TERKINI :

Tuesday, July 1, 2014

UM tidak jawab isu pokok, kata Saifuddin

SALMIYAH HARUN | 01 Julai 2014.

KUALA LUMPUR: Bekas Felo Penyelidik Kanan Universiti Malaya (UM) Datuk Saifuddin Abdullah membidas pihak UM yang tidak menjawab isu pokok iaitu campur tangan politik dalam isu peletakan jawatan Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman.

Beliau tidak menolak adanya campur tangan politik dalam arahan supaya Profesor Redzuan meletak jawatan sebagai Pengarah UMcedel.

Bahkan katanya, kenyataan UM tentang jawatan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS) yang melibatkan Prof Redzuan membawa beberapa konotasi iaitu, Prof Redzuan antara yang dicalonkan oleh pensyarah Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS) sekaligus membuktikan beliau mendapat pengiktirafan akademik.

"Beliau tidak dilantik semula kerana akan bersara tahun depan, bermakna tidak timbul soal kualiti," katanya di laman Facebooknya hari ini.

Katanya, Profesor Dr Md Sidin Ahmad yang dilantik sebagai dekan baru untuk meneruskan kecemerlangan penyelidikan di bawah FSSS, bermakna Prof Redzuan menjalankan tugas dengan baik termasuk sebagai Pengarah UMcedel.

Beliau berkata demikian merujuk kepada kenyataan UM yang menafikan dakwaan kontrak Prof Redzuan tidak disambung kerana campur tangan politik.

"Tetapi kenyataan ini tidak jawab isu pokok iaitu campur tangan politik dalam arahan beliau letak jawatan sebagai Pengarah UMcedel," katanya.

Hari ini Redzuan, esok kamu pula jika terus diam, kata PAS kepada MPN

Majlis Profesor Negara (MPN) dicabar mengambil sikap dan tindakan sewajarnya ekoran apa yang berlaku terhadap rakan mereka, Prof Datuk Dr Redzuan Othman dalam menjaga kebebasan akademik.

Bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) yang kini menjadi ahli politik, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata, mereka akan menyesal jika tidak berbuat sesuatu hari ini.

"Hari ini hari Prof Redzuan, esok boleh jadi hari kamu pula," kata Dzulkefly mengulas tindakan yang dihadapi oleh penganalisis dan pengkaji politik Universiti Malaya yang terpaksa meletakkan jawatan sebagai pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) akibat tekanan politik dari Kementerian Pendidikan.

Hari ini, Redzuan menyerahkan tugas sebagai Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS) yang beliau pegang selama ini walaupun dikatakan mendapat undi daripada kakitangan akademik di fakulti berkenaan untuk meneruskan jawatan itu.

Ini kerana, di bawah Redzuan, FSSS menjadi fakulti kedua terbaik selepas Fakulti Perubatan di Universiti Malaya dalam konteks pelajar lepasnya mendapat pekerjaan.

"Jika anda tidak berbuat sesuatu, tunggulah universiti akan menjadi mediocrity, universiti ala kadar saja.

"Pensyarahnya penakut dan akan melahirkan pelajar yang mandom," kata bekas pensyarah Toksikoloji di Fakulti Perubatan USM itu.

Zam: Pergi mampuslah MCA...

Bekas menteri kabinet Zainuddin Maidin hari ini mengecam keras sikap MCA yang didakwa mengikuti jejak langkah parti lawan DAP dalam mengkritik kerajaan.

Beliau merujuk kepada kritikan MCA kepada terhadap sikap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi dalam isu insiden kepala lembu terhadap seorang wakil rakyat DAP RSN Rayer.

"MCA tidak mahu sama mempertahankan dasar nasional yang diasaskan bersama dengan Umno sejak Perikatan," katanya yang juga bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu.

"Jika MCA tidak kreatif dan inovatif dalam mencari formula baru bagi strategi baru dan masih mahu memakai topi DAP dan menumpang tiket DAP, maka lebih baiklah bagi Umno membuat keputusan 'pergi mampuslah sama MCA' dan mengambil DAP sebagai rakan."

MCA semalam menyelar respons "endah tak endah" Zahid terhadap insiden kepala lembu diletakkan di depan rumah Rayer, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima di Pulau Pinang.

