TERKINI :

Friday, June 6, 2014

Hadiah MB BARU Terengganu untuk rakyatnya, sampai meter air pun caj sewa teruk sangat dah ka?


UMNO DISELURUH TERENGGANU TENTU BERSYUKUR DAN BERTERIMA KASIH SANGAT2 PADA UMNO BN KERANA MEREKA DIKENAKAN BAYARAN SEWA METER AIR..

Adun dari DAP lompat jadi BEBAS kemudian masuk MCA, takan yang nie DAP nak salahkan Hudud juga..??

ADUN Luyang sertai MCA

 
  Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luyang, Dr Hiew King Chew yang bertindak keluar daripada DAP September lepas, mengumumkan bahawa beliau kini menyertai MCA.
  
Bekas penasihat DAP Sabah itu berkata beliau baru sahaja menyerahkan borang keanggotaannya kepada Ketua MCA Sabah Wilson Yong dengan disaksikan presiden parti itu, Datuk Seri Liow Tiong Lai tengah hari tadi.
  
"Saya memilih MCA kerana ia merupakan parti yang mempertahan kedudukan kaum Cina dan pada masa sama turut berkhidmat kepada semua kaum," katanya
ketika dihubungi Bernama hari ini.
  
Katanya, keputusan itu dibuat setelah dijemput oleh beberapa pemimpin MCA di Sabah untuk menyertai parti komponen Barisan Nasional (BN) itu.
  

Teknik menipu terkini di TESCO Extra Selayang

Apa punya PESEN la org la nie nak cari DUIT mudah..!!!

http://1.bp.blogspot.com/_NfN4cY-iZXc/R_DTZrQ8dlI/AAAAAAAAB3g/G2G9WDVOPG8/s400/Dscn3241.jpg
Petang kemarin ketika keluaqkan duit dari Mesin ATM di TESCO extra selayang, ada satu brader Melayu. awai 50an. sawa matang. tinggi dlm 1.60 m. pakai smart. minta tolong pasai kad ATM dia telan dlm mesin ATM. Dia kata dia "cikgu" dari Syah Alam. Bini nak operate ptg ni kat HKL.

Simpati dgn dia aku cuba tolong la apa yg boleh. Dia minta no acc aku. nak suruh kawan dia sorang "USTAZ" bank in duit dlm acc aku. aku ambik no phone "cikgu" 0175334878 utk sent no acc aku .

Plan dia cukup menarik.. tengah2 dok cerita pasai masalah dia ni, tot2 call in dari bank katanya, aku tengok sendiri no yg call in tu start 03 . percaya la aku dari bank. no office. Dia suruh cut off ATM acc sebab kat dlm tu ada balance RM16K. fuyyooo .

lps tu ada call lain masuk kat hp dia yg lg 1. (Loaded juga "cikgu" ni ada 2 hand phone. ) USTAZ call lambat sikit nak transfer. suruh aku tunggu 1/2 jam.

"cikgu" ni merayu kat aku nak pakai duit dulu dlm 8 ratus sebelum USTAZ transfer RM1K kat acc aku.. kalau aku ada duit pun aku x bagi sebanyak tu,

Hah, baru kelam kabut nakntambah stok, jika tak bising pakai kebulur rakyat kedah nak guna minyak dan tepung

Bekalan tepung dan minyak masak paket ditambah

ALOR SETAR 6 Jun - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengarahkan pengilang untuk meningkatkan pengeluaran tepung gandum dan minyak masak paket antara tujuh hingga 10 peratus bagi menampung permintaan yang tinggi sepanjang Ramadan dan Aidilfitri nanti.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, satu perjumpaan antara pihak pengeluar dengan kementerian juga akan diadakan bagi mendapatkan komitmen mereka untuk memastikan tepung gandum dan minyak masak paket mencukupi.

"Kementerian juga telah mengambil langkah awal dengan mengarahkan pemborong menghantar bekalan kepada kedai-kedai kecil di seluruh negara walaupun pesanan mereka sedikit berbanding pasar raya besar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah di Maktab Mahmud di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

'Bagaimana jika Isma bukan Melayu serang Najib?'

Jika pertubuhan bukan Melayu menuduh Perdana Menteri Najib Abdul Razak mahu menghapuskan orang Cina dan India, bagaimana agaknya reaksi pihak berkuasa, tanya Lim Kit Siang.

"Adakah pihak polis dan Pejabat Peguam Negara akan berdiam diri untuk membenarkan pembohongan dan kepalsuan seumpama itu dibuat secara terbuka terhadap Najib.

"Dan jika tidak, kenapa mereka berdiam diri terhadap kenyataan fitnah Asdan menghasut oleh Isma (Ikatan Muslimin Malaysia)?" tanya Lim lagi.

