TERKINI :

Wednesday, June 4, 2014

Najib Saman Betul Atau Acah-Acah?

Shahbudin Husin,

http://www.clipartbest.com/cliparts/MiL/G5L/MiLG5LXeT.gif
Perdana Menteri, Najib Razak dan UMNO akhirnya meneruskan tindakan saman terhadap portal berita Malaysiakini atas penyiaran artikel yang menghimpunkan komen-komen pembaca mengenai dirinya yang dianggap sebagai fitnah dan menjejaskan reputasi peribadinya sebagai ahli politik, Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Komen-komen yang dijadikan artikel itu diterbitkan pada 14 Mei itu adalah berkaitan krisis politik di Terengganu berikutan pertukaran jawatan Menteri Besar daripada Ahmad Said kepada Ahmad Razif Abdul Rahman dengan tajuk "A case of the PM reapings what he sows" dan "How much will Najib spend to keep Terengganu".

Najib dan UMNO sebelum itu telah menghantar notis tuntutan agar Malaysiakini menarik balik, memohon maaf dan tidak mengulangi penyiaran artikel seumpamanya di lain masa. Bagaimanapun Malaysiakini menolak tuntutan itu kerana ia bukan dasar yang biasa mereka amalkan, sebaliknya menawarkan Najib ruang untuk menjawab dan menjelaskan perkara yang sebenarnya.

Sebagaimana Malaysiakini menolak untuk menarik balik dan meminta maaf atas artikel yang telah disiarkannya, Najib juga memilih untuk menolak ruang menjawab yang diberikan oleh portal berita itu.

Tahniah, Inilah satu-satunya MELAYU Paling Hebat UMNO dapat lahirkan sepanjang memerintah negara..

Sekadar ingat mengingati sesama kita.....

http://liberaldemokratui.files.wordpress.com/2013/11/tanda-tanya.jpg

Saya nak makan nasi lemak,
beras dibeli dari siapa? – BERNAS!
BERNAS milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Makan nasi lemak, takkan tanpa minuman, so order kopi 0.
Air buat kopi, jika tinggal di Johor beli air dari Aliran Ihsas Resources,
Aliran Ihsas Resources milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Minum kopi mesti campur gula
Gula di Malaysia, dua pengeluar sahaja MSM & MSR.
MSM milik felda, 20% saham dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.
MSR milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sepenuhnya.

OK, cakap banyak sekarang nasi sudah sejuk, mahu panaskan..
Guna gas stove, Gas Malaysia milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Guna microwave oven, elektrik, TNB beli elektrik dari siapa? = IPP.
IPP terbesar di Malaysia ialah Malakoff.
Malakoff milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Mahathir perli Najib sebab saman Malaysiakini


Perdana Menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau tidak akan menyaman mana-mana portal berita walaupun mereka mengutuk beliau, tidak sepertimana Perdana Menteri Datuk Seri, Najib Abdul Razak.

Kos untuk mendapatkan khidmat peguam adalah satu faktor, di samping beliau tahu bahawa kutukan dan pujian adalah lumrah pada orang politik, kata bekas presiden Umno itu.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai saman Najib terhadap Mkini Dotcom Sdn Bhd, penerbit Malaysiakini, dan dua editornya berkaitan penyiaran komen pembaca.

"Saya tak akan saman, mereka boleh kata saya macam-macam. Saya tak akan saman kerana ini adalah politik. Dalam politik, anda akan dikutuk dan anda akan dipuji."

Sebagai contoh, kata Mahathir, beliau tahu ada yang memanggilnya "anti-hadis" dan "kafir".

PAS, kata Mahathir, juga melabelkan orang Umno sebagai Kafir.

Tawaran tender terbuka cari pesawat MH370

HARAKAHDAILY | 04 Jun 2014.


KUALA LUMPUR: Syarikat mempunyai kepakaran dipelawa menyertai tender bagi mengendalikan pencarian peswat MH370 di dasar laut, bermula Ogos ini.

Tender terbuka itu dikeluarkan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) dan boleh didapati menerusi laman web AusTender, www.tenders.gov.au.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 5.30 petang waktu Australia (3.30 petang waktu Malaysia), 30 Jun 2014.

"Syarikat itu akan menyediakan pakar, peralatan dan kapal bagi mengendalikan pencarian dasar laut bagi mengesan pesawat Boeing 777 di dalam zon ditetapkan iaitu selatan Lautan Hindi," katanya dalam satu kenyataan.

