TERKINI :

Wednesday, July 2, 2014

Tidak wajar pemberi sedekah dikenakan tindakan

KUALA LUMPUR: Mengenakan hukuman kepada pemberi sedekah kerana membantu peminta sedekah adalah suatu tindakan yang tidak wajar.

Menurut seorang penceramah bebas Abdullah Hanif Hassan, peminta sedekah akan wujud sepanjang zaman dan akan ada di mana-mana sahaja di atas muka bumi ini.

Malah katanya, peminta sedekah sudah lama berlaku sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi sehinggalah sekarang.

"Sebab itulah hieraki manusia yang Allah jadikan iaitu ada yang paling kaya dan ada yang paling merempat yang mana satu hari makan pun tidak cukup," katanya semasa menyampaikan tazkirah kepada kakitangan Harakah petang ini.

Tambahnya, kedatangan orang Islam bagi menyelesaikan masalah ini dengan mengurangkan jurang antara golongan yang merempat dengan golongan yang paling kaya melalui sedekah iaitu zakat dan infak.

"Maksud Islam itu sendiri adalah sedekah dan sedekah itu memberi, bahkan ada yang wakafkan zakat-zakat mereka. Sedekah digalakkan untuk orang yang memerlukan," katanya.

Serah sahaja mahkamah NZ buat keputusan, yang menteri kalut 'cover' apasal?

Putrajaya seharusnya tegas dalam menangani warganegara Malaysia yang melanggar undang-undang di luar negara kerana disebabkan sekelompok kumpulan sedemikian, nama baik seluruh warga Malaysia akan terjejas, kata Datuk A Kadir Jasin.
Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) itu dalam laman blog miliknya, The Scribe berkata, kementerian dan menteri yang berkenaan seharusnya mempunyai pendirian tegas dalam kes sedemikian.

"Khusus buat para menteri, sila buktikan yang anda ada tulang belakang.

"Jangan biarkan 1Malaysia terpalit kotor akibat beberapa kerbau yang bawa lumpur," katanya.
Kadir berkata demikian sebagai mengulas insiden seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dikenali sebagai Pegawai Waran 2 Muhammad Rizalman Ismail yang bertugas di Suruhanjaya Malaysia di New Zealand dituduh pecah rumah dan mencabul kehormatan.
"Masya-Allah! Kalau betul dakwaan kerajaan New Zealand itu, malu besarlah kita. Melayu dan Islam pula tu!," katanya.

Berbeza dengan Umno, MCA sokong kajian UMcedel

OLEH JAMILAH KAMARUDIN

Naib Presiden MCA Senator Datuk Dr Hou Kok Chung mempertahankan kredibiliti Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman dalam menjalankan kajiannya mengenai politik tempatan secara akademik.

Hou berkata, hasil kajian UMcedel memberikan sudut pandangan yang menyegarkan walaupun adakalanya nampak seolah-olah memihak kepada satu pihak.

Katanya, semua pihak boleh menerima bulat-bulat hasil kaji selidik UMcedel sebagai kajian akademik dan perlu dihujahkan secara akademik, pada masa sama mereka boleh menilainya sebagai input penting bagi memperkukuh kedudukan dan pengaruh politik mereka terhadap rakyat.

"Apa yang perlu dielakkan ialah tuduhan tidak berasas terhadap Redzuan serta hasil kajian UMcedel.

"Kita perlu matang dan mengambil sikap 'bersetuju untuk tidak bersetuju' berhubung hasil kajian UMcedel.

"Secara peribadi, saya mendapati banyak hasil kajian UMcedel adalah berani, telus dan boleh membantu semua pihak yang bersedia mendalaminya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

MP Temerloh perlu kotakan janji, Jangan jadi seperti UMNO BN dimana JANJI DICAPATI..!!

Oleh Yang Berangin



Apabila BERJANJI maka tepatilah... Jangan kita hanya menuding kepada UMNO BN sedangkan kita sendiri juga sendiri berjanjinya... Jika tak mampu tak usah berjanji beritahu perkara sebenarnya... rakyat pun bukan nak sangat tapi apabila sudah berjanji maka kena tanggunglah janji tersebut...

Itulah bila orang tegoq hangpa terasa hati, kata ahli tak wala' la apa bagai... orang tegoq sebab orang sayang ke PAS... sebab tak mahu timbui fitnah kepada PAS bila berlaku sesuatu perkara...

Mai nak sentuh sikit bab kereta besaq hang tu, kami tak dengki aih hang nak beli apa pun jika hang mampu BAS pun hang belilah... masalah sekarang hang tu pimpinan atasan dan baru saja naik jadi jangan la kaboq mata sangat nak naik kuda dunia... Jika ahli bawah pandai hanngpa ceramah suruh gadai cincin gelang mai harta yg ada kat hangpa kalut nak bermewah dah....

