TERKINI :

Wednesday, June 11, 2014

[TERKINI] Adakah PRK akan diadakan di P018 KULIM BANDAR BARU disebabkan YB nya diistihar bangrap..??

 
dok agak Esok Najib bagi duit kira selesai la hutang nie...bukan susah...

Zahid congek ekor di parlimen mengenai PRK Teluk Intan

Mohd Sayuti Omar, 

http://ceritakini.files.wordpress.com/2010/08/07042010613.jpgSedap juga tengok Zahid Hamidi "congek ekor dan angkat jambul" dalam parlimen semalam mengatakan kemenangan calon BN, Mah Siew Keong dalam pilihan raya kecil Teluk Intan kerana dia telah beri amaran kepada gangstar agar tidak campur tangan dalam pilihan raya berkenaan.

Katanya dia kenal seorang-seorang muka gangstar di Teluk Intan dan juga bokie - kaki judi baik di Teluk Intan, Ipoh ataupun di Pulau Pinang. Hebat menteri KDN ini.

"Saya beri amaran pada kongsi gelap kerana saya tahu muka setiap seorang itu, apa yang dilakukan.
Disebabkan amaran itu mereka tidak campur tangan langsung daripada segi mengarah, dan memberi amaran kepada pendundi di Teluk Intan," katanya.

Menurut Zahid mulanya DAP meramalkan mereka akan menang pilihan raya kecil Teluk Intan itu dengan 12,000 majoriti, kemudian 6,000 kemudian 2,000 undi, akhirnya kalah dengan 236 undi.

Saya tersenyum mendengar dakwaan Zahid tentang perkara ini. Ada logiknya juga kalau gangstar
terlibat dengan sesuatu pilihan raya. Ini kerana bukan sahaja di kalangan orang Cina dan India tetapi orang Melayu juga ada gangstar.

Gangstar Melayu ini terlibat mengugut dan mengarahkan orang agar undi Umno sejak tahun 1959 lagi. Saya masih ingat di Kelantan macam mana samseng tahi minyak pemuda tahan lasak Umno akan menempelang dan beri penampar Jepun kepada sesiapa yang tidak mahu mengundi kapal layar (Perikatan).

Atau mereka akan ramai-ramai menyerbu rumah penyokong Pas dan membuang tangga dan "melembe" (meruntuhkan) jemburan.

Jadi tidak hairan kalau kongsi gelap seperti mana kata Zahid itu wujud dan memainkan peranan mereka dalam sesuatu pilihan raya.

Timb Menteri Kewangan jawab loan Deepak, namun jawapan sekadar 'mungkin' sahaja..

Ahmad Maslan nafi Deepak dapat pinjaman tanpa faedah Bank Rakyat
OLEH JAMILAH KAMARUDIN

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/ahmad_maslan_timbalan_menteri_kewangan_taklimat_gst_putrajya_faisal_tmi.jpg
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan (gambar) menafikan Bank Rakyat memberikan pinjaman tanpa faedah kepada ahli perniagaan permaidani Deepak Jaikishan melalui campur tangan menteri Kabinet.

Ahmad berkata, Bank Rakyat sama sekali tidak akan memberi pinjaman kepada mana-mana individu tanpa mengira kadar keuntungan.

"Tidak ada mana-mana individu istimewa. Bank Rakyat tidak ada istilah individu anugerah Tuhan atau sebagainya. Bank Rakyat tidak pernah berbuat demikian," katanya semasa sesi penggulungan dalam Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, pihak yang menimbulkan dakwaan itu mungkin terkeliru dengan penstrukturan pembayaran semula pokok atau baki pinjaman.

Katanya, pihaknya juga dimaklumkam bekas Pengerusi Bank Rakyat,Tan Sri Sabbaruddin Chik mengakui kenyataannya mengenai isu itu diputarbelitkan oleh media alternatif. – 11 Jun, 2014.

Deepak buat loan dengan Bank Rakyat RM32juta tanpa faedah.. Hebat kawan Najib nie...

Skandal Bank Rakyat: Apa motif k'jaan beri layanan istimewa untuk Deepak?

MUHAMMAD FAIZAL | 11 Jun 2014.

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat mempersoalkan tentang keistimewaan yang dimiliki ahli perniagaan, Deepak Jaikishan sehinggakan beliau mendapat kemudahan dalam menyelesaikan RM32 juta hutangnya di Bank Rakyat.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2014 menegaskan skandal tersebut akan menyebabkan berlakunya krisis pada kepada intitusi kewangan dalam negara ini.

