TERKINI :

Tuesday, June 24, 2014

Timbalan Menteri pegang saham syarikat konsesi UiTM

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Salak yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Tajuddin Rahman mempunyai pegangan minoriti di dalam konsesi penswastaan UiTM kampus cawangan Tapah, dedah Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Fakta ini, jelas Rafizi mengulangi apa yang berlaku dalam konsesi-konsesi penswastaan kampus cawangan UiTM apabila setiap syarikat konsesi didapati mempunyai kaitan dengan para pemimpin Umno atau ahli perniagaan yang rapat dengan Umno.

"Konsesi penswastaan UiTM cawangan Tapah dianugerahkan kepada UniTapah Sdn Bhd dengan konsesi selama 23 tahun untuk membina dan menyewakan kembali kampus itu kepada UiTM.

"Salah seorang pengarah UniTapah Sdn Bhd ialah Sri Rahayu Tajuddin, iaitu anak kepada Dato' Tajuddin Rahman.

"Sri Rahayu juga pernah menjadi Setiausaha Umno Bahagian Pasir Salak yang diketuai oleh Dato' Tajuddin Rahman," dedah Rafizi.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan turut mendedahkan hubungan seorang pengarah UniTapah Sdn Bhd, Vignesh Naidu a/l Kuppusamy Naidu dengan Dato' Tajuddin Rahman melalui usahasama perniagaan.

Menurutnya, selain UniTapah Sdn Bhd, Tajuddin dan Vignesh mempunyai hubungan dalam sebuah syarikat pembinaan, Everfine Resources Sdn Bhd dengan Tajuddin sebagai pengerusi dan Vignesh sebagai pengarah.

Jelas beliau, kepentingan Tajuddin dalam syarikat konsesi pembinaan kampus UiTM Tapah dipegang melalui Detik Utuh Sdn Bhd yang mempunyai 9.8% kepentingan dalam UniTapah Sdn Bhd; manakala saham selebihnya dipegang syarikat pembinaan yang disenaraikan di Bursa Kuala Lumpur, Crest Builder Holdings Berhad (melalui Crest Builder International Sdn Bhd).

Dato' Tajuddin Rahman memiliki 450,000 saham di dalam Detik Utuh Sdn Bhd, menjadikan beliau pemegang saham terbesar.

Saham-saham selebihnya dimiliki oleh Vignesh Naidu (150,000 saham) dan Obata-Ambak Holdings Sdn Bhd (400,000 saham).

Obata-Ambak Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang dikawal oleh keluarga isteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Pengarah-pengarah di dalam Detik Utuh Sdn Bhd adalah individu-individu yang rapat dengan Dato' Tajuddin Rahman iaitu anaknya sendiri (Sri Rahayu) dan kenalan perniagaan beliau iaitu Vignesh Naidu dan Haniff Mahmood," ujar Rafizi.

Rafizi menambah, walaupun pegangan Tajuddin dalam syarikat konsesi terbabit tidak sebesar pegangan ahli-ahli politik Umno yang lain dalam konsesi yang telah didedahkan sebelum ini, ia mengesahkan bahawa setiap konsesi penswastaan kampus cawangan UiTM menguntungkan ahli politik Umno dengan bayaran sewa yang cukup membebankan rakyat. - HARAKAHDAILY, 24/6/2014

Curi Kereta bersama budak sekali dengan penjenayah berpakaian sekolah

Ibu cemas dua anak dilarikan pelajar sekolah

KUALA LUMPUR 24 Jun - Seorang ibu cemas selepas dua anaknya berusia tiga bulan dan sembilan tahun dilarikan bersama keretanya oleh seorang suspek yang memakai pakaian seragam sekolah menengah di Jalan Dahlia, Puchong Perdana, semalam.

Semasa kejadian pukul 7.10 pagi itu, ibu mangsa hendak menghantar dua anaknya ke rumah pengasuh di situ manakala dua lagi anaknya berada di dalam kereta dengan keadaan enjinnya masih hidup.

Mangsa cuba mengejar kereta tersebut tetapi gagal lalu menunggu di sebuah sekolah Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di situ.

