TERKINI :

Sunday, June 15, 2014

Lelaki misteri ketuai serangan di Iraq

Lelaki misteri ketuai serangan di Iraq
Warga Iraq sebahagiannya berpakaian tentera menjulang senjata masing-masing ketika berkumpul di Jdaideh di wilayah Diyala semalam bagi menyokong usaha mempertahankan Iraq daripada serangan kumpulan Pergerakan Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL). Gambar kecil, Dua gambar Abu Bakr al-Baghdadi yang dikeluarkan Biro Keselamatan Diplomatik Jabatan Negara Amerika.

AS tawar RM32.08 juta tangkap Sheikh Au Bakr al-Baghdadi

MOSUL: Digelar “individu paling berbahaya dunia” oleh majalah TIME dan “bin Laden yang baru” oleh majalah Perancis Le Monde, Abu Bakr al-Baghdadi adalah pemimpin jihad paling berkuasa dunia ketika ini.

Amerika Syarikat menawarkan ganjaran AS$10 juta (RM32.08 juta) untuk penangkapannya. Beliau dikeluarkan daripada Al-Qaeda namun berjaya menawan Mosul, hab minyak yang berada di persimpangan penting antara Iraq, Turki dan Syria.

Tidak banyak rekod individu misteri ini kecuali biografi beliau yang diterbitkan kumpulan jihad. Berlatarbelakangkan keluarga agama dan pendidikan tahap kedoktoran dalam pengajian Islam dan sejarah, beliau sebelum ini hanya seorang penceramah.

Apabila MAZA tewas kepada TG NIK AZIZ..!!!

AGBK 2013: Nik Aziz tewaskan Asri

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat  
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

KUALA LUMPUR - Murysidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menewaskan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin melalui buku Bicara Ini Demi Illahi apabila dipilih peminat untuk memenangi Anugerah Penulis Pilihan Kategori Islamik pada Anugerah Grup Buku Karangkraf 2013, hari ini.

Selain Asri, Nik Aziz turut menewaskan beberapa nama besar lain seperti Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj, Muhd Nasruddin Dasuki dan Prof Masya Rasid Muhamad.

Namun, bekas Menteri Besar Kelantan itu tidak dapat hadir untuk menerima sendiri anugerah berkenaan.

Editor Karya Bestari, Mohd Sofian Rosali yang juga editor buku tersebut menyifatkan kemenangan itu satu bonus.

"Ini buku pertama kita dengan Tok Guru Nik Aziz. Alhamdulillah sambutan penjualan buku ini sejak awal perasmian tahun lalu begitu memberangsangkan.

"Menang ini satu bonus tetapi apa lebih penting bagaimana orang ramai memanfaatkan buku ini," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui selepas majlis penyampaian AGBK 2013, hari ini.

Menurutnya, anugerah tersebut bakal disampaikan kepada Nik Aziz dalam masa terdekat di Kelantan.

100 Hari MH370 - Kenapa tak tanya kepada 4 identiti ini..???

100 Hari MH370.

http://america.aljazeera.com/content/dam/ajam/images/shows/Stream/MH370map.jpg 

Langsung tiada satu pihak pun yang berani menyuarakan persoalan kepada 4 identiti ini,

1. Kerajaan US
2. CIA
3. Rolls-Royce
4. Boeing

Mereka berempat yang harus dipertanggungjawabkan. Dan persoalan kemana bangkai MH370 disembunyikan juga harus ditanyakan kepada Vietnam dan Filipina.

Sudah sampai masa, kita akan keluarkan cerita dalam bahasa Inggeris. Dengan harapan artikel itu akan dibawa ke peringkat antarabangsa.

Terima kasih kepada Tun M yang mengesahkan pihak Amerika mempunya teknologi yang mampu mengawal pesawat Boeing dari jarak jauh. Sebagaimana mereka punya teknologi untuk mengawal Drones dari jarak ribuan kilometer dan mampu mengidentitikan seseorang target itu dari jarak jauh dan membunuhnya, sebegitu juga mereka mampu mengawal pesawat yang sedang terbang dari jarak jauh. Amat mustahil jika Boeing, Rolls-Royce, CIA dan kerajaan US tidak tahu menahu tentang hal ini.

