
Tuesday, June 3, 2014
Guru Sokong BN HALAL, Tapi bila sokong PR jadi HARAM..!!

Kenapa Tengku Razaleigh Diketepikan Sempena 40 Tahun Hubungan Malaysia - China?
Shahbudin Husin,
Memandangkan permetraian hubungan diplomatik antara Malaysia dengan China diadakan pada 31 Mei 1974 oleh Tun Abdul Razak yang menjadi Perdana Menteri ketika itu bersama Perdana Menteri China, Zhou Enlai, kunjungan Najib selaku anak Tun Razak untuk meraikan hubungan yang telah terjalin selama 40 tahun itu tentulah besar ertinya.
Ia bukan saja sesuatu yang manis dan membanggakan negara, bahkan juga tentunya turut menyentuh perasaan Najib sendiri kerana dapat melihat sendiri kejayaan yang telah diasaskan oleh bapanya dan beliau menjadi penyambungnya pula ketika ini.
Ketika lawatan itu baru dua hari berlangsung, negara dikejutkan dengan kemangkatan Sultan Perak, Almarhum Sultan Azlan Shah di IJN, Kuala Lumpur. Najib segera kembali ke tanahair untuk memberikan penghormatan terakhir di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar dan pentingnya lawatan ke China itu dapat dilihat apabila Najib kemudiannya kembali semula ke China untuk menyambung aturcara lawatannnya.
Malangnya jadi rakyat Malaysia yang gaji lebih 5K, tiada lagi subsidi petrol untuk anda..!!
Ooo Guru Joint BN hangpa alu-alukan, tapi bila joint PR hangpa tekan, ambil tindakan & tukar..!!

“Mari bersama Umno, MIC, MCA atau BN. Guru sebenarnya pengerak (dalam parti). Barangkali kita sudah buat kesilapan 10 hingga 12 tahun lepas, tidak benarkan guru memegang jawatan dalam politik.
“Maka guru terpaksa letak jawatan sebagai setiausaha cawangan bahagian, timbalan ketua bahagian, ketua bahagian dan seterusnya.
“Tetapi baru-baru ini kita telah benarkan guru aktif semula, jadi saya merayu kalau boleh guru kembali semula kepada kami, bantulah kami,” katanya dalam Majlis Penghargaan Guru di Kuala Lumpur, hari ini.
Tengku Adnan yang juga setiausaha agung Umno dan BN, menghadiri majlis makan tengah hari bersama Yayasan Pendidikan Cheras selaku Menteri Wilayah Persekutuan.
Isu Cadbury: Kenyataan baharu kelirukan pengguna
Persatuan Pengguna Negeri Sembilan (PPNS), Khairudin Yunus berkata, situasi yang berlaku sekarang ini tidak sepatutnya terjadi, berikutan ia melibatkan soal haram dan halal sesuatu makanan.
Beliau turut mempersoalkan bagaimana sebelum ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) boleh mengesan penggunaan DNA babi dalam coklat terbabit, dan disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Tambahnya, sebagai pakar dalam hal ini, pihak berkenaan perlu meneliti dan memastikan fakta diperoleh benar-benar sahih sebelum membuat sebarang kenyataan.
“Pengguna kini semakin keliru dengan apa yang berlaku, sekejap kata sah ada DNA babi, sekejap kata bebas.
Saya tidak sama dengan Tunku Aziz – Dyana Sofya

Giliran Tan Cheng Hoe pula untuk memulih 'sakit tenat' pasukan Sang Kenari..!!
Isu Lebuhraya Kinrara-Damansara - Khalid Jangan anggap rakyat Selangor bodoh
‘Jangan anggap rakyat Selangor bodoh’ – Gobind kepada Khalid

Sayang Betul Jamil Khir Dengan Cadbury..!!