"Kita minta kerajaan jelaskan tentang apa yang didedahkan oleh bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik sebelum ini.

"Ia satu perkara yang amat serius kerana skandal kemudahan ini boleh menjejaskan pelaburan kepada simpanan individu-individu bumiputra di dalam bank itu," jelasnya.

Tambah beliau lagi, pendedahan Sabbaruddin mengenai campurtangan menteri dalam keputusan lembaga pengarah boleh dikategorikan sebagai penyalahgunaan kuasa dan menyebabkan keputusan yang dilakukan tidak mengikuti piawai institusi kewangan itu sendiri.

"Bagaimana menteri boleh campurtangan dan ugut lembaga pengarah dengan berkata "jika kamu tak nak lulus keputusan yang dibuat kepada peminjam ini Deepak, kamu akan dipecat" kenapa perlu ugut, apa yang Deepak ada, sampai dapat layanan sebegini.

"Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kata tak de kes rasuah, kita lihat sebelum ini Permatang Pauh didakwa dalam kes pertama kerana apa? Bukan kerana beri atau ambik duit tetapi kononya hanya beri arahan kepada polis, salahguna kuasa.

"Apakah menteri ini tidak salah guna kuasa, apabila beri amaran ugutan kepada pengerusi dan lembaga pengarah akan pecat kalau tak setuju dengan persetujuan yang dicapai," jelasnya.

Jelasnya lagi, apa yang didedahkan Sabbaruddin adalah persetujuan yang diperolehi di pejabat menteri, antara Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Sri Hasan Malek dengan Deepak adalah untuk penyelesaian baki hutang pinjaman sebanyak RM32 juta dibayar secara tidak memperolehi keuntungan kepada bank.

"Baki RM32 juta bayar RM32 juta untuk tempoh 10 tahun melalui 120 keping cek tertunda.

"Hebat, saya tidak tahu la kalau ada kaedah bayar hutang melalui cek tertunda dan tanpa faedah.

"Kita hendak tahu berapakan jumlah kerugian keuntungan bank hadapi bila kaedah pembayaraan ini dipersetujui oleh menteri," sambung beliau.

Sementara itu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bangun mencelah memberitahu Deepak turut mendapat keistimewaan apabila beliau diberi lesen TV khas selepas pilihanraya dengan pinjaman awal lebih kurang RM400 juta.

"Siapa Deepak sebenarnya, kenapa beliau begitu istimewa.

"Saya hairan kenapa tidak ada seorang pun Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang bangun membantah bagi menyelamat institusi kewangan.

"Orang Melayu di kampung kalau nak pinjam RM10 ribu cukup susah dan bila tak bayar mereka diiystihar bankrup," katanya. - HARAKAHDAILY 11/6/2014

Apa Pakatan Rakyat perlu belajar daripada BN, Jangan Bodoh Sombong Sangat..!!!

Timmy Say | 11 Jun 2014

http://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2014/04/PAKATAN-RAKYAT.jpg
SELEPAS DAP tewas mengejut di Teluk Intan, keretakan di antara parti-parti komponen Pakatan Rakyat menjadi semakin ketara.

Kekalahan di Teluk Intan yang sepatutnya menjadi rahmat untuk memperingatkan DAP, Pas dan PKR pentingnya untuk terus bekerjasama bagi bersama melawan Barisan Nasional (BN) bertukar membawa bala apabila ia menjadi medan saling menuding jari antara satu sama lain.

Bagi PKR, pemilihan partinya sudah cukup  memalukan. Maka tidak perlu parti kawan menyapu garam atas luka dengan menyalahkan perkara tersebut sebagai punca kekalahan di Teluk Intan.

Bagi Pas, hudud adalah undang-undang Tuhan yang dekat dengan hati pengikutnya. Tidak bijaklah kalau ada parti kawan yang menyalahkan niatnya untuk melaksanakan undang-undang Tuhan itu sebagai punca kekalahan di Teluk Intan.

Bagi DAP, kekalahan di kerusi yang majoritinya pengundi Cina sesuatu yang sukar ditelan kerana ia melanggar persepsi kaum Cina berada di pihak mereka. Oleh itu, tidak perlu mengguris hati DAP dengan berkata mereka tewas di Teluk Intan kerana mereka kehilangan sokongan Cina, sesuatu persepsi politik yang boleh membuai mimpi ngeri kepada mereka.