Ahli politik veteran itu menjawab kenyataan Timbalan Presiden Isma, Aminuddin Yahaya, yang menuduh Lim mahu "menghapuskan" bangsa Melayu, bahasa dan budaya mereka.

Mengenai gesaan pihak-pihak yang mahu beliau menyaman Isma berkaitan dakwaan tersebut, ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, beliau sedang menunggu nasihat peguamnya.

Lim juga berkata beliau berterima kasih atas sokongan yang amat menggalakkan daripada warga maya, yang untuk mengutuk tuduhan Isma itu.

Apa sudah jadi negara kita, masalah sosial remaja semakin parah

IBRAHIM ABDULLAH

SEJAK mutakhir ini krisis akhlak dan sosial dalam kalangan remaja kita semakin parah.

Menurut statistik, kes jenayah turut melibatkan kes juvana tahun 1955 sebanyak 1,895. Dari jumlah itu sebanyak 406 kes curi kenderaan atau (21.42 peratus), pecah rumah malam hari 324 kes (17.10%), curi dalam bangunan/orang gaji 277 kes, rogol 70 kes (3.70%), samun 58 kes (3.06%) dan lain-lainnya.

Pengaruh media massa merupakan salah satu faktor yang menyebabkan peningkatan kes rogol. Remaja yang terpengaruh akan mencuba atau melakukan apa yang dilihat dan ditonton di layar internet, video dan sebagainya.

Selain itu, kurang pendidikan agama dan moral menjadi salah satu faktornya. Pendidikan agama dan moral sepatutnya diajar sejak kecil lagi.

Di samping itu pihak ibu bapa juga boleh mendidik anak-anak mereka di rumah dengan akhlak yang baik seperti membaca al-Quran, melatih berpuasa dan seumpamanya.

Kurangnya pendidikan agama dan moral menyebabkan berlaku jenayah, termasuk jenayah rogol yang mengancam kehormatan dan hak wanita.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tidak akan berzina seorang penzina kalau dia dalam keadaan beriman. Tidak akan mencuri seorang pencuri kalau dia dalam keadaan beriman. Tidak akan minum khamar pula jika dia dalam keadaan beriman." (Riwayat Bukhari).

Dalam riwayat lainnya: "Iman itu laksana pakaian yang ALLAH kenakan kepada hamba-Nya. Apabila seorang penzina, maka lepaslah pakaian tersebut. Bila dia bertaubat, maka dikembalikan lagi pakaiannya." (Riwayat Baihaqi).

Pada dua hadis di atas, Rasulullah SAW telah menafikan maksiat boleh menyatu dengan keimanan.

Jadi tidak mungkin seseorang mengaku beriman jika pada saat yang sama dia melakukan hal-hal yang dilaknati ALLAH. Jika seorang mukmin melakukan maksiat, bererti ketika itu dia sedang mengalami krisis keimanan yang parah dan luar biasa.

Kesan atau implikasi kes-kes rogol semakin meningkat telah menyebabkan kemerosotan ekonomi.

Kes rogol yang bertambah dari semasa ke semasa menunjukkan suasana negara yang tidak stabil dan tenteram dan keselamatan wanita tidak dapat dijamin.

Dengan itu, nama negara akan terjejas dan mendatangkan pelbagai masalah terhadap negara dan rakyatnya.

Contohnya, ekonomi negara merosot bila mana sektor pelancongan negara merosot oleh sebab suasana negara tidak tenteram dan aman serta disebabkan masalah sosial yang semakin meningkat.

Pihak kerajaan hendaklah mengambil langkah menguatkuasakan undang-undang.

Kes rogol yang menunjukkan peningkatan membuktikan bahawa perogol-perogol telah mengabaikan kuasa undang-undang. Undang-undang yang sedia ada hendaklah dikuatkuasakan agar perogol-perogol mematuhi undang-undang tersebut dan tidak melakukan kesalahan yang sama semula.

Sebagai contoh, hukuman penjara dan sebat perlulah ditukar kepada hukuman mati.

Hukuman berat ini patut dijatuhkan kepada perogol yang mengulangi kesalahan sama.

Kempen kesedaran dan kaunseling mestilah diadakan bagi kedua-duanya iaitu perogol dan mangsa agar perogol ini menyedari serta mengakui kesalahan yang telah mereka lakukan dan bagi mangsa-mangsa pula tidak perlu merendah diri ataupun membunuh diri.

Kesimpulannya, semua pihak hendaklah bekerjasama untuk menangani kes rogol.

