TERKINI :

Monday, June 23, 2014

GST: PM terpaksa tawar penjawat awam 'gula-gula'

MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI [SH]

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa, pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebenarnya turut mendapat tentangan daripada penjawat awam.

Rafizi berkata, bagi menambat semula hati penjawat awam, kerajaan terpaksa menawarkan pelbagai 'janji manis' kepada mereka.

"Hakikat bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib  Tun Razak terpaksa menawarkan 'gula-gula' seperti itu kepada penjawat awam, mengesahkan tentangan hebat golongan itu kepada keputusan BN dalam melaksanakan GST.

"Jika tidak, masakan beliau sendiri terpaksa membuat pengumuman sedemikian rupa, apatah lagi dengan desakan Ceupacs (Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam)  agar gaji dinaikkan bagi membantu kakitangan awam berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Perdana Menteri kelmarin, bahawa pelaksanaan GST membolehkan kerajaan mempertimbangkan kenaikan elaun penjawat awam.

Najib berkata, kerajaan memerlukan hasil tambahan baharu bagi memenuhi permintaan itu dan sistem GST yang lebih efisien dilihat dapat membantu menambah pendapatan negara dan sekaligus dapat membantu golongan tersebut.

Dalam pada itu, Rafizi menegaskan, tawaran tersebut seolah-olah menidakkan peranan majoriti rakyat.

"Saya cukup kritikal dengan kenyataan PM  itu kerana wang yang dikutip melalui GST ini kebanyakannya datang dari majoriti rakyat yang tidak bekerja dengan kerajaan.

"Alasan PM untuk mengutip cukai demi menawarkan pelbagai ganjaran kepada penjawat awam seolah-olah mencukai rakyat biasa untuk memenangi hati penjawat awam.

"Bagi saya, kenyataan PM tersebut menggambarkan kegagalan BN untuk meyakinkan rakyat bahawa ada alasan kukuh untuk melaksanakan GST yang akan membebankan rakyat ini," jelasnya lagi.

Kampung Chubadak: 'DBKL tindas golongan bawahan'

MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI

KUALA LUMPUR - Tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan kediaman penduduk di Kampung Chubadak Tambahan disifatkan suatu bentuk penindasan terhadap golongan bawahan.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, nasib penduduk berkenaan perlu diperjuangkan bagi memastikan golongan ini tidak terus ditindas.

"Apa yang terjadi di Kampung Chubadak adalah satu kezaliman, kita perlu mempertahankannya.

"Kita kena ingat juga bahawa isu ini merupakan isu kemanusian, jadi hentikan segera penindasan ini," katanya ketika berucap pada himpunan bantah perobohan Kampung Chubadak di hadapan bangunan DBKL, hari ini.

Perkara sama turut ditegaskan oleh Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang menambah, penduduk Kampung Chubadak tidak sepatutnya kehilangan kediaman mereka hanya kerana pembangunan.

"Atas nama pembangunan mereka hilang hak? Selagi tidak ada perancangan yang menghormati orang miskin yang ditindas masalah ini tidak akan selesai," tegasnya.

Sebelum itu, pemimpin PR bersama-sama wakil Pengerusi Anak Warisan, Ahmad Zamri Asa'ad menyerahkan memorandum bantahan terhadap perobohan kediaman di Kampung Chubadak kepada DBKL kira-kira jam 10.30 pagi.

Memorandum diserahkan kepada wakil Datuk Bandar, Mohd Shukri Rohim dan Timbalan Pengarah Jabatan Perancang Bandar, Norjannah Appendi di Dataran DBKL.

Antara kandungan memorandum tersebut adalah menggesa agar Datuk Bandar Kuala Lumpur menghormati urusan mahkamah, dan menggesa agar isu Kampung Chubadak Tambahan ini diselesaikan secara rundingan dengan penduduk kampung.

