TERKINI :

Tuesday, June 10, 2014

Jadikanlah Zahid Hamidi Menteri Dalam Negeri Sampai Mati...

Shahbudin Husin,

Satu-satunya perkara yang membuatkan orangramai jadi menyampah dan meluat setiap kali BN menang dalam mana-mana pilihanraya kecil ialah apabila para pemimpinnya berebut-rebut mendabik dada membangga diri sambil mengaku gerak kerja yang mereka dilakukan atau oleh kumpulan merekalah yang menyumbang kepada kemenangan itu.

Dalam pilihanraya kecil Teluk Intan yang sudah berlalu hampir dua minggu lalu di mana BN berjaya menewaskan DAP dengan kelebihan 238 undi, jelas dapat dilihat sikap "masuk bakul angkat sendiri" dan amalan membangga diri itu seolah-olah kemenangan itu telah menjamin BN untuk terus berkuasa selama 50 tahun lagi.

Dapat dilihat satu demi satu pemimpin UMNO dan kerajaan membanggakan kemenangan dan menjustifikasikan kejayaan itu adalah dicapai melalui sumbangan masing-masing. Biro penerangan bangga kerja penerangannya, pemuda dengan gerak kerja pemudanya, wanita dengan lawatan rumah ke rumah dan begitu juga dengan puteri dengan sumbangan yang kononnya telah mereka mainkan sepanjang kempen pilihanraya itu.

Membina Persepsi - Adakah Mukhriz boleh berubah menjadi Marina versi Islamik.

MEMBINA PERSEPSI BAIK
 Oleh: Dr Tanaka Mustafa

 

1) Benar kata pepatah, yg menang tulis sejarah, yg kalah tulis puisi... mcm xde kaitan dgn kemenangan Mah.

2) tapi Mah sudah mencorakkan kemenangannya dgn kenyataan lipstik, mahu kerjasama dgn dyana membangun teluk intan.

3) bukan tak mahu bersangka baik, tetapi setiap apa yg BN buat, saya mesti bersikap prejudis dan kritis. Tak boleh ditipu oleh make up dan lipstik gaya BN.

4) Mah mahu memperlihat gaya toleransi. Jika DAP membantai Mah, ini modal trupers macai Umno untuk meningkatkan kemuliaan Mah.

5) Seperti juga strategi Mukhriz yg rapat dgn pondok2 di kedah. 1st impression saya , hanya sandiwara, untuk bekalan gambar dan 'bukti' bagi senjata pilihanraya akan datang.

6) Keikhlasan dia saya tak tahu. Itu biar Allah menilai. Saya hanya prejudis apa yg BN dan kuncu2nya buat.

JAKIM maklumkan bahawa LOGO HALAL BIHUN MASJID adalah SALAH DI SISI UNDANG-UNDANG

 

Dyana nafi mahu rejimen askar Melayu dibubar

 
Setiausaha Politik bagi MP Gelang Patah Dyana Sofya Mohd Daud menafikan dakwaan bahawa beliau pernah mencadangkan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dibubarkan dalam kempen pilihan raya kecil Teluk Intan.

Dyana berkata dakwaan palsu itu disiarkan dalam laman sosial Facebook palsu yang menyerupai laman sosialnya.

"Saya tidak pernah membuat apa-apa kenyataan mengenai Rejimen Askar Melayu Diraja.

“Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan (cadangan seperti) itu," katanya yang juga calon DAP di Teluk Intan.

Laman sosial itu antara lain mendakwa Dyana mengeluarkan kenyataan bahawa RAMD perlu dibubarkan atau dibuka untuk semua kaum kerana tanggungjawab mempertahankan negara bukan terletak kepada bangsa tertentu sahaja.

Dyana berkata dakwaan itu turut dibangkitkan oleh ahli parlimen Tanjung Karang Datuk Seri Noh Omar dalam Dewan Rakyat semalam.

Ini cadangan bagus untuk Proton & Tuan Penasihat beliau, tapi bukan suruh naik harga..!!

CADANGAN UNTUK PROTON DAN TUN MAHATHIR
Oleh: Dr Tanaka Mustafa

 

1) Pertama sekali, saya bukan orang yg benar-benar arif tentang automobil, kereta dan tidak pula pernah memegang apa-apa jawatan dalam Proton. Tulisan ini adalah sebagai cadangan yang difikirkan munasabah setelah letih mengkritik dan membaca kritikan terhadap Proton.

2) Proton sudah berusia hampir 30 tahun. Seringkali Proton dipandang lekeh dan hampeh kerana kualiti yang tidak sepadan dengan harganya yg mahal dan juga kritikan terhadap harga yg tinggi dijual kepada rakyat sendiri berbanding di negara lain.

