TERKINI :

Saturday, June 28, 2014

Kekecohan dalam PKR kerana jawatan Menteri Besar

Mohd Sayuti Omar,

PANDANG TERUS                                                                           

Semalam sebuah setesen tv internet datang menemubual saya, perbicaraannya berkisar soal pemilihan dalam parti PKR yang kalut dan masih belum berakhir sampai kini. Tv itu mahu tahu pendapat saya kenapa sampai berlaku demikian, dan apakah kekecohan itu tidak memberi kesan kepada PKR sehingga menimbulkan persepsi negatif kepada pucuk pimpinannya.
Wan Azizah MB Selangor?

Iya, saya juga naik hairan dan muak kenapa sampai begitu lama sekali masa diambil parti berkenaan untuk menyelesaikan pemilihan kepimpinan mereka. Dan kekecohan yang berlaku menampakkan seolah-olah PKR sebuah parti yang diuruskan oleh mereka yang tidak cukup pengalaman.

Apa yang berlaku, kata saya tetap memberi kesan kepada PKR, menyebabkan orang akan mempersoalkan standard atau pun kelas parti berkenaan. Setiap apa yang berlaku orang akan mengingatkan kepada peristiwa yang sering meletus dalam mesyuarat parti MIC sebelum ini. Mesyuarat MIC tidak akan sah kalau tidak berlaku baling kerusi atau pun tumbuk meja.

Politik baru yang dilaung-laungkan nampaknya tidak menjadi dan berjaya diangkat ke atas untuk menarik minat umum terhadap parti itu. Keadilan dengan amalan demokratik berlebihan telah memakan diri parti berkenaan. Mungkin belum sampai masanya parti berkenaan memberi peluang dan keadilan seluasnya kepada ahli parti kerana sebilangan mereka tidak menghargai erti keadilan dan demokrasi itu. Ahli tidak tahu dan bijak menggunakan hak mereka satu ahli satu suara.

Zahid Hamidi, Contoh Menteri Menghabiskan Beras!!!

Baru semalam Tokoh Wartawan Negara, A Kadir Jasin menyindir mengenai kabinet Najib Razak yang disifatkannya bersaiz XXL yang membuatkan rakyat berhak berharapan besar juga tetapi dibimbangi hanya menghabiskan beras saja.

Dalam penutup tulisan di blognya, beliau menulis, "Oleh kerana Perdana Menteri suka besar, maka kita berhak berharapan besar juga. Jadi harapan XXL kita adalah kabinet XXL Mohd Najib ini akan membawa manfaat XXL kepada rakyat jelata.

"Rugilah kita kalau kabinet XXl itu sekadar meramaikan majlis dan menghabiskan beras saja."

Malangnya hari ini, seorang menteri kanan dalam pentadbiran Najib sudah pun menunjukkan kedudukannya sekadar menghabiskan beras saja. Seluruh rakyat, pengundi Bagan Datoh, ahli UMNO, pengundi bukan ahli UMNO, pengundi tidak berparti, malah budak-budak sekolah patut malu dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi berhubung insiden kepala lembu yang didapati dilemparkan di hadapan rumah ADUN DAP RSN Rayer.

Najib - Rahmat bulan Ramadan satukan umat Islam

http://www.digitalnewsasia.com/sites/default/files/images/digital%20economy/DatoSriNajib_2.pngKUALA LUMPUR - Umat Islam perlu memanfaatkan bulan Ramadan untuk memupuk semangat penyatuan dalam kalangan umatnya dalam satu agenda ibadah yang murni, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri dalam perutusan Ramadannya berkata selain itu, bulan Ramadan juga adalah bagi umat Islam memperteguhkan hubungan dengan Allah swt, serta hubungan silaturrahim dengan anggota keluarga dan masyarakat.

"Alhamdulillah, kita mengungkapkan rasa syukur ke hadrat Allah swt, dengan ihsanNya dapat kita bertemu lagi dengan Ramadan al-Mubarak yang penuh kemuliaan ini.