Akhirnya cermin belakang dibenarkan gelap 75% dengan kadar cahaya 25%
Kalut KHALID SAMAD layan link PORNO di twitter pulak..!!!
![]() |
http://addmf.co/?0EAA5KS |
Pemimpin PAS sokong Jais serbu majlis perkahwinan di kuil Hindu

Subsidi baru minyak: Risiko penyelewengan, kenaikan harga barang berganda
Keadilan Daily
Laporan-laporan berita yang mengesahkan bahawa Barisan Nasional sedang memuktamadkan satu sistem subsidi baru petrol dan diesel sudah tentu menimbulkan kegelisahan dan kebimbangan di kalangan rakyat.
Setakat ini, laporan-laporan berita memberi gambaran bahawa sistem subsidi baru petrol dan diesel itu akan beroperasi seperti berikut:
1. Subsidi petrol dan diesel hanya akan diberikan kepada golongan tertentu mengikut kadar pendapatan. Setakat ini, laporan menyebut jumlah pendapatan yang dipertimbangkan ialah RM5,000 ke bawah (bermakna bagi mereka yang berpendapatan RM5,000 ke bawah, mereka masih boleh membeli petrol dan diesel pada harga subsidi);
2. Bagi mereka yang berpendapatan di antara RM5,000 hingga RM10,000, pengguna hanya diberikan kuota bulanan tertentu untuk membeli petrol dan diesel bersubsidi. Sekiranya jumlah penggunaan melebihi kuota bulanan, pengguna perlu membayar harga pasaran;
3. Bagi mereka yang berpendapatan lebih RM10,000 sebulan, pengguna perlu membeli pada harga pasaran.
Saya kerap kali memberi amaran kepada Barisan Nasional supaya sebarang keputusan yang melibatkan kebajikan rakyat perlulah dibincangkan dan mengambil pandangan umum supaya keputusan itu tidak membelakangkan hasrat rakyat.
Rombakan sistem subsidi petrol dan diesel adalah satu keputusan besar yang akan mempunyai kesan mendalam kepada rakyat. Dalam keadaan harga barang terus meningkat dan tangga gaji masih belum berjaya dilonjakkan, sebarang perubahan yang drastik terhadap harga petrol dan diesel sudah tentu akan mempunyai kesan berganda kepada harga barang.
Oleh sebab itu, Barisan Nasional wajar membentangkan cadangan rombakan sistem subsidi petrol dan diesel ini ke Parlimen terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.
Rakyat perlu diberikan masa yang secukupnya, sekurang-kurangnya satu tahun untuk memberi pandangan sebelum sistem baru subsidi petrol dan diesel ini berkuatkuasa, mengambil kira kesusahan yang telah pun dialami rakyat akibat kenaikan harga petrol, elektrik, gula dan barang-barang keperluan lain.
Berdasarkan maklumat yang dilaporkan setakat ini, saya khuatir sistem subsidi baru petrol dan diesel ini akan mewujudkan pasaran gelap yang menjual petrol dan diesel seperti berikut:
1. Kumpulan yang dibenarkan membeli petrol dan diesel pada harga subsidi boleh membeli secara kerap dan menyimpan petrol dan diesel ini;
2. Mereka kemudian menjual kepada ejen pasaran gelap yang membeli petrol dan diesel ini pada harga yang lebih tinggi;
3. Ejen pasaran gelap kemudian menjual petrol dan diesel ini pada harga yang lebih rendah dari harga pasaran kepada syarikat, pengusaha atau pun orang persendirian yang mahu mendapatkan harga petrol dan diesel pada harga yang lebih rendah.
Misalnya, jika harga subsidi satu liter petrol adalah RM2.10 dan harga pasaran adalah RM2.80 satu liter, pasaran gelap berikut boleh berlaku:
1. Kumpulan yang dibenarkan membeli petrol dan diesel pada harga subsidi menjualnya pada harga RM2.30 satu liter kepada ejen pasaran gelap;
2. Ejen pasaran gelap menjualnya pada harga RM2.50 satu liter kepada syarikat, pengusaha dan orang persendirian yang membeli dari pasaran gelap.
Jelas bahawa sistem subsidi baru yang dilaporkan mempunyai risiko ketirisan subsidi yang tersendiri, seperti mana sistem sekarang yang sering dipersalahkan oleh Barisan Nasional sebagai punca berlakunya penyeludupan.
Saya khuatir sekiranya sistem baru subsidi ini tidak diperhalusi dan dibincangkan secara terbuka, apabila dilaksanakan kelak ia mewujudkan pasaran gelap petrol dan diesel yang menimbulkan masalah baru yang lebih besar dari masalah penyeludupan sedia ada kerana ia melibatkan lebih ramai orang dan rakyat biasa.
Ini sudah tentu tidak berbaloi apabila dibandingkan dengan kepayahan yang dihadapi oleh rakyat akibat kenaikan harga petrol dan diesel serta kesan kenaikan berganda kepada harga barang, sedangkan ketirisan subsidi petrol dan diesel yang dijadikan alasan untuk menukar sistem makin berleluasa.
Oleh yang demikian, saya menggesa supaya Barisan Nasional membentangkan secepat mungkin segala butiran sistem baru subsidi petrol dan diesel ini serta dibahaskan di Parlimen dalam sidang yang bermula minggu depan, sebelum sebarang keputusan diambil.
Saya akan terus mengeluarkan kenyataan media dan menyemak keputusan Barisan Nasional mengenai rombakan sistem subsidi petrol dan diesel ini bermula hari ini.
Rafizi Ramli
Pengarah Strategi KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan
Bila lagi #MUKHRIZ nak bawa turun bil ayaq SADA nie?
SADA : Kamu Zalim sebab hisap darah RAKYAT BAWAHAN 100%..!!
Bila ustaz hendak makan coklat Cadbury?