Menteri sebelum ini meminta penduduk di Kampung Chubadak Tambahan mengosongkan kediaman mereka bagi membolehkan pembangunan rumah murah di kawasan itu dapat diteruskan.

Pada 9 Jun lalu, pihak DBKL telah merobohkan beberapa buah rumah penduduk kampung tersebut. Tindakan tersebut mendapat bantahan penduduk yang mengatakan bahawa pihak DBKL tidak sepatutnya bertindak sedemikian.

Dilaporkan sebelum ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1998 telah membuat keputusan bahawa kawasan itu merupakan milik peneroka bandar dan pihak yang berkenaan perlu membayar ganti rugi kepada peneroka itu sekiranya ingin memajukan kawasan tersebut.
    
Namun Mahkamah Rayuan, pada tahun 2000 dilapor telah membuat keputusan bahawa Kampung Chu Badak merupakan kawasan setinggan dan penduduk kampung hanya dibenarkan mendudukinya sebagai pemegang lesen dengan persetujuan pihak kerajaan negeri.
    
Status terkini kampung itu dilapor bergantung kepada pendengaran di Mahkamah Tinggi yang dijadual pada 27 Jun ini.

Perbezaan menjaga Anak OKU di negara luar dengan negara kita yang mengaku Islam..!!

 
Alangkah indahnya jika negara kita yang dikatakan negara Islam ini melakukan seperti mana negara orang kafir lakukan kepada anak-anak OKU... Kita ada JKM, Pej Zakat, Badan-badan NGO yang berjuang keatas anak-anak OK....

Dan yang paling penting kita ada PEMIMPIN YANG BERAGAMA ISLAM... sudah pasti kita mampu melakukan yang lebih baik dari mereka-mereka yang bukan Islam... namun semua itu hanyalah ilusi... Yang mengaku ISLAM lagi teruk kelaku dan perbuatan nya drpd yang Islam...

Pesanan Untuk Melayu & ISLAM - Selamatkanlah sebelum terlambat



SEBAGAI umat Islam, saya amat hairan, pemimpin kita Melayu. Pembuat keputusan kita semua Melayu. Tetapi, pasal apa Melayu terus Melayu, lemah dan bermasalah dalam pelbagai bidang. Melayu hanya menjadi jaguh dalam kegiatan negatif. Tunjukkan kepada saya kekuatan Melayu!

Pertama, bidang pekerjaan. Melayu tidak mahu lagi menceburkan diri dalam bidang pekerjaan yang agak lekeh seperti buruh kasar dan tukang cuci. Tak glamor. Lebih 3 juta buruh asing mengambil alih tugas Melayu.

Kedua, bidang hiburan. Setakat ini amat kurang program hiburan yang mendidik. Melayu berhibur daripada program realiti bintang kecil sehinggalah bintang tua.

Semua program realiti akan berakhir Ramadan ini kerana pada kefahaman kita, ia bulan ibadat. Bagaimana pula bulan lain, dan kefahaman Islam jenis apakah ini?

Ketiga, bidang politik. Kita asyik berpecah. Ultra kiasu semakin bersatu. Sedar atau tidak, kita hanya ada 50 peratus. Apabila berpecah tiga, tidak mungkin kita boleh memerintah.

Pengguna perlu cerewet hal halal haram


Logo Halal

GEORGETOWN - Isu logo halal yang tidak diiktiraf tidak akan berkesudahan berikutan beberapa faktor antaranya kurangnya pemantauan pihak berkuasa dan sikap pengguna itu sendiri.

Segelintir pengguna dilihat mengambil ringan dan tidak peka terhadap restoran mahupun barangan makanan yang dijual dengan menggunakan logo halal yang bukan diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Datuk Sazali Hussein berkata, semua logo halal perlu dikeluarkan Jakim dan bukannya direka sendiri.

Bagaimanapun, Sazali berkata, ada juga logo halal yang akan dikeluarkan badan Islam di negara yang mengeluarkan makanan terbabit namun masih perlu diperakui Jakim.

