Hospital swasta membekalkan 30 peratus katil dalam industri kesihatan.  
Hospital swasta membekalkan 30 peratus katil dalam industri kesihatan.

SHAH ALAM - Persatuan Hospital Swasta (APHM) berharap kerajaan mempertimbangkan rayuan mereka untuk tidak mengenakan GST ke atas ubat-ubatan, peralatan perubatan dan sumber perkhidmatan luar bagi hospital swasta.

Presiden APHM, Datuk Jacob Thomas berkata, perkara itu sudah dimaklumkan kepada pihak Kementerian Kesihatan dan Kementerian Kewangan menerusi satu memorandum yang dihantar pada penghujung Mac yang lalu.

“Jika perkara ini tidak diteliti dengan baik, dikhuatiri kos itu akan membebankan pesakit dan pihak hospital.

“Sebagai contoh, alat-alat perubatan seperti Magnetic Resonance Imaging (MRI) dan Computed Tomography Scanner (CT Scan) akan dikenakan GST, termasuk perkhidmatan daripada pihak ketiga seperti mendapat khidmat mendobi, penyediaan makanan, dan pembersihan,” katanya kepada Sinar Harian.