"Sesungguhnya, kehadiran Ramadan 1435 Hijrah ini sentiasa kita nanti-nantikan. Inilah masanya, kita mengambil peluang yang sangat bernilai untuk menghayati kemanisan beribadah mengabdikan diri kepada Allah swt," katanya dalam perutusan yang dimuat naik di laman blognya www.1malaysia.com.my.

Perdana menteri berkata komitmen kesatuan itu juga perlu dikekalkan dengan penuh kepasrahan kepada Allah swt dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara Islam moden yang progresif serta berstatus negara maju.

Jawatan MB bukan milik peribadi : Anwar


Anwar Ibrahim. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR  
Anwar Ibrahim. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR

SHAH ALAM – Kedudukan jawatan menteri besar bukan agenda atau milik peribadi mana-mana pihak sebaliknya ia merupakan keputusan bersama antara PKR dengan parti komponen PR dan juga setelah mendapat perkenan Sultan Selangor, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya menegaskan bahawa semua Adun dan pimpinan parti harus menghormati peraturan dan tatasusila berkaitan isu kedudukan Menteri Besar Selangor itu,” katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Sebelum ini, media melaporkan Pas Selangor menolak Abdul Khalid ekoran tindakannya yang sering membelakangkan PR dalam membuat keputusan.

Penjelasan Fifa kenapa Piala Dunia 2014 bertepatan Ramadhan

Ini Penjelasan FIFA kenapa Piala Dunia 2014 Bertepatan Dengan Puasa Ramadhan

BULAN Ramadhan tidak beberapa hari lagi. Bagi umat Islam sudah tentu gembira dengan kedatangan bulan yang penuh berkat ini. Tetapi bagaimana pula dengan para pemain Muslim yang bermain di Piala Dunia 2014?

Mereka akan tetap menjalani ibadah puasa pada hujung minggu ini, dan dipastikan tidak akan mengalami gangguan atau bahaya apa pun dalam keadaan fizikal mereka. Perkara ini telah dijelaskan oleh pihak FIFA selaku penganjur Piala Dunia 2014 di Brazil.

"Kami sudah melakukan kajian yang luas dan mendalam dan tidak ada sesuatu pun yang membimbangkan. Para pemain yang tengah menjalani ibadah puasa selalu mempunyai peruntukan untuk memohon kelonggaran agar tetap akan menjalani Ramadan pada masa yang tepat. Inilah yang saya pelajari dari para pemimpin agama Islam di Algeria, "ujar Jiri Dvorak, Ketua Bahagian Kesihatan FIFA, Selasa (24/6/2014).

Puasa di bulan suci Ramadhan yang berlangsung sebulan penuh, dijangka akan bermula hari Ahad ini (29/6/2014).

Tahukah anda, bila masanya Al Quran diturunkan..???


MAAHAD TAHFIZ AL MUQRI - tajaan jamuan untuk sahur

Alhamdulillah... jadual tajaan jamuan untuk sahur pada bulan Ramadhan sudah mula ditempah. Kepada yang ingin menaja 1 hari = RM 550.00 sahaja.. Program bersedekah pada setiap bulan puasa diadakan... mari-mari tambah pahala Ramadhan anda. Semoga Allah memberkati mereka2 yang menaja kami...

hubungi @ whatsapp :

Ustaz Mohdshaari Husin : 016 2932463
En Mohd Rozi Bin Husin : 012 3803814
Pejabat : 03 5614 1194
Email : almuqripuchong@yahoo.com

Bank In atas nama :
MAAHAD TAHFIZ AL MUQRI

MAYBANK
No Akaun 5627 7720 3532

BANK ISLAM
No Akaun 1206 5010 0197 73

 

Maahad Tahfiz Sains Kulim : Mintak belum lagi, tapi dah canang kata nak bagi RM2juta

PERUNTUKAN RM 2 JUTA UNTUK MAAHAD TAHFIZ SAINS KULIM HANYA INGIN MEMATIKAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM DI KEDAH

https://fbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/p480x480/988502_620717587948209_1865404621_n.jpg
Pembinaan di Pulau Tuba di tangguhkan sehingga kini..
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) merujuk kenyataan media Pengerusi Jawatankuasa Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia dan Pelancongan, YB. Dato’ Mohd Rawi Abdul Hamid bahawa Kerajaan Negeri akan memperuntukkan sebanyak RM2 juta bagi menambah baik Maahad Tahfiz Sains Darul Aman di Kulim.

