memperlihatkan keprihatinan realiti semasa. Laporan tersebut menegaskan pada tahun 2009 bahawa; jika kadar kemiskinan negara berdasarkan Poverty Line Income (PLI), diukur kembali menggunakan kaedah "median income" seperti yang dilakukan di UK dan Australia, kos sara hidup sehari akan berubah dari RM5.80 sehari (mengikut PLI sekarang,RM 800 seisi rumah) kepada RM 14.20 sehari. Ini bermakna statistik kemiskinan seisi rumah akan meningkat kepada 33.4% berdasarkan PLI baru RM2000.

Tugas kedua pula adalah supaya Yang Berhormat Datuk Seri Tengku Adnan Mansor kalaupun tidak mampu untuk cuba hidup seperti orang gelandangan sebanyak 3 hari dalam usaha untuk memahami akan kesusahan golongan terpinggir; sekurang-kurangnya hadir sekali bersama dalam sesi sumbangan salah sebuah NGO Soup Kitchen sebelum memberi kata putus. Saya menjemput Yang Berhormat Menteri agar bersama saya dan salah sebuah NGO Soup Kitchen yang akan beroperasi malam esok. Kita harus memiliki empati, lebih lagi sebagai seorang pemimpin.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:" Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan. " Menurut laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia sendiri, pengajaran hadith ini ialah "setiap umat Islam seharusnya berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan di bulan Ramadhan tanpa memikirkan sebarang kerugian seperti membanyakkan bersedekah kerana balasan di atas setiap satu kebajikan itu adalah amat besar di sisi Allah di hari akhirat kelak. Bersedekah bukan hanya memberikan wang, tetapi termasuk di dalamnya mengajak berbuka puasa kepada fakir miskin dan orang-orang yang berpuasa."

Adakah tindakan Yang berhormat Menteri ini bersesuaian dengan semangat Ramadhan yang telah diajar oleh Rasulullah? Sekali lagi saya ingin menggesa Yang Berhormat Datuk Seri Tengku Adnan agar memperbetul kesilapan yang melampau ini.

NURUL IZZAH ANWAR
AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI
NAIB PRESIDEN KEADILAN

Layakkah Kerajaan Tentukan Kepada Siapa Rakyat Nak Bersedekah..??

Kerajaan tak layak tentukan tempat kami bersedekah, kata Dapur Jalanan

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/DAPUR_JALANAN_300314_TMINAZIRSUFARI_04.jpg

Kolektif Dapur Jalanan Kuala Lumpur, sebuah organisasi yang memberikan makanan percuma kepada golongan tak berumah di sekitar ibu kota setiap hujung minggu, akan tetap meneruskan aktiviti mereka walaupun Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi amaran untuk mengenakan tindakan saman kepada organisasi seperti mereka.

Dapur Jalanan berkata, Kementerian Wilayah Persekutuan tidak berhak untuk menetapkan jarak tertentu untuk aktiviti amal berkenaan kerana setiap aktiviti yang dijalankan mereka ‎bukan hasil daripada dana kerajaan.

"Kolektif Dapur Jalanan Kuala Lumpur tetap akan berkongsi makanan dengan golongan miskin kota dan warga tak berumah," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan hari ini.

"‎Baik kementerian atau Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kami tidak menggunakan dana dari kementerian mahu pun DBKL maka kami berhak untuk menentukan tempat untuk kami bersedekah."

Kumpulan itu turut memaklumkan aktiviti Dapur Jalanan pada Ramadan akan diadakan pada 10 malam, setiap Sabtu.

"Pada hari Sabtu ini Tengku Adnan boleh melihat sendiri dan menilai tahap kebersihan aktiviti kami serta yang lebih penting, menilai sama ada aktiviti berkongsi makanan dengan golongan miskin kota dan warga tak berumah benar benar menjejaskan imej banda raya Kuala Lumpur."