Kawasan hang dah ada KENDERAAN PUSAT KHIDMAT dah ka? dah ada AMBULAN AHLI PARLIMEN dah ka? wujudkan benda2 nie dulu untuk buat kerja parti jangan dok kalut nak kuda hebat da....Imej perlu di jual untuk orang membeli... barulah akan dapat sokongannya....

Kanji Masjid At Taufiq, Kulim Dapat Sambutan



KULIM: Kalau di Kuala Lumpur, bubur lambuk Masjid Kampung Baru menjadi begitu terkenal, kanji atau bubur lambuk yang disediakan di Masjid At-Taufiq, Kampung Air Merah di sini tidak kurang mendapat sambutan.

Dalam tempoh sejam, lebih 500 bungkusan habis diagihkan.

"Malah ada juga yang sanggup datang dari Baling dan Perlis semata-mata mahu merasai kanji masjid ini," kata tukang masaknya Zainal Abidin Ahmad, 50.

Beliau berkata beliau beliau menyediakan bubur itu dengan dibantu sekumpulan sukarelawan.

"Untuk mendapatkan bahan seperti daging dan tulang lembu, kami membuat tempahan awal sebelum bulan puasa di pasar Kulim dan Bukit Mertajam.

"Untuk menyedapkan lagi rasa kanji yang disediakan, bahan seperti rempah ratus yang segar perlu dimasak dengan peraturan tertentu," katanya mengenai rahsia kesedapan bubur lambuk tersebut.

Diplomat Akan Dihantar Ke NZ - Anifah

Anifah Aman. 

PUTRAJAYA: Diplomat Malaysia yang disyaki terlibat dalam kes serangan seksual ke atas seorang wanita New Zealand akan dihantar ke negara berkenaan.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, langkah itu akan diambil jika pihaknya mendapat permohonan daripada kerajaan New Zealand.

"Jika perlu dan ada permohonan daripada New Zealand terutama jika siasatan masih belum dijalankan sepenuhnya," katanya pada sidang media di sini, Selasa.

Anifah berkata, tertuduh, Muhammad Rizalman Ismail, 38, bertugas sebagai pembantu kakitangan pertahanan berpangkat Pegawai Warran Dua di Kementerian Pertahanan.

Pada Selasa, Mahkamah Tinggi Wellington menarik balik sekatan untuk mendedahkan identiti diplomat terbabit.

Cuba tengok negara luar, Isu serangan seksual diplomat pun sampai dibahas dalam parlimen..!!

Parlimen NZ bahas isu 'serangan seksual' diplomat

 
Isu seorang diplomat Malaysia yang menjadi suspek serangan seksual di New Zealand mendapat perhatian Parlimen negara kiwi itu.

Ia bermula apabila jurucakap hal ehwal luar negara Parti Buruh David Shearer mahukan sebuah perbahasan segera dibuat berhubung isu itu.

Shearer, seperti dilaporkan TVNZ, mempersoalkan cara menteri luar negara itu Murray McCully mengendalikan isu itu dengan mendakwa mangsa tidak diberikan keadilan selepas tertuduh pulang ke Malaysia.

McCully mengakui bahawa terhadap beberapa kelemahan dalam pengendaliannya.

“Ia sesuatu yang tidak dinafikan oleh anggota daripada bahagian ini di dalam dewan,” McCully dilaporkan sebagai berkata.

[Dedah] Ini dia wajah diplomat Malaysia yang melakukan serangan seksual di NZ

'Serangan seksual bukan sebahagian peranan diplomatik'

 
Meluaskan kekebalan diplomatik kepada atase diplomatik yang dituduh pecah rumah dan melakukan serangan seksual, memberi isyarat bahawa kekebalan seumpama itu adalah lesen untuk melakukan jenayah.

Ketika menegaskan demikian dalam satu kenyataan semalam, Pengarah Eksekutif NGO Lawyers for Liberty, Eric Paulsen (kanan) berkata meluaskan kekebalan tersebut akan menjejaskan hubungan Malaysia-New Zealand.

Di samping itu, tegasnya, "penyalahgunaan" seperti itu juga boleh melemahkan hubungan dengan negara lain kerana Malaysia "tidak dapat menjamin bahawa diplomatnya akan menghormati undang-undang" di negara mereka bertugas.

Oleh itu, NGO berkenaan menggesa kerajaan supaya segera mengekstradisi Muhammad Rizalman Ismail - kakitangan pembantu pertahanan di konsulat Malaysia di Wellington - dan tidak hanya dibicarakan di mahkamah tentera di Malaysia.

[Gempar] Masih ada lagi rakyat Malaysia yang hanya mampu makan nasi dengan garam sahaja..!!

Kisah Pak Chin : Untuk Renungan & Muhasabah kita semua..!!