Satu kepala lembu ditemui di hadapan rumah Rayer pada 28 Jun lalu, mungkin mempunyai kaitan ucapannya sebelum ini yang menggelarkan beberapa pemimpin Umno sebagai celaka.

Gunting Umno dalam lipatan

Antara kenyataan kontroversi Zahid, seperti dilaporkan Rakyat Post, berbunyi  "Tapi itulah harga yang patut dibayar jika bermulut celupar," Zahid dilapor sebagai.

Dalam tulisan terbarunya di blog hari ini, Zainuddin berhujah "lebih baik berkawan dengan musuh yang kita kenal dari musuh dalam selimut".

Katanya lagi, walaupun dilantik semula ke kabinet atas "kasihan belas" Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, MCA tidak sedikit pun menginsafi prestasinya dalam pilihan raya umum lalu.

Menyifatkannya sebagai strategi lapuk, Zainuddun berkata, tindakannya memakai "topi DAP" itu seperti "menggunting Umno dalam lipatan, munafik, hipokrit, lidah bercabang atau talam dua muka."

Katanya, MCA seharusnya sedar bahawa ia tidak akan dapat menyaingi DAP memainkan sentimen perkauman kerana MCA terikat dengan dasar komponen dan persetujuan bersama sejak sebelum merdeka.

Malah, kata Zainuddin lagi, dengan bermain atas landasan DAP, MCA sebenarnya meruntuhkan imejnya sendiri di kalangan masyarakat Cina.

[UMCEDEL - PANAS] Pimpinan UMNO pertahankan Keputusan singkirkan Prof Redzuan

UMCEDEL: Rahman Dahlan pertahan keputusan singkirkan Prof Redzuan

KUALA LUMPUR: Isu melibatkan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL) dan pengarahnya Prof Datuk Dr Mohammed Redzuan Othman turut mendapat perhatian Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Abdul Rahman dalam twitnya membidas UMCEDEL yang disifatkan sering membuat forum dan kaji selidik yang berat sebelah.

 
 
Keputusan menyingkirkan Dr Mohammed Redzuan itu mendapat perhatian bekas ahli MT UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah.

Putrajaya Jangan mimpi universiti tempatan 100 terbaik jika macam nie punya kelaku

Jangan mimpi universiti tempatan 100 terbaik, kata kakitangan akademik UM

Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM) kecewa dengan tindakan Putrajaya memberikan tekanan kepada Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS) Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman (gambar) sehingga beliau meletakkan jawatannya sebagai Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel).

Presiden PKAUM Prof Madya Dr Azmi Sharom berkata, jika benar wujudnya tekanan daripada Kementerian Pendidikan, sangat jelas kerajaan tidak mementingkan kebebasan akademik dan buat keputusan berasaskan politik.

Beliau berkata, isu ini merupakan bukti salah satu punca universiti di Malaysia sukar untuk maju kerana ada campurtangan daripada pihak politik.

"Jangan kacau kami. Kajian dan metodologi kami ikut peraturan akademik. Jangan sebab kajian kita anda (kerajaan) menghadapi masalah, itu bukan masalah kita.

"Jangan sebut sekali pun kecemerlangan akademik. Tutup mulut, diam, dan jangan nak pandai-pandai mimpi ranking universiti Top 100, tak mungkin," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Beliau berkata, kebebasan autonomi akademik merupakan asas universiti yang cemerlang dan sepatutnya bebas daripada campurtangan politik secara langsung dalam penyelidikan, namun perkara ini gagal difahami pihak kementerian.

Piala Dunia: FIFA denda Algeria RM181,107 pancar sinaran laser

Piala Dunia: FIFA denda Algeria RM181,107 pancar sinaran laser
PANCARAN laser dapat dilihat di bahu kiri penjaga gol Russia, Igor Akinfeev ketika perlawanan Algeria dengan Russia dalam peringkat Kumpulan H di Arena da Baixada, Curitiba, Brazil, Jumaat lalu. - Foto AP
RIO DE JANEIRO: Persatuan Bola Sepak Algeria didenda 56,400 dolar (RM181,107) oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) selepas ada penyokongnya dilihat memancarkan sinaran laser ke arah pemain ketika perlawanan peringkat awal Kumpulan H menentang Russia.