Kes ini berlaku kerana pengaruh media massa dan kurangnya pendidikan agama dan moral, jadi pihak kerajaan mestilah bekerjasama dengan pihak berkaitan dan agensi-agensinya untuk menangkap dan menghukum perogol-perogol terlibat.

Bagi pihak pendidikan pula, mereka hendaklah memberi pengajaran di peringkat rumah tangga hinggalah sampai ke sekolah agar mereka tidak melakukan kesalahan yang tidak boleh dimaafkan.

Dengan itu keselamatan maruah wanita dan kehormatannya dapat dikawal dan dijamin serta tidak menjejaskan nama negara di mata dunia, apa lagi di mata Tuhan.

Piala Dunia 2014 milik siapa?


FIFA WORLD CUP BRASIL 
 FIFA WORLD CUP BRASIL

KURANG sepuluh hari lagi penduduk bumi ini akan meraikan kedatangan Piala Dunia 2014. Pertandingan bola sepak yang berprestij yang ditunggu-tunggu setiap 4 tahun sekali.

Pelbagai persiapan dan program dirancang di seluruh dunia bagi sama-sama meraikan dan menyokong pasukan negara pilihan masing-masing.

Tidak ketinggalan juga di Malaysia, kehangatan Piala Dunia 2014 kian membahang. Lihat sahaja di kaca-kaca televisyen dan di dada-dada akhbar, tidak sedikit berita dan iklan berkenaan Piala Dunia ini.

Namun saya melihat Piala Dunia kali ini mempunyai keunikannya. Jika siri sebelum ini kita boleh menjangkakan hanya beberapa negara sahaja sebagai 'favourite' untuk menjulang Piala Dunia ini, tetapi pada tahun ini tidak.

Kebanyakan negara bertanding dilihat mempunyai kekuatan yang seimbang untuk menjulang piala yang direka oleh Silvio Gazzaniga ini.

Papa Gomo Tak ada duit nak bayar saman Anwar sebanyak RM850,000

Mahkamah tetapkan kes Papa Gomo 20 Jun ini



KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 20 Jun untuk keputusan permohonan pengendali blog Papa Gomo menangguhkan pembayaran ganti rugi berjumlah RM850,000 kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pesuruhjaya Kehakiman, Rosilah Yop menetapkan tarikh itu di dalam kamar setelah mendengar hujahan daripada peguam Shahid Adli yang mewakili Anwar dan Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papa Gomo), yang mewakili diri sendiri.

Pada 28 Februari, Rosilah memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi sebanyak RM800,000 dan kos RM50,000 kepada Anwar berhubung penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan Anwar dalam video seks di blog Papa Gomo.

Mukhriz kata Umno, Pas di Kedah wajar bersatu

Umno, Pas Kedah wajar bersatu

Mukhriz bersalaman dengan wakil PIBG yang hadir hari ini. - Foto Sinar Harian oleh MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI.  
Mukhriz bersalaman dengan wakil PIBG yang hadir hari ini. - Foto Sinar Harian oleh MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI.

AYER HITAM - Umno dan Pas wajar bekerjasama bagi memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat Melayu demi kepentingan politik di negeri ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, ia berikutan amalan politiknya tidak keterlaluan seperti negeri lain.

“Kita boleh berbeza pandangan dan pendapat, tetapi cara kita berkomunikasi itu penuh dengan tertib dan saling menghormati.

“Malah, pihak pembangkang juga tidak kutuk kerajaan negeri keterlaluan seperti yang berlaku di Sidang Dun Pulau Pinang sehingga ada wakil rakyat yang mengeluarkan kata-kata kesat,” katanya ketika merasmikan Program Sarana Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Peringkat Parlimen Jerlun, di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Bonglai, di sini, hari ini.

Kes buli di sekolah: KPWKM harus bertindak

Kes buli di sekolah: KPWKM harus bertindak

SHAH ALAM - Pemuda Pas Wilayah Persekutuan menyarankan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menyediakan suatu mekanisme memulihkan institusi keluarga bagi membendung gejala gengsterisme yang semakin menular di kalangan remaja.

Timbalan Ketuanya, Nurul Islam Mohamed Yusoff berkata, kesibukan ibu bapa menumpukan masa kepada pekerjaan merupakan salah satu punca peningkatan kes buli di kalangan pelajar sekolah di negara ini.

“Kebelakangan ini kita dikejutkan dengan penyebaran video yang memaparkan aksi ganas pergaduhan melibatkan pelajar.

“Semua pihak, termasuk kerajaan dan pihak kementerian harus mainkan tanggungjawab dan peranan dalam menangani permasalahan ini, jika masing-masing menunjukkan sikap tidak ambil peduli, ianya akan memberi kesan terhadap institusi kekeluarga seterusnya memecahbelahkan perpaduan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...