Belasungkawa untuk MH370.

Salam takziah....

-bradokapak-
Penganalisa Berita Semasa.
Freelance Internet Marketer.

Syed Mokhtar untung RM2 bilion kerana pengecualian duti import beras

Ahli Parlimen PKR hari ini mendakwa Tan Sri Syed Mokhtar dapat untung RM2.25 bilion daripada pengecualian duti import beras melalui Bernas. – Gambar The Malaysian Insider.
PKR hari ini mendakwa usahawan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary bakal mengaut keuntungan sehingga RM2.25 bilion daripada pengecualian duti import ke atas import beras oleh Bernas.

Ahli Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao Leung dalam satu kenyataan berkata, melalui peningkatan tahunan dijangka untuk import beras, Syed Mokhtar yang menguasai Bernas akan terus mengaut keuntungan besar memandangkan syarikat itu monopoli pasaran beras negara.

"Saya terkejut dengan pendedahan menteri pertanian di Parlimen, dalam lima tahun sahaja kerajaan mengecualikan kutipan bernilai RM2.25 bilion (atau purata RM450 juta setahun) atas duti import bagi beras yang diimport oleh Bernas dari 2008 sehingga 2013.

"Statistik Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) menganggarkan import beras Malaysia pada 2014 akan meningkat sebanyak 24% berbanding tahun 2013, daripada 890,000 tan beras kepada 1.1 juta tan beras pada tahun 2014," katanya dalam kenyataan itu.

Gooi berkata, Bernas mempunyai monopoli ke atas import beras dan dikecualikan daripada membayar duti import ke atas beras.

"Kerajaan melalui perjanjian konsesi yang ditandatangani dengan Bernas melanjutkan status pengimport nasional tunggalnya untuk beras daripada tahun 2011 sehingga 2021," katanya.

Katanya Bernas juga menghasilkan beras Super Tempatan 15% (ST 15%) untuk golongan berpendapatan rendah dan isi rumah miskin dan mendapat sejumlah besar subsidi kerajaan, sebanyak RM800 setiap tan beras.

Isu Vellfire - Nasruddin & Kawan2 Berhentilah Perbodohkan Diri.

Isu Vellfire - Penjelasan Dari Isteri Nasruddin - Nasruddin & Kawan2 Berhentilah Perbodohkan Diri.

Gencatan senjata kerana Brazil bukan kerana Ramadhan
Apa sudah jadi?

Tak sangka isu Vellfire menghasilkan impak yang besar dalam hidup Ustaz Nasruddin Tantawi dan rakan2nya. Sebelum itu aku nak minta maaf dulu. Kerana apa? Kerana aku ;

- Bukan pejuang Islam 

- Bukan ahli PAS

- Bukan orang baik

Sedang mahu mengkritik pimpinan yang ahli2 PAS sayangi.

Aku rasa Nasruddin Tantawi dan penyokong2nya sudah jauh 'tersesat' (bukan akidah) dalam memahami pokok pangkal isu Vellfire. Pemahaman aku dalam isu Vellfire neh simple aje.

Ustaz Nasruddin bebas pakai apa2 sahaja kenderaan yang dia sukai. BEBAS. BOLEH. LAYAK. DIPERSILAKAN. HAK DIA.

Aku dan mana2 orang pula TAK LAYAK, TAK BOLEH LARANG, TAK PATUT HALANG apa2 sahaja kenderaan yang Ustaz Nasruddin nak guna.

Siapa aku yang nak larang dia?
 
Siapa pula orang2 lain yang nak persoalkan hak dia?

