TERKINI :

Tuesday, June 17, 2014

Rombak Kabinet : PM Gugur Najib?

A Kadir Jasin

DALAM 1Malaysia macam-macam ada, satu jenaka SMS yang sedang diedarkan berbunyi:

“Cabinet reshuffle soon. The PM is dropping Najib.” (Rombakan Kabinet tak lama lagi. Perdana Menteri akan gugurkan Najib.)

Serah kepada pengguna telefon pintar untuk “menjenakakan” dan meremehkan segala perkara. Tetapi lebih baik mereka berjenaka daripada mengamuk kerana hilang punca! Laughter is the best medicine. Ketawa penawar lara.

Tetapi apabila saya memanjangkan (forward) jenaka itu kepada dua wartawan kanan bergelaran di raja, kedua-dua mereka menyangka saya tersalah taip - typo error.

Jenaka atau tidak, saya rasa Perdana Menteri perlu memikirkan semula kedudukan Mohd Najib sebagai Menteri Kewangan.

Bukan saja pengurusan kewangan negara di bawah Mohd Najib telah mencetuskan pelbagai isu dan persoalan, ia juga berupa konflik kepentingan.

Apabila PM juga bertindak sebagai Menteri Kewangan maka tidak wujud lagilah proses pemisahan kuasa dan timbang tara. Kalau ada menteri yang tidak puas hati dengan peruntukan atau tindak-tanduk Kementerian Kewangan, kepada siapa mereka hendak mengadu?

Perghh..!! Bongkaknya jawapan Datuk Bandar Kuala Lumpur, sampai injuksi mahkamah pun tak mau patuh..

'Kg Chubadak Tambahan tetap diranapkan'

 
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata kesemua "rumah haram" penduduk Kampung Chubadak Tambahan akan dirobohkan walau penduduk memfailkan injuksi di Mahkamah Tinggi.

Katanya, tindakan itu diteruskan kerana penduduk di kawasan itu sudah menetap "secara haram” sejak lebih 20 tahun lalu.

“Ya, kerja-kerja perobohan akan diteruskan kerana mahkamah sudah tetapkan (sebelum ini).

Penduduk berkenaan memohon injuksi tersebut pada 12 Jun lalu di Mahkamah Tinggi.

Mahkamah seterusnya membenarkan injunksi tersebut berkuatkuasa selama 14 hari, sehingga 26 Jun.

Kasino Kedua Di Malaysia - Anda Setuju?


3 billion. Labur nak buat kasino. Banyak gile duit orang tua neh. Tak cukup dengan satu kasino di Genting. Sekarang bercita2 nak buat kasino kedua. Lokasi di Pahang cuma tatau kat mana. Jika projek tersebut diluluskan oleh kerajaan maka Malaysia akan memiliki 2 kasino. Di Malaysia dan dua2 pun di Pahang.

Dengan kewujudan kasino budaya judi di kalangan rakyat Malaysia mungkin bertambah. Ye tak? Aku tengok orang2 cina pun benci kasino2 bagai neh. Aku ada kenalan2 cina yang memang sakit ahti dengan penubuhan kasino. Kasino pada dia telah merosakkan sebuah keluarga yang bahagia. Dia boleh tolerate jika judi dalam skala kecil. Kalah pun tak rasa apa. Rugi bawah satu ratus ringgit. Tapi yang buat dia tak boleh tolerate bila budaya judi boleh menyebabkan keluarga hancur. Bukan satu tapi banyak kes terjadi keluarga bunuh diri angkara along. Hutang along angkara nak memuaskan nafsu berjudi. Yang kena bunuh pun ada. Rumah kena rampas. Bisnes kena rampas. Rugi. Anak2 hilang tah kemana.

Ini semua penyakit2 sosial yang tumbuh melata akibat nafsu berjudi.

Dan si Vincent Tan pula berperanan menyuburkan lagi nafsu berjudi manusia dengan bercita2 mahu membina kasino kedua di Malaysia.

TIPS BILA BERHADAPAN DENGAN OPERASI WARAN TANGKAP TRAFIK

SUATU HARI DI JALAN RAYA...
 
Jai (bukan nama sebenar) sedang memandu kereta dari Kota Bharu ke KL melalui Lebuh raya Pantai Timur (LPT). Apabila tiba di suatu tempat ada Polis buat Operasi (Ops Warta Khas) untuk mencari pemilik saman yang enggan membayar saman. Kata SAC Mohd Fuad Abd Latif, Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, ada lebih kurang 1.9 juta saman tertunggak dan waran tangkap yang belum selesai.