Jika hendak berbicara mengenai kesilapan, ketiga-tiga parti ada membuat kesilapan – daripada masalah terlalu yakin kepada tidak berkempen bersungguh-sungguh. Tapi sekiranya ketiga-tiga parti ikhlas bertahaluf, mengapa perlu menyalahkan antara satu sama lain atas kekalahan di Teluk Intan?

Masalah terbesar DAP, Pas dan PKR ialah mereka bersahabat, tetapi pada masa sama, mereka bertarung antara satu sama lain untuk muncul lebih maju di depan berbanding sahabat lain. Selain itu, mereka juga bekerja untuk meningkatkan jumlah undi mengikut kaum secara berasingan, dan bukan secara bersama.

Ini punca utama mengapa pemimpin Pakatan Rakyat suka membuat kenyataan media memperbesarkan isu antara tiga parti semata-mata untuk menjadi undi kelompok masing-masing. Kerana itu juga,  mereka suka membalas kenyataan sesama sendiri melalui media tanpa kisah tindakan mereka akan memperkuatkan persepsi rumahtangga di Pakatan Rakyat ini tidak stabil, sebagaimana yang dipropagandakan oleh BN di media arus perdana.

Persoalannya, susah sangatkah bagi para pemimpin Pakatan Rakyat untuk menelefon, menghantar email, SMS mahupun whatsapp antara satu sama lain apabila timbul perbezaan pendapat atau sebelum membuat kenyataan mengenai isu sensitif?

Dalam isu kontroversi seperti perkahwinan Hindu seorang wanita bernama Melayu, kes penjagaan anak mualaf, Kidex dan isu Bible Melayu, sepatutnya ketiga-tiga parti perlu berbincang dahulu sebelum mengambil pendirian rasmi.

Ini tidak, ketiga-tiga parti seolah-olah mempunyai pendirian dan pandangan berbeza – semua jawapan bukan atas kepentingan Pakatan Rakyat, tetapi untuk menjaga kelompok undi parti masing-masing.

Bukan itu sahaja, kebanyakan masa, ada yang suka 'jump the gun' dengan menyatakan pendirian parti dahulu melalui kenyataan media dalam isu kontroversi semata-mata untuk menjaga hati kelompok rakyat yang mengundi parti mereka. Kemudian, golongan ini akan seolah-olah memaksa Pakatan Rakyat menerima pandangan itu sebagai pandangan rasmi tanpa memikirkan kesannya pada rakan parti yang lain dan kelompok rakyat yang lain.

Tindakan seperti ini harus dijauhi kerana ia bersifat sabotaj yang menimbulkan lebih banyak sengketa yang boleh meretakkan lagi Pakatan Rakyat.

Dalam hal menjaga imej perpaduan Pakatan Rakyat, barangkali para pemimpin barisan pembangkang boleh belajar sesuatu daripada BN.

Lihatlah cara parti-parti komponen BN mengurus perbezaan pendapat, di mana mereka jarang berperang di media sehingga menimbulkan rakyat mendapat persepsi BN tidak stabil dan mungkin berpecah bila-bila masa.

Perhatikanlah bagaimana para pemimpin BN yang tidak bersetuju antara satu sama lain cepat-cepat menutup mulut dan berbicara di belakang tabir untuk mengurangkan tumpuan dan tekanan media.

Renungkanlah bagaimana para pemimpin BN mengambil taktik jarang mengeluarkan kenyataan menghentam parti-parti komponen sendiri meskipun ada yang terlajak.

Belajarlah bagaimana NGO-NGO digunakan sebagai muka depan untuk menyerang parti komponen sendiri dan lawan apabila perlu tanpa menjejaskan imej perpaduan utuh BN.

Akuilah cara BN menguruskan ura-ura pertukaran menteri besar di negeri-negeri tertentu juga lebih baik daripada cara Pakatan Rakyat yang mendapat idea kontroversi seperti Langkah Kajang.

Dalam isu kontroversi, pemimpin BN juga lebih pandai mengelak daripada Pakatan Rakyat yang sering terjerut (walaupun kebetulannya banyak perkara kontroversi berlaku di Selangor, yang di bawah kuasa Pakatan Rakyat.)