1. DPPNK menggesa kerajaan Negeri Kedah yang diterajui BN hari ini agar serius dan tidak menjadikan agenda menaiktaraf Maahad Tahfiz Sains sebagai agenda politik BN semata-mata.

2. Pengumuman itu kelihatan sangat tidak serius apabila dinyatakan Kerajaan Negeri masih memerlukan proses rundingan terlebih dahulu bersama Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) bagi meluluskan peruntukan itu.

3. Menurut Exco BN berkenaan juga peruntukan RM 2 juta berkenaan adalah juga untuk penambahbaikan untuk membina blok asrama serta keperluan pembelajaran yang lain termasuk makmal sains di sekolah terbabit. DPPNK berpendapat ianya adalah satu janji retorik memandangkan Maahad Tahfiz tersebut telah dijanjikan perkara yang sama untuk pembelajaran bagi sesi 2014. Namun pelajar masih lagi terpaksa menggunakan makmal sekolah lain bagi tujuan pembelajaran sains.

4. DPPNK berpendapat, Kerajaan BN berlepas tangan dari tanggungjawab terhadap Maahad Tahfiz berkenaan yang kini masih di Jalan Pegawai Kulim, keadaannya padat dengan pelajar serta keadaan surau sementara yang tidak terurus dan tidak kondusif.

Seorang lagi pak menteri menyerlahkan kejahilannya

Sekiranya anda menganggap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi seorang yang tidak ada 'class', suka menghina dan jahil, salahkanlah Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Karier politik beliau pernah terkubur selepas meletak jawatan Ketua Pemuda Umno, malah beliau pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri sejurus selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada September 1998.

Kepada mereka yang lupa sejarah Zahid, beliaulah yang menyerang Tun Dr Mahathir Mohamad atas tuduhan kronisme dan nepotisme.

Rancangan itu tidak jadi, dan Dr Mahathir menelanjangkan sifat talam dua muka Zahid dengan membongkar bagaimana Zahid telah memperkayakan diri menerusi kronisme. Dari segi politik, Zahid terkubur, sehinggalah Abdullah, selepas mengambil alih dari Dr Mahathir, memberikan beliau nafas baru dalam Umno dan kerajaan.

Yang selainnya tinggal sejarah. Menyedihkan. Zahid kemudiannya bangkit semula dan kini merupakan Menteri Dalam Negeri. Sesuatu yang ironis, kerana orang yang dituduh memukul kekasih anak perempuannya kini ditugaskan menjaga keamanan. Pertuturannya umpama samseng; tidak berupaya membezakan dirinya sebagai orang Umno dan Menteri Dalam Negeri, dan ia menjadi peringatan betapa ramai pak menteri dalam kabinet XXL Najib sekarang terdiri daripada individu yang tidak cekap.

Aduhai FAM, sembang gegak gempita, akhirnya Dollah Salleh yang diambilnya..

Dollah Salleh dilantik ketua jurulatih skuad kebangsaan yang baharu

http://w1.bharian.com.my/bharian/articles/4CALONHANGAT_/pix_gal0
PETALING JAYA: Dollah Salleh dilantik sebagai ketua jurulatih kebangsaan yang baharu menggantikan Datuk K Rajagobal yang tidak disambung kontraknya akhir tahun lalu.

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, pemilihan itu dibuat selepas FAM mengambil kira tempoh persediaan singkat menjelang Piala Suzuki AFF dan prestasi Dollah ketika mengendali Pahang tahun lalu dan PDRM tahun ini.