Aku tak pernah percaya yang dia menjadi kaya dengan cara yang salah. Sama seperti aku tak percaya jika orang tuduh dia beli Vellfire guna duit rasuah. Macam yang Elharaki tulis baru2 neh. Kononnya ada orang2 UMNO tuduh Ustaz Din guna duit rakyat beli Vellfire. Aku tak percaya. Bahkan sejujurnya aku tak pernah nampak ada orang2 tulis itu. Tidak juga orang2 UMNO. Mungkin aku terlepas pandang.

Umno lebih berminat sogok rakyat dengan hiburan

TANAH MERAH: Rakyat usah mengharapkan Umno bagi membina manusia mengikut acuan ditetapkan agama kerana parti itu tidak berminat berbuat demikian.

Bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, Umno hanya berminat membina jalan raya, jambatan dan membuat bangunan yang lebih bersifat fizikal semata-mata.

Katanya, beliau tidak yakin Umno mampu membina manusia sejajar dengan apa yang dikehendaki agama.

“Umno lebih berminat menyogok rakyat dengan hiburan. Sambut tahun baru dengan hiburan, sambut raya pun hiburan dan segala-galanya dengan hiburan.

“Bagaimanapun kita hendak menjadikan bangsa Melayu lebih maju sehingga mampu menjadi pengembara yang boleh menyebarkan Islam  ke seluruh dunia,” katanya pada ceramah di Kedai Gual Ipoh malam tadi.

Adakah KJ Anak Emas Najib...?


Kejohanan Bolasepak Piala Dunia tahun ini bukan saja dijadikan kesempatan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebagai medan mendekati golongan muda melalui program Feista Samba Brazil 2014 yang diadakan di seluruh negara, tetapi juga sebagai medan menunjukkan hubungannya yang boleh bergurau senda dengan Perdana Menteri, Najib Razak.

Sempena Piala Dunia tahun ini, Khairy Jamaluddin atau KJ melalui melalui kementerian yang diterajuinya telah menganjurkan program Fiesta Samba Brazil 2014 dengan memilih 14 tempat di seluruh negara sebagai tempat untuk peminat bolasepak menonton semua perlawanan secara langsung melalui skrin besar yang disediakan.

Pada malam perlawanan pertama, KJ telah berada di Dataran Merdeka menonton bolasepak bersama ribuan wargakota dan turut juga mengadakan pertandingan menjaringkan gol di mana beliau menjadi penjaga gawangnya. Sesiapa yang berjaya menjaringkan gol juga akan diberikan hadiah misteri.

Setelah berjaga sehingga subuh memeriahkan program di Dataran Merdeka itu, KJ cuba bergurau dengan menulis di twitternya yang ditujukan kepada Perdana Menteri -@NajibRazak Boss, saya demam panas, badan sakit tak boleh bangun sejak semalam. Maaf tak dapat kerja hari ni, esok hantar slip MC #CubaNasib.

Najib kemudiannya membalas tulisan KJ itu dengan tulisan - @Khairykj Glad you felt well enough to coma for Cabinet Meeting #MCDitolak.

Setelah mendapat balasan daripada Najib itu, KJ kemudiannya menulis lagi bahawa ini adalah sebagai pengajaran kepada sesiapa yang cuba kelentong boss masing-masing sempena Piala Dunia ini.

VELLFIRE oh VELLFIRE... berdosakan Ustaz pakai VELLFIRE..??

Oleh: Dr Tanaka Mustafa


1) Isu Vellfire heboh dalam media sosial. Rasa sedih dan dukacita apabila ustaz saya diserang demikian rupa seolah-olah Ustaz itu kemaruk dunia, cakap tak seropa bikin, sudah tidak zuhud lagi dan sebagainya.

2) Saya tidak mahu ulas mengani isu Vellfire. Tidak pula mahu menjawabnya. Biarlah ia menjadi ujian kepada Ustaz, kerana Allah tahu kemampuan Ustaz untuk mendepaninya. Kerana ombak fitnah dan persepsi, atau juga gelombang troll meneroll sudah menjadi mainstream dalam dunia hari ini. Apasaja jawapan yang diberikan, pasti akan ada troll balas terhadap jawapan itu.