Hari ini Tengku Adnan memberi amaran kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang berpusat di Kuala Lumpur diberi tempoh hingga Isnin depan untuk berpindah keluar dari pusat bandar sekiranya tidak mahu dikenakan tindakan saman DBKL.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, tindakan itu diambil sebagai langkah serius kerajaan membersihkan kegiatan golongan tak berumah dan pengemis di ibu negara.

Beliau berkata, kewujudan NGO yang memberi makanan kepada golongan golongan tak berumah menyebabkan imej Kuala Lumpur terjejas teruk terutama daripada aspek kebersihan.

"Mengenai golongan tak berumah ini kita bukan tidak cuba carikan kerja untuk mereka. Bila kita beri mereka kerja mereka tidak mahu kerana adanya NGO yang memudahkan mereka mendapatkan makanan.

"Imej bandar raya terjejas teruk, bukan saja jalan kotor tetapi ada antara mereka penghidap HIV, penagih dadah," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Tengku Adnan berkata, meskipun tindakan tersebut kelihatan kejam namun ia terpaksa dilakukan untuk mendisplinkan masyarakat.

Katanya, NGO berkenaan juga perlu mencari lokasi lain luar dari pusat bandar sekiranya mahu memberikan makanan percuma.

Tengku Adnan berkata, DBKL juga menetapkan jarak 2km dari pusat bandar bagi NGO untuk memberikan makanan percuma.

"Kalau mereka nak bagi makan jangan bagi makan dalam bandar paling kurang 2km dari pusat membeli belah Lot 10," katanya. – 3 Julai, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kerajaan-tak-layak-tentukan-tempat-kami-bersedekah-kata-dapur-jalanan#sthash.e530RysR.dpuf

Felixia Yeap: Umpama dilahirkan semula


Felixia Yeap
Felixia Yeap

KATA orang, jangan mengukur seseorang itu dari kisah lalunya. Begitulah situasi yang sesuai untuk menggambarkan wanita bernama Felixia Yeap kini.

Siapa sangka, dari seorang wanita yang gemar mengunjungi parti sosial dan bergambar seksi, sesuai dengan statusnya sebagai model Playboy Bunny, Felixia sanggup melakukan perubahan besar terhadap imejnya.

Biarpun tidak secara drastik memeluk agama Islam, namun anak kelahiran Ipoh, Perak ini tampil dengan menutup aurat dan berhijab, sejak Disember 2013.

Perubahannya itu pada mulanya menerima respons positif dan negatif. Ada yang menyokong baik dan tidak kurang yang mencemuh kerana merasakan Felixia seperti mempermainkan Islam.

Namun atas doa umat Islam dan tekad Felixia sendiri untuk berubah, akhirnya membawa wanita ini memeluk Islam hari ini.

Ujar Felixia dia merasakan hari ini sebagai hari kelahiran semula dirinya kerana tarikh keramat dia memeluk Islam adalah hari lahirnya.

"Hari ini adalah tarikh bersejarah untuk saya. Ia umpama satu kelahiran semula. Kebetulan pula, untuk tahun ini, tarikh lahir saya itu jatuh pada lima Ramadan.

"Saya lebih teruja apabila mengetahui tarikh ini juga jatuh pada Khamis, iaitu hari kegemaran Nabi Muhammad SAW," katanya yang mengakui masih banyak perkara yang perlu dipelajari untuk menjadi seorang Muslimah yang baik.

Ku Nan harus letak jawatan, buat Undang-Undang Gila Tak Bagi orang nak bersedekah..!!

Ku Nan harus letak jawatan – Azmir Mustafa


Bersedekah adalah amalan dan sunnah Rasulullah terutamanya di bulan Ramadan. Namun, kehadiran Ramadan pada kali ini disentak dengan kenyataan rambang seperti tidak beriman dan seolah-olah anti-hadis yang dikeluarkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang ingin mengambil tindakan terhadap pemberi dan penerima sedekah.

