Aku rasa dalam Ops Warta saman tertunggak ni, polis bukan saja
takat tak reti buat kerja, pemalas pulak tu dan dalam masa yang sama
mungkin depa seronok jadi samseng buli rakyat.
TheStar melaporkan:
In Malacca, state traffic staff officer DSP Mohd Sham Abdullah said a man with 79 traffic summonses who was flagged down at an Ops Warta roadblock on Monday had his car impounded.
“The man, in his 30s, had accumulated the summonses, mostly for speeding, over the past five years.
“He is clearly a habitual offender and the law allows police to impound the vehicle,’’ he said. - TheStar.
Mengulas laporan ni peguam ZulHazmi update status facebook dia:
Aku cuma nak komen sikit. Aku baca punya baca dan tanya beberapa kawan untuk kepastian, aku tak jumpa satu pun dalam mana2 peruntukkan khususnya Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memberi kuasa kpd Polis untuk merampas kenderaan sesiapa atas alasan mempunyai saman.Isu saman tertunggak ni isu lama, malah dah berkurun kut polis macam main ugut rakyat supaya bayar saman pasai kerajaan dah tak berapa nak ada duit.
Aku juga dah berbuih mulut cakap bahawa saman tak perlu dibayar. Kalau DSP Mohd Sham kata bayar atau face the music. Aku nak tanya la musik apa tu?? Apa Polis nak buat kalau orang tak bayar jugak saman?? Dalam undang-undang, kalau tak bayar saman wajib ke Mahkamah. Jadi bawa la ke Mahkamah bukan dok ugut macam tu. Cermat sikit la buat kerja. Jangan kerana awak semua Polis terpalit org kata tak elok. - Facebook.