TERKINI :

Monday, June 16, 2014

Siapakah Yang Berkuasa Di Negara Ini?


Dua isu yang sedang meresahkan masyarakat sekarang, malah menjarakkan perpaduan dan hubungan antara Islam dengan bukan Islam ialah rampasan Bible oleh Jabatan Agama Islam Selangor atau Jais yang telah diputuskan oleh Peguam Negara sebagai tiada kes dan isu berkaitan penjagaan anak oleh ibu bapa yang berlainan agama.

Dalam kes rampasan Bible bahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah oleh Jais tidak berapa lama dulu, Peguam Negara telah memutuskan tiada sebarang pendakwaan akan dilakukan dan kitab itu diarah dipulangkan kepada pemiliknya, Persatuan Bible Malaysia.

Masalah yang timbul ialah apabila Jais dan Mais atau Majlis Agama Islam Selangor, enggan mematuhi arahan Peguam Negara itu dengan alasan tindakan merampas dulu adalah sesuatu yang betul dan mengikut peruntukan Enakmen Agama Bukan Islam 1988 (kawalan pengembangan di kalangan orang Islam), meskipun Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim mahukan ketetapan Peguam Negara itu dipatuhi.

Dalam perkembangan terbaru, Mufti Selangor, Mohd Tamyes Abdul Wahid turut bertegas bahawa kitab Bible itu tidak akan dipulangkan kerana ia mengandungi bukti yang mengandungi kalimah Allah didalamnya.

MH370: Kehilangan disengaja dan dirancang dakwa buku terbaharu

MH370: Kehilangan disengaja dan dirancang dakwa buku terbaharu
Misteri kehilangan pesawat MH370 masih menjadi tanda 
tanya sejak ia dilaporkan hilang dari radar pada 8 Mac lalu.
 
KUALA LUMPUR: Penulis buku dan juga seorang juruterbang pesawat komersial, Ewan Wilson menyifatkan kehilangan pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 adalah sebagai sesuatu yang telah dirancang dan disengajakan.

Wilson menulis perkara berkenaan bersama wartawan dari New Zealand, Geoff Taylor, di dalam bukunya yang bertajuk ‘Good Night Malaysia 370: The Truth Behind the Loss of Flight 370’ (Selamat Malam Malaysia 370: Kebenaran di sebalik kehilangan MH370).

Sebuah portal online United Kingdom, The Independent melaporkan salah satu kandungan buku tersebut adalah temubual bersama salah seorang saudara Kapten Zaharie Ahmad Shah.

Di dalam buku tersebut, Wilson dan Taylor membuat kesimpulan mereka sendiri selepas menyiasat dan menganalisa laporan mengenai kehilangan MH370 yang dikatakan berunsur jenayah.

Kuasa DBKL lebih tinggi daripada perintah Mahkamah..!!

Perintah Mahkamah Halang Kg. Chubadak Dirobohkan Tersebar.. Kenapa DBKL Robohkan Jugak?


Surat Mahkamah Tinggi sudah pun keluar pada 12 Jun 2014 bagi menghalang kerja-kerja menceroboh atau menceroboh kawasan perumahan Kampung Chubadak Tambahan di Sentul tetapi malang sekali, hampir semua rumah telah selamat direbahkan ke bumi! 

Tangisan penduduk yang menjadi mangsa kerakusan pihak pembuat keputusan merobohkan rumah mereka sudah tidak bermakna lagi. Tempat berteduh sudah musnah dan hati mereka yang merobohkannya mungkin puas melihat kerja-kerja yang dilakukan gagal dihalang penduduk yang rata-rata adalah orang Melayu yang beragama Islam. 

Sebelum rumah mereka dirobohkan, penduduk merayu, menangis malah ada yang meraung sampai pengsan di hadapan sekumpulan anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). 

Mereka cuma merayu agar kerja-kerja meroboh itu ditanghuhkan kerana mereka sedang menanti keputusan mahkamah. Itulah yang diminta sambil cuba menghalang keganasan jentolak DBKL meluru ke arah rumah mereka. Berkat doa penduduk teraniaya yang bakal menyambut Ramadan tidak sampai dua minggu lagi ini, akhirnya surat perintah Mahkamah Tinggi berjaya diperoleh.  

Kesatuan TNB: Singkir YTL dari industri tenaga

 
Kesemua empat kesatuan pekerja Tenaga Nasional Bhd (TNB) bergabung dalam satu demonstrasi hari ini bagi menggesa kerajaan menamatkan pertalian dengan konglomerat YTL Corp.