3) Dalam tulisan saya ini, saya mahu mengajak diri saya dan juga semua pendakwah, pejuang Islam, ahli harakah Islamiyyah seumpamanya... termasuk jua sesiapa sahaja yang memegang panji-panji dakwah agar memperkemaskan diri dengan ilmu yang hidup, bukan ilmu yang hanya pada ceramah dan kuliyah sahaja.

4) Kerana sasaran mad'u yang ada pada hari ini adalah generasi yang kritis dan terbuka. Mereka perlu diyakinkan dengan hujah yang kukuh dan contoh yang terang dan jelas. Jika samar-samar, mereka bukan sahaja tidak akan percaya bahkan akan memberi respon balas.

Hanya blogger jamah Cadbury, pegawai JAKIM enggan

Hanya blogger jamah Cadbury, pegawai JAKIM enggan
ASM pertahan imej JAKIM, tidak gentar dikecam
KUALA LUMPUR: “Kami  tidak takut dikecam. Malah sanggup berdepan dengan mana-mana individu sekalipun.” Itulah pengakuan berani yang disuarakan Presiden Aktivis Siber Malaysia (ASM), Md Faisal Ahmad yang mempertahankan imej JAKIM susulan isu coklat Cadbury yang didakwa sebelum ini ada DNA babi.

Katanya pengguna harus mempercayai sepenuhnya keputusan status halal yang dikeluarkan JAKIM selaku pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan sijil halal.

“Sebagai pengguna Islam, kami percaya dan yakin dengan keputusan tersebut kerana JAKIM tidak akan mengkhianati amanah dan kepercayaan yang diberikan khususnya kepada umat Islam.”

Tambahnya lagi kaedah ujian dan pensijilan halal oleh JAKIM mencukupi untuk mengesahkan status produk tersebut.

Ketika ditanya mengapa JAKIM tidak turut menjamah coklat Cadbury itu, tegas Md. Faisal pihak JAKIM tidak berhak untuk dipaksa berbuat demikian.

Dalam pada itu pihak Astro AWANI yang cuba untuk mendapatkan reaksi daripada wakil pegawai JAKIM berkenaan isu jamah Cadbury, gagal untuk mendapatkan beliau.

Misteri Altantuya - Walaupun BALA sudah tiada tapi beliau tetap menyaman NAJIB melalui wakilnya

Keluarga PI Bala saman Najib, lain-lain kerana terpaksa hidup dalam buangan di India
OLEH V. ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/balasubramaniam_london_2010.jpg
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan lapan lagi tidak boleh melarikan diri dari bayangan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, apabila balu dan keluarga mendiang P. Balasubramaniam mengemukakan saman sivil kerana terpaksa hidup dalam buangan di India yang menurut mereka memakan belanja RM840,000.

Bala, penyiasat persendirian yang menjadi saksi dalam kes pembunuhan Altantuya, meninggalkan Malaysia secara tergesa-gesa selepas menandatangani akuan bersumpah (SD) pada 2008 untuk menafikan penglibatan Najib dalam kes tersebut.

The Malaysian Insider sudah melihat saman difailkan minggu ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh balu Balasubramaniam, A. Santamil Selvi dan anak-anaknya terhadap sembilan orang.

Mereka termasuk Najib, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, adiknya Datuk Ahmad Johari Abdul Razak dan Datuk Mohd Nazim Abdul Razak, peguam kanan Tan Sri Cecil Abraham dan anaknya, Sunil Abraham, pesuruhjaya sumpah, Zainal Abidin Muhayat, peniaga permaidani, Deepak Jaikishan dan peguam M. Arunapalam.