Polis: Encik... tolong ke tepi ya...

Jai pun memandu ke bahu jalan dan berhenti.

Polis: Mintak IC & Lesen Encik.

Jai keluarkan lesen & IC. Alhamdulillah lesen memandu masih hidup. Setelah memeriksa IC & Lesen Jai, Polis tersebut berkata.

Polis: Encik, ikut rekod kami, encik ada 15 saman tertunggak dan 1 waran tangkap. Jadi Encik kena ikut saya ke Balai.

Selepas KAKAK balun Duit Projek Lembu Kondo, kini adik pulak balun duit konsesi UiTM

PKR dedah Putrajaya beri konsesi UiTM Seremban kepada adik Sharizat Jalil

PKR hari ini mendedahkan konsesi pembinaan kampus Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) cawangan Seremban diberikan kepada syarikat yang dimiliki adik Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Sharizat Jalil.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata Datuk Shahrir Abdul Jalil, iaitu adik kepada Sharizat memperolehi perjanjian konsesi itu melalui syarikat Tentu Selesa Sdn Bhd di mana rakan kongsinya juga berkait rapat dengan Umno.

"Semakan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan ia dikuasai dua tokoh rapat dengan Umno selain adik Sharizat, Datuk Aidit Ghazali merupakan timbalan presiden Jalur Tiga (Jati)," katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Nak tuntut jawatan TPM tuntutlah itu hak anda, tapi yang dok ugut nak keluar Malaysia tu apasal?

PERLUKAH LANTIK TPM DARI SABAH DAN SARAWAK?

Kelmarin, ADUN Sabah Datuk Jeffrey Kitingan menggesa kerajaan melantik dua orang timbalan perdana menteri untuk mewakili wilayah Sabah dan Sarawak. Tujuannya untuk membendung perasaan tidak puas hati rakyat di dua wilayah berkenaan. Katanya lagi, jika hal ini tidak selesai, “kita harus berpisah dari Malaysia.”

Saya memahami perasaan tidak puas hati tersebut, tetapi mengangggap Sabah dan Sarawak sebagai sebuah wilayah dan mengugut untuk keluar dari Persekutuan Malaysia adalah sesuatu yang tidak boleh saya terima. Ia bukan sahaja bertentangan dengan perlembagaan, tetapi menunjukkan betapa tidak kuatnya semangat patriotisme kita pada negara.

Soal tindakan tidak adil kerajaan pusat ini bukan hanya berlaku kepada Sabah dan Sarawak. Negeri Kelantan juga merasakan begitu apabila dinafikan haknya mendapat bayaran royalti ke atas minyak yang digali di perairannya.

Tetapi Kelantan tidak mengugut untuk keluar Malaysia. Sebaliknya Kelantan mengambil tindakan melalui jalan politik dan undang-undang untuk menyelesaikan tuntutan ini.

Bagi saya, tuntutlah apapun dari kerajaan pusat—sama ada dua jawatan timbalan perdana menteri atau 20% bayaran royalti, tetapi janganlah lagi membuat gesaan untuk keluar dari Malaysia.

Ini adalah negara kita bersama yang kita perlu jaga keutuhannya.

Profesor Madya Mohammad Agus Yussoff

MALAYSIA NEGARA SEKULAR ATAU NEGARA ISLAM - APA ADA PADA NAMA?

oleh Zulhazmi Shariff

http://img.astroawani.com/2014-05/71400387280_295x200.jpgHari ni nak sembang sikit isu ni apabila semalam ada soalan dibangkitkan di Dewan Rakyat oleh Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling Chai Yew. Dalam jawapannya kepada Dewan Rakyat, Dato' Seri Jamil Khir menyatakan bahawa Malaysia sebuah negara Islam. Tidak setuju dengan jawapan tersebut, Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo menyarankan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong merujuk kepada Mahkamah Persekutuan untuk klarifikasi.

Pelik juga dengan polemik Negara Islam Negara Sekular ni. Apa keistimewaan jika Malaysia diisytiharkan Negara Islam? Apa keistimewaan pula jika diisytiharkan Negara Sekular?

Untuk kenalpasti atau leraikan isu ini, kita kena tahu apa itu "sekular" dan apa itu "Islam".