Walaupun ada rasionalnya untuk mengekang sindiket yang memperguna kanak-kanak untuk meraih kekayaan oleh sesetengah pihak tapi langkah mengharamkan terus pemberian dan penerimaan sedekah tidak masuk akal. PDRM dan DBKL adalah antara agensi kerajaan yang perlu memantau dan mengambil tindakan terhadap kegiatan sindiket dan bukannya mengambil jalan mudah mengharamkan sedekah dengan mengenakan peruntukan undang-undang.

Jom suruh JAMIL KHIR jemput KASIM AHMAD jadi imam solat terawikh kot belah KEDAH nie..??

Jika benar apa kata MP JERAI nie maka kita boleh jemput kot KASIM AHMAD jadi imam terawikh di belah JERAI nie... almaklumlah menteri dah kata macam tu dah kan....

Pening aihhh dengan hukum hakam kerja buat puak UMNO BN nie... negeri nie MURTAD negeri dak... negeri nie HARAM negeri nie HALAL.....

Cuba tengok pimpinan luar, salah saja terus tawar letak jawatan, tapi Malaysia jika salah saja ia salah Anwar..!!

Kes diplomat Malaysia: Pegawai tinggi New Zealand tawar letak jawatan


Akhbar New Zealand Herald hari ini melaporkan pegawai tertinggi Kementerian Luar New Zealand menawarkan peletakan jawatan berikutan kesilapan pengurusan kes serangan seksual melibatkan diplomat Malaysia di Wellington, New Zealand.

John Allen, pegawai di kementerian itu, membuat tawaran berkenaan selepas Muhammed Rizalman Ismail, yang bekerja sebagai pembantu kakitangan (pertahanan) di Kedutaan Malaysia meninggalkan negara itu menggunakan imuniti diplomatik selepas dituduh melakukan serangan tersebut.

Menteri Luar Murray McCully bagaimanapun menolak tindakan pegawai berkenaan, sebaliknya berkata beliau marah dengan insiden itu yang turut memalukan Perdana Menteri John Key.

Herald melaporkan McCully berkata, beliau mempunyai keyakinan dengan ketua pegawai eksekutifnya itu serta memohon maaf kepada perdana menteri dan mangsa berusia 21 tahun itu.

Semalam Allen dilaporkan tidak mengetahui dakwaan terhadap Rizalman, yang merupakan Pegawai Waran 2 dalan pasukan pertahanan, sehingga Jumaat, tujuh minggu selepas suspek ditahan polis New Zealand.

Isu ISIL - Suara Ulamak PAS mana?

Isil: kenapa ulama Pas membisu?

REAKSI TENGAHARI                                                                      

Cadangan oleh Pengerusi Lujnah Antarabangsa Dewan Pemuda Pas, Raja Ahmad Iskandar al-Hiss, agar ulama seluruh dunia duduk dan berbincang bagi menentukan kedudukan apakah kumpulan gerakan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (Isil) boleh diterima atau tidak, begitu "melambung dan jauh" sangat. Walaupun cadangan itu bernas tetapi rasanya ada semacam kecacatan dan tidak berapa relevan dengan cadangan itu.
Raja Ahmad Iskandar al Hiss
Molek sangat kalau ada fatwa berhubung dengan gerakan Isil itu untuk dijadikan panduan oleh umat Islam apa lagi mereka yang bersimpati dengannya dan ingin menzahirkan sokongan secara peribadi. Hari ini kedudukan Isil itu kabur dan mengelirukan.

Ada pihak yang sanggup mati untuk berjihad bersamanya, manakala ada pihak lain mentertawakan sebagai ianya satu perbuatan bodoh dan tidak masuk akal. Yang jelasnya pemimpin kerajaan dan pro kerajaan, dengan jelas menolak penyertaan mana-mana pihak dengan jihad Isil.Dr Mahathir seperti biasa dengan menggunakan logik akalnya mempersendakan, dengan berkata mereka yang berjihad dengan Isil itu sebagai orang hendak masuk syurga dengan membunuh orang lain?


