TERKINI :

Wednesday, June 25, 2014

Mukhriz nie bawa teksi apanya, sampai geng teksi mogok di LANGKAWI pun tak ambik peduli..??

SEJAK JADI MB TEKSI PUN KENA BAWAK....BAIK PUNYA LAKONAN!!!


dalam dok bawa teksi takan dia tak tahu masalah pemandu2 teksi di Langkawi nie..?



Dalam Mb dok sibok bawak teksi di Jitra.....apa pulak nasib pemandu-pemandu teksi di Langkawi, saban bulan ada saja mogok dilakukan......Gambar ini  ...dimana teksi mogok di Langkawi Lagoon disebabkan  terlalu ramai operator Haram beroperasi bila musim Arab.  



Keadaan ini sebenarnya nasib pemandu-pemandu teksi di kedah berapa bulan yang lepas mogok berlaku di stesen Bukit Kayu Hitam.


Cara pelik membela Islam?


MOHAMED HANIPA MAIDIN

SEORANG ulama faqih dan sufi yang terkenal di Morocco iaitu almarhum Sidi Ahmad Zarruq (1442- 1493) telah dihukum oleh pemerintah kerana mempertahankan hak-hak orang Yahudi. Ulama besar ini yang juga digelar muhtasib al-ulama'wa al-auliya' terkenal dengan kitabnya yang masyhur iaitu Qawa'id al-tasawwuf.

Beliau juga telah memberi komentari ke atas kitab al Hikam. Beliau akhirnya meninggal dunia di Misrata, Libya. Mungkin pelik kita mendengar ulama besar Islam dihukum kerana mempertahankan hak orang orang Yahudi yang dizalimi oleh pemerintah yang beragama Islam.

Ia pelik jika kita belajar Islam dari Umno dan Perkasa. Tetapi jika kita pelajari Islam dari sumbernya yang bersih dan suci insya-Allah tidak ada peliknya. Muqaddimah itu sengaja saya lontarkan di sini supaya kita tidak terikut dengan gelagat dan cara Perkasa ingin membela Islam.

Yang terbaharu pemimpin Perkasa Ruslan Kassim mahukan Sultan memenggal kepala mereka yang dikatakan menghina Islam. Jika beginilah imej dan mesej Islam yang dibawa oleh para pendakwah dan pedagang Islam yang datang ke bumi Nusantara ini adakah Parameswara tertarik kepada Islam?

Wahai Ruslan bacalah al-Quran nescaya kamu akan lihat banyak lagi penghinaan yang dilemparkan kepada Islam dan para anbiya' dan adakah Islam menyelesaikan penghinaan itu dengan bertindak secara hina iaitu memenggal kepala manusia? Segalanya bermula daripada isu tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 2 Januari 2014 yang meramPAS 300 buah naskah al-Kitab berbahasa Melayu dan Bup Kudus (bible berbahasa Iban) yang mengandungi nama Allah dari stor Persatuan Bible Malaysia.

Selangor dedah laporan mesyuarat exco berhubung kelulusan Kidex pada 2012


Kerajaan Selangor hari ini mendedahkan laporan minit mesyuarat keputusan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) pada Februari 2012 yang meluluskan projek pembinaan Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex).

Tindakan itu dibuat mengikut Enakmen Kebebasan Maklumat (FoI) selepas salah seorang penduduk Petaling Jaya, Chia Gek Suan pada 4 Jun lalu memohon Selangor mendedahkan dokumen kelulusan projek Kidex.

Menurut laporan itu, Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) akan memberikan taklimat kepada penduduk berhubung cadangan Kidex.

Exco Selangor, Dr Yunus Hairi ketika membacakan perjanjian itu turut mendedahkan, Putrajaya digesa mematuhi beberapa syarat, antaranya meletakkan kepentingan awam sebagai keutamaan.

Selain itu, perjanjian itu juga perlu adil dan tidak memihak hanya kepada pemegang konsesi.

Perjanjian klausa penamatan awal juga menekankan, sekiranya pemegang konsesi sudah mencapai keuntungan projek lebih awal dari tempoh konsesi tamat, maka perjanjian hendaklah ditamatkan lebih awal selepas permohonan mengikut Seksyen 3 Akta Pengambilan Tanah dibuat.

Kabinet : Itu bukan ROMBAKAN, tetapi PENAMBAHAN..!!!

KABINET: BUKAN ROMBAKAN TETAPI PENAMBAHAN 

Senarai baru kabinet telah diumumkan. Antara reaksi segera ramai penganalisis ialah ini bukan rombakan, tetapi penambahan ahli kabinet yang membolehkah negara kita masuk dalam senarai mempunyai ahli kabinet teramai di dunia.

Pertanyaan lain ialah tidak membazirkah kita dengan mempunyai ahli kabinet yang ramai itu? Apakah perlu kita mempunyai ramai menteri di Jabatan Perdana Menteri? Apakah bidang tugas mereka?

