TERKINI :

Sunday, June 22, 2014

PAS Kedah jenoh kampoi time PRU 14 nanti jika.....!!!

PAS KEDAH JENOH KAMPOI TIME PRU-14 NANTI


1) Semakin hari, semakin banyak aktiviti Mukhriz Mahathir MB Kedah bersama rakyat terutama orang kampong dan pondok-pondok pengajian. Gambar aktiviti pun sudah banyak diupload.

2) Budaya mesra rakyat seperti ini dahulunya dimonopoli oleh pemimpin PAS. Sukar mencari pemimpin UMNO/BN bersusah payah menyelami kehidupan rakyat sebegini, melainkan pemimpin PAS sahaja yg akan dekat dengan hati rakyat.

3) Mukhriz Mahathir sedar, kekalahan mereka satu penggal kepada PAS adalah salah satunya faktor ini. Maka atas inisiatifnya, atau juga nasihat ayahandanya, Mukhriz Mahathir meredah sumur-sumur yang jarang pemimpin UMNO buat.

4) Segala ceruk hutan dia masuk. Segala kampung pedalaman Mukhriz sampai. Sudah dua tiga pondok dia bermalam. Anak-muda, orang tua-tua, makcik kampung, penebar roti canai, penoreh getah...hatta tok2 guru pondok sudah dia bermesra.

5) Malangnya, ramai pemimpin dan aktivis PAS hanya memberi respon sinis... "LAKONAN!".... "HIPOKRIT !" .... "BINI TAK TUTUP AURAT!" ... "ADIK TAUKE SAN MIGUEL!" .. dan banyak lagi sindiran yang entah apa-apa, yang tidak memberi apa-apa kesan kepada golongan yang sudah mula terpaut hatinya dengan 'jiwa rakyat' Mukhriz.

Rosmah sangkal jawapan menteri dalam parlimen, tolak bil air kediaman Seri Perdana RM300,000

Saya tidak pandai berenang, kata Rosmah tolak dakwaan bil air RM300,000
OLEH ‎DIYANA IBRAHIM

Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan tohmahan yang dibuat ke atasnya tidak masuk akal dan tidak benar. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 22 Jun, 2014.

Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengakui beliau tidak pandai berenang bagi ‎menolak tohmahan mengenai perbelanjaan bil air kediaman rasmi di kompleks Seri Perdana lebih daripada RM300,000 pada 2012. [JAWAPAN PARLIMEN]

Beliau menegaskan tohmahan yang dibuat ke atasnya sebelum Pilihan Raya ke-13(PRU 13) lalu, adalah tidak masuk akal dan tidak benar.

"Cerita itu sebelum pilihan raya lalu, ada yang fitnah kononnya apabila saya masuk dalam kolam Seri Perdana air tak keluar.

"Saya tidak pandai berenang. Kalau orang itu nak jumpa saya boleh beritahu memang tidak pandai, saya cakap memang tidak tahu kalau pergi laut saya tidak berenang, saya duduk macam filem P. Ramlee itu," katanya pada majlis penyampaian anugerah nadi negara Wanita Umno 2013 di Kuala Lumpur hari ini.

Keputusan penggunaan kalimah Allah, kes Altantuya esok

PUTRAJAYA 21 Jun - Mahkamah Persekutuan akan menjadi perhatian ramai Isnin ini apabila ia memutuskan dan mendengar dua kes berprofil tinggi membabitkan penggunaan kalimah Allah dan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Pada hari berkenaan, mahkamah tertinggi itu akan menyampaikan keputusan yang amat ditunggu-tunggu, sama ada membenarkan atau tidak, Gereja Katolik merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang melarang penerbitan mingguan The Herald daripada menggunakan kalimah Allah, dalam versi bahasa Malaysia terbitannya.

Pada 5 Mac lepas, Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria mempengerusikan panel tujuh hakim mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak berhubung permohonan kebenaran merayu itu.

Gereja itu memohon kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk meneruskan rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 15 Oktober 2013, yang melarang penggunaan kalimah Allah dalam versi bahasa Malaysia terbitannya.

Pada 31 Disember 2009, Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan The Herald menggunakan kalimah Allah selepas Mahkamah Tinggi mengisytiharkan bahawa keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang penerbitan itu daripada menggunakan kalimah Allah adalah menyalahi undang-undang, terbatal dan tidak sah.

