TERKINI :

Thursday, June 26, 2014

Penduduk Baling paling bahagia - kajian

KUALA LUMPUR 26 Jun - Penduduk di empat daerah iaitu Baling, Alor Gajah, Pekan dan Raub merekodkan kadar kebahagiaan tertinggi di negara ini, manakala penduduk di 90 kawasan lagi mencapai tahap sederhana pada tahun lalu.

Penilaian yang dibuat menerusi Kajian Indeks Kebahagiaan Negara 2013 itu menunjukkan kebahagiaan penduduk di Majlis Daerah Baling mencecah 84.62 peratus, diikuti Majlis Perbandaran Alor Gajah (81.54 peratus), manakala Majlis Daerah Pekan dan Raub masing-masing mencatatkan 80 peratus.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, pelaksanaan indeks berkenaan sebagai sebahagian daripada Jaringan Petunjuk Pembangunan Mampan Bandar-Luar Bandar Malaysia (MURNINets) yang merangkumi 151 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negara ini.

Kerajaan perlu cekap, bukan tambah anggota kabinet

KUALA LUMPUR: Rakyat negara ini memerlukan kerajaan yang cekap dalam melaksanakan tanggungjawab kepada dan bukannya berbangga dengan jumlah anggota kabinet yang besar.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata pengumunan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung pelantikan beberapa anggota kabinet baru semalam amat mengecewakan dan dilihat satu pembaziran.

"Saya melihat pengumuman anggota kabinet yang dilakukan Najib semalam adalah perkara yang mengecewakan dan pembaziran untuk sebuah negara yang mempunyai rakyat seramai 30 juta penduduk.

"Rakyat hanya inginkan sebuah kerajaan yang berkesan dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan rakyat dan bukannya menambah anggota bagi memenuhi janji politik individu," katanya kepada Harakahdaily sebagai respons kepada penambahan anggota kabinet yang diumumkan Najib itu.

Katanya lagi, transformasi yang dilaungkan Najib dalam urus tadbir kerajaan tidak mencerminkan kesungguhan beliau dalam memastikan penjimatan dan kecekapan bekerja.

[ADV] Buat Duit Raya Tanpa Modal..



Sudah dua tahun berlalu.... saya hampir melupakan satu company ni. Dulu, saya masih ingat lagi. Sewaktu diawal penubuhan mereka, saya merupakan antara orang yang terawal yang mempromosikan syarikat mereka.

Saya diberi izin untuk mempromosikan website dan syarikat mereka dengan bayaran RM 5 setiap seorang yang saya bawa masuk dalam syarikat mereka untuk mempromosikan iklan mereka. Setelah saya buat gerak gempur, hasilnya saya perolehi lebih RM 1000 dalam masa hanya dua hari.

Satu kerja yang sangat mudah. Saya hanya ajak kawan-kawan saya pada awalnya. Dan kawan-kawan saya itu saya suruh mereka beritahu kepada kawan-kawan mereka pula. Semakin hari semakin ramai. Setiap seorang saya perolehi RM 5. Pendaftarannya pula PERCUMA. Jadi orang daftar je saya dapat duit. Kalau dah daftar tapi tak buat apa-apa pun saya still dapat duit.

MH370: Lokasi pencarian baharu diumum



KUALA LUMPUR: Kawasan baru bagi pencarian dasar laut pesawat MH370 masih tertumpu kepada garisan lengkung ketujuh di mana pesawat yang hilang sejak 8 Mac lalu itu dikatakan membuat komunikasi terakhirnya.

Operasi pencarian akan bermula pada Ogos ini di kawasan seluas 60,000 kilometer persegi dan dijangka akan mengambil masa selama 12 bulan untuk selesai.

Perkara itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss pada sidang media hari ini.

"Kami kini beralih perhatian ke kawasan lebih jauh ke Selatan di sepanjang garisan lengkung berdasarkan pengiraan ini.

"Kawasan baru adalah sekitar 1,800 kilometer dari barat Perth, " katanya.

