TERKINI :

Saturday, June 21, 2014

Biar mesyuarat Pakatan putuskan nasib Khalid, kata Anwar

Kedudukan Tan Sri Abdul Khalid sebagai menteri besar Selangor hanya akan diputuskan setelah mendapat persetujuan ketiga-tiga pemimpin parti daripada Pakatan Rakyat (PR), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua pembangkang itu berkata, keputusan untuk mengekalkan atau membuat perubahan perlu dibuat secara bersama sebelum membawa perkara itu untuk mendapat perkenan Sultan Selangor.‎

"Itu bukan kenyataan rasmi. Keputusan mengekal atau membuat perubahan dibuat secara perbincangan keputusan PR dengan perkenan Tuanku.

"Jadi bukan keputusan daripada yang kita dengar melalui desas-desus," katanya kepada pemberita selepas berucap mengenai Asian Renaissance di Puchong, hari ini.

Beliau berkata sedemikian dalam responsnya mengenai desakan pemimpin PAS dan DAP‎ Selangor yang mahu agar menteri besar ditukar kerana bimbang Selangor akan jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN) jika Khalid dikekalkan sehingga Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Isu Jenayah : seolah-olah kita berada di zaman ala western cowboy di negara kita sekarang ini

Kurang bertindak atasi jenayah

http://kenoath.files.wordpress.com/2010/01/wild_west.jpg
MEMBACA akhbar tempatan saban hari agak menggerunkan bilangan peragut yang kini bermaharajalela ragut sana sini dan yang paling malangnya ialah mangsa-mangsa peragut yang terpaksa menanggung derita kesakitan dan ada yang sampai membawa maut.

Begitu juga jenayah tembak menembak seolah-olah kita berada di zaman ala wild-wild west atau western cowboy yang berlaku di dalam bar tetapi di sini selalunya berlaku di kedai-kedai kopi di waktu lewat malam.

Bezanya lagi dalam cerita koboi perompak merompak peti dalam bank menggunakan kekuatan kuda untuk menarik peti besi berkenaan tetapi pada zaman moden ini perompak di negara kita menggunakan lori untuk tarik peti besi ATM.

Dengan masalah dadah dalam kalangan anak-anak muda yang semakin hari semakin bertambah dan meruncingkan itu serta ditambahkan lagi masalah pendatang haram yang membuat onar dengan melakukan berbagai jenayah amat membimbangkan kita semua.

Zaman ini adalah zaman kita takut untuk berhenti atau cuba untuk berbuat baik kerana jika berlaku sesuatu musibah di tengah jalan, kita sudah tidak boleh mempercayai sesama kita terutama sekali orang yang kita tidak kenal yang boleh mengundangkan bahaya pula kepada diri kita dan keluarga.

Kita kini berhadapan dengan masalah penagih dadah yang tegar yang mereka terpaksa melakukan apa sahaja jenayah demi untuk mendapatkan bekalan dadah mereka untuk teruskan kehidupan dunia dadah mereka kerana tanpa dadah mereka akan tertekan dengan ketagihan yang melampau hingga sanggup membunuh walaupun dalam kalangan keluarga mereka sendiri.

Samalah juga pendatang haram yang niatnya adalah untuk merompak dan menyamun dan apabila sudah dapat apa yang diidamkan mereka cepat-cepat kembali ke negara asal mereka.

Masalah kita kini bagaimana untuk mengatasi semua masalah yang kronik yang boleh menjejaskan keharmonian di negara.

Kita tidak boleh lagi habiskan masa hanya bercakap dan mengeluh serta habiskan masa bermesyuarat sahaja tetapi terlalu kurang diambilkan tindakan yang positif ke arah mengurangkan jenayah yang sangat-sangat ditakuti oleh masyarakat awam ketika ini.

SYED ABDULLAH SYED
OSMAN JAMALULLAIL
YDP Persatuan Jamalullal Perak

MH370 - Cari di lokasi baru pula..!!

Kawasan baharu cari MH370 diumum 2 minggu lagi

http://images.indianexpress.com/2014/03/aus-map-mh370.jpg?w=480&h=480
SEPANG 20 Jun - Fasa baharu pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu kekal dilaksanakan di kawasan koridor selatan dengan jangkauan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kawasan tumpuan pencarian secara khusus dalam fasa baharu itu akan diumumkan selewat-lewatnya dua minggu lagi bersama China dan Australia.

