Photo

Awas! Logo halal palsuTIDAK dinafikan Malaysia sebuah negara Islam yang terkenal sebagai syurga makanan. Pelbagai jenis makanan dari seluruh pelosok dunia mudah didapati.

Bahkan, restoran yang menyajikan kepelbagaian menu antarabangsa tumbuh bagai cendawan dan berlumba-lumba mencipta kelainan dalam menarik pengunjung mengunjungi premis mereka.

Restoran Ala Thai, ala Jepun, Cina Muslim, ala Cina dan tidak ketinggalan restoran mamak menjadi pilihan pengunjung pelbagai kaun dan menjadi fenomena dalam industri  pemakanan negara.

Namun, bagi menghadapi persaingan perniagaan dan menarik ramai pengunjung, terdapat segelintir pihak yang cuba mengambil kesempatan menimbulkan kekeliruan kepada pengguna Islam dalam status halal sajian makanan dengan dekorasi restoran menunjukkan restoran halal dan tidak kurang menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf Jakim.