Dari sudut lain pula, ada yang menyatakan ini merupakan tindakan strategik PM kerana tidak merubah kedudukan kabinet yang ada. Bila menteri kekal, maka tidak tergoncangkan kedudukan politik kerajaan.

Saya pula mengharapkan rombakan kabinet, bukannya penambahan ahli kabinet. Saya melihat sudah sampai masanya beberapa menteri ditukar ke kementerian lain atau digugurkan, tetapi itu tidak berlaku.

Dan dengan pengumuman tadi, tentunya menteri yang sejak seminggu dua ini tidak lena tidur boleh bernafas lega. Harapan saya, setelah nafasnya tidak lelah lagi, tengoklah rakyat dan bekerjalah untuk rakyat.

Pemimpin Umno mahu jadi raja, selar Zam

 
Bekas menteri Tan Sri Zainuddin Maidin meluahkan rasa terkejut dan kekecewaannya terhadap pujian pengarang kanan Utusan Malaysia yang memuji cara pakaian pemimpin Umno dalam sebuah majlis kelmarin.

Cara berpakaian seperti persalinan kepahlawanan Melayu yang dipuji Zaini Hassan itu, menurut Zainuddin, menimbulkan persepsi Umno semakin jauh daripada rakyat biasa ringkas hidupnya.

Ini, tambahnya lagi, apabila harga songket pembesar negara termasuk pemimpin Umno berharga mahal antara RM5,000 hingga RM30,000.

“Dengan berpakaian 'raja bangsawan' ini , Umno memberikan persepsi kepada rakyat bahawa mereka terus tidak memahami perasaan di akar umbi sekarang, Umno semakin jauh dari rakyat, tidak melambangkan Umno sebagai parti rakyat.

“Pemimpin pemimpin bercakap tentang amalan kehidupan yang sederhana tetapi tidak sahaja ahli-ahlinya yang tidak faham tetapi pemimpin-pemimpin juga adalah ibarat burung nuri,” sindir Zainuddin.

Zaini dalam tulisannya berjudul “Umno Cheras terbaik!” antaranya menulis dengan memuji cara pakaian dalam majlis ulang tahun ke-20 Umno Cheras, yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Apa Lagi, Penggallah... Sebab Kerajaan Sendiri Benarkan Gereja Guna Kalimah Allah

Shahbudin Husin, 

Tidak lama selepas beberapa NGO dan banyak pejuang-pejuang Islam meraikan keputusan Mahkamah Persekutuan semalam yang secara jelasnya mengekalkan keputusan tidak membenarkan majalah Herald menggunakan kalimah Allah dalam terbitannya, kerajaan mengeluarkan kenyataan ringkas bagi memperjelaskan lagi keputusan mahkamah itu.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan itu menyebut bahawa keputusan itu hanya terpakai untuk majalah Herald saja, tetapi penganut agama Kristian masih boleh menggunakan kalimah Allah di gereja-gereja. Diulang, penganut agama Kristian masih boleh menggunakan kalimah Allah di gereja-gereja.

Menurut kenyataan itu, kerajaan menghormati keputusan mahkamah itu dan meminta semua pihak mematuhinya, namun penghakiman itu hanya terpakai untuk majalah Herald saja.

Lihat betapa lemah-lembut, toleransi dan talam dua mukanya kerajaan. Dalam sejak sekian lama mengatakan kalimah Allah hanya eksklusif untuk Islam dan meminta NGO serta banyak pihak lain menjerit dan bersama dengannya mempertahankan kalimah Allah, sekelip mata saja pendirian kerajaan boleh berubah.

Kenyataan itu hanya menyebut ianya sebagai pendirian kerajaan atau Putrajaya, tetapi tidak pula mengaitkan dengan mana-mana pemimpin kerajaan termasuk Perdana Menteri dan sebagainya. Namun demikian, oleh kerana ia disebut mewakili kerajaan atau Putrajaya, sudah tentulah kenyataan yang memperjelaskan bahawa keputsan mahkamah hanya berkaitan dengan majalah Herald dan penganut Kristian masih boleh menggunakan kalimah Allah tanpa halangan, turut mendapat kebenaran daripada Perdana Menteri.

CEO Petronas Hentam Pemimpin Umno di sekeliling Najib

http://www.kinibiz.com/wp-content/uploads/2014/02/Petronas-CEO-Featured-360x154.jpg
Tan Sri Shamsul Azhar Abbas berkata minyak dan gas bukan milik orang Melayu dan Bumiputera semata-mata tetapi milik semua rakyat Malaysia tidak kira kerajaan atau pembangkang.

Ketua pegawai eksekutif (CEO) Petroliam Nasional Bhd (Petronas) itu berkata, Akta Pembangunan Petroleum (PDA) menyebutkan dengan jelas minyak dan gas adalah milik semua rakyat Malaysia.