Beliau berkata, pencarian itu akan dibantu tambahan beberapa aset baharu termasuk kapal China, Zhu Kenzhen 872 dan kapal Belanda, Fugeo Equator yang mendapat tender pencarian dari Pusat Koordinasi Agensi Bersama (JACC).

"Kita akan umumkan kawasan pencarian baharu ini yang dibuat menerusi kaedah pengiraan matematik pemetaan di dasar laut oleh pakar tetapi kekal di koridor selatan berdasarkan petunjuk paling baik yang kita ada iaitu maklumat 'handshake' oleh syarikat satelit komunikasi Britain, Inmarsat," katanya dalam sidang akhbar selepas diberikan taklimat mengenai persiapan perasmian terminal penerbangan tambang murah baharu, klia2 pada 24 Jun ini.

Menurut Hishammuddin, selepas pengumuman kawasan baharu itu, Malaysia akan menghantar dua aset, masing-masing milik Petronas dan Sapura Kencana untuk turut serta dalam pencarian itu.

Sementara itu, beliau mengesahkan terminal tambang murah baharu, klia2 selamat beroperasi biarpun berlaku masalah mendapan di beberapa tempat.

Hishammuddin berkata, pihak perunding bebas, Ikram Premier Consulting (Ikram) telah mengesahkan bahawa mendapan itu tidak menjejaskan klia2.

''Biarpun mendapat maklum balas daripada Ikram bahawa terdapat mendapan di apron jalan raya, landasan dan laluan teksi, masalah ini tidak menjejaskan keselamatan dan masih memenuhi standard Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO)," katanya.

Menurutnya, Ikram akan meneruskan pemantauan di klia2 sehingga tamat kontrak selama tiga bulan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya juga akan melakukan beberapa penambahbaikan di klia2 antaranya dengan menambah lebih banyak papan tanda dan laluan pejalan kaki bergerak bagi kemudahan penumpang.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan merasmikan terminal baharu itu pada Selasa minggu depan pada pukul 3 petang.

Tak Lambat dah.. Macam betul aja Muhyiddin akan letak jawatan, ini buktinya..!!!


Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata beliau tidak menolak kemungkinan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal meletakkan jawatan dalam masa terdekat.

MuhyiddinZainuddin menulis diblognya di zamkata.blogspot.com menyatakan khabar angin sedang bertiup kencang di seluruh tanah air mengatakan Muhyiddin akan hilang daripada rombakan kabinet yang akan diumumkan tidak lama lagi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, Muhyiddin meletakan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan akan digantikan oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein, iaitu Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan.

"Muhyiddin memang telah diketahui umum memberitahu hasratnya untuk bersara kepada rakan rakan rapatnya.

"Walaupun alasannya adalah umur tetapi beliau dikatakan menyimpan perasaan kecewa yang mendalam dalam beberapa hal," katanya, dipetik media Selangorku.com.

Katanya mengasaskan khabar angin ini tersebar dengan luasnya kerana beliau banyak menerima pertanyaan mengenainya dari utara , selatan dan timur tanahair.

"Dua orang menteri baru yang pasti akan diantik ialah dari MCA dan Gerakan dan khabarnya Datuk Ahmad Zahid Hamidi Menteri Dalam Negeri akan berpindah kementerian untuk digantikan dengan Menteri Pelancongan Datuk Nazri Aziz," katanya. ~kd

Khalid adalah Khalid : Ini antara 3 isu besar yang menghimpit beliau ketika ini


http://www.mole.my/sites/default/files/images/mole-Khalid-Ibrahim-Selangor.jpg

Khalid adalah Khalid. Inilah Khalid yang dulunya berada dalam Umno dan inilah juga Khalid yang kini bersama dengan Pakatan Rakyat dan menjadi menteri besar di negeri paling kaya di Malaysia.

Bagi rakyat, Khalid sangat ikhlas dalam menjalankan tugasnya sebagai menteri besar. Beliau tidak dilihat berbuat sesuatu untuk kepentingan dirinya sendiri khasnya jika berkait dengan kewangan. Ini kerana Khalid sudah cukup kaya dan tidak perlu lagi duit lain.

