TERKINI :

Thursday, June 12, 2014

Trajedi Kg. Chubadak - Tatapan Sebelum & Selepas di robohkan...

SEBELUM


SELEPAS

Apabila TG Nik Aziz bercakap berkenaan World Cup 2014

Ramadhan nombor satu bola nombor dua - TG Nik Aziz



KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Mat tidak mahu membuat jangkaan awal pasukan mana yang menjadi pilihan beliau untuk menjulang Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil kali ini.

Tuan Guru yang ditemui Harakahdaily di pejabatnya di Institut Pemikiran Tok Guru dekat sini hari ini, berkata beliau bagaimanapun sangat berminat dengan sukan itu.

"Waktu sebelum perang Jepun, masa saya belajar di Jerteh, saya main bola sehingga cedera lutut sebelah kanan kena sepak oleh kawan saya.

MCA Mahu 3 Wakil, Najib Dijangka Catat Rekod Lantik Menteri Paling Ramai

Shahbudin Husin,

http://mk-cdn.mkini.net/715/6346a67cb23e408f993a5338379851dc.jpg
Walaupun Perdana Menteri, Najib Razak mengatakan beliau tidak tahu mengenai ura-ura rombakan kabinet yang heboh diperkatakan ketika ini, hakikatnya perkara itu memang tidak dapat dielakkan lagi.

Pertama, kerana memenuhi janji untuk melantik Presiden Gerakan, Mah Siew Keong yang menang dalam pilihanraya kecil Teluk Intan, baru-baru ini dan keduanya pula, sebagai memenuhi kehendak perwakilan MCA yang sudah membuat resolusi untuk kembali semula memegang jawatan dalam kerajaan.

Najib mungkin benar-benar tidak tahu atau tidak berniat merombak kabinetnya kalaulah beliau sudah lupa akan janjinya kepada Mah Siew Keong dan juga pengundi Teluk Intan. Begitu juga, beliau mungkin tidak merombak kabinetnya jika beliau juga lupa pelawaannya kepada MCA baru-baru ini agar parti itu kembali bersama-sama menguatkan kerajaan dan terlupa jufa parti itu sudah mengubah resolusi sedia kembali dalam kerajaan.

Namun jika beliau berpegang kepada janjinya, rombakan kabinet terutama untuk membawa wakil daripada MCA dan Gerakan menyertai kabinet adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan lagi.

Mengikut laporan media sejak seminggu lalu, Najib dijangka merombak kabinetnya sebelum puasa atau selewat-lewatnya selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti. Jika rombakan itu hanya melibatkan kemasukan wakil daripada MCA dan Gerakan saja, mungkin ia akan dilakukan sebelum puasa ini tetapi tidak mustahil juga dilakukan selepas sambutan Hari Raya bagi membolehkan Najib mempunyai lebih masa untuk melakukan penyusunan dan pengubahsuaian yang harmoni.

'Bagaimana jika ada ugutan bunuh ke atas Zahid?'

 
MP Seputeh Teresa Kok mempersoalkan jika Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan mengarahkan polis supaya tidak bertindak jika ada seseorang mengugut untuk membunuhnya.

"Apakah polis akan bertindak jika seseorang mengugut untuk mengebom lapangan terbang atau membunuh beliau (Zahid)?

"Adakah beliau akan mengarahkan polis untuk tidak bertindak kerana perbuatan jenayah tidak berlaku?" soal Teresa dalam sidang medianya di parlimen hari ini.

Beliau melontarkan persoalan itu bagi menjawab jawapan Zahid semalam yang berkata ugutan sebuah NGO untuk menampar Teresa "tidak boleh dikatakan wujud suatu jenayah".

Ahli parlimen Bagan Datoh dan naib presiden Umno itu berkata tindakan itu tidak dianggap sebagai perbuatan jenayah kerana tidak memenuhi dua elemen iaitu "perbuatan dan niat jahat".