ATSB berkata, pembida yang berjaya dijangka mengendalikan pencarian membabitkan kawasan sehingga 60,000 kilometer persegi berdasarkan komunikasi terakhir pesawat itu dengan satelit Inmarsat. - HARAKAHDAILY 4/6/2014

Generasi Muda bakal meyewa sampai ke 'mampos' jika BN berkuasa lagi selepas ini..!!

 
50 tahun lebih BN memerintah betapa bangganya kita sebagai rakyat Malaysia. Nak selesai masalah rumah untuk rakyat pun dah terkemut-kemut BN sekarang ini..

Dan ini merupakan hadiah yang paling MUTU & UNGGUL untuk generasi muda Malaysia... TAHNIAH anda semua bakal menyewa sampai kemampos.. sokonglah lagi UMNO BN tersebut..

Orang dok habaq minyak akan naik harga 6% selepas GST dilaksanakan hangpa buat tak percaya..!!

PKR dakwa minyak naik harga selepas GST dilaksanakan

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (gambar) mendakwa harga minyak akan naik selepas pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) oleh Putrajaya pada April tahun depan.

Beliau berkata, hasil daripada semakan yang dilakukannya mendapati petrol dan diesel tidak dikecualikan daripada dikenakan cukai GST.

"Semakan ke atas Senarai Pembekalan Berkadar Sifar dan Senarai Pembekalan Dikecualikan seperti yang diisytiharkan oleh Jabatan Kastam dan Eksais menunjukkan petrol dan diesel tidak termasuk di dalam senarai pembekalan (iaitu barang atau perkhidmatan) yang berkadar sifar atau dikecualikan.

"Ini bermakna petrol dan diesel akan dikenakan GST seperti barang dan perkhidmatan yang lain," kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.

Malah, Rafizi mendakwa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak tidak pernah menafikan dakwaan petrol dan diesel akan dikenakan GST.

"Sehingga kini, Datuk Seri Najib Razak tidak menafikan bahawa GST akan dikenakan ke atas petrol dan diesel," katanya.‎

Tunku Sallehuddin diisytihar pengerusi jemaah pemangku Sultan Kedah

Tan Sri Tunku Sallehhuddin Sultan Badlishah
BERNAMA | 04 Jun 2014.

ALOR SETAR: Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Sallehhuddin Sultan Badlishah diisytihar sebagai Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah menggantikan Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah yang mangkat 21 Mei lalu.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, pelantikan itu telah diperkenan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan ia berkuat kuasa bermula 21 Mei 2014.

"Bagi pihak kerajaan negeri, saya mempersembahkan ucapan penghargaan dan setinggi-tinggi tahniah ke hadapan Yang Teramat Mulia Tunku Temenggong di atas pelantikan ini," katanya dalam kenyataan di sini Rabu.

Facebook ini hak individu... Siapa-siapapun jangan sentuh...

Tulisan di FB hak individu, kata NUTP

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia berpendirian bahawa anggotanya tidak harus menjadi sasaran apa-apa tindakan hanya kerana tulisan di Facebook.

Presiden kesatuan itu, Hashim Adnan berkata, mana-mana pihak tidak boleh menetapkan apa yang patut dan tidak patut ditulis kerana tulisan di laman berkenaan adalah "hak peribadi" guru terbabit.

"(Tulisan) Facebook ini hak individu... Siapa-siapapun jangan sentuh. (Kalau) dia sentuh dia tak faham apa maksud kebebasan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau mengulas teguran oleh Kementerian Pendidikan ke atas seorang guru yang memuatkan poster pemimpin muda DAP Dyana Sofya Mohd Daud di laman Facebook.

Biar Facebook itu jadi ruang kepada semua, jadikan Facebook sebagai ruang untuk bersosial, bukan nak dipilih gambar ini tak boleh, kemudian nak ambil tindakan, itu (pemikiran yang) sangat cetek.

"Jika orang baca tak semestinya mereka ikut. Biar dia baca, apa salahnya?," kata Hashim lagi.

Aduhai MP LANGKAWI... akaun FB kena ceroboh pula..!!

Ahli Parlimen Langkawi dakwa FB diceroboh

Gamabr kecil: Ir Nawawi  
Gamabr kecil: Ir Nawawi

ALOR SETAR - Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad mendakwa akaun Facebook (FB) miliknya diceroboh oleh individu tidak bertanggungjawab sekali gus memuat naik status yang dikatakan berbaur fitnah terhadap ibu calon DAP PRK Teluk Intan, Yammy Abd Samat, 59.