Lihatlah komen-komen pembaca ketika berita negatif disiarkan oleh media termasuk oleh The Malaysian Insider sendiri terhadap Khalid. Mereka akan bangkit membela beliau.

Bagi mereka, Khalid mungkin ada silap atau kelemahan, tetapi ia tidak mewajarkan beliau untuk ditukar. Bahkan serangan terhadap beliau ditolak mentah-mentah oleh mereka.

Ada beberapa isu yang menjadikan Khalid sasaran rakan-rakannya dalam Pakatan:

Lebuhraya Kidex

Kerajaan pusat meluluskan lebuhraya ini. Namun seperti Langat II, projek ini melalui negeri Selangor dan perlu mendapat kelulusan kerajaan negeri sebelum dilaksanakan.

Bagi orang politik Pakatan, Kidex adalah anugerah Umno untuk peguamnya Datuk Hafarizan Harun dan bekas peguamnya yang juga bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi kerana konsesinya selama 48 tahun dipegang oleh mereka secara langsung atau keluarga mereka.

Bagi penduduk Petaling Jaya, mereka bakal menjadi mangsa projek ini kerana ia bakal membelah kawasan mereka yang sudah sesak dan bakal menambahkan kesesakan lagi.

Mereka juga mempertikaikan mana janji Pakatan, khasnya Khalid sendiri yang mahu membina lebuhraya percuma sebagaimana yang dinyatakan dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Namun bagi Khalid, Kidex adalah salah satu alternatif untuk menyelesaikan kesesakan trafik yang setiap pagi dan petang dihadapi oleh pengguna jalan raya di MRR2. Ia adalah projek pusat bukan Selangor.

Janji lebuhraya percuma adalah untuk luar kawasan pembangunan pesat untuk membina kawasan pertumbuhan baru sebagaimana yang beliau lakukan untuk Lebuhraya Guthrie.

Lihatlah bagaimana Lebuhraya Guthrie berjaya membina banyak kawasan pertumbuhan baru.

2) Rampasan Bible Melayu dari Persatuan Bible Malaysia (PBM)

Bagi orang politik Pakatan, tindakan ini akan menghalau sokongan bukan Islam kepada mereka.

Ini kerana, hasil sokongan penuh merekalah Pakatan menang besar di Selangor dalam pilihan raya lalu.

Mereka menganggap pihak yang pro-Umno di belakang rampasan ini menunjukkan sikap tidak baik kerajaan Pakatan di mata bukan Islam.

Khalid pula tersepit antara enakmen yang diluluskan oleh Dewan Negeri Selangor dengan tekanan politik. Istana pula berada di sana yang akan menjaga kepentingan mereka.

Pemimpin Pakatan pula nampak jalan keluar apabila Peguam Negara campur tangan. Ikut sajalah. Namun sebelum Khalid bertindak, Istana pula membuat kenyataan. Maka Khalid terikat.

Isu pihak berkuasa tempatan

Banyak ahli politik bawahan di Selangor mengambil kesempatan untuk menjadi ahli-ahli majlis kerajaan tempatan bagi kepentingan diri dan parti mereka.

Yang utama adalah melalui pasar-pasar malam dan uptown yang dibuka. Ia digunakan sebagai sumber kewangan untuk individu pimpinan dan juga parti.

Khalid tidak senang dengan amalan ini. Bagi beliau ini satu perkara yang boleh merosakkan nama baik parti dan pemimpin berkenaan untuk jangka panjang.

Maka, urusannya diserahkan kepada pegawai PBT bukan lagi Jawatankuasa Penduduk atau Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung yang selama ini dikuasai oleh parti-parti yang memerintah Selangor iaitu PR.

Hasilnya, berlaku pertembungan antara parti peringkat akar umbi dengan Khalid.

Isu penstrukturan semula industri air


Sejak awal lagi, Khalid menganggap mengembalikan pengurusan industri air kepada kerajaan negeri Selangor adalah legasi yang perlu beliau tinggalkan sebelum berhenti.

Para pegawai beliau selalu berkata, selepas selesai isu ini Khalid sedia untuk berhenti.

