TERKINI :

Sunday, June 8, 2014

Umno sedang nak gunakan medium internate sepenuhnya..!

Ahmad Maslan: Tampal poster Umno di Internet

Umno perlu memanfaatkan penggunaan media sosial untuk menarik generasi muda memberi sokongan kepada parti berkenaan, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata Umno perlu lebih kerap memuat naik ceramah terbaharu seperti yang sering dilakukan parti pembangkang kerana golongan muda lebih tertarik dengan penggunaan media sosial sebagai medium mendapatkan maklumat.

"Kita tengok, pembangkang menggunakan laman You Tube untuk sampaikan maklumat, kita pun sebenarnya sudah ada tetapi kita perlu menambah ceramah kita kerana anak-anak muda tidak gemar dan tidak ada masa nak datang dengar ceramah.

"Kita juga akan tampal poster tapi bukan di dinding-dinding bangunan tapi poster di laman Facebook, Twitter dan WhatsApp untuk menyampaikan kebenaran, bukan fitnah," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ilmuwan Islam Umno Kelantan di Kota Baharu, hari ini.

Turut hadir anggota Majlis Tertinggi Umno merangkap Pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Mengulas mengenai majlis itu, Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata para ilmuwan Islam juga perlu lebih aktif memberi penerangan kepada orang ramai mengenai agama dan isu lain termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP).

"...kita perlu aktifkan program penerangan melibatkan agama, CBP dan sebagainya kepada masyarakat di luar sana supaya mereka dapat memahami dengan lebih mendalam," katanya.

- Bernama

Ahli Politik jahat punca Raja jadi jahat

UMNO perlu mengambil pendirian sama ada untuk menjunjung ketinggian perlembagaan atau diktatorisme Raja.

Kalau menjunjung perlembagaan ertinya, menjunjung konsep raja berperlembagaan yang mencegah campurtangan sultan dalam urusan tadbir urus Kerajaan Negeri.

Apabila bincang mengenai campurtangan raja dalam urusan pentadbiran, sebenarnya bukan hantar berlaku di Johor.

Di Kelantan, lebih awal berlaku di bawah Raja Slipper Crocs, cuma di sana tidak wujud percubaan mewujudkan enakmen berwajib seperti di Johor sekarang.

Kalau kita masih ingat, Raja Slipper Crocs pernah digambarkan mencampuri urusan kepemimpinan Kerajaan Kelantan, khususnya pasca Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak lagi dimahsyur sebagai Menteri Besar.

Walaupun MB JOHOR masih ada kuasa penentu, adakah beliau akan derhaka perintah Sultan?

Penguasa politik Johor lemah – Tan Sri Muhammad Ali

HARAKAHDAILY | 08 Jun 2014.

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor 2014 (LPHJ) yang bakal dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor, Isnin ini turut mendapat kritikan bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Johor Corporation (JCorp), Tan Sri Muhammad Ali Hashim (gambar).

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam, Muhammad menyifatkan tindakan memberi kuasa undang-undang kepada Sultan Johor untuk mencampuri urusan pentadbiran negeri secara langsung akan mencemarkan kedudukan Sultan dan merosakkan sistem Raja Berperlembagaan yang diamalkan di negara ini.

"Ia juga akan memburukkan lagi kecelaruan yang berlaku dalam pentadbiran di negeri Johor, yang sejak kebelakangan ini banyak terjejas setelah terdapat campur tangan secara langsung atau tidak langsung Istana Johor.

"Jika dibiarkan, kecelaruan ini pasti merosakkan kepentingan besar rakyat Johor, terutama apabila terdapat campur tangan dalam pentadbiran tanah atau urusan GLC negeri," ujar beliau.

Menurut Muhammad, rakyat Johor semakin bimbang melihat tanah dan harta serta perniagaan strategik milik Johor terlepas kepada kepentingan asing atau milik individu terpilih, dengan mengetepikan kepentingan jangka panjang rakyat dan negara.

Beliau yakin kecelaruan ini berpunca daripada kecuaian kepimpinan serta kelemahan tindakan penguasa politik Johor.

"Perkara ini sepatutnya tidak timbul jika penguasa politik negeri proaktif, terlebih dahulu bertindak tegas mempertahankan Perlembagaan negara dan tidak mengkrompomikan status Sultan Johor sebagai Raja Berperlembagaan tanpa kuasa mutlak," tegas beliau.

Menurut Muhammad, walaupun Menteri Besar selaku Pengerusi Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) mengakui mempunyai kuasa mutlak seumpama kuasa Pengerusi Jcorp, ia bukan alasan yang boleh diterima untuk meneruskan RUU LPHJ.

"Pengalaman peribadi saya di JCorp jelas membuktikan kuasa mutlak Menteri Besar selaku Pengerusi Jcorp pernah dikompromikan pemimpin politik negeri.

"Pengerusi Jcorp ketika itu, sekali pun berkuasa eksekutif penuh, gagal atau takut menggunakan kuasa yang diperuntukkan oleh undang-undang kepadanya dan lebih berminat mematuhi sepenuhnya apa yang beliau katakan sebagai 'Titah Sultan Johor'," jelas beliau.

