TERKINI :

Thursday, June 19, 2014

Penswastaan UiTM: Kenapa Umno, NGO membisu?

Nik Nazmi June 19, 2014

PENDEDAHAN Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mengenai penswastaan UiTM melalui sistem konsesi yang menguntungkan kroni, dilihat merupakan satu masalah yang akan merugikan rakyat khususnya Bumiputera.

Ini kerana UiTM merupakan salah satu institusi kebanggaan Bumiputera selama ini.

Meskipun kos pembinaan enam kampus UiTM yang telibat di dalam skim ini sekitar RM1.8 bilion, tetapi rakyat menerusi Kerajaan Persekutuan terpaksa membayar RM8.6 bilion sebagai sewa untuk tempoh 23 tahun.

Mengapakah pimpinan Umno yang kononnya pejuang Melayu menerima konsesi-konsesi mewah dalam pembikinan UiTM?

Ke manakah suara-suara lantang dari NGO-NGO Umno seperti Isma, Jati dan Perkasa yang selama ini mendabik dada dengan bangga mengatakan bahawa mereka adalah pembela hak kaum Melayu apabila pendedahan ini dibuat?

Walhal, sudah terang dan nyata bahawa penswastaan UiTM ini nanti akan membebankan rakyat.

Adakah masing-masing menjadi bisu hanya kerana syarikat-syarikat yang telah dilantik sebagai pemegang konsesi adalah dari kalangan kroni mereka sendiri?

Sejak penubuhan UiTM itu sendiri, mereka sentiasa menyifatkan istitusi itu merupakan sebuah institusi yang ingin membantu bumiputera.

Ini kerana UiTM menawarkan yuran pengajian yang agak rendah berbanding institut pengajian tinggi yang terdapat di negara ini.

Jelas dapat dilihat dengan perjanjian konsesi selama 23 tahun ini nanti, sudah pasti kesannya akan membebankan rakyat.

Adakah kerajaan sendiri lupa akan idea penubuhan UiTM itu sendiri?

Dengan pelaksanaan konsesi UiTM ini nanti, tidak mustahil yuran pengajian mahupun yuran-yuran lain di UiTM ini nanti akan dinaikkan.

Sudah pasti kesan ini akan dirasai oleh pelajar.

Ini jelas sekali bercanggah dengan idea penubuhan UiTM yang ingin membantu Bumiputera.

Tidakkah pembela dan pejuang Melayu ini memandang serius kepada masalah ini?

Adakah kerana ia memberi keuntungan kepada pihak-pihak tertentu, maka mereka membatukan diri?

Jangan kerana keuntungan sebelah pihak, maka mereka menafikan hak pihak rakyat yang ramai.

Bak kata pepatah Melayu, "menang sorak, kampung tergadai".

Isu UiTM : Pekung Pemimpin-Pemimpin Umno Terburai Lagi..


Ahli Parlimen Pandan itu berkata demikian dengan menggunakan contoh konsesi penswastaan UiTM Jasin yang dibuat melalui rundingan terus.

"Konsesi penswastaan UiTM Jasin diberikan kepada YBK Usahasama Sdn Bhd yang dikawal dua tokoh Umno Selangor, yang juga bekas wakil rakyat, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Kali Datuk Zainal Abidin Sakom, dan Adun Sungai Air Tawar yang juga bekas ahli Parlimen Sabak Bernam Datuk Dr Mat Yasir Ikhsan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, Kuala Lumpur hari ini.

Rafizi berkara, ekoran kegagalan konsesi itu untuk membina UiTM cawangan Serendah, syarikat yang dikawal mereka melalui YBK terlibat dengan konsesi penswastaan UiTM Jasin.