PAS pecat Lotfi Ariffin 11 Mei lalu

KUALA LUMPUR: PAS Pusat telah memecat Lotfi Ariffin sebagai ahli PAS serta merta selepas mendapat maklumat dengan jelas dan sahih berhubung pemergiannya ke Syria.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, pemecatan Lotfi dibuat dalam satu mesyuarat PAS Pusat pada 11 Mei 2014 lalu.

"Kita mendapat maklumat sahih tentang pemergian beliau ke Syria untuk menyertai gerakan jihad, maka kita membuat keputusan pecat beliau. Beliau sudah tidak ada kaitan lagi dengan PAS," katanya kepada Harakahdaily.

Menurut Mustafa pemecatan Lotfi juga telah dimaklumkan kepada ahli keluarga beliau.

Justeru, beliau turut mengingatkan mana-mana ahli PAS yang terlibat dalam gerakan seperti itu, PAS Pusat tidak teragak-agak untuk memecat ahlinya.

Jangan anggap jenayah culik kes terpencil, kata Musa Aman

Jenayah merentas sempadan seperti kes penculikan untuk wang tebusan (KFR) tidak harus dianggap sebagai insiden terpencil, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman (gambar).

Beliau berkata, sebaliknya jenayah itu perlu dianggap sebagai fenomena global yang perlu ditangani semua negara berikutan ikatan atau hubungan penjenayah dengan rangkaian bebas yang mencari sasaran untuk membiayai aktiviti militan dan keganasan.

"Ini adalah ancaman kepada semua negara bertamadun dan kami di Sabah menghargai kebimbangan Amerika Syarikat dalam aspek ini," katanya pada majlis makan malam meraikan Pemerintah Pasifik Kor Marin Amerika Syarikat Lt-Jen Terry Robling dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Tawau, malam tadi.

Teks ucapannya dibacakan oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Musa juga berharap lawatan Hishammuddin ke Sabah akan memberi jaminan yang kukuh daripada kerajaan persekutuan mengenai keselamatan negeri ini terutamanya di pantai timur Sabah. – Bernama, 26 Jun, 2014.

Aduhai PANDA, ingatkan nak letak nama komersial Malaysia, last nama cina jugak..!!

Xing Xing, Liang Liang - nama tempatan panda

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Xing Xing, yang bermaksud makmur, dan Liang Liang yang bermakna cantik, sebagai nama tempatan bagi panda gergasi jantan Fu Wa dan betina Feng Yi yang dipinjamkan oleh China.
    
Perdana Menteri berkata nama-nama itu dipilih berdasarkan 'Pertandingan Menamakan Pasangan Giant Panda' anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 2012.
    
"Kita tahu pasangan panda gergasi ini ada nama China tapi kita cadang memberi nama Malaysia terutama bila mereka akan berada di sini untuk tempoh 10 tahun akan datang," katanya
ketika berucap merasmikan Pusat Konservasi Panda Gergasi dan sambutan ulang tahun ke-50 Zoo Negara di Hulu Klang hari ini.
    
"Saya harap pasangan panda ini tidak keliru sebab mereka sekarang ada dua nama iaitu nama China dan nama Malaysia," seloroh Najib.
    
Menurutnya pasangan panda itu perlu diberi dengan nama yang lebih menggambarkan identiti tempatan bagi menarik minat orang ramai menyaksikan haiwan itu dan mengunjungi Zoo Negara.
    
Pasangan panda gergasi yang menjadi simbol hubungan diplomatik 40 tahun antara Malaysia dan China itu tiba di negara ini pada 21 Mei lalu dan akan berada di sini untuk sedekad menerusi Program Penjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi.

Read More

Pendang - Berkemungkinan makan sambal ayam basi, 34 murid keracunan

34 murid keracunan makanan
NOR FARHANA AHMAD & NURUL HIDAYAH HAMID

Antara murid yang mengalami keracunan makanan dibawa ke klinik kesihatan untuk rawatan. - Foto ihsan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM ) Kedah
Antara murid yang mengalami keracunan makanan dibawa ke klinik kesihatan
untuk rawatan. - Foto ihsan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM ) Kedah

PENDANG - Seramai 34 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pendang dikejarkan ke Klinik Kesihatan Pendang akibat muntah dan pening dipercayai keracunan makanan.

