Surat peringatan kepada ibu bapa yang tersebar di laman sosial.  
Surat peringatan kepada ibu bapa yang tersebar di laman sosial.

KEMAMAN – Seorang murid tahun enam di sebuah sekolah daerah ini mengalami detik menakutkan apabila cuba diculik dua lelaki tidak dikenali, yang menaiki sebuah kereta Perodua Kancil berwarna putih ketika pulang dari kelas tambahan pada 28 Mei lalu.

Ketika kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa yang baru keluar dari pagar Sekolah Kebangsaan Pusat, Kemaman, terkejut apabila dua lelaki mencurigakan itu memanggilnya datang ke arah mereka.

Menurut sumber, sebaik melihat murid itu keluar dari pintu pagar sekolah, dua lelaki itu yang pada awalnya berada dalam Perodua Kancil putih yang diletakkan berhadapan sekolah dan tidak jauh dari pintu pagar, membuka pintu kenderaan itu sebelum memanggil mangsa.