“Hanya logo yang dikeluarkan Jakim dijamin halal sebaliknya rekaan sendiri (self declaration) tidak boleh digunapakai. Selain itu, ada beberapa senarai nama badan Islam di negara luar yang logo halalnya diperakui Jakim. Senarai itu boleh disemak di laman sesawang Jakim.

“JHEAIPP sentiasa membuat pemantauan bulanan bagi memastikan tiada pengusaha makanan dan restoran yang mengambil kesempatan dengan meletakkan logo halal yang direka sendiri bagi  mengelirukan pengguna. Namun, pengguna juga perlu memainkan peranan masing-masing,” katanya.

Permintaan terakhir Ustaz Abu Bakar Chik

TEPAT jam 8 pagi semalam (Ahad, 22 Jun 2014) saya menerima panggilan telefon daripada arwah Ustaz Abu Bakar Chik.

Dalam keadaan terdesak, beliau minta saya menguruskan pertemuannya dengan ayahanda saya di Shah Alam, "Khalil, ana nak ziarah ayah sekejap, boleh anta tolong uruskan?" Suaranya masih tergiang-giang di telinga saya sehingga ke saat ini.

Alhamdulillah, beliau sempat berjumpa dengan Tuan Guru Presiden.

Jam 5 pagi tadi, setelah bangkit dari tidur saya terus buka telefon bimbit saya dan mesej pertama yang saya baca ialah "Ustaz Abu Bakar Chik telah meninggal dunia kerana kemalangan dekat LPT Bukit Besi."

Saya terkedu kerana hanya baru beberapa jam lepas bersama-sama dengannya di dalam program Santai Anak Muda Bersama Murabbi anjuran DPPN Selangor di Shah Alam.

Rasa macam tak percaya, dalam keadaan sedih dan hiba saya menahan emosi mengenangkan saat-saat terakhir bersama-sama dengan sang murabbi ini.

Mungkinkah PR Bakal Tumbang Di Selangor?

Shahbudin Husin,

http://roketkini.com/wp-content/uploads/2012/11/Selangor-PR.jpg 

Kedudukan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang mula dipertikaikan oleh rakan-rakan gabungan dalam Pakatan Rakyat sendiri kini mula menjurus kepada persoalan kemungkinan ia bakal kehilangan kuasa dalam pilihanraya umum akan datang jika masalah yang kian meruncing itu tidak segera diurus dengan baik.

Bermula dengan masalah dalaman PKR yang dihadapi oleh Khalid Ibrahim, terutama penentangan daripada kelompok Azmin Ali yang juga Pengerusi PKR Selangor, masalah kini bertambah rumit apabila DAP dan Pas juga mula merasakan Menteri Besar itu perlu ditukar dan sudah tidak relevan lagi.

Walaupun sejak awal lagi, Khalid memang ada stail kepimpinan sendiri ala CEO sebuah syarikat perniagaan, tetapi imejnya yang bersih, bebas dari amalan rasuah, tidak mengaut kekayaan, tiada kes menyalahgunakan kuasa dan kemampuannya meningkatkan rizab negeri kepada hampir RM3 billion telah menyebabkan beliau lebih disanjung daripada dipertikaikan.

Namun sejak ura-ura mahu menukarkannya dengan Anwar Ibrahim melalui KajangMove yang tidak menjadi kenyataan, Khalid dilihat semakin menunjukkan belangnya. Beliau makin memperlihatkan gaya kepimpinan ala CEO dengan banyak isu-isu besar hanya diuruskannya secara sendiriannya saja.

SPR sahkan tiada PRK DUN Bukit Assek



http://news.abnxcess.com/bm/wp-content/uploads/2013/02/sprts.jpg

PUTRAJAYA 23 Jun - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memberitahu, tiada pilihan raya kecil untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Assek ekoran kematian penyandang kerusi itu, Wong Ho Leng pada Sabtu lalu.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, ini kerana tempoh matang DUN Sarawak adalah pada 20 Jun lalu manakala tarikh kematian Ho Leng adalah sehari selepas tempoh tersebut (21 Jun).