Difahamkan kejadian berlaku selepas murid terbabit menikmati ayam sambal di kantin sekolah pada waktu rehat.

Seorang mangsa, Amira Arifa Ilham Izdinar, 10, berkata, dia mula berasa sakit perut selepas menikmati nasi lemak dan ayam sambal di kantin sekolahnya.

Difahamkan, menurut ibunya, Amira Arifa sudah kali kedua mengalami keracunan makanan sedemikian dalam tempoh terdekat ini.

Bagi seorang lagi mangsa, Siti Sakinah Rosli, dia berasa pening dan muntah selepas makan di kantin sekolah terbabit.

"Saya makan di kantin sekolah kerana belum bersarapan di rumah namun selepas makan, saya hampir tujuh kali muntah dan badan terasa letih serta pening kepala," katanya kepada Sinar Harian.

Ibu kepada seorang mangsa, Hashimah Che Hamid berkata, dia mendapat tahu anaknya, Muhammad Haikal Zahari, 12, dimasukkan ke klinik kesihatan kira-kira jam 1 petang apabila rakan anaknya itu datang ke rumah memberitahunya.

"Rakan anak datang ke rumah beritahu Muhammad Haikal kena keracunan makanan dan saya terus bergegas menemuinya.

"Dia mengadu sakit perut selepas makan di kantin sekolah," katanya.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Ismail Abu Taat berkata, seramai 34 murid termasuk 10 daripada mereka dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan dimasukkan ke wad.

Menurutnya, murid terbabit dipercayai keracunan selepas menikmati makanan yang disediakan pihak kantin semasa waktu rehat dan disyaki disebabkan ayam sambal.

"Kes terdiri dari murid tahun satu dan dua serta majoritinya tahun lima dan enam yang mengalami simptom demam, muntah, sakit perut dan pening," katanya.

Di Alor Setar pula, 10 murid yang keracunan makanan dikejarkan ke Jabatan Kecemasan dan Trauma HSB untuk rawatan lanjut.

Ketua Jabatan dan Pakar Kecemasan dan Trauma HSB, Dr Fatahul Laham Mohamad berkata, 10 murid berkenaan berusia antara sembilan hingga 12 tahun.

"Tujuh murid perempuan dan tiga murid lelaki terbabit tiba jam 12.30 tengah hari namun seorang daripada mereka dibawa ke Kedah Medical Centre (KMC) kerana permintaan keluarga," katanya.

Katanya, kesemua murid terbabit ditahan di wad pediatrik dan mungkin dibenarkan pulang hari ini.

Kedah rampas tanah dijadikan ladang ketum

ALOR SETAR - Kerajaan Negeri Kedah akan merampas tanah-tanah yang dijadikan ladang ketum bagi mengekang penyalahgunaan air ketum dalam kalangan masyarakat negeri ini.
   
Semasa mengeluarkan amaran itu, Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata seksyen dalam Kanun Tanah Negara memperuntukkan bahawa kerajaan negeri boleh merampas tanah-tanah yang melanggar syarat seperti tanah sawah yang dijadikan ladang ketum.
 
"Kerajaan negeri tidak teragak-agak merampas tanah itu jika didapati bersalah (menanam ketum) dan pemilik-pemilik tanah persendirian juga tidak terkecuali menerima tindakan sama jika  menanam pokok ketum.
 
"Ini kerana penanaman ketum adalah satu kesalahan di negeri ini walaupun masih belum ada akta yang melibatkan ketum diwartakan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco negeri di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.
   
Beliau berkata polis serta Pejabat Tanah dan Galian juga menyalurkan maklumat mengenai kawasan-kawasan yang dikenal pasti terlibat dengan kegiatan menanam ketum.
 
"Undang-undang sedia ada memperuntuk hukuman denda dan pesalah yang melakukan kesalahan berulang kali juga dikenakan denda sama.
 