"Adalah menjadi prinsip di dalam undang-undang jenayah di mana suatu kesalahan jenayah hanya boleh wujud apabila terdapat dua elemen bersekali iaitu actus reus (perbuatan) dan mens rea (niat jahat).

MP Kulim Bandar Baru sahkan notis diisytihar muflis

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir mengesahkan notis pengisytiharan muflis terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur seperti disiar beberapa akhbar semalam.

Beliau berkata memang wujud tunggakan pembayaran oleh sebuah syarikat milik ahli keluarganya dan beliau telah menghubungi pihak bank bagi membincangkan penyelesaian baki tunggakan tersebut.

"Betul notis itu dikeluarkan terhadap saya. Ini urusan pinjaman oleh syarikat yang diusahakan keluarga saya. Tapi sejak 2007 saya sudah tidak berada dalam organisasi syarikat itu.

"Tapi tak apa, ia tetap milik ahli keluarga dan ada kaitan dengan saya. Saya akan selesaikannya dalam masa terdekat. Perbincangan dengan pihak bank mungkin akan dibuat sedikit masa lagi," katanya dipetik mStar Online.

Menteri - Taib bukan raja, siasatan SPRM diteruskan


Bekas ketua menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud tidak mendapat kekebalan daripada siasatan rasuah apabila dilantik sebagai yang dipertua Sarawak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Paul Low.

Low berkata, ini kerana yang dipertua negeri tidak terangkum bawah takrif "raja", walaupun menjalankan fungsi raja, seperti digariskan dalam Fasal (2) Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan.

"Oleh itu peruntukan berhubung mahkamah kas tidak terpakai bagi seorang yang dipertua negeri,

"Sehubungan itu, prosiding bagi seorang yang dipertuan negeri atas sifat peribadinya boleh dibawa di mahkamah umum," katanya.

Low berkata demikian dalam jawapan bertulisnya sebagai balasan kepada soalan Ng Wei Aik (DAP-Tanjong) yang mahu tahu sama ada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Taib akan bersambung selepas beliau menjawat jawatan baru.

Dalam jawapan sama juga, Low berkata, SPRM juga boleh menjalankan siasatan terhadap yang dipertua, perdana menteri dan menteri kabinet jika terdapat kesalahan bawah Akta SPRM 2009.

"Manakala siasatan SPRM terhadap Abdul Taib Mahmud masih diteruskan atas arahan Jabatan peguam Negara," katanya lagi.

'BN tak belajar dari lakonan Ibrahim Pendek'

 
Pemuda PAS hari ini menempelak langkah kerajaan mengumumkan bantuan RM500 kepada penoreh getah susulan kejatuhan harga getah yang melanda negara.

Menurut dewan itu, langkah populis dan klise itu tidak akan menyelesaikan masalah itu secara tuntas untuk jangka masa panjang demi meningkatkan perbelanjaan mereka.

“Ini tidak ubah sama sekali sepertimana 'gula-gula' BR1M yang diberikan kerajaan Umno (dan) BN dalam PRU yang lalu.

“Yang kita mahukan ialah suatu dasar dan langkah afrimatif yang mampu memberikan kesan jangka panjang,” kata ketuanya Suhaizan Kaiat.

Kerajaan hari ini mengumumkan bantuan RM500 kepada penoreh getah, sama seperti yang diterima pekebun kecil komoditi bagi membantu mereka susulan kejatuhan harga getah pasaran.

Menteri Perusahaan, Peladangan dan Komoditi Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata, kerajaan juga sedang mempertimbang mekanisme menentukan harga getah pasaran.

