TERKINI :

Saturday, June 14, 2014

Pesanan yang baik buat penziarah TG Nik Abdul Aziz

NIK MOHAMAD ABDUH | 14 Jun 2014.

DENGAN penuh budiman, saya memohon semua lapisan masyarakat yang datang menziarahi ayahanda tuan guru di rumah atau di mana-mana agar memenuhi permintaan ini:

1) Bersalaman tangan dengan tidak menggenggam keras atau mengocak-ngocak lagak orang muda.

Bersalaman tangan itu sunnah. Mudah dan mesra.

2) Tidak memeluk atau mencium walaupun dengan tidak keras.

Sunnah memeluk dan mencium adalah tidak terpakai apabila ia mendatangkan kesusahan dan mengganggu kesihatan.

3) Elakkan berasak-asak yang boleh mengganggu ruang dan tumpuan ayahanda.

Tertib dan berdisiplin itu adalah sunnah dan kecantikan dalam berurusan.

Utamakan kesihatan ayahanda agar beliau mampu terus berkhidmat untuk agama dan masyarakat.

Terima kasih kerana turut menyebarkan pesanan yang baik ini.

MCA akan bantah sebarang usul hudud dari Umno

Selepas Umno Selangor berbolak balik mengenai usul hudud di DUN Selangor, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata parti itu akan menentang sebarang usul atau rang undang-undang berkaitan hudud walau dimulakan oleh Umno pada masa akan datang.

Bagaimanapun, sama ada beliau mendesak parti terbesar itusecara langsung supaya menarik balik usul itu, beliau tidak menjawab secara langsung walaupun diasak pemberita beberapa kali.

Sebaliknya ahli parlimen Bentong itu sering menekankan bahawa perkara terpenting adalah "akibat", bukan proses itu sendiri.

Beliau kemudiannya berkata Umno hanya mengemukakan usul mendesak kerajaan Selangor mengkaji kemungkinan melaksanakan hudud di negeri itu, tidak seperti PAS yang mahu membentangkan rang undang-undang persendirian untuk menguatkuasakan hudud.

Liow yang juga bekas menteri kesihatan turut menafikan bahawa beliau mempertahankan Umno dengan berhubung kenyataannya itu.

Laporan sebelum ini memetik Liow sebagai berkata beliau tidak dimaklumkan dan diberi taklimat oleh Umno Selangor terlebih dahulu, namun beliau enggan memberi respons mengenainya.

Walaupun disiplin pelajar serius, apa menteri fikir untuk atasinya..!

Kesatuan guru: Masalah disiplin pelajar serius
June 14, 2014

KANGAR - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) mentakrif masalah disiplin pelajar kini mencapai tahap serius dan mahu Kementerian Pelajaran menubuhkan pasukan petugas untuk menanganinya.

Setiausaha Agungnya Lok Yim Pheng turut menggesa Kementerian Pelajaran mengumumkan keputusan peraturan baharu yang memberi lebih kuasa kepada sekolah untuk mengawal disiplin pelajar, yang dibincangkan sejak empat tahun lepas.

Beliau berkata, penubuhan pasukan petugas itu tidak boleh dilengahkan lagi memandangkan disiplin pelajar semakin meruncing sehingga tidak terkawal akibat pengaruh pelbagai unsur tidak sihat khususnya Internet.

"KPPK bukan sekadar prihatin malah bimbang dengan perkembangan tidak sihat ini dan sebab itu mahu berkongsi dengan pihak-pihak berkepentingan agar tindakan berkesan dapat dilaksanakan dalam mengawal disiplin pelajar.

"Budaya buli sama ada buli melalui siber atau buli fizikal tidak boleh dipandang ringan kerana ia merosakkan pelajar," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat KPPK cawangan Perlis di sini hari ini.

Lok yang juga Setiausaha agung Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berkata pelajar nakal merupakan perkara biasa tetapi apabila berlaku kejadian buli atau pergaduhan berkumpulan dan satu kumpulan memukul seorang pelajar ia merupakan kes serius.