Meskipun ada taktik politik BN yang kurang disenangi rakyat, tetapi ia sukar untuk menafikan taktik itu berkesan. Ini kerana sehingga kini tiada seorang rakyat pun yang berasa BN akan berpecah.

Yang rakyat tertanya-tanya ialah bila Pakatan Rakyat akan berpecah? Soalan sedemikian sudah cukup untuk Pakatan Rakyat belajar sedikit sebanyak cara BN dalam mengurus perbezaan pendapat. [SH]

Tengok Jawapan Pimpinan UMNO pasal HUDUD memang playsafe, tapi pimpinan PAS & DAP..pantang dicuit..!!

Biar JK Teknikal Hudud bincang sesama sendiri - Jamil

KOTA BHARU: Buat pertama kali dalam sejarah teks khutbah Jumaat di masjid-masjid di Kelantan menyentuh isu pelaksanaan hukum hudud dua minggu berturut-turut.

Teks khutbah tersebut disediakan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) dibaca para khatib.

Sehubungan itu Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob merakamkan ucapan tahniah kepada Maik kerana memberi ruang menjelaskan isu hudud kepada orang ramai.

"Khutbah itu dibaca di seluruh masjid di negeri ini minggu lepas bagi memberi kefahaman kepada masyarakat berhubung hukum tersebut.

"Ini merupakan langkah proaktif bagi membantu kerajaan negeri dalam menjayakan pelaksanaan hudud di Kelantan. Terima kasih kepada panel yang menyedia teks khutbah isu hudud," katanya ketika merasmikan Multaqa Imam, Guru Takmir dan Jawatankuasa Masjid Mukim Kelantan 2014 di Balai Islam semalam.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Nassurudin Daud, Timbalan Mufti Kelantan, Datuk Nik Abdul Kadir Nik Muhammad dan Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustafa.

Menteri Besar turut mengingatkan imam dan guru takmir supaya mendapat gambaran sebenar terhadap isu-isu semasa yang berlaku khususnya melibatkan kepentingan akidah.

Sementara itu Jamil Khir berkata, Jawatankuasa Teknikal Hudud Kebangsaan telah diwujudkan dan dibincang di peringkat kerajaan negeri dan Persekutuan.

"Perkara ini dibincang di peringkat kerajaan negeri dan Persekutuan. Sebab kita tak nak nanti heboh orang ni sebut macam ni, orang tu pula sebut macam tu.

"Nanti akan berlaku perkara negatif pula. Biarlah jawatankuasa teknikal berbincang sendiri sesama mereka," ujarnya kepada media selepas program berkenaan.


Menurutnya juga dua perkara besar dibincang dalam jawatankuasa teknikal terbabit iaitu arah untuk memandu pelaksanaannya hudud sebelum dibawa ke Parlimen dan ke Majlis Raja-Raja.

Katanya, jawatankuasa terbabit perlu dilihat sebagai badan bebas dan bukannya mengikut wajah mana-mana parti.

"Kita mahu memastikan surat permohonan pelaksanaan hudud dibawa ke Parlimen tanpa melibatkan mana-mana suara dari mana-mana parti," ujarnya. - HARAKAHDAILY 11/6/2014

Cermin gelap: Hasil bengkel hanya 'berakhir' di Glenmarie?

ZULHAZMI SHARIFF

PINDAAN KAEDAH-KAEDAH KENDERAAN MOTOR (LARANGAN MENGENAI JENIS-JENIS KACA TERTENTU) 1991 - DI MANA BERAKHIR?

Pada 15 MEI 2014, Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman PDRM SAC Mohd Fuad Abd Latif memaklumkan bahawa suatu operasi besar-besaran berkaitan penggunaan cermin gelap akan mula dilakukan pada 16 JUN 2014.

Beliau seterusnya memberikan amaran kepada pemilik-pemilik kenderaan supaya mematuhi peraturan sedia ada iaitu Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991 yang membenarkan kegelapan cermin hadapan kenderaan 30% dan cermin selainnya 50% yang mana kegagalan mematuhinya akan dikenakan tindakan.

Ekoran dari itu timbul pelbagai reaksi daripada pengguna dan persatuan-persatuan yang berkepentingan. Mengambil langkah pro-aktif, Kementerian Pengangkutan mengadakan suatu bengkel yang disertai agensi-agensi kerajaan, persatuan-persatuan berkepentingan dan Ahli-ahli Parlimen. Bengkel tersebut telah dijalankan selama dua (2) hari di Hotel Holiday Inn, Glenmarie, Shah Alam pada 2 dan 3 JUN 2014.