Katanya, sehingga kini SPR masih belum menerima notis kekosongan kerusi Bukit Assek daripada Speaker DUN Sarawak.


Ho Leng yang merupakan bekas Pengerusi DAP Sarawak meninggal dunia kira-kira pukul 11 malam, Sabtu lalu kerana barah otak.

Maradona dakwa Fifa cuba main tipu di World Cup Brazil 2014


WARTAWAN SINAR HARIAN


Diego Maradona
LAGENDA bolasepak Argentina, Diego Maradona berang dengan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) selepas badan bolasepak dunia itu meminta tujuh pemain Costa Rica menjalani ujian dadah.

Ujian selepas perlawanan dengan Itali itu dibuat atas kebimbangan syarikat-syarikat penaja tidak akan membayar tajaan Piala Dunia 2014 sekiranya pasukan jaguh seperti Itali tidak layak ke pusingan kedua, lapor Astro Awani.

Costa Rica minggu lalu mengejutkan juara Amerika Selatan, Uruguay 3-1. Ia kemudian menumbangkang Itali 1-0 pada Jumaat. Kemenangan itu melayakan Costa Rica menyertai pusingan kalah mati 16 pasukan.

Di bawah peraturan Fifa, dua pemain setiap pasukan akan diuji dadah selepas perlawanan.

Bagaimanapun, media melaporkan lima lagi pemain Costa Rica turut dipanggil untuk diuji.

[WAJIB BACA] Teguran buat PAS dari penyokong PAS..

Oleh Norman Liverpool........

Bismillahirahmanirahim,

http://hululangat.net/wp-content/uploads/2013/09/bendera-pas-300x208.jpg
Buat pertama kalinya saya menulis analisis mengenai PAS yg agak panjang. Risikonya sgt tinggi kerana pengalaman sebelum ini apabila saya mengkritik PAS, teruk saya dihentam. Sgt berbeza dgn ahli2 UMNO walaupun ada seorang dua yg ekstrim tetapi ahli UMNO akan melawan hujah saya sedikit profesional.

Saya menulis mengenai parti ini ada bersebab. Buat yg ingin membaca, jgn letakkan diri anda dlm sebagai ahli parti...utk mudah menerimanya Jika tidak bersetuju anggaplah itu hak tuan2 dan puan2. Begitu juga penulisan ini hanyalah pandangan peribadi saya yg saya rasa berhak utk memberi pandangan.

PAS adalah harapan baru org Melayu kerana kerosakkan serius ditahap kritikal parti dominan org Melayu iaitu UMNO. PAS adalah pilihan ramai org Melayu selepas UMNO dan parti ini bukan baru dlm arena politik tanahair tapi PAS dilihat masih mentah dlm kancah arena politik.

Sebagai pemerhati atau pengundi atas pagar...kita terkeliru dgn PAS. PAS memilih perjuangan menerusi jalan politik iaitu ditentukan menerusi pilihanraya. Tapi sayangnya PAS sendiri tidak begitu faham jenis permainan 'politik' tersebut. Akhirnya PAS hilang fokus.

Perkongsian TERAKHIR oleh as-Syahid Ust Abu Bakar Chik di Prog. SERAMBI sebelum kemalangan.

Aszfia Haris ~SERAMBI~
22 JUN 2014
Shah Alam

 


Perkongsian oleh as-Syahid Ust Abu Bakar Chik

- Jemaah berperanan mengatur strategi utk kepentingan Islam bukan diri. Kita nak selesaikan kehidupan dgn syariat.

- Jemaah bukan medan berehat tapi medan berjuang, setiap isu masyarakat mesti ditafahhum dgn dasar Islam.