Kenapa saya kata cadangan Raja Ahmad al Hiss itu melambung jauh ialah kerana beliau seperti terlupa kepada apa yang ada di hadapan matanya sendiri. Bukankah di dalam Pas, partinya ada puluhan, malahan ribuan para ulama dan ustaz dan ustazah. Pas juga ada komponen atau badan ulamanya sendiri, seperti Dewan Ulama dan Majlis Syura Ulama yang anggotanya terdiri daripada ahli yang fakeh dan mendalami agama. Tidak lupa juga ada majlis Ulama Muda?

Airport Vs Medical Science City... kenapa di KULIM?

Selepas Airpot bertaraf antarabangsa yang bernilai RM1.6 Bilion, kita Medical Science City yang katanya sudah ada pelabur yang berjumlah RM2.8 Bilion diwar-warkan oleh MB Kedah.

Gherek hanya nak tanya, kenapa hanya Kulim Bandar Bharu saja yang dapat berbilion-bilion pelaburan? Kenapa tidak baling, sik atau Jerlun?

Apakah kerana EXCO MOU datang dari Kulim Bandar Bharu?

Airport katanya untuk memperlengkapkan KHTP yang sudah canggih, apakah Medical Science City juga bakal melengkapkan KHTP yang Presidennya sedang ketakutan untuk melawan kawasan Perindustrian Tinggi Batu Kawan?

Presiden dan Exco jenis apakah ini? Disebabkan ada saingan, maka kerajaan perlu belanja bilion ringgit untuk memenuhi kehendak Exco dan Presiden.

Bukankah mereka dilantik untuk memberi idea baru untuk menarik pelaburan asing ke kawasan mereka? Apakah dengan adanya airport dan Medical Science City, KHTP bakal menerima bilion pelaburan?

[GEMPAR] Senarai Jutawan Malaysia yang berhutang dengan BANK NEGARA, Syed Bukhari pun ada..!!!

Kita pun boleh jadi JUTAWAN jika dok hutang berbillion2 dengan Kerajaan Malaysia

Oleh AnakKedah007

Mudah sungguh mereka menjadi JUTAWAN didalam negara kita.. pie buat LOAN berbillion-billion dengan KERAJAAN lepas tu jadilah JUTAWAN.....

Bila kerajaan Malaysia duit tak ada maka dipikiaq pulak cari duit dengan RAKYAT...lalu dilaksanakan GST... dulu kutip kat TOKEY susah nak bayaq maka mai kutip kat RAKYAT bawahan... tak kira hang kaya ka miskin ka dia rembat semua...

Alasan depa bagi GST nie menyebabkan harga murah... memang la murah dulu masa SST cukai tokey besaq ja dok bayaq...hangpa ambik la 10% ~ 15% tapi dah depa ngelat nak bayaq lalu hangpa mai sedut kat rakyat tapi kat rakyat hangpa ambik 6% jaa jadi barang jadi murah sikit...

Nak Lawan UMNO mana ada "PUASA"...!!

TIADA "PUASA" UNTUK LAWAN UMNO

https://lh5.googleusercontent.com/-IdGNtkV5IjM/T_lweKwDG6I/AAAAAAAABac/SX5-r9FI4uk/s512/umno%2520derhaka.jpg
BULAN Ramadhan bulan yang mulia, jaga tutur kata bicara dan jaga mata dari melihat yang mungkar, maksiat selain dari menjaga daripada makan dan minum. Tapi ini tidak bererti bulan Ramadhan adalah bulan untuk kita dilarang memusuhi Umno. Tiada satu detik pun waktu yang boleh kita jadikan alasan untuk mengelak dari menentang Umno.

Aku tidak peduli jika ada ustaz bahkan Ulamak duniawi yang berkata, "cukuplah, berhentilah dulu dari mengata dan menyerang Umno di bulan puasa ini....". Mari pada aku dalil dan nas yang ada menyebut berhenti dari menentang kemungkaran dan kezaliman pada bulan Ramadhan. Ada? Apakah bulan Ramadhan kita diberitahu bahawa iblis dan syaitan itu diikat, maka kita tidak peduli ada "syaitan yang dikenali" yang masih wujud disekeliling kita bahkan mereka tidak pernah lalai sesaat pun untuk menghancurkan perjuangan keadilan dan Islam.