Imej daripada siaran televisyen menunjukkan ada pancaran hijau, yang kebiasaannya dijana oleh pen laser dipancarkan kepada penjaga gol Russia sebelum Algeria menyamakan kedudukan 1-1, Jumaat lalu.

Denda yang dikenakan FIFA juga membabitkan kesalahan menggunakan suar dan bom asap oleh penyokong Algeria.

“Persatuan Bola Sepak Algeria dipersalahkan kerana sikap tidak sepatutnya yang dilakukan di kalangan penyokong mereka iaitu insiden gangguan penonton ketika perlawanan Piala Dunia membabitkan Russia dan Algeria,” kata jurucakap FIFA.

PAS desak kembalikan jawatan Prof Redzuan sebagai Pengarah UMcedel & Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial UM

KUALA LUMPUR: PAS mendesak agar Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman dikembalikan jawatannya sebagai Pengarah UMcedel dan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, Perdana Menteri seterusnya wajib memberikan jaminan kebebasan akademik kepada ahli-ahli akademik di negara ini agar mereka dapat melaksanakan tugas mereka dengan berkesan.

"Saya juga menyeru supaya seluruh masyarakat sivil agar bangkit menyatakan keprihatinan ke atas nasib yang menimpa Prof Redzuan. Hal ini tidak boleh kita diamkan begitu sahaja," ujarnya yang juga Ketua Whip Ahli Parlimen PAS.

Berikut kenyataan penuh beliau.

PAS memandang serius tindakan universiti tertua di negara ini, Universiti Malaya (UM) yang mengarahkan ahli akademik terkemuka, Prof Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman supaya meletakkan jawatan sebagai Pengarah University of Malaya Centre for Democracy and Elections (UMcedel) serta tidak menyambung perkhidmatan Prof Redzuan sebagai Dekan, Fakulti Sastera dan Sains Sosial.

Apa yang mengejutkan, kedua-dua tindakan ini dikatakan diambil hasil dari desakan politik pihak tertentu di Kementerian Pendidikan yang tidak senang dengan kajian-kajian berkaitan politik negara yang dijalankan oleh UMcedel di bawah kepimpinan Prof Redzuan.

Sesetangah Hukuman Denda & Penjara di negara kita kelihatan 'tidak adil' kepada pesalah

Hukuman denda dan penjara yang primitif.

http://radiosuryapasbar.com/wp-content/uploads/2014/04/pengadilan-tipikor1.jpg
1. Dalam kejadian contoh adik Firdaus, OKU yang ditemui dalam keadaan yang sangat menyayat hati kita baru-baru ini, si ibu adalah penjaga kepada mangsa secara keseorangan, selama hampir 15 tahun sebelum dunia mengetahuinya.

Secara biologinya, wujud tekanan kepada si ibu untuk menggalas beban itu, hari demi hari, selama hampir 15 tahun, dalam keadaan persekitaran yang sukar, dan secara keseorangan. Namun, secara prinsipnya, sebarang kezaliman walau berlaku kerana apa juga alasan, patut dihukum.

Di sinilah wujudnya perbahasan, apakah tujuan sebenarnya hukuman? Membalas dendam? Membetulkan keadaan? Memburukkan keadaan? Menghalang orang lain melakukan keasalahan yang sama? Atau apa? Inilah perkara yang manusia terlepas fikir. Dan diburukkan lagi dengan keadaan, buat masa ini, di Malaysia, pembuat / pelulus hukuman dipilih oleh rakyat berdasarkan jenama parti, populariti isu dan sentimen perkauman, bukan ideologi.

Tahukah kita kini si ibu berdepan dengan 2 pertuduhan. Pertama DENDA sehingga RM20 ribu atau PENJARA sehingga 20 tahun? Hukuman kedua pula ialah DENDA RM5 ribu atau PENJARA sehingga 5 tahun?

Umno tidak mampu berubah mengikut peredaran zaman


Ng Kee Seng

Perletakan jawatan secara paksa ahli sains politik Universiti Malaya (UM), Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman merupakan satu lagi pengesahan bahawa keadaan di Malaysia sedang merosot secara perlahan-lahan.