"Oleh itu, kerajaan negeri mengambil keputusan untuk merampas tanah-tanah yang dijadikan ladang ketum," katanya.
   
Dalam perkembangan lain, Mukhriz berkata beliau dan rakyat Kedah berbangga dengan pelantikan Pengerusi MCA Kedah Datuk Lee Chee Leong sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
   
Sambil mengucapkan tahniah kepada Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai yang dilantik sebagai Menteri Pengangkutan, Mukhriz berkata beliau akan membuat temu janji awal dengan Liow bagi membincangkan mengenai pembinaan lapangan terbang baharu di Kulim. - BERNAMA

Semakin hebat rakyat Malaysia, umur 17 tahun sudah di suspek penculik

Suspek ditahan ketika tidur

Subang Jaya: Suspek kes larikan dua budak lelaki kelmarin, berkeras tidak tahu menahu mengenai kejadian itu ketika pasukan polis menahan remaja berusia 17 tahun itu di rumahnya, 2.30 pagi semalam.

Kedegilan remaja yang masih bersekolah itu menyebabkan suasana pagi rumah ibunya di taman perumahan Puchong Perdana menjadi kecoh tetapi dapatkan ditenangkan apabila ibunya memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis.

Sebelum itu, ibu suspek sendiri membuka pintu rumah bagi membolehkan pasukan polis masuk ketika remaja yang masih bersekolah itu nyenyak tidur.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, penahanan remaja itu susulan penemuan kereta PROTON Gen 2 yang dilarikan suspek pada jam 6.30 petang kelmarin, oleh orang awam.

Hantar pasukan forensik

"Kita hanya dimaklumkan penemuan kereta yang dijumpai di Jalan Mawar 1 itu pada jam 8.30 malam, sebelum menghantar sepasukan forensik bagi membuat pemeriksaan dan siasatan di tempat kejadian.

"Kereta itu diletakkan di bahu jalan 500 meter dari lokasi kejadian yang dilaporkan," katanya ketika dihubungi, semalam.
Yahaya berkata, hasil padanan cap jari yang diperoleh, pihaknya kemudian menyerbu sebuah rumah teres dan menahan suspek yang ketika itu sedang tidur.

"Pemeriksaan lanjut di dalam bilik suspek menemui wang tunai sebanyak RM117 dipercayai diperoleh selepas melarikan kenderaan berkenaan," katanya.

Pengecaman orang awam

Beliau berkata, maklumat tangkapan itu juga turut dibantu hasil pengecaman orang awam yang berada di lokasi kejadian serta kanak-kanak berusia sembilan tahun yang dilarikan itu.

"Suspek direman mulai hari ini (semalam) selama empat hari sehingga Sabtu ini," katanya.

Dalam kejadian 7.15 pagi kelmarin, Muhammad Naqiuddin Rashid dan adiknya Muhammad Thaqiff dilarikan suspek yang mencuri kereta ibunya Karniyurtini Ishak, 35.

Kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa ditinggalkan bersama adik bongsunya di dalam kereta yang tidak dimatikan enjin ketika ibu mereka menghantar dua lagi adiknya di rumah pengasuh.

Awas kepada 'hantu nasi kandar'...!!

Makan nasi kandar boleh positif dadah

Oleh Faiza Zainudin
2014/06/26

Kuala Lumpur: Peminat nasi kandar diminta berhati-hati memakan makanan popular dari Utara Semenanjung itu kerana ujian air kencing ke atas mereka yang memakannya boleh positif dadah.

Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Selangor, Alias Jaafar, berkata ujian dilakukan anggotanya sendiri mendapati kandungan bahan rempah yang digunakan seperti kaskas menyebabkan kandungan air kencing menjadi positif seperti mengambil najis dadah.

"Pegawai kami sudah uji dengan makan nasi kandar. Lima orang yang buat ujian air kencing semuanya positif selepas makan. Oleh itu kena hati-hati, takut lepas makan, naik kereta ada sekatan jalan raya, tak pasal-pasal kita masuk lokap pula.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...