Negara Sekular atau konsep sekularisme ialah suatu konsep pengasingan hidup dengan kaitan agama. Dalam konteks kenegaraan, Negara Sekular bermaksud pentadbiran negara diasingkan atau tidak melibatkan perkiraan agama. Agama apa pun tidak diangkat sebagai panduan tidak kira agama Islam, Kristian, Budha dan sebagainya. Secara amnya boleh dikatakan Negara Sekular ialah sebuah negara tiada pegangan agama tetapi amalan agama dan anutan mana-mana agama tidak dilarang. Anutan atau amalan rakyat dalam beragama dibenarkan tetapi dalam pentadbiran negara atau negeri tidak dilibatkan faktor agama.

Negara Islam ialah sebuah negara yang bukan sekular. Negara Islam ialah sebuah Negara yang sewajibnya meletakkan Islam sebagai panduan dalam setiap apa jua tindakan. Undang-undangnya mesti berpandukan Islam, sistem kewangannya Islam, hubungan antarabangsanya Islam dan sebagainya berpandukan Islam.

Ulama 'moden' tak perlu khayal fatwa sendiri

 
Bila bercakap soal khinzir dalam makanan, penulis teringat tentang suatu ketika dahulu apabila angin London sepoi-sepoi bahasa membawaku berjumpa dengan seorang kenalan kolej dari masyarakat Tiong Hua.

Kami bertemu sejak di bangku sekolah di Lembah Beringin lagi dan pertemuan kami di Leytonstone itu bertujuan merapatkan hubungan yang telah lama terputus. Andrew, mempelawa aku masuk dan berseloroh memberitahu yang dia sedang masak sesuatu untuk makan tengah hari.

Bersangka baik, aku tidak mengesyaki langsung dengan persoalan jika makanan yang dimasak itu halal.

Bagaikan sudah terbaca gerak hati aku, Andrew berkata yang daging ayam yang dia masak dibeli di kedai “halal butcher” di bawah.

Beliau kemudian menambah yang dia sendiri tidak gemar memasak daging khinzir sendiri di rumah kerana “daging khinzir susah dimasak”.

Aku kekok mendengar pengakuan dia ini tetapi yakin umum diketahui daging khinzir bahaya jika tidak dimasak dengan sebetulnya.

Beberapa minggu dahulu, Malaysia digemparkan dengan keputusan analisis yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia terhadap dua produk Cadbury.

Punca ibu Dyana belum terima surat tunjuk sebab

KUALA LUMPUR: Yammy Samat, ibu calon DAP PRK Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya masih belum menerima surat tunuj sebab terjawab apabila Umno didapati menghantar surat itu ke alamat rumah yang tidak didiaminya sejak 10 tahun lalu, lapor Mstar Online.

Difahamkan, Umno Pusat mengirim surat itu ke alamat rumah lama Yammy yang diperoleh menerusi data dalam rekod keahlian parti itu.

Sehingga berita ini ditulis, Umno Perak memaklumkan mStar Online bahawa pihaknya akan berbincang dengan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Selasa berhubung perkara itu.

Ketika dihubungi, Yammy yang diberi surat itu kerana didakwa berkempen untuk calon DAP itu berkata, sehingga hari ke-13 iaitu sehari sebelum tarikh akhir surat itu sepatutnya dijawab, beliau masih belum menerimanya.

Malah, beliau mencabar Tengku Adnan untuk mengemukakan bukti bahawa beliau sudah menerima surat daripada parti itu seperti didakwa dan disiarkan media.

Adakah Ada Pihak Dalam PR Cuba Untuk Memalukan Wan Azizah?

Shahbudin Husin,

http://sataypanas.com/wp-content/uploads/2013/04/Datin-Seri-Dr-Wan-Azizah-Wan-Ismail.jpg
Belum pun habis PKR dibelenggu dengan pemilihan parti yang menimbulkan pelbagai masalah dan keributan, parti itu terus ditimpa musibah bila semua 10 soalan daripada Presiden PKR yang juga ADUN Kajang, Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam DUN Selangor ditolak oleh Speaker, Hannah Yeoh.

Alasan penolakan itu pula terlihat sangat remeh dan tidak munasabah iaitu kerana semua soalan yang dikemukakan itu melebihi 40 patah perkataan sebagaimana yang ditetapkan.

Tidakkah ini sesuatu yang memalukan?