Nawawi ketika dihubungi berkata, sepanjang minggu lalu beliau berada di China dan tidak mengakses akaun Facebook kerana ia disekat di negara itu.

“Sepanjang 26 Mei hingga 2 Jun saya berada di China, jadi sepanjang tempoh itu juga saya tak buka Facebook. Bila balik semalam (kelmarin)... saya terkejut jugalah sebab gambar profil Facebook saya pun ditukar.

“Sebelum ini saya hanya letak gambar sendiri sebagai gambar profil, tiba-tiba ditukar dengan gambar kerbau.

Bolehkah Kuasa Politik Orang Melayu di Cabar?

Mohammad Agus Yusoff

http://4.bp.blogspot.com/-cyWnR5W7cs0/Ti9n1cltMOI/AAAAAAAAIiU/Gzzskqzb3Dg/s1600/nasib.jpg“Sebagai seorang pensyarah politik dan berbangsa Melayu, apakah pandangan [saudara] tentang kedudukan orang Melayu dan masa depan orang Melayu dalam politik Malaysia?”

Begitulah soalan ditujukan kepada saya. Saya tidak pernah menjawab pertanyaan sebegini. Tetapi pada hari ini, saya ingin menjawabnya.

Jawapan saya mudah. Mengenai hak politik rakyat, saya yakin setiap warganegara tanpa mengira kaum dan agama perlu diberi hak politik yang sama. Hak politik ini perlu dihormati dan dilaksanakan secara adil.

Mengenai orang Melayu pula, saya yakin kuasa politik negara perlu kekal di tangan orang Melayu. Ini adalah jantung perlembagaan yang telahpun dtetapkan dalam persetujuan Reid bahawa Tanah Melayu [Malaysia] ini adalah negari Melayu yang kuasanya perlu kekal di tangan orang Melayu. Sebab itulah perlembagaan memberi perlindungan kepada beberapa perkara yang berkaitan dengan kedudukan dan kuasa orang Melayu.

Jika begitu, di manakah letaknya hak politik bukan Melayu yang saya katakan perlu dilaksanakan secara adil itu? Yang dimaksudkan secara adil itu ialah hak mereka untuk bertanding, hak mereka untuk mengundi, dan hak mereka untuk menjadi perdana menteri dengan memenuhi syarat berikut: warganegara melalui kuatkuasa undang-undang, wakil rakyat yang dipilih melalui proses pilihan raya dan mendapat perkenan baginda Agong setelah memperolehi sokongan majoriti di Dewan.

Tapi bolehkan bukan Melayu, khususnya kaum Cina mendapat sokongan majoriti di Dewan? Bolehkah kuasa orang Melayu dicabar?

MB #Mukhriz kata tiada ruang, tapi Lah Hasan kat Pendang relax ja dok amal Syiah..


http://4.bp.blogspot.com/-zCKetYqrAw4/UGvDQHA62PI/AAAAAAAAAWM/5Ga-dR7ZBoY/s1600/SYIAH.jpg
 Walaupun MB KEDAH dah bagi amaran tapi dok tengok puak2 nie relax ja dok lepak amalkan ajaran Syiah depa kat Pendang... apa cerita nie?

'Tiada ruang buat Syiah di Kedah'
Oleh MOHD. RAFIE AZIMI
rafie.azimi@utusan.com.my

ALOR SETAR 3 Jun - "Tiada ruang buat Syiah di Kedah" Demikian penegasan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir ketika diminta mengulas perancangan pihak tertentu yang cuba menjadikan negeri itu sebagai tapak untuk berkembang apabila cuba menganjurkan perhimpunan Syiah peringkat kebangsaan di Pendang baru-baru ini.

Menurutnya, pindaan kepada rang Undang-Undang Jenayah Syariah berhubung isu Syiah sudah pun dicetak kira-kira empat hari lalu sekali gus mampu menjadi penghalang kepada pengikut ajaran itu daripada memutar belit keadaan setiap kali tindakan mahu diambil ke atas mereka.

"Sebelum ini para pengikut ajaran itu mendakwa kononnya tindakan tidak boleh diambil ke atas mereka kerana pindaan undang-undang Syariah mengenai Syiah tidak dicetak walaupun sudah diluluskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 28 Ogos lalu.