Bagi Pakatan pula, banyak isu politik di belakang isu penstrukturan air ini. Khalid seorang tidak cukup untuk mengendalikannya. Lalu mereka melantik satu jawatankuasa untuk menasihati Khalid.

Namun Khalid semacam tidak mengiktiraf jawatankuasa ini. Sebab itulah sehingga kini jawatankuasa ini tidak pernah dapat bertemu dengan Khalid untuk menjalankan tugas mereka.

Sebagai bekas tokoh korporat, Khalid mempunyai penasihat industri tersendiri dalam melaksanakan penstrukturan ini.

Dengan pengalaman di PNB dan Guthrie, Khalid yakin beliau lebih mempunyai kelebihan dalam isu ini.

Inilah empat isu besar yang menyebabkan Khalid berada dalam dilema. Di sinilah datangnya kewajaran nasihat Adun Meru Dr Rani Othman kepada Khalid.

Khalid tidak perlu ditukar sebenarnya. Yang perlu ditukar adalah pendekatan beliau dalam berparti dan memerintah negeri.

Khalid bukannya mengendalikan sebuah syarikat yang bertanggungjawab kepada Lembaga Pengarah yang limited sahaja, tetapi mentadbir sebuah kerajaan yang mempunyai parti yang meletakkan beliau di situ, rakyat yang perlu dijaga kepentingannya di samping peraturan perlu diikuti serta Istana yang turut ada kepentingannya.

Memang... sesiapapun yang duduk di kerusi Khalid akan berada dalam dilema. Semoga Khalid cekal untuk hadapi dilema ini dan semua yang lain juga bersabar dalam menghadapi dilema ini.

Kisah ekor cicak dalam makanan

SUBKY LATIF

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/c/c0/Common_house_gecko.jpg
SAYA tertarik dengan satu berita, serang pelajar keturunan India di Pontian terjumpa ekor cicak dalam lontong yang sedang dimakannya.

Sudah separuh lontong itu dimakannya.
     
Ia satu kejadian yang berlaku di mana-mana kerana cicak ada di mana-mana dan atas kejadian tertentu menimpa cicak ekornya terpotong. Saya selalu terjumpa ekor cicak yang terputus dari badannya yang brgerak-gerak dan macam melompat-lampat. Saya tolak kemungkinan ekor cicak boleh termasuk dalam makanan yang sedang dimasak atau dalam makanan yang masak tanpa kita ketahui.
     
Apapun aspek kebersihan boleh menyebabkan kejadian yang dirancang ini, tetapi betapa bersih pun premis kita, jarang bangunan tidak bercicak dan kejadian macam itu boleh terjadi. Masing-masing wajar bersyukur kerana tidak menghadapi kejadian seperti yang  dialami oleh pelajar India tadi. Saya bersimpati dengannya dan belas dengan kejadian itu.
    
Yang terjadi kepada pelajar di Pontian itu mengingatkan saya pada kejadian yang dikatakan berlaku lebih 40 tahun tentang ekor cicak dalam makanan juga.
    
Kejadian itu  diceritakan oleh seorang kawan tentang seorang kawan lain yang terkenal licik, nakal dan berupaya melakukan hal-hal yang lucu.
   
Rakan yang berkenaan biasanya lakukan apa saja yang kita tidak perkenan, apabila dilakukannya kita payah marah kepadanya.
   
Dia asalnya seorang pendatang.
    
Ketika dia mula tiba ke Kuala Lumpur, dia dikatakan pernah kelaparan. Tiada cara baginya untuk mendapatkan makanan bagi mengalas perutnya.
    
Tetapi dia seorang yang akalnya sentiasa berputar. Jalan terakhirnya bagi mengatasi kelaparan itu dia pergi ke restoren mamak dalam keadaan tiada berduit. Yang ada dia membawa satu barang dalam lipatan kertas di saku bajunya.
     
Dia memesan makanan yang dikehendakinya. Makanlah dengan penuh selera. Sebelum makan itu habis, dia dikatakan membuka lipatan kertas tadi yang berisi ekor cicak. Tentunya sudah tidak bergerak lagi.
    
Dibubuhnya ekor  cicak itu dalam sisa makanannya. Dia pun buat-buat terkejut dan bising melolong sambil marah kepada perja restoren mamak itu. Dia menunjukkan ekor cicak dalam baki makanannya.
    