Pada hari yang sama, mahkamah itu akan mendengar rayuan pendakwa terhadap pembebasan dua anggota Unit Tindakan Khas polis, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar terhadap pertuduhan membunuh wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Pada 23 Ogos tahun lalu, Mahkamah Rayuan membebaskan Azilah dan Sirul Azhar daripada pertuduhan membunuh selepas sebulat suara membenarkan rayuan mereka dan meminda sabitan hukuman mati yang diputuskan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009.

Mereka didapati bersalah membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja di Shah Alam antara 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.

Mahkamah Rayuan, dalam penghakiman 47 muka surat, menegaskan bahawa keterangan ikut keadaan yang dikemukakan pendakwaan tidak mencukupi untuk mengekalkan keputusan bersalah kedua-dua anggota polis itu.

Kesalahan mereka tidak dibuktikan dengan memuaskan, oleh itu mahkamah terpaksa memberi mereka faedah kesangsian.

Pendakwaan memfailkan petisyen rayuan pada 3 Januari tahun ini, menyenaraikan enam sebab panel tiga hakim Mahkamah Rayuan telah terkhilaf, dalam undang-undang dan fakta, untuk membenarkan kedua-dua anggota polis itu terlepas daripada tali gantung.

Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 50, yang pada mulanya didakwa bersubahat dengan mereka, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober 2008 selepas mendapati pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadapnya.

Pihak pendakwaan tidak mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Rayuan. - BERNAMA

MPM gesa k'jaan jangan ada lagi IPP


Majlis Perundingan Melayu (MPM) hari ini mendesak Putrajaya supaya tidak ada lagi pengeluar tenaga bebas (IPP).


Ini ekoran tindakan YTL Power International Bhd menarik diri daripada projek loji tenaga yang digelar 'Projek 4A' benilai RM3 bilion di Johor yang dianugerahkan secara langsung kepada sebuah konsortium yang melibatkan syarikat itu dan juga firma Sultan Johor dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Setiausaha Agung MPM, Hasan Mad berkata kerajaan sebaliknya harus kembali kepada keadaan sebelum ini di mana TNB bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penjanaan kuasa.

"Oleh kerana YTL telah menarik diri, tidak ada lagi kontroversi dan kerajaan perlu mengambil peluang untuk memberikan projek itu kepada TNB sahaja," kata Hasan dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Katanya, ini perlu digunapakai kepada semua projek penjanaan tenaga pada masa hadapan.

MCC berkata ia merupakan kumpulan payung yang mewakili lebih 400 NGO Melayu.

YTL berdepan dengan tekanan hebat, terutama tentang bagaimana ia mendapat projek itu secara langsung daripada kerajaan tanpa tender terbuka.

Bagaimanapun, Hasan berkata IPP sedia ada yang menandatangani perjanjian dengan kerajaan haruslah dibenarkan beroperasi sehingga kontrak mereka tamat.

Kisah OKU ditemui dalam bilik, ini penjelasan ibunya..!!

 'Mereka tidak tahu kesempitan hidup saya'


FAIZAL memeriksa keadaan kanak-kanak OKU yang ditinggalkan dalam sebuah bilik kotor dan busuk di Nilai. Gambar kecil, Lola ketika ditemubual wartawan.

[Harian Metro] Seremban: "Semua orang salahkan saya dan tuding jari ke arah saya menuduh saya tidak tahu menjaga anak dengan baik, tetapi mereka tidak tahu kesempitan hidup dan kesengsaraan yang saya alami.

"Saya sayangkan anak saya tetapi saya perlu bekerja dan menyara kehidupan dia, saya dan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun," kata ibu remaja orang kelainan upaya (OKU) yang ditemui dalam keadaan menyayat hati oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam sebuah bilik di Flat Semarak, Taman Semarak Fasa 2 di Nilai, semalam.

Remaja malang itu, Muhammad Firdaus Dullah, 15, ditemui Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman dalam operasi 6P bersepadu di kawasan flat berkenaan selepas melakukan pemeriksaan di rumah itu.