"Ia menyebut rakyat Malaysia, jadi ia boleh milik kerajaan, boleh juga kepada pembangkang, dan sesiapa sahaja. Kami (Petronas) ini adalah penjaga,” katanya dalam wawancara eksklusif akhbar perniagaan mingguan berbahasa Inggeris, The Edge keluaran 23-29 Jun, 2014.

Beliau berkata, pada 2010 Petronas menyusun semula struktur semua organisasinya, termasuk komposisi lembaga pengarah dengan memasukkan mereka yang berkebolehan.

"Orang bercakap yang saya menyingkirkan kakitangan kerajaan dengan membawa masuk bukan Melayu, membuka Petronas yang menjadi milik orang Melayu kepada orang bukan Melayu. Adakah kami tidak berminat pada kecekapan? Inilah perkara susah yang saya hadapi.

"Petronas perlu membentuk diri menjadi organisasi profesional, tetapi pada masa sama saya ditarik dalam politik, campur tangan pihak berkepentingan, oleh agenda yang ketinggalan zaman,” katanya.

Beliau berkata, campur tangan golongan birokrat dari dalam kerajaan menyukarkan Petronas untuk membuat keputusan.

"Setakat ini, bos saya (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak) tidak banyak mencampuri urusan Petronas, tetapi orang di sekeliling beliau yang campur tangan.

“Bolehkah awak bayangkan masalah yang saya alami?”

Najib dah umum rombakan kabinet sebentar tadi.. ini dia menteri baru..!!

 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penstrukturan semula Kabinet seperti berikut:

Liow Tiong Lai - Menteri Pengangkutan

Wee Ka Siong - Menteri di JPM

Mah Siew Keong - Menteri di JPM

Lee Chi Leong - Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Chua Tee Yong - Timbalan Menteri Kewangan

Chew Mei Fun - Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Masyarakat.

Kesemua anggota baru jemaah menteri itu akan mengangkat sumpah jawatan pada hari Jumaat, katanya.

Jika benarlah tarif elektrik naik lagi memang celaka anak haram jadah lah kerajaan Najib 1Malaysia nie..!!

Tarif elektrik naik lagi?
OLEH MD IZWAN


Kenaikan tarif elektrik dijangka bermula bulan depan, selepas Putrajaya umum tarif baru Januari lalu. Gambar fail The Malaysian Insider.

Agensi tenaga elektrik, MyPower Corp Bhd menjangka kenaikan tarif elektrik bermula bulan depan, enam bulan selepas Putrajaya mengumumkan tarif elektrik baru Januari lalu.

MyPower berkata, kenaikan tersebut tidak dapat dielakkan memandangkan peningkatan harga gas antarabangsa.

"MyPower menyatakan mereka mencadangkan Kabinet kekal dengan mekanisma Pelaksanaan Pelepasan Kos Bahan Api (FCPT), di mana tarif akan diselarikan berdasarkan harga gas antarabangsa setiap enam bulan.

"Penyelarian pertama dijangka bulan depan yang akan menyebabkan tarif elektrik naik kerana harga domestik gas rendah daripada antarabangsa," kata MyPower yang dipetik daripada The Star hari ini.

Pengerusi Suruhanjaya Tenaga (EC) dan juga penasihat MyPower, Datuk Abdul Razak Abdul Majid bagaimanapun tidak menjelaskan jumlah kenaikan yang bakal diumumkan kerajaan.

Kedah calar kejayaan PDRM

http://w1.hmetro.com.my/myMetro/articles/PIALAFA_Enampasukansahkantiketkesukuakhir/pix_gal1?harianmetro
PASUKAN Kedah mencalarkan kejayaan juara Liga Perdana 2014, Polis Diraja Malaysia (PDRM), selepas melakar kemenangan tipis 3-2 pada aksi terakhir liga di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam tadi.

PDRM mengesahkan kejuaraan buat kali kedua selepas menang selesa 4-0 ke atas Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi Jumaat lepas.

Untuk rekod, PDRM muncul juara Liga Perdana buat kali pertama pada 2007 di bawah kendalian K. Thayanathan.

Pada perlawanan itu, skuad 'Helang Merah' bermula cemerlang selepas mendahului 3-0 hasil jaringan Mohd Syazwan Zainon pada minit ke-43; Namkung Woong (55') dan Billy Mehmet Osman (58) sebelum penyerang import dari Maldives, Ashfaq Ali dan pemain gantian, Mohd Fauzi Abd Majid merapatkan defisit jaringan, masing-masing pada minit ke-59 dan 77.

Selaku juara, PDRM meraih wang tunai RM300,000 serta Piala Liga Perdana yang disampaikan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada kapten pasukan Mohd Muslim Ahmad.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Ahmad Zahid nyata gembira dengan kejayaan skuad 'The Cops' merangkul Piala Liga Perdana buat kali kedua.