3) Saya tidak mahu ulas penyelewengan, pengagihan tender kepada kroni, suapan kepada kroni dan apa saja spekulasi politik terhadap Proton. Sudah beberapa kali Proton cuba bangkit dengan mengeluarkan model-model yang gempak bermula dengan gen-2, satria neo... namun hanya hangta-hangat tahi ayam. Pengguna tidak segan silu mengutuk kualiti Proton. Proton cuba bangun lagi dengan kereta Inspira, juga dikritik menciplak. Pujian daripada beberapa kerat peminat Proton tidak mengubah fakta ini.

4) Proton cuba bangkit lagi dengan produk terbaru Preve dan Suprima S. Kualiti diperkemas. Model dikatakan diterima masuk pasaran Eropah. Namun harga pula tidak menyebelahi pengguna. Juga dikritik pengguna. Pasaran kereta import dibandingkan dengan Proton, sekali lagi Proton kebingungan sehingga terpaksa melantik kuda tua, Tun Dr Mahathir untuk mengemudi semula Proton.

ISU Tanah Johor: Siakap Senohong Gelama Ikan Duri...

A Kadir Jasin

ABC Keladi Hutan.....(greenlife-ranjeet.blogspot)

RANG Undang-Undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN). Semua 38 Adun Barisan Nasional menyokong dan semua 18 Adun Pakatan Rakyat dilaporkan “tidak mengundi”.

Tetapi siapa rakyat hendak percaya. Pengerusi Majlis di Raja Johor Abdul Rahim Ramli, dilaporkan berkata Sultan bukan orang di belakang rang undang-undang itu.

Rang undang-undang itu dilaporkan memberi kuasa kepada Sultan dan dikritik keras oleh banyak pihak di dalam dan luar Umno.

Seandainya betul Sultan bukan di belakang rang undang-undang itu, siapa lagi kalau bukan Menteri Besar Umno Khaled Nordin?

Tentu bukan orang bunian dari Seri Bunian, Pontian!

Atau ini cerita sorong papan tarik papan, buah keranji dalam perahu versi politik ajaib era Mohd Najib Abdul Razak?

Apa punya menteri, dah tahu siapa dia KONGSI GELAP pun haram tak tangkap, sekadar bagi amaran ja..!!

Amaran kepada kongsi gelap bantu BN menang di Teluk Intan, kata Zahid Hamidi

Kongsi gelap diberi amaran tidak campur tangan dalam PRK Teluk Intan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Gambar fail The Malaysian Insider.

Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi kerusi Parlimen Teluk Intan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 31 Mei lalu disebabkan amaran yang diberikan kepada kumpulan kongsi gelap untuk tidak mencampuri urusan pilihan raya kecil itu, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menteri Dalam Negeri itu berkata, disebabkan amaran yang dikeluarkannya ketika kempen PRK itu, kumpulan kongsi gelap tidak berani campur tangan dalam proses pilihan raya di kerusi Parlimen tersebut.

"Mereka menjangkakan majoriti di Teluk Intan daripada 12,000 turun ke 6,000, turun ke 2,000. Alhamdulillah kita dapat majoriti 238.

"Saya beri amaran pada kongsi gelap kerana saya tahu muka setiap seorang itu, apa yang dilakukan.

"Disebabkan amaran itu mereka tidak campur tangan langsung daripada segi mengugut, mengarah, dan memberi amaran kepada pengundi di Teluk Intan," katanya.

Rahsia "TIN MILO PAS" terbongkar..!!

Ustaz Rosli Abdul Jabar

Kenapa Aku PAS:

http://www.doorstep.com.my/Corporate/images/products/10358.jpg
Petang semalam singgah minum diKedai kopi, bersembang dengan veteran UMNO, "dengar orang cerita, Ustaz aktif sangat dok bantu orang susah, banyak juga peruntukan kerajaan bagi kat Ustaz ye".. kata dia..lalu saya kata "mmmm, memang banyak sangat, hinggakan poket saya ni sampai koyak, berat sangat ngan duit, beg saya pun sampai minta tolong orang bawakkan, sebab saya tak larat nak pikul duit, kat rumah saya sampai nak lalu pun susah, sebab banyak sangat duit tersusun, banyak sangat kerajaan BN bagi duit kat saya"...ha3, dia macam terkedu sampai tak boleh bercakap, antara faham dengan tak faham, antara bengong dan waras, sengehnya tawar.