Persoalannya, apakah sebagai ADUN baru, Wan Azizah tidak dimaklumkan mengenai syarat 40 patah perkataan itu?

Di sisi yang lain pula, dengan rekod Wan Azizah sebagai Presiden PKR, pernah menjadi Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang sebelum ini, apakah beliau tidak mengetahui semua syarat-syarat itu?

Dan jika pun Wan Azizah tidak mengetahuinya, apakah pegawai-pegawai beliau tidak membuat semakan terlebih dahulu sebelum menghantar soalan tersebut?

Kalau ianya suatu kesilapan, apakah pejabat Speaker langsung tiada toleransi dengan meminta soalan itu ditulis semula dengan ayat yang lebih pendek dan bukannya menolak terus daripada dikemukakan dalam sidang DUN Selangor?

Isu projek Janakuasa di Johor membuktikan kapitalisme kroni era-Mahathir berkembang maju

DAP dakwa loji kontroversi Track 4A bukti ‘kapitalisme kroni’ era-Mahathir berkembang maju 

http://malaysianreview.com/wp-content/uploads/2013/12/ipp.jpg
Projek loji janakuasa kontroversi yang mana Tenaga Nasional Bhd (TNB) sendiri menjauhkan diri daripadanya membuktikan kapitalisme kroni era-Mahathir berkembang maju di Malaysia, kata Tony Pua hari ini.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara daripada DAP itu menuduh Putrajaya memberikan projek RM3 bilion digelar Track 4A kepada konsortium YTL-SIPP-TNB untuk memujuk mereka kerana tidak mendapat projek RM11 bilion Projek 3A yang diberikan kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

“Mengejutkan bagaimana Suruhanjaya Tenaga memberikan konsesi 20 tahun kepada syarikat yang tidak tahu mereka akan bekerjasama,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, merujuk kepada penafian TNB mereka sebahagian daripada konsortium walaupun sudah menerima surat tawaran.

Suruhanjaya Tenaga bulan lalu berkata, konsortium YTL Power, SIPP Energy Sdn Bhd dan TNB diberikan projek Loji Janakuasa Gas-Turbin Projek 4A 1,000-1,400MW bernilai RM3 bilion berdasarkan proses tender bagi projek Track 3B kerana memerlukan satu lagi loji janakuasa dengan segera.

KUALA MUDA - Jangan salah guna daun ketum


KUALA MUDA - Persepsi masyarakat yang salah yang menganggap ketum sebagai rawatan alternatif dalam kehidupan seharian menyebabkan minuman itu masih menjadi pilihan termasuk dalam kalangan pelajar sekolah.

Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Kuala Muda, Nor Hisham Yahya berkata, mentaliti masyarakat yang salah anggap menyebabkan air ketum masih diamalkan sedangkan ia adalah bahan yang berbahaya dan memudaratkan kesihatan.

Menurutnya, amalan meminum air ketum boleh menyebabkan ketagihan bukan sahaja dalam kalangan warga emas malah sudah merebak ke penglibatan pelajar sekolah.

“Kita ada menerima respons daripada pelajar yang mengaku terlibat dalam kegiatan air ketum ketika ditanya dalam beberapa seminar yang dibuat sebelum ini.

“Mereka tanpa segan silu angkat tangan dan mengaku pernah minum bahan tersebut,” katanya.

36 masjid akan dipasang wifi

ROSLINDA HASHIM

ALOR SETAR - Sebanyak 36 buah masjid di seluruh negeri ini bakal dilengkapi kemudahan internet tanpa wayar (wifi) percuma menjelang penghujung tahun ini.

Exco Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi, Norsabrina Mohd Nor berkata, inisiatif ini antara usaha untuk mengimarahkan masjid agar dikunjungi golongan belia selain mahu maklumat berada di hujung jari.

“Projek ini sedang dalam pelaksanaan secara berperingkat. Masjid yang sudah dipasang wifi adalah di Serdang (Dun Bandar Baharu) dan di Masjid Air Merah (Dun Kulim) dalam pelaksanaan,” katanya.

Menurutnya, pihaknya telah mengenal pasti 36 buah masjid di setiap Dun sebagai permulaan.

“Setiap Dun bagi cadangan masjid yang berpotensi dan kumpulan teknikal yang dilantik akan pasang secara percuma. Ini adalah projek bawah peruntukan kerajaan negeri,” katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...