Perletakan jawatan itu mengesahkan lagi bahawa Barisan Nasional (BN) yang diterajui Umno adalah ibarat dinosaur yang pernah merajai dunia, tetapi pupus kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan perubahan dunia.

Keangkuhan dan keengganan Umno untuk menghadapi realiti dan menyesuaikan diri dengan persekitaran sosio-ekonomi global dan domestik yang berubah dengan pantas, pasti akan membawa kepada penghujungnya. Ia hanya menunggu masa.

Perletakan jawatan secara paksa bermakna Umno hidup dalam dunianya sendiri – angkuh dan tidak boleh disentuh.

Ini dia diplomat yang dikatakan terbabit kes kesalahan seksual di mahkamah tinggi New Zealand

 
Media New Zealand telah menamakan diplomat Malaysia yang dituduh terbabit dalam satu kes kesalahan seksual selepas mahkamah tinggi di sana menarik balik perintah melarang identitinya didedahkan.

Portal berita stuff.co.nz menamakan diplomat tersebut sebagai Muhammad Rizalman Ismail, yang memegang pangkat tentera sebagai pegawai waran.

Menurut laporan itu, dia adalah seorang kakitangan pembantu dengan portfolio pertahanan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia.

Portal berita itu berkata Robert Stewart, peguam bagi Fairfax Media, yang merayu perintah larangan itu ditarik balik, berkata Kementerian Luar Malaysia dijadual membuat kenyataan mengenai perkara itu hari ini.

Penyiasat temui bukti ada gangguan kuasa misteri pada pesawat MH370

MH370: Penyiasat temui bukti ada gangguan kuasa misteri pada pesawat
Gangguan kuasa misteri berlaku pada peringkat awal penerbangan
 
KUALA LUMPUR: Pasukan penyiasat nahas udara yang menyiasat kes kehilangan penerbangan Malaysia MH370 percaya telah menemui bukti baharu berkaitan dengan penyalahgunaan peralatan di dalam kokpit pesawat.

Pihak penyiasat nahas udara Australia turut mendedahkan bahawa penerbangan Boeing 777 itu mengalami gangguan kuasa misteri pada peringkat awal penerbangan, lapor The Telegraph.

Menurut pakar, mereka percaya ia sebahagian daripada usaha untuk mengelak daripada dikesan radar.

Laporan itu juga menyebut unit data satelit pesawat telah membuat permintaan luar kebiasaan untuk “log masuk” kepada sebuah satelit 90 minit selepas berlepas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur, KLIA.

Laporan berkata permintaan berkenaan, yang juga dikenali sebagai “handshake”, disebabkan gangguan elektrik di dalam pesawat.

“Permintaan log masuk di tengah-tengah penerbangan bukan  perkara biasa. Analisis telah dilakukan dan ciri-ciri serta masa permintaan log masuk dan setelah dipadankan adalah akibat gangguan kuasa,” kata laporan oleh  Biro Keselamatan Pengangkutan Australia itu.

Menu Berbuka Telah Terhidang : Makan Dulu Atau Solat Maghrib Dulu?

dari DR. MAZA.COM

http://albaruhiyy.files.wordpress.com/2012/07/doa-sebelum-berbuka.jpg
Ada orang menyangka bahawa sekalipun makanan sudah terhidang, yang terbaik itu solat dahulu, selepas itu barulah makan. Sehingga ada yang apabila mereka duduk di keliling hidangan, kemudian bangun meninggalkannya dan pergi menunaikan solat. Amalan seperti itu dirasakan oleh sesetengah pihak sebagai lebih mengikut kehendak agama. Namun, jika kita merujuk kepada hadis-hadis Nabi s.a.w kita akan dapati itu amalan yang silap. Antaranya hadis daripada Anas bin Malik r.a.: bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah makan sebelum kamu menunaikan solat Maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah semasa makan malam kamu.”(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Dalam hadis yang lain daripada Abdullah bin Umar, baginda s.a.w. bersabda:

“Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan solat (jamaah) telah didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopoh-gapah sehinggalah dia selesai.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Riwayat di atas juga menambah bahawa Ibn Umar r.a. apabila dihidangkan untuknya makanan, manakala solat pula sedang didirikan, maka beliau tidak mendatangi solat melainkan hingga beliau selesai makan, walaupun beliau mendengar bacaan imam.