Pengendali sementara pasukan kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee kekal sebagai pengendali Harimau Muda A yang akan mengharungi tugasan di Sukan Asia tahun ini.

Judi rosakkan jiwa, terdedah perbuatan syirik

Dr Mohd Shukri Hanapi

Menjelang Piala Dunia 2014 yang sedang berlangsung, dibimbangi ejen-ejen judi bola kembali aktif membuat pertaruhan judi bola.

Mereka menjanjikan habuan dan keuntungan yang cukup lumayan demi menarik minat ramai orang. Dengan bermatlamatkan mendapatkan keuntungan yang berlipat kali ganda itu, ia menyebabkan seseorang itu lupa atau sengaja melupai perkara yang ditegah syarak.

Dalam al-Quran jelas larangan berjudi. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, arak, judi, pemujaan berhala dan menilik nasib dengan batang anak panah adalah semuanya kotor, keji daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya, moga-moga kamu berjaya.” (Surah al-Ma’idah, ayat ke-90).

Di sini jelas Allah SWT melabelkan judi sebagai sesuatu yang kotor, keji dan jijik. Ia sedikit pun tidak mendatangkan kebaikan, bahkan akan mengotorkan roh dan jasad serta merosakkan perangai mahupun budi pekerti seseorang.

Bagi menjelaskan lagi betapa keji dan kotornya amalan berjudi itu, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa bermain kad (berjudi dengannya) maka sesungguhnya ia seolah-olah mencelupkan tangannya ke dalam daging dan darah babi.” (Riwayat Muslim).

Hiburan ringan punca Melayu leka, mundur

Dr Anwar Ridhwan

http://hu.stockfresh.com/thumbs/ultrapop/673904_zene-emberek-terv-t%C3%B6meg-csoport-klub.jpg

Ibu bapa wajar pupuk intelektualisme

Kalau kita lihat jumlah permit penerbitan majalah di negara ini yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN), kita boleh membuat penilaian tentang kecenderungan psikologi kebanyakan orang Melayu. Sebagai contoh, terdapat 27 majalah hiburan dalam bahasa Melayu, sementara hanya 11 dalam bahasa Inggeris.

Memang benar jumlah 11 majalah hiburan tempatan dalam bahasa Inggeris tidak memberi gambaran sebenar, kerana ada ratusan majalah hiburan yang diimport khususnya dari Amerika Syarikat dan Britain. Tetapi oleh sebab pembaca Melayu juga terdedah kepada majalah hiburan asing, maka pada teorinya pembaca Melayu juga mempunyai sumber hiburan yang lebih banyak.

Membiarkan generasi muda kita hanyut dalam gelombang hiburan ringan, akhirnya akan melemaskan bangsa”

Hiburan ringan mencandui kehidupan kebanyakan orang Melayu. Program televisyen tempatan hampir semuanya dipenuhi hiburan ringan, terutamanya yang berbentuk komedi atas pelbagai jenis nama. Ini sealiran dengan penerbitan majalah hiburan ringan yang banyak di negara kita, khususnya untuk bangsa Melayu.

Mengaku aja Malaysia negara ISLAM, tapi nak beli arak kat mana-mana pun boleh..!!!

Bertindak segera kawal penjualan arak

http://farm9.staticflickr.com/8494/8283902046_06d2ecdf9b_b.jpg
KUALA LUMPUR 27 Jun - Kerajaan digesa mengambil tindakan segera mengawal penjualan minuman keras yang dilihat semakin berleluasa di seluruh negara.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya percaya penjualan minuman keras tanpa kawalan merupakan penyumbang utama kepada kejadian jenayah terutama membabitkan generasi muda.

"Pihak kami menerima banyak aduan berhubung perkara ini. Penjualan minuman keras di negara ini berada pada tahap membimbangkan dan dijual tanpa kawalan serta pemantauan oleh pihak berwajib.

"Perkara ini perlu dibendung segera kerana mengundang kepada kegiatan jenayah seperti rogol, pecah rumah dan sebagainya," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Apa yang lebih membimbangkan kata Nadzim, minuman keras kini amat mudah diperoleh kerana turut dijual di kedai serbaneka, kedai runcit dan sebagainya.