Pelbagai cadangan, respon, reaksi dan bantahan telah dikemukakan semasa bengkel berlangsung. Pada penghujung bengkel Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi memaklumkan bahawa semua cadangan dan maklum balas akan dikemukakan kepada Menteri Pengangkutan untuk diambil tindakan.

Hasil bengkel tersebut antaranya mengesyorkan supaya kadar ketelusan cahaya (VLT) untuk cermin sisi penumpang belakang dan cermin belakang dikurangkan kepada 30 peratus berbanding VLT asal sebanyak 50 peratus manakala ketelusan cermin hadapan kekal 70%.

Carian di portal rasmi E-Warta Persekutuan masih tidak kelihatan pewartaan apa-apa kaedah baru yang bermaksud hasil kajian bengkel yang dijalankan baru-baru ini masih di awang-awangan.

Hari ini 11 JUN 2014 bermakna masih ada empat (4) hari sebelum operasi besar-besaran oleh pihak PDRM dijalankan. Pengguna dan pemilik kenderaan masih menunggu apakah keputusan kerajaan. Di mana ianya akan berakhir?

Adakah kaedah lama terpakai atau kaedah baru hasil perbincangan bengkel akan dilaksana sedangkan PDRM sudah tidak sabar-sabar hendak menjalankan operasi? Jika ada pindaan atau kaedah baru, bilakah akan diwartakan?

Kenapa mengambil masa terlalu lama sedangkan Timbalan Menteri Pengangkutan menyatakan bahawa semua hasil bengkel akan terus dipanjangkan kepada Menteri untuk perhatian dan jika dipersetujui akan dilaksanakan serta-merta.

Tindakan kerajaan melengah-lengahkan pengumuman dan pewartaan kaedah baru ini memberikan kesan kepada pengguna khususnya pemilik kenderaan. Jika kerajaan umumkan dalam masa yang hampir tarikh perlaksanaan operasi oleh PDRM, maka pengguna akan bersesak-sesak ke kedai aksesori.

Adakah hasil bengkel ini hanya berakhir di Glenmarie? Sama-sama kita tunggu.

*Penulis adalah Peguam Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) merangkap Timbalan Pengarah Badan Mobilisasi Rakyat, Pemuda PAS Malaysia.

GST MINYAK - Kerajaan sedang bermain tarik tali takut rakyat bantah kenaikan harga minyak

GST minyak: Mustahil belum ada kata putus

Rafizi Ramli - Foto Sinar Harian oleh Zulfadhli Zaki
Rafizi Ramli - Foto Sinar Harian oleh Zulfadhli Zaki

KUALA LUMPUR - PKR hari ini mendakwa bahawa kerajaan akan mengumumkan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ke atas petrol dan diesel pada bulan September bagi mengelak bantahan awal rakyat.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata adalah mustahil kerajaan masih belum memutuskan untuk mengenakan GST terhadap dua bahan api tersebut,
memandangkan kerajaan mempunyai masa yang mencukupi untuk berbuat demikian.

"Saya telah menunjukkan bagaimana kutipan GST dari petrol dan diesel ini sekurang-kurangnya akan mencecah RM3 bilion setiap tahun, berdasarkan jumlah penggunaan petrol dan diesel tahunan.

"Jawapan-jawapan kerajaan di Dewan Rakyat setakat ini mengesahkan bahawa kerajaan BN mensasarkan kutipan di antara RM21 bilion hingga RM26 bilion setahun apabila GST dilaksanakan kelak.

"Ini bermakna kutipan GST dari petrol dan diesel adalah di antara 12 peratus hingga 14 peratus dari jumlah kutipan tahunan yang disasarkan oleh BN," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Mengulas lanjut, Rafizi yang juga Pengarah Strategik PKR berkata, berdasarkan kiraan yang dibuat, pihaknya menjangkakan kutipan ke atas GST petrol dan diesel adalah kutipan yang tertinggi berbanding barang lain.   

"Sebab itu, saya merasakan mustahil Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Kabinetnya tidak mengambil kira kesan kepada kutipan jika GST dilaksanakan tanpa dikenakan ke atas petrol dan diesel," dakwanya.

Jumaat lalu, Kementerian Kewangan memaklumkan kerajaan masih belum memutuskan sama ada mengenakan GST atau tidak ke atas petrol dan diesel.