Baru-baru ini, waktu tengah bersiap nak hantar anak saya balik ke MRSM Baling, Kedah saya dapat call daripada seorang sahabat, juga dari Baling. Dia kata ada satu keluarga miskin yang dia nak sangat-sangat saya mai tengok kalau boleh.

Kata dia, naik kesian sungguh dia tengok keluarga 4 beranak ini; yang si anak kadang-kadang balik sekolah tak ada benda nak makan.

Biaq betoi – zaman orang Melayu dah naik Angkasa dah ni, masih ada lagi anak bangsa yang tak dak beras nak makan?

Lepas hantaq anak ke MRSM Baling, lebih kurang jam 6:30 petang saya suami isteri dan anak-anak tiba di rumah yang dimaksudkan. Panjat saja tangga kayu masuk ke dalam dan duduk bersimpuh dalam rumah kayu yang sempit ini, boleh nampak warna kemiskinan terbentang di mana-mana.

Dalam waktu yang agak singkat menjelang maghrib itu, saya cuba selami kisah hidup keluarga ini. Menurut Pak Chin (lupa tanya nama penuh dia, mungkin hashim, usin dsg nya), beliau asal keluarga miskin, berbangsat (merantau) dari daerah Pendang ke daerah Baling, mencari rezeki bekerja sebagai NGO (Noreh Getah Orang).

[GEMPAR & GAMBAR] Keadaan tanah runtuh di Kuala Lumpur

PETALING JAYA: Perkhidmatan KL Monorail dari Stesen Hang Tuah ke Stesen Imbi dihentikan sementara berikutan keretakan tanah berdekatan tiang monorel di persimpangan empat lampu isyarat di Jalan Imbi, Kuala Lumpur pada pagi Rabu.

Terowong bawah tanah yang masih dalam pembinaan runtuh manakala laluan di Jalan Imbi jerlus pada kira-kira pukul 10.40 pagi.

Pasukan bomba dan penyelamat sedang membuat pemeriksaan di kawasan berkenaan.

Menurut laporan Bernama, jurucakap Polis Trafik Kuala Lumpur memberitahu bahawa keadaan trafik di kawasan tanah mendap di persimpangan empat lampu isyarat di Jalan Imbi terkawal.



Subhanallah.. Kejadian AWAN BERGULUNG di pekan Sg Petani kelmarin..!!!

 
 

Guan Eng langgar manifesto PR dengan membawa naik kadar Tarif Air

Desak Kerajaan Pulau Pinang Tarik Semula Cadangan Kenaikan Tarif Air

http://jawatankosong2013.com/wp-content/uploads/2013/02/Logo-Perbadanan-Bekalan-Air-Pulau-Pinang-PBA.png
Saya calon Pakatan Rakyat bagi DUN Sg Acheh (N21) Pulau Pinang pada Pilihanraya Umum Ketiga Belas (PRU13) yang lalu merasa terpanggil bagi pihak penduduk Pulau Pinang secara amnya dan Nibong Tebal khususnya untuk mendesak kerajaan P.Pinang menarik semula cadangan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), anak syarikat PBA Holdings Berhad menaikkan tarif air pada kadar purata 20% bagi pengguna domestik seperti yang diluluskan pada Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Walaupun tiada kenaikan bagi jalur penggunaan pertama di antara sifar dan 20 meter padu sebulan, caj minimum bagi semua pengguna domestik juga dicadangkan naik 20% kepada RM3.00.

Ini akan menjadi fitnah dan bahan propaganda lawan kerana jelas bertentangan dengan salah satu tawaran dalam Manifesto Pakatan Harapan Rakyat bagi PRU13 mengenai “caj air lebih rendah” di mana Pakatan Rakyat berjanji akan memastikan Kerajaan Negeri dan Persekutuan bekerjasama ke arah menurunkan caj air antaranya menerusi penamatan kontrak lumayan syarikat konsesi swasta berkaitan air demi meringankan bebanan kos sara hidup yang ditanggung rakyat.

Kuin perlu transformasi agar kekal relevan - #Mukhriz

ALOR SETAR - Kolej Universiti Insaniah (Kuin) disaran agar melakukan transformasi supaya terus relevan sebagai institusi pengajian tinggi (IPT) unggul dan menyumbang kepada pembangunan masyarakat.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, Kuin perlu mengambil tauladan daripada universiti Islam terkemuka lain seperti di Mesir yang telah wujud sejak sekian lama namun masih beroperasi dengan berjaya.

"Seperti universiti di Mesir walaupun sudah wujud sejak lebih 1,000 tahun lalu, namun ia masih beroperasi kerana telah membuat perubahan sejak zaman berzaman mengikut kehendak waktu.

"Dari semasa ke semasa, perlu membuat transformasi, apa yang ditawarkan untuk pelajar mestilah mengikut kesesuaian zaman," katanya pada majlis berbuka puasa bersama warga Kuin di Kampus Mergong dekat sini malam tadi.