Isu Skandal Diplomat : Last Salah Anwar Ibrahim...!!!

 
Dakwaan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai cubaan menutup kes dalam skandal diplomat di New Zealand bertujuan merosakkan reputasi negara ini, kata kerajaan.

"Tuduhan Anwar dalam temuramah dengan media New Zealand bahawa terdapat cubaan menutup kes adalah tidak benar sama sekali.

"Ini satu lagi cubaan oleh ketua pembangkang untuk mengambil kesempatan merosakkan reputasi Malaysia demi kelebihan politik peribadi,” kata jurucakap kerajaan dalam kenyataan lewat petang semalam.

Jurucakap itu turut menyenaraikan bagaimana kerajaan New Zealand 'berterima kasih' kepada Malaysia kerana memberi kerjasama dalam kes seorang diplomat dituduh melakukan serangan seksual di Wellington.

Bagaimanapun Selasa lalu, kerajaan New Zealand mendedahkan dokumen yang menunjukkan Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia meminta semua pertuduhan ke atas diplomat itu digugurkan.


Tertuduh, pegawai waran Muhammad Rizalman Ismail (atas), kakitangan bantuan pertahanan ditahan polis New Zealand pada 9 Mei lalu selepas mengekori wanita berusia 21 tahun pulang dan didakwa menyerang dengan niat merogol.

Adakah Mukhriz juga penaja golongan berfahaman ekstrimis dari pondok seperti Mashitah katakan..??

DEWAN ULAMA PAS NEGERI KEDAH
KENYATAAN MEDIA
2 Julai 2014

1. Pengerusi Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM), Dato’ Dr Mashitah Ibrahim diingatkan agar menghentikan tuduhan ekstrem beliau terhadap institusi pondok yang dibangunkan atas keprihatinan tuan guru dan rakyat untuk menyuburkan ilmu Islam.

2. Kenyataannya mengaitkan pondok sebagai tempat menyebarkan fahaman esktremis merupakan satu tuduhan melulu dan menunjukkan prejudis melampau beliau. Malah, tuduhan dangkal itu seolah-olah menafikan jasa tuan-tuan guru dalam menyampaikan Islam serta keupayaan pasukan keselamatan negara dalam memantau dan menangani aktiviti ekstremis di negara ini.

3. Adalah mustahil sekolah pondok yang sedia dimaklumi sering terhimpit oleh kekurangan dana dan wujud atas sumbangan rakyat boleh membiayai pergerakan bersenjata.

4. Mungkin kerana tidak senang dengan institusi pondok yang semakin berkembang hari ini dan mereka enggan bernaung di bawah YPPM, maka Dr Mashitah membuat gesaan untuk diadakan undang-undang khusus penubuhan sekolah pondok.

5. Sepatutnya sebagai Pengerusi YPPM beliau menggalakkan kewujudan lebih banyak pondok dan bukannya berprasangka bahawa setiap kewujudan itu bermotif negatif. Tetapi kenyataannya dilihat lebih kepada mahu menyekat penubuhan sekolah-sekolah pondok.

Pendang - Ada lagi rakyat tidur berbumbungkan ayaq hujan

'Kami tidur dalam hujan'
Wartawan Sinar Harian

Keadaan bumbung rumah mereka yang sudah uzur dan perlu dibaiki segera.
Mohd Zaidi bersama isteri dan anak-anaknya mendiami tinggalan rumah Estet Kongsi Baru
Keadaan bumbung rumah mereka yang sudah uzur dan perlu dibaiki segera.


PENDANG - "Tidur dalam kehujanan sudah terbiasa buat kami sekeluarga sejak empat tahun mendiami rumah ini kerana atap sudah banyak yang bocor," luah Mohd Zaidi Safar, 39, dari ladang Estet Kongsi Baru, Kilang Kecil, di sini.