Dia mengaku kembang tekak, loya dan serta merta menekan perut, sakit konon.
    
Mamak-mamak memujuknya supaya jangan bising kerana tidak mahu pelanggan yang lain terganggu. Melihat pekerja-pekerja itu seperti ketakutan, lagi dia menunjukkan kemarahannya.
    
Dia mengugut untuk mengadukan ke pihak atas kerana ramai pelanggan di restoran itu hendak dijadikannya  saksi.
     
Pekedai itu pun membuat tawaran supaya dia tidak perlu membayar makanannya itu. Dia boleh makan percuma kali itu.
    
Dia menolak tawaran supaya tidak membayar. Dia berkeras hendak mengadukan kepada pihak berwajib kerana dia diberi makan makanan tidak bersih dan mungkin akan mengganggu kesihatannya.
   
Melihat  pihak restoren kian keliru dengan keadaan itu, dia tambah menunjukkan berangnya.
   
Entah macam mana, tuan restoren menawarkan pula untuk memberi sedikit wang supaya ia tidak berpanjangan dan dapat diselesaikan segera.
    
Dia pun tertarik dengan jumlah yang hendak  diberi dan bersetuju.
    
Bermodalkan ekor cicak dia bukan sekadar dapat melepaskan kelaparannya, dapat makan percuma dan lebih dari itu dia balik ke rumah dengan  membawa duit pula.
   
Saya percaya cerita itu kerana dia boleh buat apa  saja untuk hidup.

Sokong Persatuan TNB tentang pengkhianatan Umno BN!

DR DZULKEFLY AHMAD

http://mk-cdn.mkini.net/369/3c14bbe172532f5f0b5aa91faba0f917.gif

1. Jelasnya PM Najib dan Kabinetnya masih lagi belum 'bertaubat nasuha'  dalam pemberian kontrak secara 'direct-nego' atau 'runding langsung' meskipun telah faham dan tahu 'dosa' dan 'pengkhianatan' yang dilakukan membawa beban kepada rakyat seluruhnya serta merosakkan pasaran dan imej Malaysia sebagai destinasi pelaburan.

2. Amat layak dan wajar Jawatankuasa Bersama Kesatuan dan Persatuan TNB yang merangkumi Persatuan Eksekutif TNB, Kesatuan Pekerja-Pekerja Pecantuman TNB dan Tenaga Nasional Berhad Junior Officers Union yang telah diadakan pada 13 Jun lalu membantah tawaran usahasama secara runding terus membabitkan syarikat IPP, YTL  untuk projek penjanaan tenaga 'Projek 4' Pasir Gudang, Johor bagi bagi menjana antara 1,400MW hingga 2,000MW.

3. Kumpulan lebih 200 pegawai kesatuan dan persatuan TNB itu kemudian berarak menuju ke Bangunan Ibu Pejabat TNB, Bangsar, memorandum bantahan "Tolak YTL" kepada Pengurusan TNB di Lobi Bangunan Ibu Pejabat TNB. Memorandum bantahan dibuat berdasarkan pengalaman pahit hasil Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) antara TNB dengan YTL sebagai IPP bermula dari tahun 1993.

4. Pada bula Februari 2014, Kerajaan Pusat telah 'menghadiah' 1-MDB projek menjana 2,000MW arang-batu yang bernilai RM11 bilion. Rakyat masih ingat bahawa 1-MDB bukan pembida termurah dalam persaingan yang menyaksikan tujuh pesaing lain. Membida projek berbilion ringgit memerlukan jutaan ringgit. bukan satu yang mudah di segi persiapan.

[Read More]

Tukar MB: Khalid tak kisah, anggap cerita lama

http://www.kualalumpurpost.net/wp-content/uploads/2013/05/khalid_ibrahim.jpg
KUALA LUMPUR: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan gesaan agar beliau berundur dari kerusi Menteri Besar Selangor yang kembali kedengaran sebagai isu lama.

Khalid ketika menjawab soalan pemberita semalam berkata, beliau tidak kisah dengan ungkitan gesaan itu dan menghormati pandangan pihak tersebut.