Muhyiddin perlekehkan rakyat tidak faham konsep bisnes UMNO.

Muhyiddin perlekehkan rakyat tidak faham konsep bisnes UMNO.

Tapi beliau & Najib tak mampu tolak fakta bahawa mereka seleweng UiTM, kroni kaut untung atas nama ketuanan Melayu!! 

Rafizi Ramli

Menjawab Ketakutan Mahathir...!!!



MENJAWAB 'KETAKUTAN' TUN MAHATHIR

Rasa bersalah tak boleh dihilangkan sampailah ke saat jari ini menulis ketika ini. Rasa bersalah sebab individu yang bakal saya jawab kenyataannya ini adalah seseorang yang sangat saya kagumi dan beliaulah faktor mengapa saya meminati politik Malaysia sejak berumur 13 tahun. Kekaguman itu telah membawa saya untuk bekerja sebagai salah seorang volunteer dan amicus curiae di Perdana Global Peace Foundation dan Kuala Lumpur War Crime Tribunal.

Tetapi, pada hari ini saya memohon maaf kerana terpaksa menjawab kenyataan ayahanda Tun yang disiarkan di blog beliau sendiri di sini Ini kerana saya berpendapat kenyataan Tun adalah tidak benar dan didirikan atas dasar bayangan ketakutan yang tidak menjadi realiti.

Justeru saya terpanggil menulis artikel ini yang juga mungkin akan disiarkan oleh media sosial yang lain kelak. Walau apa pun, respons ini bukanlah untuk mengaibkan Tun sebaliknya memberikan penjelasan (clarification) tentang kenyataan Tun.

Kelab Kosovo tawar Suarez gaji RM6,595 sebulan

Piala Dunia: Kelab Kosovo tawar Suarez gaji RM6,595 sebulan

PRISTINA: Sebuah kelab bola sepak di Kosovo menawarkan Luis Suarez 1,500 euro (RM6,595) sebulan untuk menguatkan jentera serangan mereka ketika bintang Uruguay itu menjalani tempoh penggantungan.

Kosovo tidak tersenarai dalam penggantungan secara global ke atas Suarez kerana kelab berkenaan bukan menjadi ahli rasmi Persekutuan Bola Sepak Eropah (UEFA) atau Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Jadi secara teori, pemain Liverpool itu boleh beraksi di Liga Super negara itu.
Kelab Kosovo, Hajvalia membuat cadangan itu dalam bentuk surat kepada Liverpool.


“Ia akan menjadi satu langkah yang besar buat kami untuk memperoleh seorang pemain yang amat terkenal di Kosovo,” kata Presiden kelab itu, Xhavit Pacolli. “Ia akan memberi makna yang cukup besar bukan saja untuk kami, namun untuk Kosovo secara keseluruhannya.

Pacolli berkata pasukannya menawarkan 1,500 euro sebulan manakala Liverpool akan menerima pampasan 30,000 euro selama empat bulan Suarez beraksi di Kosovo.

Hubungan Diplomatik Malaysia - New Zealand Goyah Kerana Lelaki Ini

Wisma Putra sahkan diplomat Malaysia suspek kes pencabulan seks di New Zealand

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/3/3e/Flag_of_New_Zealand.svg/1200px-Flag_of_New_Zealand.svg.png
Wisma Putra mengesahkan seorang diplomat Malaysia merupakan suspek kepada kes pencabulan seks di New Zealand, mengatakan beliau akan berdepan dengan perbicaraan jika diberikan jaminan keadilan.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman memberitahu The Star semalam, tertuduh adalah diplomat Malaysia dan beliau sudah dihantar pulang.

Menurut Associated Press, polis menahan diplomat itu pada 9 Mei dan mendakwanya atas tuduhan memecah rumah dan serangan dengan niat untuk merogol, kedua-duanya membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun.

Bagaimanapun, lelaki itu mendapat imuniti diplomatik dan sudah meninggalkan negara itu.

Perdana Menteri New Zealand John Key mendedahkan semalam bahawa kerajaannya sudah menuntut imuniti diplomatik lelaki yang dituduh melakukan "pencabulan seks dengan niat merogol" di Wellington bulan lepas agar dibatalkan, tetapi ditolak.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...