Sehubungan itu katanya, kerajaan perlu melakukan pemantauan secara serius berikutan tiada had umur ditetapkan kepada pembeli.

Contoh nak jadi ISLAM yang baik bukannya dari negara Arab tapi di negara bukan Islam...!!!

Kenapa Melayu Berlumba Nak Ikut Arab? Kenapa Tak Nak Jadi Macam Non Muslim?

http://3.bp.blogspot.com/-MdhgvcUJARY/TdPHoyGyv2I/AAAAAAAAAF0/O0yc1kMoczY/s1600/1111504p.jpg
Kau tau ada kewujudan yang bertajuk Khawwater Ash-Shab (Khuatir Asy- Shabab?) Aku tak tau camna nak eja nama dia betul2.

Rancangan tu ditayangkan kat TV Al-Hijrah, dulu waktu Maghrib, sekarang ni, dah ubah. Aku rasa petang kot. Untuk sesiapa yang tak tau, rancangan tu memaparkan pengacara yang bernama Ahmad Sughairi, seorang belia berumur yang suka buat perbandingan mengenai betapa berbezanya bangsa Arab dia sendiri berbanding bangsa lain yang tak semestinya Islam.

Cara dia mendidik tu, kadang2 agak keterlaluan sebab dia agak berani dan dia jugak tak takut konfrontasi. Ada satu episod, seorang lelaki Arab double park kereta dan block kereta lelaki Filipina ni dan dia dengan selambanya pegi tanya "kenapa kau buat camtu? Kau tak ada rasa bersalah ke buat camtu kat dia? Malu la, dah la kau Islam. Mintak maaf dengan dia!"

Tergelak aku tengok tu sebab kelakar bila tengok seorang Muslim Arab dengan muka bangganya minta maaf tersipu2 dekat seorang lelaki Filipina yang dah berpeluh tunggu nak balik.

Apa saja yang dia tonjolkan dalam rancangan dia, adalah betapa berbezanya kelakuan bangsa Arab berbanding bangsa lain yang menetap di Arab Saudi. Dia ada buat special season melawat Jepun dan yang memilukan hati, sebagai seorang Islam, pada akhirnya, dia terpaksa mengaku...

"Orang Jepun, yang bukan Muslim dan bukan Islam, jauh lebih dekat dengan Islam berbanding orang dia dekat Arab Saudi."

POKOK SENA - Petani susahati sebab Malaysia Airport Berhad bela tikus

Belukar jadi rumah tikus

http://3.bp.blogspot.com/-TiTnfQIUf4w/UnSBap-LpPI/AAAAAAAAEz8/liHw0V-G-wc/s320/rat_control.jpg
POKOK SENA - Petani dari Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Hutan Kampung, Kawasan Mada A-Tiga merayu kepada pihak Malaysia Airport Berhad (MAB) supaya dapat membersihkan belukar di sempadan pagar lapangan terbang dengan kawasan sawah mereka.

Penduduk mendakwa kawasan berkenaan dipenuhi belukar sehingga menjadi sarang binatang berbisa dan tikus yang mampu mengancam tanaman mereka.

Petani, Fadzil Puteh, 60, berkata, mereka sudah tidak mampu lagi menjaga kawasan sempadan MAB dengan petani di situ.

Menurutnya, difahamkan tanah sempadan berkenaan adalah hak milik MAB dan petani tiada hak untuk membersihkannya.

"Kami terpaksa membeli racun untuk memusnahkan binatang perosak itu.

"Bagaimanapun dengan bilangan tikus yang banyak kami sudah tidak termampu lagi membiayainya kos meracun yang tinggi," katanya.

Dr Maza nafi sebar gambar bas di Twitter, akaun fb yang sebarkan tu akaun palsu

FB SEBENAR : https://www.facebook.com/DrMAZA?fref=ts
Dr Maza nafi sebar gambar bas di Twitter 
SHAH ALAM – Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini menafikan beliau memuat naik gambar sebuah bas mewah yang didakwa digunakan untuk Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2014 di laman mikro Twitter.