"Bukti yang saya tampilkan setakat ini sudah cukup menunjukkan bagaimana UiTM digunakan Umno untuk menanggung beban bayaran kepada syarikat konsesi yang semuanya milik pimpinan Umno," katanya. ~tmi

Azilah Hadri ditangkap khalwat dengan polis wanita

OLEH MUZLIZA MUSTAFA

Seorang bekas polis komando berusia 38 tahun yang dibebaskan tahun lalu atas tuduhan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006, Azilah Hadri ditahan awal hari ini selepas ditangkap berkhalwat dengan seorang polis wanita yang sudah berkahwin di Sepang.

Azilah yang sebelum ini bertugas di Skuad Tindakan Khas di Bukit Aman ditangkap di sebuah unit kuarters polis di Sepang bersama seorang wanita oleh suami wanita terbabit pada jam 1.20 pagi.

Suami berkenaan, seorang anggota polis yang bertugas di unit kereta peronda, pulang ke rumah untuk memeriksa sama ada isterinya di rumah dan mengesyaki sesuatu tidak kena apabila mendapati pintu berkunci.

Selepas memeriksa dengan lebih lanjut, beliau mendapati bekas komando itu bersembunyi di sebelah katil dalam bilik tidur.

Isu Konsesi UiTM : Bekas Adun BN Selangor pula kaut nikmat selepas adik Shahrizat & Tokey Syabas


Pemberian konsesi penswastaan UiTM Jasin yang diberikan kepada syarikat yang dikawal oleh dua orang bekas wakil rakyat Umno Selangor membuktikan bahawa keputusan lantikan syarikat pemegang konsesi dibuat secara rundingan terus. 

Malah, saya berpendapat bahawa keputusan untuk membina kampus-kampus cawanga UiTM ini lebih dipengaruhi kepada lobi dan rundingan dengan syarikat-syarikat pemegang konsesi, bukannya berdasarkan perancangan jangka panjang UiTM sendiri.

Konsesi penswastaan UiTM Jasin diberikan kepada YBK Usahasama Sdn Bhd yang dikawal oleh dua orang tokoh Umno Selangor yang juga bekas wakil rakyat iaitu:

1. Dato’ Zainal Abidin Sakom, bekas ADUN Batang Kali, dan
2. Dato’ Dr Hj Mat Yasir Ikhsan, bekas ADUN Sg Air Tawar, Sabak Bernam (1999-2004) dan bekas Ahli Parlimen Sabak Bernam (2004-2008)

SELANJUTNYA : BACA SINI

Tembelang Menteri Ku.Nan pecah, kontrak untuk sykt bumiputera Umno di batal dan pie beri kat sykt di Singapore

Firma ahli Umno dapat injunksi terhadap Ku Nan

Sekumpulan usahawan Bumiputera hari ini memperolehi injunksi terhadap Menteri Wilayah Persekutuan yang juga Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor serta dua yang lain, daripada terlibat dalam usahasama dalam urusan tanah seluas lima hektar di Bukit Kiara.

Minggu lepas, Damai Kiaramas Sdn Bhd, yang dimiliki oleh ahli Umno, memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Tengku Adnan, yang juga dikenali sebagai Ku Nan, kerana didakwa melanggar kontrak.

Syarikat itu mendakwa ia telah memenuhi semua syarat yang ditetapkan oleh kementerian untuk membangunkan tanah itu, termasuk mendapatkan persetujuan mereka yang tinggal di rumah panjang di situ sejak 32 tahun untuk ditempatkan dalam projek pembangunan bercampur di atas tanah tersebut.

Jenayah mencuri semakin meningkat di DUN SG. TIANG... sila ambil perhatian..!!

Masalah kecurian makin menjadi-jadi

Ibrahim menunjukkan tempat letak tong gas yang hilang. 
Ibrahim menunjukkan tempat letak tong gas yang hilang.

SUNGAI TIANG - Penduduk Kampung Padang Durian, di sini, meminta pihak berkuasa membuat pemantauan terhadap kes kecurian di kawasan itu, berikutan semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Mahmud Talib, 62, berkata, kecurian itu melibatkan pelbagai jenis barangan yang boleh dijual termasuk tanaman penduduk.