Bagaimana Pakatan Rakyat akan menjadi kerajaan alternatif?

oleh Aspan Alias,

PKR dalam keadaan kelam kabut kerana ketidak telusan dalam pemilihan partinya di setiap peringkat. Hendak juga kita bertanya, jika pemilihan parti pun tidak mampu dilakukan dengan betul, bagaimana kah parti ini boleh mengaku yang mereka boleh membetulkan keadaan negara yang juga dalam keadaan yang amat membimbangkan ini. Belum lagi kita menyaksikan pemilihan sesebuah parti seburuk itu seperti yang berlaku dalam PKR.
Sebenarnya Anwar dengan keluarganya tidak berkemampuan untuk menjaga partinya dengan baik. Tuduhan oleh ahli-ahlinya tentang berlakunya penipuan dalam pemilihan parti itu nampaknya tidak akan terlerai. Kini tahap keyakinan rakyat terhadap parti ini yang mengaku untuk menjadi parti ‘alternative’ kepada UMNO dan BN merudum keperingkat yang terendah sekali.
Komen seperti ini sememangnya tidak digemari oleh ahli-ahli Pakatan Rakyat, kerana mereka tidak boleh dan pantang mendengar kritikan. Apabila mendengar kritikan, mereka akan melatah ke darat dan ke baruh dengan marah dan carut marut mereka. Mereka hanya gemar dengan cerita yang syok sendiri dan mengaku yang parti itu parti yang telus, tidak seperti UMNO atau BN.
Itu sebabnya akhir-akhir ini saya katakan secara terbuka yang pembangkang tidak akan dapat menjamah Putrajaya itu setidak-tidaknya dalam dua atau tiga pilihanraya lagi. Kerajaan akan tetap dengan kerajaan BN, walaupun kita tahu jika kepimpinan yang ada hari ini dalam BN itu masih berkeliaran di Putrajaya itu, negara akan terus berada dalam keadaan yang mengelirukan.

Untung Jadi Deepak, Ahmad Maslan Juga Turut Membelanya...

Shahbudin Husin, 
 
Isu penyelesaian baki pinjaman tanpa faedah sebanyak RM32 juta yang melibatkan ahli perniagaan kontroversi, Deepak Jaikishan terus menjadi perbualan. Ketika banyak persoalan dibangkitkan mengenai kewajaran memberi keistimewaan kepada ahli perniagaan itu, dari ruang bicara kaki lima hinggalah ke sidang Parlimen, pihak kerajaan nampaknya lebih selesa terus membela Deepak.

Walaupun sudah dijelaskan oleh bekas Pengerusi Bank Rakyat, Sabbaruddin Chik mengenai keengganan Lembaga Pengarah bank meluluskan pinjaman itu sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Hasan Malek malah pernah diugut untuk dipecat jika tidak menuruti kehendaknya, keinginan untuk melakukan siasatan juga tidak kelihatan.

Sabbaruddin juga bertegas bahawa penyambungan kontraknya yang telah dipersetujui oleh Bank Negara tidak diteruskan oleh menteri terbabit berikutan keengganan Lembaga Pengarah itu. Tetapi Hassan Malek enggan memberi sebarang kenyataan, sebaliknya hanya berkata beliau sedia disiasat.

Sebelum itu, beliau melarikan diri daripada buruan media dan enggan memberi sebarang komen.

Jika Hasan dipihak yang benar, kenapa mengelak untuk memberi penjelasan yang detail dan panjang sebagaimana yang didakwa oleh Sabbaruddin. Mengatakan dirinya sedia disiasat tidak menggambarkan beliau dipihak yang benar.

GST: Pendapat pakar ekonomi perlu diberi perhatian



BELUM sempat cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan, sudah banyak telahan dan ramalan bahawa pelaksanaannya mengundang pelbagai masalah seperti kenaikan kadar inflasi negara serta kenaikan harga barangan.

Pelbagai pandangan termasuk dari pakar ekonomi bahawa GST akan menyebabkan bebanan lebih kepada rakyat yang menanggungnya.

Antara kebimbangan rakyat adalah kenaikan pada sektor makanan dan minuman. Ia mungkin sukar disekat memandangkan restoran-restoran di seluruh negara turut dikenakan cukai GST sebanyak enam peratus.

Restoran-restoran ini akan mengenakan pula bebanan harga kepada pengguna bagi menampung cukai yang mereka tanggung.