Ibu remaja itu yang kini isteri kedua dan mahu dikenali sebagai Lola, 40, berkata, dia bukan meninggalkan anak sulungnya yang menghidap penyakit celebral palsy itu tanpa jagaan dan tidak diberi makan, sebaliknya dia mendakwa meninggalkan makanan dalam bekas polisterin sebelum ke tempat kerjanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Katanya, waktu kerjanya yang tidak menentu menyebabkan dia tiada masa menguruskan Muhammad Firdaus dengan baik dan mahu anak lelakinya itu berdikari.

"Apabila orang lihat keadaan dia, semua orang salahkan saya, tetapi adakah mereka mahu menjaganya sepanjang ketiadaan saya di rumah. Tiada siapa yang sanggup menjaganya kerana dia cacat," katanya sedih ketika tampil di pejabat The New Straits Times Press (M) Berhad, di sini, semalam.

Dia yang berasal dari Sabah berkata, Muhammad Firdaus adalah anak sulung hasil perkongsian hidup dengan bekas suaminya berusia 53 tahun dan berpisah sejak 14 tahun lalu sebelum berkahwin lain pada 2004 dan dikurniakan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun.

Menurutnya, sejak berpisah dengan bekas suami yang berasal dari Tawau, Sabah, dia tidak lagi berhubung dan tidak tahu di mana bekas suaminya itu tinggal dan bekerja.

"Saya tidak pernah mendaftar anak saya dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana tidak tahu caranya dan terpaksa meninggalkannya sendirian kerana bekerja mencari wang," katanya.

Apabila ditanya mengenai nasib anaknya selepas ini, Lola berkata, dia sudah membuat keputusan untuk menyerahkan anaknya itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Bukan saya tidak sayangkan dia, sebab saya sayangkan dia saya membuat keputusan itu. Saya fikir apa akan jadi pada Muhammad Firdaus jika saya mati nanti. Ajal maut di tangan Allah SWT, saya tidak tahu jadi saya perlu bersedia," katanya.-Oleh Raja Noraina Raja Rahim dan Mohd Khidir Zakaria, Ikram Ismail/22/6/14

Pesanan Timb Presiden PAS untuk renungan semua ahli dari bawah sampai atas..

UCAPAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN HULU LANGAT OLEH TIMB PRESIDEN PAS HAJI MOHAMAD SABU

1. Alhamdulillah PAS sampai peringkat ini dengan olahan kekuatan dan kelemahan yang ada pada kita.

2. Kita pilih cara demokrasi dan tak memilih cara angkat senjata. Muwajahah Silmiyyah. Bukan nak bahas angkat senjata betul atau tak. Samada dalam negeri atau luar. Kalau ada ahli angkat senjata, bukan arahan Parti dan PAS tak ada kene mengena dengan individu tersebut.

3. Kita hanya terlibat scara kebajikan di peringkat antarabangsa. Melalui yayasan yang kita iktiraf iaitu Yayasan Amal.

4. Tahaluf Siyasi - Kita pilih. Kelemahan, kelebihan dan kekurangan ada sana sini dan kita usaha perbaiki.

5. Ada pendapat kata kita lebih kuat bila bersendirian, saya bersetuju 100% tapi kita tidak boleh menang dalam pilihanraya bersendirian.

6. Kekuatan Bersendirian tak boleh guna untuk capai kemenangan melalui demokrasi dan Pilihanraya.

7. Dulu di Selangor tak bleh ceramah kecuali di puchong rumah haji sany, tapi hari ni kita menang dengan majoriti besar 16k melalui hanim. Berjaya melalui tahaluf.

8. Ada dua negara Gol Islam kuasai melalui Pilihanraya (1) Tunisia melalui An-Nahdoh. Bersama dgn rakan sosialis dll, kekal hingga hari ini, (2) Ikhwan di Mesir.

9. Bila menang, golongan yang dokong kemenangan mula dipinggirkan. Gol sosialis dan bloggers. Ikhwan berkejasama dengan An-Nur. Rakyat biarkan sbb rasa Mursi tinggalkan mereka bila menang.

10. Bila kita menang sdikit, kita kena cari lebih ramai kawan bukan tinggalkan kawan.

11. Tahaluf perlu diperkuat dan diperkukuh.

12. ADa ahli dahului pimpinan dalam memberi pandangan. Cadangan baik, tapi ada yang keluarkan Fatwa.

13. Teluk Intan bnyk keluar pandangan. Datang ke Teluk Intan bukan nak tolong tapi kempen jangan buat kerja. Dosa sbb tak pakai tudung. Presiden kena turun baru reda. Peringkat awal muncul ayatullah2 kecil bg fatwa.