Bagaimanapun, pada pukul 7.50 pagi, kedua-dua anaknya dijumpai ditinggalkan di tepi jalan oleh seorang lelaki yang membawanya ke sekolah berkenaan. - UTUSAN ONLINE

Negeri DAP tak halang tazkirah Ramadhan, negeri UMNO apa cerita..??

P.Pinang Tidak Halang Tazkirah Antara Solat Tarawih

Datuk Abdul Malik Abul Kassim (kiri) mengucapkan tahniah 
kepada Dr Wan Salim Wan Mohd Noor yang dilantik sebagai 
Mufti Pulau Pinang yang baharu.

GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang tidak menghalang penganjuran tazkirah antara waktu solat tarawih sempena Ramadan ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Abdul Malik Abul Kassim.

Beliau bagaimanapun menasihati pentadbiran masjid supaya bijak menyusun program takzirah supaya tidak mengganggu kelancaran ibadah tarawih dan pada masa sama dapat menyemarak budaya menuntut ilmu dalam kalangan umat Islam.

"Terpulang kepada pengurusan masjid untuk mengadakan tazkirah selepas lapan rakaat solat tarawih atau selepas 20 rakaat, tetapi pengisian tazkirah perlu dirancang dengan baik supaya keselesaan jemaah tidak terganggu," katanya.

Baling Kerusi : UMNO pun 2X5 ja dengan PKR..jangan ingat kami lupa..!!

Pihak UMNO sebenarnya cermin diri dahulu sebelum hendak perli pihak PKR berkenaan isu baling kerusi... Sebenar kelaku dalam PKR itu ibarat tidak kemana tumpahnya kuah jika tak ke nasi...

PKR ini adalah datangnya dari UMNO maka kelaku dari sana sudah semestinya terbawa-bawa walaupun sudah berubah parti..

Jadi tak payah nak perli-perli PKR.... UMNO pun 2x5 jaa perangainya....


 
 
  
JIKA NAK TONTON VIDEO SILA KLIK BAWAH 

Apa punya Turrr UMNO Pagoh, Blogger UMNO sebar cerita PR pulak di salahkannya..!!

Blogger UMNO yang sebar cerita, PR pulak yang disalahkan UMNO Pagoh..


Isu Muhyiddin kemungkinan berundur mulanya dimainkan sejak minggu lalu oleh pemimpin dan beberapa Blogger UMNO sendiri.

Antaranya Zaharin Mohd Yasin yang juga Setiausaha BN Bandar Tun Razak yang menulis dalam laman Facebook beliau bahawa Muhyiddin dijangka bercuti panjang mulai hari Jumaat lalu untuk menguruskan soal Umno. 

Beliau juga mendakwa Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dijangka dilantik sebagai Pemangku Timbalan Perdana Menteri.

Kenyataan itu kemudian diperkuat lagi dengan penulisan bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin.

Menulis di blognya, Zainuddin berkata kebanyakan rakan karib Muhyiddin sendiri sudahpun maklum dengan niat timbalan presiden Umno itu untuk berundur.

Pembinaan lapangan terbang di Kulim dijangka RM1.6 bilion, kata Mukhriz

Cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Kulim, Kedah, bagi memenuhi peningkatan penerbangan ke wilayah utara, dijangka melibatkan kos RM1.6 bilion, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir (gambar).

Kos berkenaan termasuk pengambilan tanah, pembinaan infrastruktur asas lapangan terbang dan dua landasan, katanya.

Mukhriz berkata kajian dilakukan dan penting bagi negeri-negeri utara untuk mempunyai satu lagi lapangan terbang antarabangsa memandangkan Lapangan Terbang Bayan Lepas yang sedia ada di Pulau Pinang mungkin akan mencapai kapasiti maksimum dalam dua tahun.

"Satu lagi faktor yang membimbangkan ialah lapangan terbang itu mempunyai satu landasan, yang mempunyai kapasiti terhad untuk menampung lebih banyak pesawat. Pendaratan oleh pesawat kargo telah dikurangkan lebih 10% dalam tempoh tiga tahun lepas.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...