Kekalahan di Teluk Intan jangan jadi faktor keretakan Pakatan Rakyat

oleh Mohd Sayuti Omar, 

http://www.themalaysiantimes.com.my/wp-content/uploads/2014/05/unnamed-1.jpg

UBN disamping bergembira kerana berjaya merampas semula kerusi Teluk Intan, mereka juga suka kalau kemenangan tipis itu memberi masalah kepada Pakatan Rakyat. Umno khasnya mahu melihat Pakatan Rakyat "berkucah" dengan kekalahan itu seterusnya boleh meretakkan kepaduan dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Walhal UBN sendiri tidak begitu berpuas hati dengan kemenangan itu, tetapi mereka berasa terubat apabila Pakatan Rakyat "berseliheng" - tidak sekata dengan analisa atau dapatan keputusan yang tidak memihak kepadanya itu. Kini ada beberapa kenyataan keluar dari mulut sesetengah pemimpin PR khasnya DAP yang kurang manis dan boleh mengilankan hati pihak lain.

Misalnya kenyataan Gobin Singh Deo, yang membuat kenyataan, faktor kekalahan Dyana Saofya itu disebabkan kerana isu hudud yang dibawa oleh Pas. 25% kemerosotan undi Cina kepada DAP itu beliau meletakkan kepada kesungguhan kerajaan Pas Kelantan hendak melaksanakan hudud.

Al Fatihah - Bekas ADUN Jitra meninggal dunia



KUALA LUMPUR 4 Jun - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra, Datuk Saad Man meninggal dunia kira-kira pukul 5.30 pagi ini di kediamannya di Lorong Enggang, Datuk Keramat AU di sini.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU Datuk Keramat selepas waktu zuhur. - UTUSAN ONLINE

© Utusan Melayu (M) Bhd

Benarkah HUDUD punca kekalahan DAP di Teluk Intan, atau pengundi sudah meluat dengan DAP..??

Hudud punca kekalahan DAP di Teluk Intan?

 
ULASAN Selepas kematian mendiang YB Seah Leong Peng akibat daripada penyakit kanser yang dihadapinya, negara sekali lagi berdepan dengan satu lagi Pilihanraya Kecil di Parlimen Teluk Intan.

Sebelum itu mendiang menewaskan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong pada PRU 13 yang lalu dengan majoriti 7,313. Namun dalam PRK Teluk Intan, calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud tewas kepada Mah dengan majoriti 238 undi.

Sejurus itu, seorang demi seorang pimpinan DAP mula menyalahkan PAS dengan mengatakan isu hudud adalah punca kekalahan mereka. Antaranya adalah Sdr Kim Quek dan YB Gobind Singh Deo.

Dalam artikel YB Gobind Singh Deo semalam beliau menulis "I am of the view that the controversy around the implementation of hudud by PAS contributed significantly to our loss in Teluk Intan." bermaksud "Saya berpandangan bahawa kontroversi yang meliputi perlaksanaan hudud oleh PAS menjadi penyumbang besar kepada kekalahan kami di Teluk Intan".

Eishh !! Ingatkan kat Kuala Nerang selepas BN menang masalah ayaq dah selesai..!!

Terpaksa jamu sirap air paya

Hashimah bersama keluarganya menunjukkan paya yang menjadi sumber air selepas Sada gagal menghantar bekalan pada majlis perkahwinan anaknya.  
Hashimah bersama keluarganya menunjukkan paya yang menjadi sumber 
air selepas Sada gagal menghantar bekalan pada majlis perkahwinan anaknya.

KUALA NERANG - Sebuah keluarga di sini terpaksa menyediakan minuman kepada tetamunya dengan sirap air paya pada majlis perkahwinan anak mereka gara-gara Syarikat Air Darul Aman (Sada) gagal menghantar air pada majlis itu, Sabtu baru-baru ini.

Nik Hassan Nik Lah, 49, dan isterinya, Hashimah Ismail,47, berkata, mereka terpaksa menggunakan air paya berdekatan rumah selepas menunggu bekalan air dari Sada tidak sampai hingga menimbulkan kekecohan semasa majlis itu.

Kata Nik Hassan, dia terpaksa menggunakan air paya itu kerana sudah tiada sumber air yang boleh didapati di kawasan itu.

“Kami sungguh sedih kerana terpaksa menggunakan air itu untuk dijadikan minuman kepada tetamu. Pada hari itu, aktiviti gotong-royong menjadi kecoh kerana tiada bekalan air.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...