“Penyebar gambar inilah yang melakukan fitnah. Ini gambar yang tidak sah,” katanya yang dipetik dari Twitternya, hari ini.

Menurut Mohd Asri lagi, individu yang menyebarkan gambar tersebut didakwa menggunakan akaun palsu dengan nama dan gambar sama dengan akaun sebenar.

Gambar yang dimuat naik tersebut telah menjadi viral di laman media sosial dan menimbulkan persepsi kurang selesa di kalangan rakyat terutama di Johor.

Baling - Orang Curi Pasir, #Mukhriz tak tahu kaa? Pihak berkuasa pie mana nie..??

Penduduk desak hentikan operasi korek pasir

http://2.bp.blogspot.com/-Uq60-K4i-D0/U61fDmUbqZI/AAAAAAAAzvw/Gysu1WYkZBw/s1600/Pasir.jpg
Gambar Hiasan
BALING - Penduduk tiga kampung di Kuala Sedim di sini meminta kerajaan negeri Kedah membantu menyelesaikan masalah yang mereka hadapi berikutan kerja-kerja mengorek pasir dan sungai berhampiran kampung mereka itu.

Penduduk Kampung Kuala Sedim, Kampung Permatang Durian dan Kampung Bukit Chong berharap agar kegiatan berkenaan dapat dihentikan kerana aktiviti mengorek pasir di tepi dan dalam Sungai Sedim, Sungai Muda dan Sungai Karangan sejak lebih setahun itu didakwa boleh menyebabkan kampung mereka tenggelam jika tidak dihentikan segera.

Mereka juga mendakwa pihak terlibat menutup laluan Sungai Karangan sejak baberapa bulan lepas dan membina jambatan merentasi Sungai Sedim untuk memunggah pasir yang dikorek dan disedut dari kawasan sungai itu di daerah Baling dan Sungai Muda di kawasan daerah Kuala Muda.

Apabila orang cina tulis artikal bab "Islam bukan agama main-main"

Islam bukan agama main-main



http://4vector.com/i/free-vector-question-mark-icon-clip-art_104760_Question_Mark_Icon_clip_art_hight.pngDI satu kedai kopi, seorang kawan bertanya pandangan saya mengenai kes perbalahan penjagaan anak antara seorang bapa Islam dan ibu Hindu, perkahwinan seorang wanita Hindu yang bernamakan Melayu dan juga rampasan jasad seorang Cina oleh Jabatan Agama Islam Pulau Pinang.

Orang bukan Islam dan bukan Melayu yang mengikuti kes sedemikian melahirkan satu persepsi kurang baik terhadap Islam. Antara punca persepsi kurang baik ialah mereka ‘mengukur’ agama Islam melalui tindakan umat dan penjaga Islam berdasarkan apa yang mereka tahu. Mereka juga ‘mengukur’ Islam terhadap kepercayaan yang dianuti masing-masing.

Dalam satu-satu keluarga bukan Islam, terutama keluarga Cina, agama bukan perkara terpenting dalam kehidupan. Di dalam sebuah rumah, ada Kristian, ada Buddha, ada Taois malah ada yang hilang kepercayaan pada wujudnya Tuhan.

Ketika di musim perayaan, atas dasar menghormati hasrat ibu bapa, anak yang sudah Kristian turut mengikut orang tua mereka ke tokong dan kuil untuk melakukan upacara keagamaan, dan begitu juga sebaliknya. Semua ini dilakukan untuk menjaga keharmonian keluarga.

Bagi bukan Islam, agama bukan penentu segalanya, dan disebabkan tiada pelaksanaan pihak berkuasa untuk agama mereka, maka larangan agama hanya diikuti dengan disiplin sendiri.

Oleh itu, bukan Islam yang tidak mengenali Islam susah memahami konsep Islam sebagai satu sistem.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...