Menurutnya, difahamkan kecurian itu dilakukan oleh remaja yang terlibat dengan pengaruh dadah.

“Pisang, durian, petai dan segala jenis buah-buahan yang boleh dijual semuanya dicuri sehingga penduduk sendiri tidak boleh merasa hasil tanaman mereka.

“Saya telah tebang pokok-pokok di dusun buah-buahan dan tanam pokok getah kerana geram dengan pencuri ini," katanya.

Apabila Syaitan menguasai diri, Isteri sanggup curang kepada suami.. last makan 'parang'..!!

Pasangan kekasih gelap ditetak suami

Suspek (kiri) kelihatan mendukung anaknya sebelum ditahan pihak polis di lokasi kejadian.  
Suspek (kiri) kelihatan mendukung anaknya sebelum ditahan pihak polis di lokasi kejadian.

ALOR SETAR - Tindakan curang seorang isteri yang bermadu kasih dengan kekasih gelapnya membawa padah apabila perbuatan mereka dihidu suami wanita berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, suspek dikatakan baru pulang ke rumah daripada berniaga dan mendapati isterinya sedang berdua-duaan dengan teman lelakinya dalam sebuah bilik di rumah mereka, di Jalan Rakyat, Langgar, di sini.

Berang melihat perbuatan isterinya itu, suspek dikatakan terus bertindak menyerang dan menetak isterinya dan lelaki berkenaan yang juga pekerjanya menggunakan sebilah parang.

Akibat tetakan tersebut, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian paha, kaki dan tangan dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sejurus kejadian.

Kampung Chubadak.. Akhirnya PERKASA tiba..!!!



Wanita yang di tangkap mengamuk di Jabatan Perdana Menteri 2 tahun lalu terlepas hukuman

Muhdalena terlepas hukuman

Muhdalena  
Muhdalena

PUTRAJAYA - Mahkamah Sesyen di sini, hari ini melepaskan seorang wanita daripada empat pertuduhan, dalam satu kejadian amuk di Jabatan Perdana Menteri(JPM) dua tahun lalu.

Hakim Muhamad Kamil Nizam membuat keputusan itu terhadap Muhdalena Ahmad, 30, kerana mendapati tertuduh mengalami ketidak sempurnaan akal semasa kejadian.

Sehubungan itu, Muhamad Kamil memerintahkan Muhdalena ditahan dengan selamat di Hospital Permai Tampoi, Johor sementara menunggu diperkenan Yang di Pertuan Agong.

Muhdalena didakwa empat pertuduhan dalam kejadian di Kompleks B, JPM, Presint 1, Putrajaya kira-kira pukul 2.30 petang, 9 Julai 2012.

Bagi tuduhan pertama, dia didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengugut mendatangkan cedera parah kepada seorang anggota polis Lans Koperal Ridzuan Megat Ahmad manakala bagi tuduhan kedua, dia didakwa membawa sebilah pedang.

Cermin gelap, apa rasional diambil tindakan

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin meminta Kementerian Pengangkutan meneliti kembali cadangan untuk dikenakan tindakan berhubung penggunaan cermin gelap pada kenderaan.

Katanya, kalau sebelum ini kerajaan menjelaskan tindakan penguatkuasaan penggunaan cermin gelap adalah bertujuan untuk mengurangkan kadar jenayah.

"Kalau alasan kurangkan kadar jenayah, kita minta kerajaan nyatakan statistik berlakunya jenayah melibatkan kenderaan menggunakan cermin gelap.

"Kita ingin tahu peratusan jenayah yang berlaku di dalam negara ini jika dibandingkan sebab-sebab lain," katanya kepada media di parlimen semalam.

Menurut beliau, kerajaan perlu memikirkan satu mekanisma baru bagi membenarkan pemandu menggunakan cermin gelap pada kenderaan mereka memandangkan keadaan cuaca panas di negara ini.