Pas jangan terlena dengan dodoian Islam Umno

oleh MSO

PANDANGAN                                                                                  

Surat jemputan agar hadir forum.
Malam ini akan berlangsung satu forum dakwah di Balai Islam Lundang, Kota Bharu yang menampilkan tiga ahli panel, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah, Menterid di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Bahrom dan MT Umno Asyraf Wajdi Dusuki.

Forum itu katanya sempena dengan Karnival Hijrah yang menjaluri program dakwah negara. Kabur, siapakah penganjurnya, apakah kerajaan negeri Kelantan atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau pun anjuran bersama?

Sememangnya Islam menggalakan diadakan forum atau wacana ataupun muzakarah bagi mencari idea untuk mengembang serta memperhebatkan dakwah Islamiah. Justeru kewujudan forum berkenaan wajar dalam konteks kemaslahatan agama. Apa lagi menjadi kebiasaan umat Islam, menjelang Ramdhan pelbagai kegiatan dan aktiviti agama diadakan, bagi menyemarakkan sambutan Ramadhan al Mubarak. Kueh mueh juga akan banyak pada bulan Ramadhan.

Dengan berlangsungnya forum dakwah di Balai Islam Lundang itu malam ini, bermakna sudah dua program bersama antara kerajaan Kelantan dan kerajaan Persekutuan (Jakim), atau dalam erti kata lain antara Pas dengan Umno diadakan.

Sebelum ini majlis tilawah membaca al Quran peringkat kebangsaan diadakan di tempat berkenaan yang merupakan julung-julung kali kerajaan Kelantan terlibat dalam tempoh lebih 50 tahun. Kerjasama itu memberi kesan sosiopolitik kepada rakyat Kelantan.

Kita yakin selepas ini akan banyak lagi program bersama antara kedua pihak akan diadakan demi kemajuan Islam dan kepentingan bersama. Diharap ia bukan sahaja mencakupi skop Islam tetapi dalam aspek-aspek lain juga yang lebih pintar.

Cuma apa yang menjadi sedikit kemusykilan, apakah dalam situasi sekarang dan Kelantan telah lama disebut sebagai Serambi Makkah, forum-forum dakwah seperti itu masih perlu diutamakan berbanding dengan forum-forum keilmuan dalam bidang lain; politik, pentadbiran, perniagaan, strategi dan sebagainya? Apakah sesudah berdekad menjadi kerajaan, pemimpin masih cetek dengan ilmu dakwah dan pendidikan dan 'berbolot' dengan idea yang stereotype?

Mengenai forum malam ianya seperti mendapat restu besar daripada Pas Kelantan apabila Badan Perhubungan Pas Kelantan sendiri telah membuat jemputan kepada ahli-ahli Jawatankuasa Pas di dalam semua peringkat agar hadir ke forum berkenaan. Cara jemputan itu mencerminkan forum malam ini sungguh penting sekali. Mungkin surat jemputan seperti itu tidak dikeluarkan semasa majlis tilawah membaca al Quran dahulu? Surat jemputan berkenaan telah tersebar luas di internet.

Forum malam ini seperti disediakan khas untuk kepimpinan Pas bukan untuk orang awam atau agensi-agensi separuh kerajaan dan sebagainya.

Cara jemputan itu dibuat dengan notis singkat menyerlahkan ia penting bagi menjamin forum itu mendapat sambutan. Di sini bukan hendak mempertikai tujuan dan prejudis dengan forum berkenaan, kalau ia berniat baik, alhamdulilah, tetapi apakah jemputan sama juga berlaku dipihak kerajaan Persekutuan (Jakim) terhadap para pemimpin Umno Kelantan. Apakah semua lapisan kepimpinan Umno diundang sama atau ianya hanya berlaku kepada Pas sahaja?

