Liow Tiong Lai  
 Liow Tiong Lai

GEORGETOWN - Kerajaan akan mengkaji cadangan negeri Kedah untuk membina lapangan terbang antarabangsa baharu di Kulim, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
  
Beliau berkata setakat ini, pihaknya belum menerima kertas cadangan berhubung perkara itu.
  
"Saya belum ada laporan terperinci, saya kena tengok dulu semua butiran baru saya boleh membuat komen lanjut.
  
"Masih terlalu awal untuk saya komen pasal lapangan terbang dan pastinya mereka akan hantar kertas cadangan terperinci dan saya akan menelitinya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Tahunan MCA Bahagian Bukit Bendera di sini hari ini.
  
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Pulau Pinang Datin Paduka Chew Mei Fun, yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.