Kasihan melihatnya termangu, saya berikan penjelasan bahawa, kerajaan BN tak bagi apa-apa peruntukan pun untuk saya membantu rakyat, sebab saya ni pembangkang, saya ni PAS. Kalau wakil rakyat BN memanglah ada, "takkan sikit pun kerajaan tak bagi Ustaz?", tanya dia lagi, sepertinya dia tak percaya, dia kenal saya dari kecil, dia tahu saya bukan orang senang, sebab tu dia hairan, macamana saya dan rakan-rakan boleh bergerak untk membantu rakyat, "ish,ish,ish" sambil dia dok geleng kepala, saya tanya dia, "apa yang tergeleng-geleng tu", "ish, susah juga tu Ustaz, tak masok akal Ustaz, bukan senang nak bantu rakyat yang ramai kalau takde peruntukan", kata dia. Dia cerita, dulu dia jadi pengapit seorang bekas YB BN, sebab tu dia tahu tentang kehidupan seorang wakil rakyat, "tapi YB BN ada peruntukan, tak lah susah sangat, mesti hari-hari orang minta duit kan Ustaz?", "he3, saya angguk.

Untungnya jadi JUTAWAN di MALAYSIA, Peratus cukai yang mereka bayar sama dengan rakyat biasa


Kes Pemandu MyVi samseng semalam, ini penjelasan terbaru saksi di tempat kejadian


Ini yang kadang2 aku malas nak sebar2. Sebar punya sebar last2 tersebar benda yang tak betul. Haiyaaaa.. menyusahkan betul lah..


Baru2 neh ada kecoh satu kes. Kes Myvi pecahkan cermin kereta Vios. Rumusan awal katanya samseng jalanan. Biasalah kita neh pun rasa takut juga terserempak dengan kes2 macam neh kan. Itu pasal orang ramai sebarkan. Supaya orang lain tahu muka2 samseng jalanan dan kereta yang digunakan.


Berserta dengan penyebaran di atas, satu video pertengkaran juga tersebar sekali.


Lihat ;
 
Sekali pandang memang pemandu MYVI tue gila. Tapi rupa2nya MYVI tue naik gila sebab didorong untuk menggila. Macam itu pun boleh.


Kata saksi kejadian...........klik bawah...

Nama saja Bihun Cap Masjid, tapi proses macam kat 'reban ayam' jaa..!!

Proses Bihun Cap Masjid yang menjijikan (13 Gambar) 

Kedai cina, buat bihun jenama cap masjid, siap ada logo masjid & halal JAKIM. Apa nak jadi? Nak makan? Sedap manis-manis ni


Mintak tambahan lagi duit tu wahai Najib tak cukup kita ber GST dengan rakyat pula

K'jaan mohon belanjawan tambahan RM4b

Kerajaan akan membentangkan belanjawan tambahan sebanyak RM4.112 bilion, hanya lapan bulan selepas perdana menteri membentangkan belanjawan fiskal berjumlah RM264.2 bilion untuk tahun 2014

Sebahagian besar wang tersebut, iaitu sebanyak RM3 bilion akan disalurkan kepada Perkhidmatan Am Perbendaharaan di bawah Kementerian Kewangan.

Sejumlah RM634 juta pula akan disalurkan kepada Kementerian Pendidikan.

Belanjawan tambahan itu adalah satu daripada enam rang undang-undang yang dibentangkan di Parlimen hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata bacaan kedua rang undang-undang belanjawan tambahan itu disasarkan untuk dilakukan pada minggu depan.

Kerajaan juga bercadang untuk menubuhkan satu yayasan baru – dinamakan Yayasan Guru Tun Hussein Onn – dinamakan Yayasan Guru Tun Hussein Onn - untuk melatih guru-guru dan memperbaiki mutu pendidikan negara.

Rang undang-undang Yayasan Guru Tun Hussein Onn 2014 mendahului senarai pembentangan rang undang-undang hari ini.

Dalam parlimen umum nak bagi loan RM100juta, tapi realitynya mana dia wahai PM..?

Mana pinjaman mudah RM100 juta itu?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak menjanjikan skim pinjaman mudah RM100 juta dalam Belanjawan 2014 tetapi wangnya masih tidak kelihatan, dakwa seorang anggota Parlimen DAP.

Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh) berkata, beliau cuba mencari skim untuk untuk kawasan parlimennya tetapi dimaklumkan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) bahawa ia masih belum dilancarkan.

"Sejak belanjawan itu diluluskan di parlimen pada Disember tahun lalu, hingga hari ini, dana itu masih belum bermula.

"Saya tanya BSN berhubung permohonan skim itu tetapi mereka kata tidak menerima sebarang peruntukan untuk memulakan skim itu," kata Khoo kepada Malaysiakini.

Dalam Belanjawan 2014, Najib berkata, bagi membantu peniaga pasar malam, kerajaan akan mewujudkan Skim Usahawan Pasar Malam dengan dana sebanyak RM100 juta bawah kendalian BSN.

Katanya, skim pinjaman mudah itu akan mengenakan kadar faedah empat peratus dengan pinjaman maksimum sehingga RM30,000.

Kemudahan itu, menurutnya lagi, bertujuan menampung kos perniagaan seperti modal pusingan, sewaan tapak, bahan mentah dan kelengkapan perniagaan





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...