Sekiranya forum itu ditumpukan kepada ahli-ahli dan pimpinan Pas, sudah tentu ia membawa motif tertentu yang mungkin jika diterjemahkan di sini boleh menimbulkan keadaan yang tidak baik. Sepatutnya dalam hal ehwal dakwah ini ahli dan penyokong Umno yang patut diberikan penerangan lebih luas berbanding dengan orang Pas. Yang lebih wajar menjadi ahli panelnya pula ustaz-ustaz haraki dan seleberiti Pas bukan pemimpin Umno.

Apabila ia meletakkan dua panelis dari Umno sudah tentulah prinsip dan konsep dakwah yang diframekan oleh Umno banyak didedahkan. Secara halus juga forum itu akan diselit dengan pendekatan-pendekatan (uslub) dakwah dan politik Umno. Elemen-elemen sebegini perlu diberi perhatian untuk tidak memerangkapkan ahli Pas atau mereka akan menjadi terkeliru apabila ianya bertentangan dengan prinsip dan uslub (pendekatan) dakwah yang diterima selama ini.

Dalam pada itu difahamkan dalam forum tersebut isu hudud tidak dibenarkan ditimbulkan sama sekali. Kenapa? Bukankah hudud menjadi isu yang laris, popular dan masih menjadi persoalan umum mengenai untung nasibnya. Tidak sepatutnya kalau isu hudud dihalang untuk diwacanakan malam ini.

Jika isu utama itu dibekukan kerana alasan ia telah diserah kepada Jawatankuasa Teknikal, jadi apakah mauduk besar penganjur disebalik forum berkenaan? Apakah yang hendak dibincang dan dijelaskan? Saya tidak mahu membuat predicition di sini, cuma kalau forum itu setakat untuk memberi penjelasan kepada umum khasnya kalangan pemimpin Pas yang hadir betapa umat Islam disuruh bersatu padu, memperatkan talisilaturahim, rasa perkara itu sudah menjadi macam, peraih etak di tepi-tepi jalan sahaja. Ia adalah pandangan dan pendapat tradisi yang sudah lunyah untuk disebut.

Dengan bersangka baik terhadap forum malam ini, adalah diharapkan kerjasama menerusi forum sebegitu antara Pas dan Umno perlu juga diperluaskan kepada aspek lain yang disebut di atas tadi. Bahkan aspek itu lebih diperlukan dalam konteks pembangunan sosiol ekonomi dan politik di Kelantan hari ini. Wacana politik baru yang menampilkan Musa Hitam dengan Husam Musa tempoh hari misalnya perlu lebih diperbanyakkan kerana ia menyuntik ilmu dan pengetahuan politik kepada generasi baru.

Selepas ini hendaknya akan ada ada pula forum mengenai royaliti minyak, forum lebuh raya, atau forum perumahan rakyat, forum mengenai kelestarian alam sekitar, forum pencegahan jenayah dan pil kuda serta lain-lain forum lagi yang mencakupi bidang lebih luas dan utama dari berkisar di dalam jerumu dakwah yang bersifat tradisi dan konvensional.

Rakyat Kelantan akan lebih merasakan ada faedah dan manfaatnya menyertai forum-forum sedemikian berbanding dengan forum dakwah tradisi atau syarahan agama ala-ala raja lawak. [wm.kl.12:12 pm 13/06/14]

Alasan #Mukhriz pasaipa nak buat Airport di Kulim

Lapangan terbang masih fasa awal
JAMILAH HAMZAH

Mukhriz Mahathir
Mukhriz Mahathir

ALOR SETAR - Cadangan projek pembinaan lapangan terbang antarabangsa zon utara di Kedah masih dalam peringkat awal.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, kerajaan negeri sudah mengeluarkan surat kepada Kerajaan Persekutuan mengenai cadangan itu yang akan menyediakan perkhidmatan kargo dan penumpang.

Menurutnya, perkara itu berada dalam pengetahuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan perbincangan lanjut akan diadakan dengan beberapa kementerian termasuk kementerian kewangan.

"Kerajaan negeri mengemukakan cadangan kepada kerajaan persekutuan untuk membina sebuah lapangan terbang antarabangsa untuk zon utara di Kulim iaitu sempadan Kulim-Sungai Petani.