Sehubungan itu, RUU LPHJ ujarnya adalah cadangan yang tidak dapat diterima rakyat kerana bercanggah dengan Perlembagaan, juga satu duluan (precedent) pentadbiran yang berbahaya kerana ia pasti merosakkan kepentingan besar rakyat dan negara.

Kes duluan ini, ujarnya berpotensi mengancam masa depan JCorp dan agensi negeri kerana apabila kedudukan Raja Berperlembagaan dikompromi, terdapat kemungkinan semua pihak akan tededah tanpa soal kepada campur tangan atau titah perintah istana.

"Rakyat Johor telah banyak menyaksikan keputusan kerajaan kebelakangan ini yang tidak disenangi ramai. RUU LPHJ akan hanya menambahkan kekeruhan situasi di Johor kerana apabila kedudukan Raja Berlembagaan dikompromikan, ia berpotensi lebih merosakkan dan menjejas kepentingan jangka panjang rakyat Johor khasnya dan warga Malaysia amnya," tegas beliau. - HARAKAHDAILY, 8/6/2014

Ahli Keluarga penumpang MH370 LANCAR DANA nak cari sendiri

Ahli keluarga lancar dana cari MH370

WASHINGTON 7 Jun - Ahli keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dari beberapa buah negara, bakal melancarkan kempen kutipan dana untuk mengumpul sebanyak AS$5 juta (RM16 juta) bagi memulakan satu lagi siasatan baharu berhubung kehilangan pesawat itu sejak Mac lalu.

Menurut laporan USA Today, sebanyak AS$3 juta (RM9.6 juta) daripada kutipan itu akan diperuntukkan sebagai ganjaran kepada mana-mana individu atau pihak yang mempunyai maklumat penting tentang kehilangan MH370.

Bakinya iaitu sejumlah AS$2 juta (RM6.4 juta) lagi bakal digunakan bagi membiayai pasukan penyiasat peribadi bagi memeriksa petunjuk baharu berkaitan insiden tersebut.

Kempen yang digelar sebagai Reward MH370: The Search for the Truth itu akan secara rasmi dilancarkan Isnin ini menerusi laman web pembiayaan ramai, Indiegogo yang sebelum ini tidak membenarkan kutipan dana bagi tujuan ganjaran.

Menerusi kempen itu, mereka mensasarkan kutipan minimum sebanyak RM16 juta.

Kempen itu bagaimanapun hanya membabitkan ahli keluarga penumpang dari Amerika Syarikat (AS), Australia, Perancis, India dan New Zealand.

Ketika menjelaskan tentang langkah itu, Sarah Bajc yang kehilangan teman lelakinya, Philip Wood berkata, agak penting untuk mempertimbangkan kegagalan pihak berkuasa mengesan pesawat tersebut setakat ini.

"Kami mengambil pertimbangan dengan cara kami sendiri. Tiada bukti boleh dipercayai yang mengatakan pesawat itu berada di sekitar Lautan Hindi. Saya yakin bahawa ada pihak yang sedang menyembunyikan sesuatu," kata Bajc kepada USA Today.

Bersediakah JAKIM makan 'Cadbury' dikhalayak ramai?

Jakim enggan ulas demo makan Cadbury

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) enggan mengulas berhubung keraguan berterusan orang ramai terhadap produk Cadbury, termasuk kesediaan pegawainya mengadakan demonstrasi memakan coklat itu.

Timbalan Ketua Pengarah Jakim Datuk Razali Shahabuddin ketika ditemui menolak pertanyaan pemberita menjawab ringkas:

"Hanya pengarah Jakim boleh menjawab soalan itu".

"Saya tak boleh jawab, hanya pengarah sahaja boleh jawab soalan," katanya dalam majlis pelancaran konvoi bermotor (kiri) di Masjid Wilayah Persekutuan di ibu kota, pagi tadi.

Pada 3 Jun lalu pegawai Jakim dilaporkan menyatakan kesediaan mengadakan demonstrasi memakan coklat kontroversi Cadbury Confectionery Sdn Bhd bagi membuktikan status halalnya.

Astro Awani melaporkan pengarah kanan bahagian hab halal JAKIM Mohd Amri Abdullah sebagai berkata, ia bagi menunjukkan bahawa mereka berpegang kepada keputusan bahawa produk itu sebenarnya halal.

Sebaik sahaja acara pelepasan konvoi 250 buah motor berkuasa tinggi di lapangan depan masjid wilayah persekutuan itu, pemberita terus mengajukan soalan mengenai isu status halal produk coklat Cadbury yang masih menjadi keraguan masyarakat.

Namun, Razali mengelak daripada menjawab semua soalan dengan meletakkan kuasa menjawab di tangan ketua pengarah JAKIM.

Kemudian, beliau keluar daripada kepungan wartawan terus menuju ke serambi masjid bagi mengelak disoal wartawan.

Bagaimanapun, beliau sekali lagi diasak dengan soalan yang sama namun Razali masih tetap menegaskan "hanya pengarah Jakim yang boleh jawab soalan itu".





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...