- Saf kita bukan sekadar ahli yang baik, tapi Jundi yg berdisplin. Perlu ada kesegeraan dlm time management.

- Ahli memerlukan ilmu utk memimpin & mampu berijtihad. Inilah kepimpinan Ulama'.

- Jangan ada walau sedikit memikirkan agama ini menyusahkan.

- 3 Tonggak Perlembagaan Islam:-

1) Masjid yg mst dimakmurkan.

2) Persaudaraan diikat dgn kefahaman yg kukuh.

3) Piagam Madinah sumber & menjadi panduan.

Sebarkan. Moga bermanfaat.
Al-Fatihah.

Larangan guna ‘Allah’ kekal, perjuangan Gereja Katolik tamat

Perjuangan Gereja Katolik Malaysia untuk menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan mingguan mereka, Herald, tamat hari ini selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonan mereka mendapatkan kebenaran untuk merayu terhadap larangan itu.

Empat daripada tujuh panel hakim menolak permohonan gereja itu untuk merayu, dengan memetik Mahkamah Rayuan membuat keputusan yang tepat untuk melarang penggunaan itu dalam terbitan mingguan Katolik berkenaan.

Ketua Hakim Tun Arifin Zakaria yang mengetuai panel tujuh hakim itu berkata, Presiden Mahkamah Rayuan Md Raus Sharif, Ketua Hakim Malaya Zulkefli Ahmad Makinuddin dan Hakim Mahkamah Persekutuan Suriyadi Halim Omar berkongsi pendapat yang sama.

Hebat Orang Jitra, Maksiat bukan kira tua muda dah sekarang nie..!!

Pasangan warga tua ditahan khalwat selepas kelas agama
http://1.bp.blogspot.com/_GkwE32Xb1CY/TRb2vN2X0JI/AAAAAAAAAF4/Cx1aPmPYLCo/s1600/ortu.jpg
Jitra: Seorang lelaki warga tua yang hanya dibaluti selimut dari paras pinggang ke bawah tanpa berbaju, manakala pasangannya hanya berkemban, ditahan berkhalwat di rumah wanita itu di Tunjang di sini, semalam.

Lelaki berusia 61 tahun dan pasangannya yang berumur 63 tahun ditahan oleh sepasukan penguat kuasa Pejabat Agama Kubang Pasu (PADKP), kira-kira jam 1.40 pagi. Difahamkan, lelaki itu singgah di rumah wanita berkenaan sebaik selesai belajar agama di sebuah pondok berdekatan. Jurucakap PADKP berkata, ketika tiba di rumah itu selepas menerima aduan awam, mereka mendapati rumah itu dalam keadaan gelap dan pintu bertutup rapat.

Tutup badan dengan selimut

Selepas pintu diketuk beberapa kali, seorang lelaki warga tua yang hanya menutup badan menggunakan selimut dari paras pinggang ke bawah tanpa baju, membuka pintu. Setelah melakukan pemeriksaan, pasukan itu menemui seorang wanita duduk di atas katil dalam sebuah bilik dengan hanya berkemban.

Al Fatihah : Ustaz Abu Bakar Chik meninggal dunia



KUALA TERENGGANU: AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik dan pembantunya, Hasmizi Hasan terlibat dalam kemalangan di KM 390 Lebuh raya Pantai Timur laluan Bukit Besi-Ajil jam 3.16 pagi tadi.

Beliau meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Hulu Terengganu sementara pembantunya cedera.

Kereta yang dinaiki Ustaz Abu Bakar melanggar sebuah van Vannete yang dinaiki enam penumpang.
Sebaik sahaja beliau dan Hasmizi dibawa keluar, kereta yang dinaiki itu terbakar.

Jenazah akan dibawa balik dari Hospital Hulu Terengganu ke Maahad Tahfiz wal Tarbiyah (MTT) Tok Jiring untuk disolat dan dikebumikan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...