"Tawaran kami ialah menyediakan bidang tanah yang luas, seluas 6,000 hektar dan mampu menampung dua landasan untuk kargo dan penumpang," katanya pada sidang media di sini, kelmarin.

Beliau berkata, cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa itu adalah bagi menampung keperluan pengangkutan udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang yang semakin terhad dan
permintaan tinggi daripada pengguna.

"Kita lihat permintaan pengangkutan itu semakin meningkat dan bekalan dari lapangan terbang antarabangsa di Pulau Pinang akan menjadi semakin terhad pada masa akan datang.

"Dengan keperluan kargo dan penumpang yang semakin hari semakin bertambah dan kita tahu Pulau Pinang mempunyai tanah yang terhad, lapangan terbangnya tak boleh dikembangkan lagi," katanya.

Mukhriz berkata, Kedah kini mempunyai dua lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Kepala Batas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Beliau berkata, kewujudan lapangan terbang itu akan membantu merancakkan ekonomi di zon utara termasuk selatan Thailand.

"Kami yakin projek ini akan menjadi pencetus pertumbuhan ekonomi seluruh zon utara bukan hanya untuk Kedah malah Perlis, Pulau Pinang dan Perak serta Selatan Thailand," katanya.

PAC tangguh bentang laporan LEMBU KONDO untuk selamatkan pemimpin terlibat

Penangguhan PAC bentang laporan NFC hanya untuk selamat nyawa pemimpin terlibat

1. Parlimen diberitahu oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemeriksa Kira-kira Wang (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata hasil siasatan ke atas skandal National Feedlot Corporation masih belum dapat dibentangkan kononya kerana kes tersebut masih di mahkamah.

2. Umum perlu ingat sejak sebelum PRU ke 13 kononya dibentuk jawatankuasa peringkat parlimen bagi menyiasat kes NFC. Namun semuanya senyap sehingga Nur Jazlan dalam laporan pada 26 November lalu menyebut, laporan itu akan dibentangkan pada 3 Disember selepas tertangguh selama seminggu dan sehingga kini.

3. SAMM berpendapat NFC satu isu besar yang menjadi contoh antara banyak kes lain yang melibatkan kehilangan wang rakyat libat pemimpin tinggi regim. Isu ini menarik perhatian ramai sehingga tertekan maka satu jawatankuasa dibentuk sebelum pilihanraya untuk menyejukkan isu ini ini terbukti sehingga pilihanraya setelah penyiasatan kononya selesai tiada laporan dibentangkan. Malang sehingga kini pun laporan tersebut tidak dibentangkan.

4. Adakah pembentangan masih gagal dibuat kerana bagi memberikan masa jangka hanyat politik untuk pemimpin tertentu atau tidak mahu rakyat kecewa kerana laporan jawatankuasa siasatan itu hanya mengandui syor syor dangkal dan tidak mampu merungkai rahsia umum kehilangan wang rakyat ?

5. Projek NFC itupun sudah mula bertukar tangan, adakah laporan tersebut hanya akan dibentangkan apabila semua saranan sudah tidak lagi menjadi relavan atau ia akan disenyapkan begitu sahaja sehingga ia sejuk dan dilupakan rakyat. SAMM melihat regim ini tidak pernah serius dalam usaha memperkukuh integriti dalam menyelamatkan wang rakyat.

che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia

Umrah pakej Syiah, bila Mukhriz nak tangkap depa nie?

Agensi umrah didakwa sebar Syiah
MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI June 14, 2014

ALOR SETAR - Sebuah agensi pelancongan beroperasi di Kedah yang menawarkan pakej umrah dan ziarah dipercayai turut menyebarkan fahaman Syiah.

Difahamkan, agensi yang turut popular di Johor, Sabah dan Sarawak ini juga menyebarkan beberapa risalah dan buku panduan umrah versi Syiah kepada pelanggannya.