Rahsia TIN MILO PAS - Antara buluh & tin milo (part 3)

Pecah 'tabung samah' untuk pengundi luar
DR AZMAN IBRAHIM | 11 Jun 2014.

Hampir selesai pusing ke cawangan-cawangan PAS Dun Jabi bagi perasmian mesyuarat agung tahunan.

Antara yang saya catatkan, rata-rata cawangan menjadikan program ‘tabung samah’ sebagai sumber wang masuk PAS Cawangan masing-masing.

Maksud ‘tabung samah’ ini ialah, cawangan menyediakan buluh sebagai tabung atau celeng yang diagihkan kepada ahli-ahli di peringkat cawangan dan disimpan di rumah mereka. Setiap hari mereka perlu masukkan paling kurang samah atau 50 sen ke dalam tabung ini untuk Islam.

Setiap 2 atau 3 bulan sekali, tabung ini akan dikumpulkan dan satu majlis rasmi pecah tabung dibuat secara beramai-ramai. Alhamdulillah, walaupun sekadar samah sehari, tapi bila pakat ramai-ramai, hasilnya agak lumayan. Boleh dapat sekitar 2k sekali pecah tabung.

Saya masih ingat, sekitar tahun 2012, ketika majlis pecah tabung PAS Cawangan Kerandang. Arwah Pok Ngoh Pa, ketua cawangan PAS yang paling lama berkhidmat dalam Dun Jabi masih ada. Lebih 30 tahun dia jadi ketua cawangan. Bila dipecahkan buluh tabung, bukan hanya duit syiling yang keluar, turut keluar sama adalah habuk batang buluh.

Arwah Pok Ngoh Pa bersihkan satu persatu duit syiling dari kotoran habuk lalu disusun rapi. Saya yang tengok mengalir air mata. Begitu sekali orang tua seperti beliau sayangkan perjuangan ini walaupun dengan hanya mengumpulkan duit syiling.

Duit yang dikumpulkan ini antara kegunaan utamanya ialah untuk membiayai pengundi luar yang balik mengundi nanti.

Saudara-saudara kita yang kerja di kota-kota besar bila balik mengundi mereka perlukan duit minyak. Walaupun mengundi hanya 4 atau 5 tahun sekali.

Kita yang perlukan undi dari saudara-saudara kita, kena raikan semua. Kita pula tak ada duit yang diisi dalam beg James Bond macam Umno.

Tak apalah. Orang-orang kampung yang menorah getah kumpulkan sedikit demi sedikit asalkan nanti saudara-saudara kita yang nak balik mengundi tak terasa terbeban.

4 atau 5 tahun sekali baliklah saudara-saudara kita untuk mengundi. Sebahagian besarnya berkereta.

Antara yang paling sibuk tak cukup tangan ketika itu ialah ketua unit pengundi luar. Berduyun-duyun orang datang mintak pitih minyak. Orang Umno yang ambik kesempatan pun ada.

Ada juga yang tak puas hati dengan jumlah yang diberi, akhirnya bermasam muka. Kita sabar saja. Nak buat macam mana, tersangat ramai lagi yang tak merasakan mengundi itu tanggungjawab mereka kepada Islam.

Lantas mereka perlu melakukan sedikit pengorbanan. Bukannya setiap hari pun. Mereka masih merasakan mengundi ini adalah kerja calon pilihan raya, mereka yang balik mesti dibayar paling kurang dapat duit minyak.

Kalaulah mereka tahu itu adalah duit hasil penat lelah orang-orang tua di kampung, agak-agak mereka tergamak tak ambik? Berbaloikah mereka nak bermasam muka bila tak puas hati?

Kalau orang kampung boleh kumpul samah sehari untuk persiapan pilihan raya akan datang, tak kan orang bandar tak boleh kumpul 20 sen sehari untuk persiapan 4 tahun akan datang. 20 sen sehari, sebulan dapat RM6, setahun RM72. Dalam masa 4 tahun, dah dapat RM288. Cukup untuk belanja balik mengundi.

Tapi sayangnya... amat sedikit dari kita yang cuba peruntukkan walau sekadar 5 minit sehari untuk fikir tentang tanggungjawab perjuangan Islam. Maafkan saya atas muhasabah ini...