14. Perjanjian Hudaibiyyah tidak dikhianati oleh orang Islam tapi orang kafir, jangan tahaluf ini kita dilihat khianati perjanjian ini.

15. PAKAIAN - 1974 hanya 4 orang pakai tudung di kampus. Kemudian merebak. Diejek oleh rakan2 lelaki. Salah seorang adalah saya. Pensyarah di Akademi Islam tak pakai tudung masa itu. Merebak. Yang kuat menentang Menteri Pendidikan Mahathir. Akhirnya semua terima pakai tudung termasuk wanita umno. Jabatan terakhir terima pakai tudung POLIS.

16. MAKANAN - Malaysia negara terawal pelopori Hal Ehwal Makanan Halal. Lebih awal dari Indonesia. Sekarang ini, yang juarai Halal Thailand.

17. MUAMALAH - Kita mula perbankan Islam, Sekarang ini yang paling besar Islamic Financial ialah LONDON.

18. SYARIAH - selepas dah lalui semua diatas baru kita fokus Syariah, Selain bahas dari sudut fikh, kena kuasai ilmu moden untuk bagi penerangan. Cth di Chinese Assembely Hall. Semua AJK PAS Pusat 100% terima Hudud. berbeza pandangan dari sudut pandangan yang lain. Cara laksana. ada kata perlu Private Bill, Ada kata perlu bentuk JK teknikal, Ada kata laksana sahaja lah apa jadi kita pikir kemudian, Ada juga hujah isu alam sekitar (Biah - Suasana). Bila sebut rasuah dan miskin negara Islam juara. Perbezaan pandangan berlaku dimana-mana

19. Sosial teruk, berhibur sampai mati. Dulu masyarakat diharap jaga umat Islam bukan autoriti. Sekarang konsep itu dah tak ada.

20. Berkawan dengan DAP, ahli dap tak lapar nak berebut jadi imam masjid. Semua masjid kita kuasai.

21. Kalau bergerak dalam bentuk sukarela orang terima. Unit Amal. khazanah Islam yang telah ditinggalkan terlalu lama. Bila nampak kebajikan orang nampak Palang Merah, Unit Amal dll.

22. Angota amal kalau tengok anjing kena langgar kena ubati mereka, balut dan lepaskan. kemudian samaklah. Kalau nampak musuh atau bukan Islam ditimpa musibah kitalah kena bantu. jangan tanya pelik2.

23. Serangan dalam DUN Pulau Pinang, serangan paling teruk sejak merdeka. Perisitiwa cukup besar. ADUN juga didakwa Akta Hasutan sedangkan akta hasutan ada perkara2 tertentu shj, tapi sekarang maki umno pun masuk akta hasutan.

24. Masa Transisi adalah masa untuk trial and error.

25. Cina sedang bangkit sbg Kuasa Besar, Kuasai kek ekonomi yang lebih besar, Kuasai Afrika dan nak beli greece, bina Kuasa tentera di Pasifik, Kalau kita umur panjang akan nampak perubahan kuasa besar, Apakah kita tidak boleh bangkit?

Disebabkan Malaysia masih aman, R ELA tempatkan anggota di 417 sekolah

Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan menempatkan anggotanya di 417 sekolah di seluruh negara yang berisiko tinggi dalam kemalangan dan penculikan.

Ketua Pengarahnya Datuk Mustafa Ibrahim berkata kes kemalangan serta penculikan melibatkan pelajar ketika di sekolah di bandar besar agak tinggi.

"Sebelum ini kita memang telah meletakkan anggota di sekolah-sekolah... namun kita terpaksa hentikan pada November lalu ekoran kekurangan dana," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Briged Relasis Politeknik peringkat negeri Terengganu di Dungun semalam.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Politeknik Datuk Mohlis Jaafar.

Menurut Mustafa bermula 15 Jun lalu pihaknya telah meletakkan semula anggota Rela di sekolah berisiko tinggi.

Beliau berkata RELA akan juga meletakkan kembali anggotanya bertugas di negeri-negeri Perak, Perlis dan Kelantan, yang bersempadan dengan negara jiran.