PAC: Kerajaan perlu kaji cadangan pembinaan lapangan terbang baharu di Kedah

Kerajaan perlu menjalankan kajian kebolehlaksanaan yang menyeluruh dalam mempertimbangkan cadangan pembinaan lapangan terbang baharu di Kulim, Kedah.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed (gambar) berkata ia adalah perlu bagi memastikan kerajaan sentiasa berhati-hati dalam pengurusan kewangan negara.

"Yang penting perbelanjaan kerajaan perlu berhemah. Kalau sudah ada lapangan terbang antarabangsa di Pulau Pinang yang masih boleh diperbesarkan lagi, lebih elok kita gunakan kemudahan yang sedia ada dari buka lapangan terbang yang baharu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Komuniti Bersih, Sihat dan Selamat 2014 di Hutan Bandar, dekat Johor Baharu, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ketika mengulas cadangan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir baru-baru ini untuk membina lapangan terbang antarabangsa yang baharu di Kedah.

Bagus punya kerajaan Malaysia, sayangkan PATI punya pasal habiskan RM75 sehari untuk jaga mereka.

 
Awatlah kita tidak tegas dengan PATI nie.. kenapa harus dibazirkan sebegitu banyak wang negara untuk mereka.. rasanya kos RM75 nie termasuk makan, tempat tidur, perubatan dan sewaktu dengannya... banyak tuuu...

itu belum kira yang bocor lagik.... bayangkan jika nilai nie diberikan kepada rakyat dibawah sudah berapa ramai kita dapat keluarkan dari tahap kemiskinan...

[Gempar] YB Pakatan Rakyat Kedah bodoh sombong & buta IT



Ayuh kita hulur sumbangan kepada makcik ini, mungkin pej. zakat & JKM dah tutup rasanya..!!

Terpaksa berhimpit dalam rumah

Firdaus (tiga, kiri) memberi barangan keperluan asas kepada Noraini di kediamannya.  
Firdaus (tiga, kiri) memberi barangan keperluan asas kepada Noraini di kediamannya.

ALOR SETAR - Seorang wanita terpaksa tinggal bersesak dalam sebuah kediaman kecil berdindingkan zink di Jalan Lumpur, dekat sini.

Noraini Abdullah, 54, atau nama asalnya Leung Ah Fong tinggal dalam kediaman itu semenjak tiga tahun lalu.

“Rumah inipun atas belas ihsan adik yang juga hidup  sebatang kara.

“Saya tinggal bersama seorang anak lelaki bersama dua cucu berusia 12 dan 14 tahun dalam kediaman serba kekurangan ini,” katanya.

Lebih tidak menyenangkan, katanya, keadaan kediaman tidak memiliki tingkap.

Katanya, meskipun kediaman terbabit usang ditambah keadaan bumbung bocor, namun mereka terpaksa meneruskan kehidupan sedemikian.

“Lagipun, saya mencari rezeki dengan mengambil upah mencuci kediaman orang bergantung kepada permintaan,” katanya.

100 hari MH370: Kehilangan masih dianggap misteri


MH370

SHAH ALAM – Menjelang 100 hari kehilangan MH370, ia masih menjadi misteri malah usaha mencari dan menyelamat masih gagal menemui sebarang petunjuk walaupun hampir setiap inci Laut Hindi telah ‘dibongkar’.

Pelbagai reaksi ditunjukkan orang ramai termasuk pembaca Sinar Harian yang rata-rata masih berharap agar semua penumpang MH370 itu kembali ke bumi Malaysia dengan selamat.

Ariah Yah berpendapat harapan akan diberi kepada mereka yang berharap dan menyifatkan segala yang berlaku adalah atas ketentuan ALLAH.

“Kita hanya manusia biasa tak dapat nak meneka apa yang ALLAH telah tentukan. Kini yang ada hanya satu harapan agar ALLAH tunjukkan segala yang disembunyikan dari mata kasar kita semua.

“Memang terasa semakin hilang harapan itu namun bagi yang berharap akan ada harapan Insya-ALLAH. Doakan saja kerana doa bukan kena bayar pun,” katanya yang dipetik di Facebook Sinar Harian.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...