Kesatuan dianggotai 35,000 orang itu menggesa agar TNB tidak memperbaharui perjanjian pembelian tenaga dengan YTL apabila ia tamat pada 2015, kerana firma itu didakwa masuk campur dan mendapat keuntungan besar dari sektor tenaga penting negara.

Mereka turut menuntut agar TNB menghentikan kerjasama dengan YTL Power untuk projek Track 4A – satu cadangan baru untuk loji tenaga di Johor, yang baru dianugerahkan oleh Suruhanjaya Tenaga.

“Pastikan YTL tidak diberikan apa-apa projek janakuasa tenaga atau elektrik di negara ini," kata presiden Kesatuan Pegawai Rendah TNB (TNBJOU), Mohd Roszeli Majid kepada pemberita di luar ibu pejabat TNB Kuala Lumpur hari ini.

Penculikan di Sabah : Akhirnya Zahid akui kelemahan risikan ianya berlaku

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan kelonggaran kawalan keselamatan yang lemah di Sabah bukan berpunca daripada kekurangan peruntukan tapi kerana kelemahan risikan.

Menteri Dalam Negeri tersebut berkata peruntukan yang diberikan kepada Zon Keselamatan Timur Laut Sabah (Esscom) mencukupi.

"Kurang peruntukan? Saya rasa cukup buat ketika ini," kata Zahid dalam sidang media selepas pertemuan dengan Kedutaan Amerika Syarikat hari ini di Hotel Royale Chulan, Damansara.

Menurut Zahid, pihak Esscom tidak boleh bergantung kepada kawalan dan peralatan yang canggih semata-mata tetapi perlu mengukuhkan risikan mereka.

"Ia tidak boleh ditingkatkan hanya menggunakan kaedah konvensional sahaja dan peralatan serta aset yang canggih tidak mencukupi.

"Ia mesti dilakukan dengan meletakan jaringan memperoleh maklumat melalui risikan daripada pihak Filipina," kata beliau.

Zahid juga tidak menolak kes-kes seperti penculikan tersebut akan sentiasa berulang, memandangkan kumpulan penculik mahu mendapatkan wang tebusan.

Beliau menggesa supaya Esscom supaya mengukuhkan lagi persiapan mereka dan mengetatkan kawalan di perairan Sabah.

"Pihak Esscom perlu lebih bersiap siaga dan jangan pernah lalai dalam operasi yang dilakukan," kata beliau.

Insiden penculikan di Sabah semakin membimbangkan, malah hari ini dua lagi insiden penculikan dilaporkan berlaku di Kunak, Tawau.

April lalu, insiden penculikan di Semporna berulang selepas pelancong dikenali sebagai Gao Hua Yun, 29, dari Shanghai, China dan pekerja Filipina, Marcy Dayawan @ Mimi dibawa lari dari Singamata Reef Resort.

Bagaimanapun, warga China tersebut dibebaskan sebulan kemudiaan.

Kejadian terbaru ini mengulangi insiden yang berlaku tahun lepas dimana dua kes penculikan membabitkan nelayan di atas bot mereka pada April dan pada November pula, pelancong Taiwan diculik dari Pulau Pom-Pom.

Esscom ditubuhkan susulan insiden penculikan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah serta menerima peruntukan tambahan sebanyak RM75 juta daripada kerajaan pusat daripada peruntukan awal bernilai RM286 juta.

Bagaimanapun keberkesanan agensi tersebut menjadi pertikaian apabila insiden penculikan masih berulang di Sabah.

Jangan terpedaya lakonan Umno dalam isu Hudud

Hudud: PKR hormat keputusan Speaker Dun
FATHIN ATHIRAH HASLI June 15, 2014

KAPAR – Keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor, Hannah Yeoh yang tetap membenarkan usul cadangan perlaksanaan hudud dibahaskan di persidangan harus dihormati oleh semua pihak.

Menurut Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, sifat keterbukaan yang ditunjukkan oleh Hannah menunjukkan bahawa beliau tidak berat sebelah.

"Penerimaan Speaker Selangor berkaitan dengan soal hudud harus dihormati oleh semua pihak, saya puji keputusan beliau," katanya.

Hannah mempertahankan keputusannya membenarkan usul mengenai hudud yang dicadangkan oleh wakil rakyat Umno untuk dibentangkan pada persidangan yang akan bermula minggu depan.