Lebih membimbangkan apabila buku panduan itu dipercayai bercanggah dengan amalan serta rukun umrah yang sebenar mengikut Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Timbalan Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Cawangan Kedah, Abdullah Din berkata, beliau berasa bimbang dengan penularan kegiatan tersebut.

Menurutnya, populariti agensi terbabit di seluruh negara juga diyakini mampu mempengaruhi masyarakat berhubung ajaran tersebut.

"Perkara ini sebenarnya sudah lama berlaku, tetapi orang ramai tidak berani bersuara disebabkan beberapa faktor.

"Namun, saya melihat kegiatan agensi berkenaan semakin membimbangkan apabila sanggup menyebar risalah dan buku panduan berkaitan ajaran tersebut kepada orang ramai," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, agensi pelancongan itu juga turut menawarkan pakej umrah dua kali ganda lebih murah.

"Saya dimaklumkan, agensi berkenaan turut menawarkan pakej umrah serendah RM3,000 seorang berbanding kebiasaannya sekitar RM5,000 dan ke atas.

"Pada saya, tawaran harga ini sudah pasti membuatkan orang ramai tertarik untuk membeli pakej agensi berkenaan," katanya.

Abdullah berkata, tindakan itu dipercayai cubaan pihak berkenaan untuk menyebarkan fahaman Syiah kepada orang ramai.

Jelasnya, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan serius berhubung perkara itu kerana mereka telah melakukan kesalahan besar, iaitu menyebar fahaman Syiah.

"Penularan fahaman Syiah adalah satu perkara yang amat membimbangkan. Apatah lagi ia membabitkan sebuah agensi pelancongan yang menawarkan pakej umrah dan ziarah.

"Bukan tawaran harga murah yang menjadi persoalan. Tetapi adakah amalan ibadah dan rukun umrah kita sah. Ini yang perlu diperhatikan," katanya.

Selain itu, beliau berkata, pengikut fahaman itu juga kini sudah mula menonjolkan diri menerusi pembukaan beberapa perniagaan di sekitar negeri ini.

Katanya, mereka sudah mempunyai beberapa perniagaan perubatan alternatif, ternakan dan sebagainya.

Bukti PAS berani tegoq DAP sebenarnya...ini contohnya..!

POLITIK Hudud: Nik Aziz tegur Dyana
SITI FATIHAH AWANG June 13, 2014

KOTA BHARU – Murysidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, antara perkara dijelaskannya semasa pertemuan dengan Dyana Sofya Mohd Daud semalam adalah kesilapan calon DAP itu menyatakan pendiriannya mengenai hudud ketika kempen PRK Teluk Intan baru-baru ini.

Menurutnya, Dyana sepatutnya ambil langkah lebih berstrategi atau hanya berdiam diri daripada mengeluarkan kenyataan berkaitan isu yang boleh dijadikan bahan polemik.

"Dyana salah dari segi tekniknya. Di peringkat awal kenyataan dia terus sebut tolak hudud.

Dari segi teknik tidak betul. Kalau buat senyap atau sebut akhir-akhir, apa salahnya," katanya kepada media selepas menyampaikan kuliah mingguan di Medan Ilmu, hari ini.

Beliau mengulas pertemuannya dengan Dyana yang mengiringi Penasihat DAP, Lim Kit Siang hadir di pejabatnya semalam, bagi memperjelaskan beberapa isu dibangkitkan pada PRK Teluk Intan dua minggu lalu.

Dalam pada itu, Nik Aziz berkata, kenyataan Dyana mengenai hudud telah dimanipulasikan sehingga calon DAP itu dilihat seolah-olah menentang hudud.

"(Yang Dipertua Pas Kawasan Kota Bharu) Datuk Wan Abdul Rahim (Wan Abdullah) cuma cakap sebagai orang Islam dia tidak boleh tolak hudud tapi parti tolak hudud, maka dia terimalah, cuma wartawan sahaja yang tidak menekankan apa yang disebut, sedangkan saksi (Wan Abdul Rahim) ada," katanya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...