Alhamdulillah berdasarkan Jawapan Parlimen Indeks Jenayah di Malaysia masih rendah dan kita masih aman


Jenis jenayah dan jumlah kejadian jenayah tersebut berlaku dalam tempoh seminggu. Seminggu tau. Bukan sebulan ataupun setahun.

1. Kes bunuh = 10 kes

2. Kes rogol = 45 kes

3. Samun berkumpulan dengan senjata = 2 kes

4. Samun berkumpulan tanpa senjata = 300 kes

Presiden PAS selamat tiba, perlu berehat

HARAKAHDAILY | 19 Jun 2014.

KUALA LUMPUR: Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memaklumkan bahawa Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah selamat tiba di tanah air pada petang semalam setelah menjalani rawatan perubatan di sebuah hospital berhampiran dengan tempat persidangan di Istanbul, Turki akibat dari komplikasi sesak nafas semasa persidangan berlangsung.

“Walaupun kesihatan beliau sudah bertambah baik dan dibenarkan pulang ke Malaysia, tetapi pihak doktor perubatan masih menasihati beliau supaya dapat terus berehat untuk satu tempoh masa yang tertentu,” ujarnya dalam satu kenyataan media ringkas.

Sehubungan dengan itu juga, katanya adalah diminta supaya ahli-ahli dan kepimpinan parti serta rakan-rakan lainnya dapat memberikan ruang secukupnya kepada Presiden PAS untuk pulih sepenuhnya sebelum dapat bertemu dan seterusnya memberikan komitmen terhadap program parti dan masyarakat.

Tuan Guru Abdul Hadi dimasukkan ke wad ICU hospital Medipol Universite Hastanesi, Istanbul pada 30 Mei lalu selepas mengadu sesak nafas

Lima faktor nasib malang Sepanyol di Brazil

Lima faktor nasib malang Sepanyol di Brazil
Lima faktor nasib malang Sepanyol di Brazil 
 
Sepanyol menjadi pasukan kelima yang tersingkir di peringkat pertama Piala Dunia selepas tewas mengejut 2-0 kepada Chile awal pagi tadi.

AFP Sports menyenaraikan lima sebab malang aksi penyandang juara itu di Brazil.

1. Masih mengekalkan pemain veteran

Selepas tewas 5-1 kepada pasukan Belanda, jurulatih Vicente del Bosque terpaksa bertindak menggugurkan Xavi Hernandez dan Gerard Pique, dengan menggantikannya kepada Pedro Rodriguez dan Javi Martinez.

Walaubagaimanapun, nafas baru bagi pasukan Sepanyol sepatutnya sudah bermula sejak awal lagi. Pemain seperti pemain midfield Atletico Madrid, Keko yang sentiasa tampil penuh bersemangat, agak terlewat dimasukkan ke dalam pasukan.

Adakah mungkin bergantung harap terhadap Iker Casillas satu percaturan salah? Kapten pasukan ini mempunyai ‘track record’ cemerlang, namun Casillas tidak bermain kerap dengan pasukan Real Madrid dan Del Bosque memiliki alternatif dalam mencatur bahagian gol, tanpa bantuan Victor Valdes yang mengalami kecederaan buku lali.

Jamil pertahan kenyataan M'sia bukan negara sekular

 
Tiada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Malaysia negara sekular, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Katanya, Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan bahawa Islam adalah agama Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini.
  
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan semalam bagi menjawab pertanyaan Ah Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew yang ingin tahu sama ada Malaysia negara sekular atau negara Islam dalam persidangan Dewan Rakyat Isnin lepas.
  
Jamil Khir turut merujuk kepada kes Che Omar bin Che Soh melawan Pendakwa Raya pada 1988 dengan hakim ketika itu, Hakim Tun Mohd Salleh Abas berpandangan bahawa undang-undang yang masih terpakai di negara ini adalah undang-undang sekular dan tidak menyatakan Malaysia sebagai sebuah negara sekular.
    




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...