Tegas Hannah, sebagai Speaker, beliau tidak boleh mengamalkan pendirian berpihak kepada mana-mana parti politik termasuk partinya sendiri iaitu DAP dan Pakatan Rakyat.

Namun begitu rakyat harus diingatkan supaya tidak termakan dengan sandiwara yang dilakonkan oleh Umno dan BN kerana mereka hanya berpura-pura untuk melaksanakan hukum hudud tersebut di negeri ini.

"Umno tu hanya acah-acah sahaja, mereka berpura-pura bahawa mereka adalah antara parti yang mempertahankan hukum Islam tapi sebenarnya mereka hanya mengambil langkah sedemkian untuk mendapatkan sokongan dan undi Melayu.

"Jika mereka betul-betul mahu laksanakan hukum hudud pasti mereka akan bawakan usul cadangan ini hingga ke peringkat Parlimen kerana cadangan perlaksanaan hudud ini perlu dikaji di Parlimen," katanya lagi.

Oleh itu, masyarakat khususnya golongan Melayu dan Muslim diingatkan supaya tidak terpedaya dengan sandiwara Umno dan BN.

Siapa dalangi gerakan militan ISIL? - Dr Maszlee Malik

SHAH ALAM – Sehingga kini, tiada siapa yang tahu dalang di sebalik kumpulan Militan Negara Iraq dan jajahannya (ISIL) yang mencetuskan krisis perang sehingga menawan wilayah Mosul, Iraq.

Penganalisis Politik Asia Barat dan Afrika, Dr Maszlee Malik berkata, banyak persoalan tidak jelas mengenai siapa mendalangi ISIL sehingga kewujudannya menimbulkan pergolakan dan campur tangan Amerika Syarikat (AS), Iran serta negara Teluk.

Katanya, terdapat pelbagai teori berhubung siapa yang membantu gerakan militan ini, termasuklah dakwaan didalangi Iran.

"ISIL yang didakwa ciptaan Iran ini, ditubuhkan bagi mengganggu perjuangan rakyat Syria, di mana Iran bertanggungjawab membiayai kumpulan ini serta membekalkan peralatan senjata canggih dan terkini.

"Namun, serangan ke atas Iraq, termasuk kejayaan mereka menawan wilayah Mosul, dikatakan mengancam kedudukan Iran seterusnya membenarkan Iran menerima bantuan AS," katanya, semalam.

Katanya, jika ISIL bukan ciptaan Iran, ia berkemungkinan didalangi Arab Saudi, namun tiada fakta yang dapat menyokong kesahihan dakwaan itu.

"Ahli kumpulan ISIL pula dikhabarkan adalah serpihan dari kumpulan al-Qaeda yang keluar dari kumpulan itu untuk membentuk ISIL. Namun, al-Qaeda tidak pernah mengiktiraf kewujudan mereka yang dianggap terlalu radikal," katanya.

Katanya, ahli ISIL datang dari pelbagai negara seperti Syria, Lybia serta negara-negara Arab.

"Kebangkitan golongan ISIL ini berpunca daripada dasar pemerintahan kuku besi yang menghalang perjuangan demokrasi Islam di negara Arab," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, pergolakan di negara itu sebenarnya tidak dicetuskan oleh ISIL, sebaliknya kerana pemberontakan tentera Iraq yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan Perdana Menteri, Nouri al-Maliki.

Katanya, paparan media barat mengenai pergolakan berpunca dari serangan ISIL adalah tidak tepat.

Apa nak jadi nie, lagi kejadian culik di Sabah..

Pengusaha ikan sangkar, pekerja diculik di Sabah

Tidak lama selepas kes culik di Sabah yang membabitkan seorang wanita rakyat China selesai, satu lagi kes culik berlaku di kawasan yang sama.

Utusan Online melaporkan pagi ini, seorang pengusaha ikan sangkar dan pekerjanya warga Filipina diculik di kawasan sangkar ikan Kampung Air Sepang, Kunak tengah malam tadi.

Mereka diculik oleh sekumpulan empat lelaki bertopeng dan bersenjata.

Pengusaha tersebut yang berusia 32 tahun dan pekerjanya berusia 20 tahun diculik pada kira-kira pukul 12.40 tengah malam.

Laporan itu memetik Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Omar Mamah berkata, dua suspek naik ke atas rumah di pusat ternakan ikan itu manakal dua lagi menunggu di dalam bot.

Kampung Chubadak: “Kami kesal tiada seorang pun pemimpin UMNO datang


KUALA LUMPUR 15 JUN: Penduduk Kampung Chubadak kecewa dengan sikap pemimpin Umno yang tidak bersuara ketika rumah mereka dirobohkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) baru-baru ini.