Beliau berkata, para pensyarah juga perlu terus melakukan penyelidikan dan menerbitkan bahan ilmiah yang sesuai dengan arus zaman.

"Kerajaan negeri sentiasa prihatin dengan apa yang berlaku di Kuin. Saya sarankan biarlah kita sentiasa berlari-lari ke hadapan, menuju kejayaan," kata Mukhriz.

Rektor Kuin, Prof Datuk Mohd Yusof Kasim pula berkata, post-mortem perlu dibuat memandangkan trend kemasukkan pelajar ke kolej universiti itu semakin menurun sejak 2009.

"Walaupun jumlahnya tidaklah teruk sangat, tapi kita tidak boleh berpuas hati. Kita perlu mengubah trend ini paling lewat pada 2015 kerana kelangsungan sesebuah IPT bergantung kepada bilangan pelajarnya.

"Tidak guna jika kita mempunyai pensyarah yang hebat sekiranya tidak ada pelajar, jadi apa sahaja kerja kita kena lakukan yang terbaik kerana ada kepentingan ummah di sini iaitu memperjuangkan pendidikan Islam," katanya.

Beliau berkata, warga Kuin perlu melipatgandakan usaha untuk menyumbang yang terbaik untuk kolej universiti itu, rakyat sekaligus kepada kerajaan negeri. - Bernama

Alhamdulillah, lepas nie naik kapal terbang pun kena GST

Penerbangan domestik ada GST

Poh Chye dan Soo Heong ketika sidang media sempena Persidangan GST Kebangsaan 2014 yang akan diadakan pada 10 dan 11 Julai ini.

KUALA LUMPUR - Semua penerbangan domestik di negara ini bakal dikenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) apabila sistem percukaian baharu itu dilaksanakan 1 April depan.

Pengarah Eksekutif Tax Advisory and Management Services Sdn Bhd (Tams), Yong Poh Chye berkata, ia termasuk juga tiket penerbangan domestik yang turut terlibat dalam perlaksanaan GST kelak.

"Bagaimanapun, penerbangan ke luar negara, walaupun daripada syarikat penerbangan Malaysia, GST tidak akan dikenakan kerana GST hanya dikenakan di Malaysia sahaja," katanya pada sidang media sempena Persidangan GST Kebangsaan 2014 yang turut dihadiri Ketua Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datuk Yong Soo Heong, di sini, semalam.

Ada dakwaan mesyuarat Pas Jerai tidak ikut perlembagaan..!

YAN - Bekas ahli Pas Kawasan Jerai yang dipecat pada tahun 2013 mendakwa hampir 50 peratus mesyuarat agung tahunan Pas cawangan di situ tidak sah.

Abdullah Hashim, 49, berkata, perkara itu berlaku apabila mesyuarat agung berkenaan kebanyakannya tidak melibatkan ahli, sebaliknya hanya dihadiri penyokong parti.

Beliau berkata, tindakan itu adalah menyalahi perlembagaan parti dan tidak boleh diterima.

Sehubungan itu, beliau menyarankan supaya Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) menyiasat seluruh mesyuarat agung tahunan Pas cawangan di negeri ini.

"Saya menasihatkan kepada semua pimpinan Pas Kawasan Jerai supaya buat kerja ikut perlembagaan parti dan peraturan ditetapkan.

"Jangan sampai kegiatan pembohongan mereka itu terbongkar," katanya.

Menurutnya, Pas perlu menangani perkara itu lebih awal supaya peristiwa pengharaman Umno pada tahun 1988 tidak berlaku kepada Pas.

"Berdasarkan perlembagaan parti, setiap cawangan yang nak bermesyuarat mestilah melibatkan ahli-ahlinya. Kehadiran itu juga mestilah bergantung kepada kuota ahli cawangan masing-masing.

"Tetapi saya dimaklumkan, ada perancangan tertentu yang nak melaksanakan mesyuarat itu tanpa kehadiran ahli dan juga hanya dibuat atas kertas," katanya.

Sementara itu, pemangku Yang Dipertua Pas Kawasan Jerai, Azizan Talib menafikan dakwaan tersebut.

Beliau berkata, perkara tersebut tidak pernah berlaku kepada mana-mana cawangan di situ.

"Kebiasaannya, setiap mesyuarat agung tahunan hanya akan dihadiri oleh ahli yang aktif dan penyokong parti.

"Ini sudah menjadi kebiasaan. Malah, kehadiran satu pertiga ahli pada mesyuarat tersebut sudah memadai," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya memandang serius dakwaan tersebut dan akan melakukan siasatan.

"Kita akan selidik perkara ini dan kenal pasti Cawangan mana yang tidak dihadiri oleh ahli. Sekiranya ada, kita akan ambil tindakan tegas," katanya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...