Menurutnya, rumah yang didiami itu hanya tinggalan rumah Estet Kongsi Baru dan keadaannya sudah semakin uzur.

"Setiap kali hujan, dia sekeluarga resah mencari tempat untuk berteduh, jika hujan lebat tempias hujan ini akan masuk ke dalam rumah, malah pernah air melimpah di dalam rumah akibat kawasan rendah.

"Sekiranya, hujan tidak lebat, boleh juga kami menadah air dengan besen," katanya.

Zaidi berkata, dia tidak mempunyai kerja tetap dan hanya mengambil upah apa sahaja kerja yang diminta oleh orang kampung kerana mempunyai masalah penyakit sawan.

"Saya tidak boleh bekerja dalam cuaca panas terik namun perlu bekerja walaupun kesihatan tidak berapa mengizinkan.

"Saya pernah pengsan semasa melakukan kerja namun jika tidak bekerja maka tidak berasaplah dapur rumah kami.

"Pendapatan yang diperolehi juga tidak menentu. Jika ada kerja dapatlah sedikit wang perbelanjaan dapur namun tidak mencukupi untuk memperbaiki rumah yang rosak," katanya.

Isterinya, Kolilah Khamis, 40, berkata, dia tidak dapat bekerja kerana menjaga tiga anaknya yang masih kecil manakala anak sulung yang berusia tujuh tahun tidak bersekolah kerana tidak berkemampuan.

"Wang yang diperoleh hanya cukup untuk membeli makanan sahaja.

"Saya tidak dapat bekerja kerana tiada orang yang akan menjaga anak. Jika dihantar rumah pengasuh pula mahal bayarannya, mana kami mampu," katanya.

Menurut Zaidi, beliau tidak menerima apa-apa bantuan dari mana-mana agensi dan berharap ada yang sudi memperbaiki rumah yang didiami atau membantu menguruskan permohonan perumahan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) kerana tidak pandai membaca
serta menulis.

Mana-mana pihak yang ingin membantu boleh menghubungi Mohd Zaidi di talian 019-500 3834.

Walaupun Kes curi makin menjadi-jadi, orang kita jika tak kena rumah sendiri bukan nak ambil tahu..!!

Kes curi makin menjadi-jadi

Sebahagian penghuni flat menunjukkan laporan polis dibuat mereka.
Sebahagian penghuni flat menunjukkan laporan polis dibuat mereka.

ALOR SETAR - Kebanyakan penghuni Blok E, Flat Seri Gemilang, dekat sini, dilanda kebimbangan kerana kecurian demi kecurian berlaku di kawasan itu.

Difahamkan, kes kecurian didakwa kian rancak apabila dua kali seminggu pastinya ada harta benda penduduk hilang menyebabkan mereka tidak tahan dan trauma.

Penduduk, Nor Hayati Bakar, 44, berkata, dia dan suaminya, Mohamad Khamis terkejut apabila menyedari bateri van miliknya hilang ketika hendak keluar membeli barang niaga awal pagi, kelmarin.

"Saya tiada di rumah dua hari kerana urusan penting di Kuala Lumpur. Apabila pulang, kami berhasrat membeli barangan untuk berniaga di Bazar Ramadan Simpang Kuala, di sini.

"Kali ini, sudah masuk kali ketiga saya kehilangan barangan," katanya.

Katanya, dia pernah kehilangan bateri van kali pertama dan payung niaga apabila kenderaan miliknya dipecah masuk individu tidak bertanggungjawab.

"Apa sahaja barang terlupa diambil ataupun diletakkan di luar kediaman yang boleh dijual, pasti hilang. Saya terpaksa mengunci jam awal pagi sebab ingin tahu siapa dalang kecurian itu," katanya.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak hanya diugut, malah barang hilang apabila tindakannya bangun awal untuk menyiasat dikesan pencuri itu sendiri.