Dalam soal barangan pula, dijangkakan 70 peratus  jenis barangan dan perkhidmatan akan naik harga daripada 40 peratus yang disenaraikan di bawah Indeks Harga Pengguna (IHP).

Kerajaan perlu berterus terang dengan rakyat dengan menjelaskan apakah harga barangan keperluan lainnya tidak meningkat naik.

Tukar Sama Suka antara PANDA & TAPIR...

Tapir untuk panda: Tunggu jawapan China

Tapir  

JERANTUT - Kerajaan sedang menunggu jawapan China berhubung cadangan Malaysia meminjamkan sepasang tapir kepada negara itu sebagai balasan terhadap sepasang beruang panda gergasi yang dipinjamkan oleh China.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel berkata, jika China bersetuju, pasangan tapir berkenaan akan dihantar ke sana dalam tahun ini juga.

"Kita sudah beritahu China dan sedang tunggu jawapan mereka," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Pengurus-pengurus Kawasan Peliharaan Kebangsaan yang pertama di Taman Negara Kuala Tahan, di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan tapir antara haiwan yang dijangka dipinjamkan kepada China sebagai pertukaran balas sepasang beruang panda gergasi yang tiba di negara ini bulan lepas.

Ditanya mengenai kemasukan percuma untuk rakyat negara ini menyaksikan pasangan beruang panda gergasi Fu Wa dan Feng Yi di Zoo Negara, Palanivel berkata perkara itu masih dalam pertimbangan.

"Kemungkinan kita akan beri kemasukan percuma untuk tujuh atau 10 hari sahaja," katanya. - Bernama

Pendang - Facebook cetus idea program amal kumpul pakaian

Facebook cetus idea program amal

Mohd Sayuti menunjukkan beg tangan wanita yang turut didermakan.  
Mohd Sayuti menunjukkan beg tangan wanita yang turut didermakan.

PENDANG - Laman sosial seperti Facebook bukan sahaja untuk merapatkan persaudaraan dan memudahkan komunikasi malah sebagai pencetus idea untuk melakukan program amal.

Bermula hanya untuk menambah kenalan, Timbalan Setiausaha Persatuan Penduduk Batu Hampar, Mohd Rizam Mansor berkata, idea membantu penduduk sekitar dengan mengumpul pakaian tercetus apabila dia melihat ruangan Facebook seorang warga emas yang gemar melakukan kebajikan.

“Seorang warga emas di daerah Kulim telah memasukkan gambar-gambarnya menyediakan tempat khas pengumpulan baju-baju yang disedekahkan oleh masyarakat setempat untuk golongan kurang bernasib baik.

Pelajar PTA terlibat jualan amal di luar Kedah?

Pelajar yang mendakwa dari PTA melakukan jualan amal di sekitar Shah Alam, kelmarin. 
Pelajar yang mendakwa dari PTA melakukan jualan amal di sekitar Shah Alam, kelmarin.
 
YAN - Apa sudah jadi? Demikian persoalan yang menjadi tanda tanya masyarakat umum berhubung penguatkuasaan yang dikenakan terhadap Pusat Tahfiz Amal (PTA) dekat Jalan Yan- Kuala Kedah, di sini.

Terdahulu, PTA diarah menghentikan operasinya oleh Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) pada 10 Februari lalu atas alasan menjalankan operasi sebagai sekolah Islam tanpa pendaftaran.

Lebih membimbangkan apabila pengurusan PTA didakwa menggunakan pelajar-pelajarnya yang berumur tujuh hingga 12 tahun untuk menjalankan jualan amal di sekitar negeri ini.

Perkara itu masyarakat tidak berpuas hati masyarakat kerana menggunakan kanak-kanak untuk tujuan perdagangan.

Tindakan itu sekali gus membuka mata pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas.

Bagaimanapun, tindakan yang diambil pihak berkuasa terhadap institusi terbabit dilihat ibarat mencurah air ke daun keladi.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...