"Tidak mengapa, itu pandangan mereka. Saya sudah dengar semua ini sejak tahun 2013 lagi," katanya dipetik Selangorkini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas penyampaian sumbangan dana kepada enam sekolah Tamil di Kuala Selangor, semalam.

Gerakan untuk menukar Khalid bermula ketika 'Kajang Move' yang digerakkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa bulan lalu.

Bagaimanapun 'projek' tersebut sedikit terganggu apabila Anwar hilang kelayakan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang ekoran keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dalam isu fitnah liwat II.

Bagaimanapun gesaan ini kembali kuat kedengaran sejak kebelakangan ini ekoran beberapa isu yang berlaku di negeri itu di mana Khalid dilihat lebih bertindak bersendirian dan mengenepikan pandangan ketiga-tiga parti yang berkongsi kuasa di negeri itu.

Antaranya isu pembinaan Lebuhraya Kidex, isu rampasan bible Melayu, serta isu penstrukturan semula industri air. - HARAKAHDAILY 21/6/2014

" Lihatlah Muka-Muka Yang Mempertahankan Kassim Ahmad Dan Menyelar JAWI "




- Menyamakan Ulama dengan Kasta Paderi.
- Meminta supaya Al-Quran ditafsirkan semula mengikut keadaan semasa.
- Mendakwa umat hari ini terlalu mendewa-dewakan Nabi Muhammad SAW.
- Mengatakan rambut itu bukan aurat. Memakai tudung hanya akan membuatkan rambut wanita berbau.

Kalau dah menolak Hadis yang dikeluarkan oleh Nabi dan disampaikan melalui sahabat-sahabat Nabi bukankah ini secara tidak langsung telah menolak Rukun Iman iaitu percaya kepada para Nabi Lathefa Koya ???

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan jilbab atau tudung kepala sehingga melebihi dada-dada mereka, Surah An-Nur. Bukankah secara tidak langsung Kassim Ahmad telah menolak apa yang ada dalam Al-Quran sedangkan Rukun Iman terkandung percaya kepada kitab-kitab.

Hanya Hadi menjadi halangan penukaran Khalid, kata sumber

Walaupun sudah hampir setengah tahun sejak PKR memulakan pilihan raya kecil Kajang untuk mengeluarkan Tan Sri Khalid Ibrahim, namun Menteri Besar Selangor itu masih selesa di kerusinya hanya kerana satu perkara, iaitu hubungan baiknya dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata sumber Pakatan Rakyat (PR).

Walaupun PKR dan DAP terus menekan Khalid, sumber itu memberitahu The Malaysian Insider, Langkah Kajang itu tidak pergi ke mana-mana kerana Hadi sehingga kini masih tidak menyokong usaha untuk mengenepikan Khalid daripada kerusi tertinggi dalam negeri terkaya itu.

Mereka berkata, sejak berbulan PKR dan DAP membincangkan di kalangan mereka bagaimana mahu menggantikan Khalid dengan Presiden PKR yang juga Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, namun tidak disokong Hadi.

Bahkan para pemimpin tertinggi PR bertemu Hadi untuk membincangkan usaha menukar Khalid, tetapi pemimpin PAS itu menolak usaha itu, kata sumber PKR.

"Kami memberi semua bukti: kami beritahu beliau tentang lebuhraya Kidex, tentang rampasan Bible, kami memberi amaran PR boleh kalah di Selangor jika Khalid kekal sebagai menteri besar, tetapi beliau enggan mendengarnya.

benarkah UMNO sudah tambat Khalid Ibrahim dengan isu hutang RM70juta beliau dengan Bank Islam?

Kalau Tak Buang Khalid Ibrahim, PR Bungkus di Selangor

Setelah berbulan2 TUlang Besi buat pendedahan, akhirnya ketiga2 parti dalam Pakatan Rakyat telah membuat persetujuan bahawa Khalid Ibrahim wajib ditukar.

Tulang Besi berani kata, Khalid Ibrahim adalah alat UMNO. Beliau tidak akan berani buat apa2 perkara yang merugikan UMNO kerana hutang RM70 juta beliau dgn Bank Islam.

Anytime Bank Islam boleh batalkan perjanjian tersebut dan beliau akan terpaksa membayar jumlah yang sebegitu besar.