Beliau berkata ia menjadi dorongan kepada pasukan itu meraih lebih banyak kejayaan pada masa akan datang. "Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana PDRM berjaya pada kali ini keranaPDRM selalu berada di tangga terbawah... Ini merupakan pencapaian terbaik pasukan dan saya ucapkan tahniah kepada pihak pengurusan," katanya.

Piala Dunia: KJ cuba 'up boss' pula

MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI

Piala Dunia: KJ cuba 'up boss' pula
TAK habis-habis dengan Piala Dunia. Begitulah minat Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin terhadap sukan yang menjadi kegilaan ramai itu.

Selepas dengan selamba meminta MC daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada hari pertama Piala Dunia berlangsung, Khairy hari ini cuba 'mengampu' bosnya pula.

Menerusi gambar photoshop pasukan 'Brazil' yang dikongsi di laman Twitter miliknya, Khairy yang berjersi nombor 11 bergurau, beliau tahu kenapa pasukan Brazil berjaya menewaskan Cameroon 4-1, malam tadi .

"Yes, ini sebab Brazil memang. #11 score dua bijik (up sendiri), 4 man of match (up boss), pakai songkok red card," tulisnya.

Selain KJ dan Najib, pemain lain pasukan 'Brazil' yang menjadi viral itu termasuklah Tun Dr Mahathir Mohamad, Rafizi Ramli, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien, Ibrahim Ali dan Safik Rahim.

Tidak ketinggalan, Khairul Fahmi Che Mat, Rowan Atkinson dan 'pemegang kad merah', Raja Bomoh, Datuk Ibrahim Mat Zain.

Harga ketum di Thailand boleh mencapai RM80 satu kg berbanding Malaysia hanya sekitar RM10.

Tentera rampas 90kg daun ketum
Wartawan Sinar Harian

http://1.bp.blogspot.com/-7t0CYMJJ0mw/TokvC4udZ_I/AAAAAAAAGLE/EfOC8B1r0wg/s1600/kratom3.jpg
BUKIT KAYU HITAM - Dua kes cubaan menyeludup 90 kilogram (kg) daun ketum di Durian Burung dipatahkan sepasukan anggota tentera, Batalion Ketiga Rejimen Sempadan.

Panglima Enam Briged, Brigedier Jeneral Mohd Zakaria Yadi berkata, daun ketum itu dipercayai untuk diseludup ke negara jiran.

"Kejadian pertama 15 Jun lalu, kita merampas 50kg daun ketum bernilai RM4,000.

"Manakala 17 Jun lalu pula, kita merampas 40kg daun ketum dengan nilai rampasan RM3,200," katanya kepada media, semalam.

Bagaimanapun, pemiliknya melarikan diri.

Menurutnya, kegiatan penyeludupan daun ketum ke Thailand agak aktif di sekitar Durian Burung dipercayai dilakukan penduduk setempat yang tinggal berhampiran sempadan.

"Mereka pada kebiasaannya akan menggunakan motosikal untuk melalui lorong tikus yang dikenal pasti selamat daripada pihak berkuasa.

"Penyeludupan daun ketum ini berlaku disebabkan permintaan dan harga yang begitu tinggi di negara jiran berbanding Malaysia," katanya.

Sebagai contoh, harga ketum di Thailand boleh mencapai RM80 satu kg berbanding Malaysia hanya sekitar RM10.

Syria diminta sah dakwaan rakyat Malaysia terlibat

KUALA LUMPUR - Malaysia meminta pihak berkuasa Syria mengesahkan dakwaan berhubung penglibatan rakyat Malaysia dalam aktiviti militan di negara Timur Tengah itu.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar berkata, Malaysia menentang dan tidak merestui tindakan keganasan atau ekstremisme oleh mana-mana pihak termasuk oleh rakyatnya sendiri.

Ia menegaskan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang cintakan keamanan dan mengamalkan kesederhanaan.

Kenyataan itu merujuk kepada dakwaan bahawa 15 rakyat Malaysia yang terbabit dalam keganasan dan aktiviti jihad dengan kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL), kumpulan yang berpecah dari Al-Qaeda, telah terbunuh di Syria.

Ia juga mendakwa bahawa selain rakyat Malaysia, rakyat dari negara lain termasuk beberapa negara Asean, juga terlibat dalam aktiviti seumpama itu di Syria.

"Kementerian sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Malaysia yang berkaitan mengenai perkara ini dan juga telah meminta pihak berkuasa Syria mengesahkan dakwaan itu," menurut kenyataan itu.

Dakwaan itu dilaporkan dibuat oleh seorang pegawai Syria yang berpusat di New York pada sidang media pada 18 Jun. - Bernama




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...