Ini bagi membantu pihak berkuasa membanteras kegiatan penyeludupan diesel dan sebagainya.

- Bernama

Isu Cadbury: Persatuan pengguna pun pening

RAZIATUL HANUM A.RAJAK

SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akui masih keliru dengan status halal produk coklat Cadbury yang dilaporkan mengandungi DNA babi, baru-baru ini.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, meskipun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengesahkan Cadbury bebas DNA babi namun pihaknya masih ragu.

"Sekejap ada sekejap tak ada (DNA babi). Jadi kami pun tak tahu mana satu. Kita di persatuan pun jadi pening kepala. Sebab itu kita pakat dengan persatuan pemborong untuk boikot.

"Analisa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kata ada DNA babi. Jakim pula keluar kenyataan kata bebas DNA babi. Jadi, adakah analisa KKM itu tidak betul?," katanya pada Wacana Sinar Harian Siri ke-29, Isu Halal:Apa Hak Pengguna di Auditorium Sultan Muhammad V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau menyentuh soal kenyataan yang menyebut coklat dikaji tiada pencemaran ekoran diambil dari kilang.

"Kalau dikatakan Cadbury dari kilang tidak tercemar, kita kena beli coklat dari kilang sajalah. Tak boleh beli di luar lagi.

"Mungkin juga ini sabotaj atau makmal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Oleh sebab itu, kita minta polis buat siasatan," katanya.

Coklat punca Uruguay kalah?


Coklat Dulce de Leche mencetuskan kontroversi selepas dirampas di lapangan terbang. 
 Coklat Dulce de Leche mencetuskan kontroversi selepas dirampas di lapangan terbang.

MEDIA Uruguay melaporkan kekalahan 3-1 pasukan di tangan Costa Rica berpunca daripada kekurangan pengambilan coklat Dulce de Leche oleh pemain dan penyokong.

Coklat menjadi makanan wajib rakyat negara itu dirampas oleh pegawai Kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Confins di Sete Lagoas berhampiran Belo Herizinte dengan alasan coklat terbabit tidak mempunyai sijil kesihatan.

Media tempatan melaporkan, Kastam merampas coklat Dulce de Leche bernilai 80 Pound daripada pasukan dan penyokong ketika mereka tiba ke negara samba itu pada 9 Jun lalu.

Akhbar utama Uruguay, El Pais Misroskop melaporkan di muka hadapan, 'Kekalahan 3-1 Uruguay dalam pusingan pertama Piala Dunia disebabkan kekurangan Dulce de Leche selepas pihak berkuasa kesihatan Brazil merampas kesemua kotak berisi coklat yang dibawa oleh pasukan negara'.

Menurut laporan Mirror Daily, difahamkan, coklat karamel yang dimakan dengan roti bakar itu telah diuji dan kementerian kesihatan negara terbabit mengesahkan tiada bahan pengawet yang boleh membahayakan kesihatan.

Pasukan Uruguay dikatakan membawa coklat itu dalam kuantiti banyak sebagai bekalan makanan mereka sepanjang Piala Dunia ini.

ALOR SETAR - Tapak sampah haram aktif semula


Keadaan tapak longgokan haram di Taman Lam Sun aktif semula.  
Keadaan tapak longgokan haram di Taman Lam Sun aktif semula.

ALOR SETAR - Tapak longgokan sampah haram di Taman Lam Sun, Jalan Telok Wanjah, dekat sini, didakwa beroperasi semula selepas tiga bulan dipulihkan.

Sebelum ini, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) Kedah melakukan program pemutihan di tapak berkenaan pada 21 Mac lepas.

Namun, ketika tinjauan didapati tapak longgokan berkenaan dipenuhi sampah sarap, malah bahu jalan bertentangannya menerima nasib serupa.

Seorang penduduk hanya ingin dikenali sebagai Ahmad, 40, berkata, sesetengah penghuni kediaman seakan-akan tidak mempedulikan penutupan tapak itu.

“Sebaik dibersihkan, ia hanya bertahan seketika. Namun, apabila memasuki minggu kedua, ketiga ditutup pihak berkenaan, ada penduduk mula membuang sampah semula.

“Lebih teruk, apabila jenis sampah tertentu seperti plastik diterbangkan angin, sehingga mengotorkan pula bahu jalan bertentangannya,” katanya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...