Saya selalu sebut, sepatutnya orang kota balik bawak sedikit rezeki untuk kerja-kerja perjuangan Islam di kampung, bukannya balik nak duit orang kampung! - HARAKAHDAILY 11/6/2014

Mai fatwa BABI habih pakat melatah, tapi fatwa satu nie semuanya 'lena'

Bagus juga anda bertanya soalan ini... Semoga semua memikirkannya.... HARAM HALAL

Lagi kisah TIN MILO PAS - part 2

Satu lagi penjelasan kemana dibelanjakan duit kutipan derma sewaktu ceramah PAS....

Pusat Tahfiz Amal -JAIS perlu ambil tindakan jika terserempak di Selangor

Jais perlu ambil tindakan
MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI

ALOR SETAR - Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) perlu mengambil tindakan tegas terhadap pelajar Pusat Tahfiz Amal (PTA), Yan yang menjalankan kutipan derma dan jualan amal di sekitar negeri itu.

Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan), Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah, Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), Syeikh Ahmad Faisol Omar berkata, pihaknya menyokong sebarang penguatkuasaan yang dilakukan Jais terhadap pelajar berkenaan.

"Kita sudah menghantar notis penutupan operasi kepada PTA sejak beberapa bulan lalu tetapi mereka dipercayai masih menjalankan operasi.

"Kita mengharapkan pihak Jais juga dapat bersama mengambil tindakan terhadap pelajar berkenaan sekiranya didapati melakukan jualan amal dan kutipan derma di negeri itu," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, Kedah juga akan mengambil tindakan serius sekiranya pelajar berkenaan dijumpai melakukan kegiatan itu di sekitar negeri ini.

Terdahulu, tindakan pelajar berkenaan melakukan jualan amal terbongkar selepas terserempak dengan wartawan Sinar Harian di sebuah pasar raya di Selangor.

Pelajar lelaki berusia belasan tahun yang ditemui itu memaklumkan bahawa mereka hanya melakukan jualan amal selepas sesi persekolahan iaitu pada waktu petang.

Sambil menawarkan beberapa produk yang didakwa daripada PTA, pelajar berkenaan turut mengakui mampu memperoleh sekurang-kurangnya RM10 sehari hasil jualan terbabit.

Difahamkan, aktiviti jualan amal itu dilakukan sebagai pelengkap kepada program praktikal perniagaan jualan amal kelab usahawan muda PTA.

Teluk Intan : Masa belum menang bukan main berjanji, mai menang kata 70% ja akan ditunaikan

Yakin penuhi 70 peratus janji PRK Teluk Intan

KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Teluk Intan Datuk Mah Siew Keong yakin dapat memenuhi 70 peratus janji dalam manifestonya semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan lalu, dalam tempoh tiga tahun.

Mah yang juga Presiden Gerakan berkata beliau telah berjumpa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membincangkan bentuk bantuan yang boleh disalurkan bagi membantu penduduk di kawasannya.

"Dalam manifesto pilihan raya kecil tersebut, kita telah membuat banyak janji dan komitmen kepada rakyat di kawasan ini dan saya yakin dan berharap dalam masa tiga tahun, kita mampu memenuhi segala komitmen yang dijanjikan," katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, di sini hari ini.

Terdahulu, Mah mengangkat sumpah sebagai anggota parlimen baharu di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee pada Mesyuarat kedua penggal kedua Parlimen ke-13 yang bermula hari ini.

Bersedialah..jika Najib jawab tak tahu tu kompom tahulah tuuu..!

Rombakan kabinet: 'Saya tidak tahu' - Najib

Bernama | 9:21AM Jun 11 2014 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak tahu menahu mengenai sebarang rombakan Kabinet dalam masa terdekat ini.

"Saya tidak tahu," katanya ketika ditanya wartawan Malaysia di Ashgabat (Turkmenistan) mengenai laporan sebuah akhbar harian mengenai kemungkinan rombakan Kabinet dilakukan pada hari Jumaat.

Najib berkata demikian dalam sidang akhbar sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ashgabat pada Selasa malam, setelah melakukan lawatan rasmi yang kedua ke Turkmenistan.

Beliau diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam lawatan dua hari itu.

The Malay Mail, yang memetik sumber berkata Najib sedang menimbangkan rombakan besar dalam barisan pentadbirannya bukan hanya untuk membawa masuk Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong sahaja.

Barisan baharu itu dilaporkan mungkin diumumkan seawal Jumaat ini dan selewat-lewatnya selepas Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 28 Julai.

- Bernama





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...