Pedang Rasulullah, al-Quran gergasi tarikan utama
ALOR SETAR - Pengunjung ‘Muslim Fest Malaysia’ berpeluang menyaksikan Pedang Rasulullah dan al-Quran bersaiz gergasi yang bakal menjadi tarikan utama sepanjang karnival berkenaan berlangsung dari Khamis hingga Ahad ini.

Pengurus acara, Rosliza Majid berkata, penganjuran festival itu yang julung kali di negara ini oleh Muslim Fest Event dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) dan kerajaan negeri diadakan di pekarangan Stadium Darul Aman bermula jam 10 pagi hingga 11 malam.

Menurutnya, festival itu bakal menampilkan konsep berbeza kerana menonjolkan aktiviti umat Islam yang santai tetapi pada masa sama boleh beribadat serta menimba ilmu.

“Selain  pameran, turut diadakan demonstrasi penyembelihan kambing, ayam, arnab dan burung puyuh oleh kakitangan Jaik.