Kekesalan itu diluahkan seorang wanita yang dikenali sebagai Munah, salah seorang penduduk asal kampung itu dipaksa keluar oleh DBKL bagi memajukan kawasan tersebut.

“Kami kesal kerana tidak ada seorang pun pemimpin UMNO yang datang atau bersuara ketika kami meraung meminta bantuan agar rumah kami tidak dirobohkan,” katanya dipetik dari laman blog warga marhaen.

Kata Munah, waktu pilihan raya, beberapa pemimpin UMNO pernah datang ke kampung tersebut untuk berkempen.

“Kami memang menyokong Barisan Nasional (BN) malah tempat ini juga turut dijadikan pusat kempen baik untuk Wanita, Pemuda mahu pun Puteri.

“Bila jadi macam ni, saat kami amat memerlukan mereka, tak seorang pun tampil apalagi hendak bersuara membela nasib kami.

“Berjaya atau tidak itu untuk menyelamatkan kami di sini itu soal lain tetapi apa peranan pemimpin-pemimpin ini yang pernah datang meminta bantuan kami,” katanya penuh kesal.

Menurut Munah, apa yang berlaku memang sukar diterima penduduk kampung itu tetapi lebih menyedihkan perjuangan mereka sebagai bangsa Melayu tidak dipedulikan oleh pemimpin Melayu.

“Kami faham mungkin terdapat kerumitan untuk selesaikan tuntutan kami tetapi apalah salahnya jika ada pemimpin yang boleh membantu kami menangguhkan kerja-kerja menghalau kami?

TLDM selamat kapal tangki MT Ai Maru pagi tadi

KD Terengganu

KUALA LUMPUR - Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Terengganu menyelamatkan kapal tangki minyak MT Ai Maru yang ditawan lanun semalam di Selatan Pulau Aur, Mersing.
  
Dalam satu kenyataan malam ini, Kementerian Pertahanan berkata kapal milik Singapura itu yang membawa 'Marine Gas Oil' telah ditawan lanun kira-kira 30 batu nautika selatan Pulau Aur kira-kira 8.30 pagi dan diselamatkan kira-kira 1.40 pagi tadi.
  
"Sebaik menerima laporan, KD Terengganu yang berpangkalan di Tanjung Gelang, Kuantan telah diarahkan untuk memintas kapal tangki itu dan kemudian mengesannya bersauh di posisi 155 Pulau Aur.
  
"Perhubungan komunikasi dengan MT Ai Maru cuba diwujudkan namun gagal," menurut kenyataan itu.
  
Ia berkata bagaimanapun lanun telah melarikan diri dengan menggunakan bot laju ke perairan antarabangsa selepas menyedari kehadiran KD Terengganu.

"Semua kru kapal dipercayai berada dalam keadaan selamat. Kapal kemudiannya diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Wilayah Selatan untuk siasatan lanjut," kata kenyataan itu.
   

Bapak.. Kaulah wira hatiku!!!


Rohani bersama Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Datuk Noraini Mohd Hashim (dua, kiri) ketika
melawat warga emas di Desa Bina Insan Sungai Buloh.  
Rohani bersama Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Datuk Noraini Mohd Hashim (dua, kiri) ketika melawat warga emas di Desa Bina Insan Sungai Buloh.

SELAMAT Hari Bapa WOW ucapkan kepada semua golongan lelaki bergelar bapa di negara ini. Umumnya, Hari Bapa disambut pada tarikh yang berlainan di seluruh dunia.

Amerika Syarikat, Afrika Selatan, Argentina, Bahamas, Bangladesh, Belanda, Bulgaria, Chile dan Malaysia (sekadar menyebut beberapa nama) meraikan Hari Bapa minggu ketiga ahad pada Jun setiap tahun.

Bererti tarikh rasminya jatuh pada 15 Jun 2014. Manakala negara lain ada yang menyambutnya pada Julai, Ogos dan September.

Bila pun ia diraikan, Hari Bapa merupakan suatu bentuk penghargaan tertinggi buat semua golongan bapa di dunia ini. Pengorbanan, jasa dan kasih sayang mereka amat penting dan perlu dihargai setiap insan bergelar anak.

Kelmarin penulis berkesempatan menyertai lawatan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rohani Abdul Karim ke Kompleks Perlindungan Sementara untuk gelandangan di Desa Bina Insan Sungai Buloh.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...