Ujian dibuat ke atas 11 sampel itu melibatkan dua jenis coklat yang terlibat, empat produk lain dalam aliran pemprosesan yang sama serta lima bahan mentah yang mungkin ada unsur haiwan. Sampel berkenaan dihantar untuk ujian oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana ujian awal yang didedahkan oleh Kementerian Kesihatan — yang mencampakkan kita ke dalam isu halal atau tidak coklat Cadbury ini — dikatakan dibuat ke atas sampel yang diambil dari pasaran.
Menurut Jakim, ujian status halal yang ia jalankan lebih ketat. Ia pergi terus kepada sumber asalnya iaitu kilang. Dengan membuat ujian ke atas produk di kilang, ia akan dapat mengetepikan soal pencemaran yang berlaku selepas produk berkenaan masuk ke pasaran.
Nahas MH370 tidak boleh berulang lagi

Ketua Pengarah merangkap Ketua Pengarah Eksekutif IATA, Tony Tyler berkata, misteri kehilangan pesawat Boeing 777 itu adalah satu peristiwa yang belum pernah berlaku sebelum ini dan menggesa industri penerbangan menumpukan usaha mencari pesawat itu dan bukannya menumpu kepada penstriman data.
"Mengesan pesawat adalah langkah pertama yang paling penting dalam usaha mengelakkan kehilangan yang serupa pada pesawat lain," katanya sambil menambah ini merupakan satu kejadian yang sangat mengejutkan industri penerbangan kerana MH370 telah hilang bersama 239 anak kapal dan penumpang tanpa sebarang kesan sejak 8 Mac dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
"Ali Baba" antara punca sewa tapak bazar Ramadhan melambung tinggi di Kedah, #Mukhriz mana?
Pengerusinya, Mohd Kholib Hamid bimbang perkara itu akan memberi kesan kepada kenaikan harga barang pada bulan Ramadan nanti.
“Kita sedia maklum mengenai perkara itu. Ia sudah lama berlaku, tetapi pada tahun ini harga sewaan tapak bazar itu terlalu tinggi.
“Saya bimbang jika tiada penguatkuasaan diambil, ia akan memberi kesan kepada kenaikan harga barang. Sekali gus akan membebankan pengguna,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Video Youtube - Nak tunjuk pailang punya pasal, akhirnya makan diri..!!

Apa punya lemah Kerajaan BN nie, mau urus MINYAK & TEPUNG pun 'gagal'..!!