Maka akhirnya Khalid Ibrahim hanya melakukan apa yang UMNO kehendaki semata-mata. Khalid sanggup luluskan projek KIDEX yang menjadi rasuah kepada kroni yang menjayakan rampasan kuasa di Perak. Ni apa punya MB Pakatan Rakyat ni?

Itu baru sikit. Banyak lagi pertolongan yang telah diberikan oleh Khalid Ibrahim kepada kroni2 UMNO terutamanya kepada kroni2 yang menjayakan rampasan kuasa haram di Perak.

Gagalnya projek menawan Putrajaya adalah angkara Khalid Ibrahim dan bukan orang lain.

Sekurang2nya dua kerusi Parlimen di Selangor, Sungai Besar dan Kuala Selangor, kalah kerana Khalid Ibrahim tidak mahu berbelanja wang negeri membangun kawasan2 Melayu.

Syukur PAS Selangor telah pun meluluskan keputusan menolak Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor.

Yang masih menyokong Khalid Ibrahim adalah geng2 UG dipimpin Din Ayam yang menggunakan bapa mertua beliau sebagai usaha mengekalkan Khalid Ibrahim.4

Alasan yang biasa diberikan oleh Presiden PAS menyokong Khalid Ibrahim adalah Khalid Ibrahim berjanji mahu melantik ramai orang PAS( baca UG) sebagai Board Directors GLC Selangor. Semua ni jarum Din Ayam dan geng2 bekas PMRAM.

Kalau dah balachi UMNO tu akan bekerjasama setiap masa. Khalid Ibrahim dan UG.

Setuju dgn Gobind. Kalau tak ditendang Khalid Ibrahim nescaya kita akan kalah di Selangor.

Selagi Khalid Ibrahim kekal memerintah, kroni2 UMNO akan terus gemuk dan kenyang kerana Khalid takut hutang RM70 juta dgn Bank Islam akan terpaksa dibayar.

Bank Islam ni milik UMNO semata-mata.

TULANG BESI

Pimpinan PR perlu bincang pilih MB Selangor baru


Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat  
Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat

SHAH ALAM – Pas Selangor menyifatkan barisan pimpinan PR wajar bertemu untuk berbincang bagi mencari pengganti Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, calon menteri besar baru itu perlu diterima ketiga-tiga parti dalam PR.

“Pokoknya dia bermasalah. Partinya sendiri pun menolak dia. Semestinya sukar untuk beliau bertahan. Kalau dia sudah tidak mendapat sokongan daripada dua parti dan ahli badan perhubungan Pas pun telah melihat dia bermasalah, maka saya rasa, kita mesti bersedialah membawa satu pertukaran kerana kita tak boleh la hanya menganggap seorang saja yang mampu (menjawat jawatan MB).

“Jadi, apa yang perlu dilakukan sekarang ini ialah pimpinan daripada ketiga-tiga parti wajar bertemu dan berbincang untuk mencari calon lain yang boleh diterima. Nyatakan syarat-syarat baru yang mahu dikenakan oleh setiap parti ke atas calon yang akan dipilih dan disokong bersama itu,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Hukum 'tengok bola'

http://ibnu-ismail.blogspot.com | 18 Jun 2014.

https://pbs.twimg.com/media/BOQAeR7CIAAFgqX.jpg
Sebuah kajian ilmiah oleh: Dr.Haji M.Taufiq Q. Hulaimi, MA Med – Direktor Ma’ahad Aly An-Nuaimy, Jakarta dan diolah dalam Bahasa Malaysia oleh: Mohd Fadhlullah Ismail, IAIN Ar Raniry Aceh.
__________________________

Sepak bola tidak pernah dibicarakan dalam buku-buku fiqh klasik. Olahraga ini termasuk nawazil (hal-hal baru). Berdasarkan kaedah fiqh iaitu ‘al-aslu fil asyyaa al-ibahah’, maka hukum menonton sepak bola adalah harus. Adapun sebahagian ulama’ yang mengharamkannya lebih disebabkan kerana ada hal-hal lain yang mengiringi sepak bola. Antaranya adalah:

1) Paha lelaki aurat?