Berikutan itu, mereka sekeluarga berhasrat berpindah ke tempat lain kerana berasa tidak selamat mendiami flat berkenaan.

Penduduk yang hanya ingin dikenal sebagai Roslan, 55, berkata, kerosakan lampu di tingkat bawah dipercayai antara punca kecurian di flat kian meningkat.

Katanya, penduduk tingkat satu dipercayai paling kerap menjadi mangsa kecurian, termasuklah seorang penghuni yang kehilangan televisyen apabila rumah dipecah masuk.

Manakala, Hasbullah Ayub, 28, mendakwa, dia dan beberapa penghuni sering kehilangan minyak motosikal sehingga menyukarkan dia ke tempat kerja.

Menurutnya, penduduk mengharapkan pihak berkenaan khususnya polis dapat melakukan pemantauan lebih kerap di kawasan berkenaan bagi mencegah kes kecurian dari berleluasa.

Dalam pada itu, Exco Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan, Badrol Hisham Hashim berkata, beliau akan mempertimbangkan pengambilan pengawal keselamatan untuk menjaga kawasan tersebut.

Bagaimanapun, beliau berkata, ia mengambil kira dan bergantung kepada aspek keupayaan kewangan terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan diambil.

Justeru, beliau memohon komitmen penduduk setempat melaksanakan Skim Rondaan Sukarela (SRS) bagi mengurangkan kadar kecurian di flat terbabit.

Kadar fitrah di Kedah kekal RM7.00

ALOR SETAR - Kadar zakat fitrah bagi negeri Kedah tahun ini kekal RM7 seperti tahun lepas, kata Setiausaha Jawatankuasa Zakat Negeri, Datuk Syeikh Ghazali Yaacob.

Beliau berkata 3,017 orang amil telah dilantik untuk menerima bayaran di 563 buah masjid di seluruh negeri.

Sebanyak 280 amil turut ditempatkan di 113 buah premis terpilih, katanya kepada pemberita.

Beliau berkata amil akan mengeluarkan resit rasmi yang dikeluarkan Jabatan Zakat Negeri Kedah yang mempunyai tandatangan bagi mengelak penipuan pihak tertentu.

Syeikh Ghazali berkata pihaknya turut menawarkan pembayaran zakat fitrah melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan perbankan Internet terpilih.

Orang ramai boleh melayari laman web jabatan zakat www.zakatkedah.com atau menghubungi pejabat zakat bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Syeikh Ghazali berkata pihaknya menyasarkan kutipan zakat fitrah RM8 juta tahun ini berbanding RM7.45 juta tahun lepas dan RM6.9 juta pada 2012.

"Sasaran RM8 juta kita buat selepas melihat kesedaran orang ramai membayar zakat kepada amil yang dilantik oleh pejabat zakat. Amil kita pun bertambah setiap tahun dan kita ada pelbagai medium untuk bayar zakat," katanya.

Sementara beliau berkata kutipan pelbagai jenis zakat dari 1 Januari hingga 30 Jun tahun ini ialah RM62 juta berbanding RM45 juta pada tempoh sama tahun lepas.

Beliau berkata bantuan yang diberikan kepada golongan miskin dari Januari hingga Jun tahun ini ialah sebanyak RM12.5 juta melibatkan 20,991 orang. - Bernama

[PANAS] Suspek utama kes bunuh Timbalan KP Kastam diberkas polis

2014/07/02 - 23:55:38 PM Cetak Emel Kawan

KUALA LUMPUR: Selepas lebih setahun diburu pihak berkuasa, suspek utama kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Shaharuddin Ibrahim, di Putrajaya, tahun lalu, akhirnya diberkas polis.

Suspek berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan bersama tiga lagi individu lain dalam dua serbuan berasingan di Ampang dan Batu Caves, oleh Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Kontinjen Kuala Lumpur, berdasarkan maklumat dan pemantauan yang dijalankan jam 5 pagi tadi.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...