Apabila paha itu adalah aurat, maka menonton sepak bola menjadi haram kerana melihat aurat lelaki. Sebaliknya apabila peha bukan aurat, maka menonton sepak bola hukumnya mubah (harus). Para ahli fiqh (fuqaha’) berselisih pendapat dalam hal ini seperti berikut:

Pendapat pertama: Jumhur ulama’ mengatakan peha lelaki adalah aurat. Pendapat ini berdasarkan sejumlah hadith antara lain “tutupilah pehamu kerana sesungguhnya peha adalah aurat” (Hadis Riwayat Malik, Ahmad, At-Tarmidzi).

UiTM : Bukan pasal model tapi soal kroni buat untung atas angin

KUALA LUMPUR: Penjelasan UiTM berhubung projek penswastaan pembinaan beberapa kampus universiti itu tidak langsung menjawab persoalan kronisme yang wujud tetapi lebih berkisar kepada model pembiayaan yang bukannya menjadi pokok persoalan.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli (gambar) berkata, pihak pengurusan UiTM tidak sedikit pun menyangkal pendedahan beliau mengenai kroni-kroni Umno yang berada di belakang syarikat-syarikat konsesi tersebut malah gagal menyangkal kos sewa tahunan yang terpaksa ditanggung bagi setiap kampus seperti didedahkan beliau.

"Saya mengalu-alukan jawapan rasmi dari pengurusan UiTM mengenai projek-projek penswastaan UiTM kampus-kampus cawangan Pasir Gudang, Jasin, Seremban III, Puncak Alam, Tapah dan Kota Samarahan.

"Kenyataan media UiTM semalam merupakan jawapan rasmi yang pertama setelah seminggu saya mendedahkan bagaiman kroni Umno yang akhirnya mengaut keuntungan dari dasar penswastaan kampus-kampus baru UiTM yang sedang dilaksanakan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Rafizi, penjelasan UiTM itu telah membantu mengesahkan bahawa kesemua fakta yang dikemukakan selama ini mengenai kroni di belakang setiap syarikat konsesi dan pertambahan kos lima kali ganda yang akan membebankan UiTM itu adalah benar dan tepat.

Siapa Yang Buat Rekaan Politik Muhyiddin Mahu Berhenti?

Shahbudin Husin, 

http://rufaizahbujang.files.wordpress.com/2013/01/wpid-najib_tpm.jpeg
Perdana Menteri, Najib Razak akhirnya bersuara berhubung kedudukan timbalannya, Muhyiddin Yassin di dalam kabinet dengan menyatakan laporan media sosial mengenai perkara itu hanyalah rekaan politik politik pihak-pihak tertentu saja.

Najib berkata lagi, beliau mempunyai hubungan dan persefahaman yang amat baik dengan timbalannya itu, bahkan Muhyiddin juga sentiasa mendukung dan menjayakan segala dasar pembangunan nasional terutama yang berkait dengan transformasi negara.

Apabila Najib berkata, isu perletakan jawatan Muhyiddin itu semata-mata rekaan politik pihak-pihak tertentu, apa yang menjadi perhatian sekarang ialah, siapakah pihak tertentu itu?

Adakah ia dalam pengetahuan Najib dan beliau memandang serius mengenainya? Atau beliau tidak langsung mengambil berat mengenainya?

Apakah pihak tertentu yang dimaksudkan Najib itu adalah kumpulan yang mahu menggugat kepimpinannya yang sedang berhadapan dengan pelbagai masalah sekarang ini?

Mercun - Masalah yang gagal diatasi setiap tahun, salah siapa?

Polis tingkat kawalan cegah seludup mercun

ALOR SETAR - Polis akan mempertingkatkan kawalan dan pemantauan di kawasan sempadan bagi membendung penyeludupan mercun menjelang bulan Ramadan dan Syawal.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, kawalan ketat dilakukan di pintu sempadan termasuk menambah bilangan anggota

Beliau berkata, langkah itu perlu kerana aktiviti penyeludupan mercun biasanya akan meningkat menjelang pertengahan Ramadan.

“Perkara ini memang sudah biasa berlaku. Kita sedia maklum kawasan sempadan adalah luas bermula dari Kelantan hingga Perlis. Kedah pula bersempadan dengan Thailand, jadi mereka akan cuba membawa masuk dan keluar barang haram seperti mercun.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...