TERKINI :

Monday, June 2, 2014

DNA BABI yang HARAM boleh dikatakan HALAL sebab tercemar, tapi DNA SAIFUL tercemar apa cerita pulak?

AKHIRNYA rakyat MALAYSIA di belajarkan bab DNA... dimana DNA nie boleh disimpan dan dimasukkan dalam sesuatu tempat yg kita nak....

Apa hubungkaitnya ILMU DNA BABI dengan DNA ANWAR dalam pungkoq SAIFUL...?

Jika DNA BABI kita boleh berhujah dalam segi ILMU bahawa sample dah tercemar dengan mana ujian KKM lakukan dengan sample diambil dari pasaraya... manakala hari ini JAKIM berhujah bahawa sample yg diambil dari KILANG ianya HALAL..

Berbalik dengan DNA SAIFUL dalam pungkoq ANWAR... hangpa dengaq laa hujah SAIFUDDIN nie...



PIMPINAN PAS dihina oleh macai UMNO namun pemimpin PAS yang lain seperti meredhainya..!!

 

 Zaman dahulu PANTANG sahaja pimpinan kita dihina sudah pasti akan ada berduyun-duyun turun untuk membuat laporan polis supaya diambil tindakan terhadap manusia durjana itu...

Walaupun belum tentu laporan kita itu diambil tindakan, sekurang2nya kita membuktikan bahawa kita tidak membenarkan mereka mempermain2kan pimpinan kita dengan menghina mereka sebegitu rupa....

Jadi diharap PIMPINAN DIATAS usahlah berasa selesa dengan apa yang dimiliki sekarang... janganlah anda semua kelihatan seperti meredhai pimpinan anda sendiri di hina sdemikian rupa...

Satu SOALAN untuk AHLI PARLIMEN bertanya dalam dewan nanti, mintak menteri jawab..!!

 

Kami mohon AHLI PARLIMEN bertanyakan soalan berkenaan wang sumber perolehan negara adalah tidak disatukan antara CUKAI ARAK & JUDI dengan SUMBER PEROLEHAN NEGARA YANG LAIN....

Diharap AHLI PARLIMEN dapat jawapan ini dalam PARLIMEN untuk memastikan kebenaran apa yang dikatakan oleh SENATOR baru kita ini.. Jika benar ALHAMDULILLAH inilah yang kita perjuangkan dan buktikan di KELANTAN... jika tidak kira terbukti SENATOR BARU nie kencing berdiri sahaja....

MH370 cari..cari...cari.... tapi di mana yaa..???

Usaha mencari MH370 kini lebih mudah, kata pakar

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/resizer/mh370_dataranmerdeka_reuters_540_309_100.JPG
Seorang pakar berpendapat usaha mencari pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac lepas, kini tidaklah serumit dahulu ketika pasukan mencari dan menyelamat (SAR) melakukan pencarian di kawasan yang salah.

Saintis angkasa lepas dan fizik di New Zealand, Duncan Steel, menyatakan perkara itu dalam wawancara menerusi e-mel susulan pengumuman Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) baru-baru bahawa pesawat berkenaan tidak berada di sekitar tempat isyarat akustik, yang dikesan sebelum ini.

"Itu semua bukan petunjuk sebenarnya (bagi dakwaan pengesanan isyarat akustik). Langkah menolaknya adalah sesuatu yang baik kerana ini membolehkan pertimbangan diberi terhadap kemungkinan yang lain pula," kata Steel, yang juga Profesor Pelawat bidang Astrobiologi di University of Buckingham, England dan saintis angkasa lepas di Pusat Penyelidikan NASA-Ames di California, Amerika Syarikat.

Menurutnya isyarat ping sonik yang dikesan di Lautan Hindi (bagi seorang ahli fizik) jelas sekali bukan berpunca daripada alat pengesan kedudukan kecemasan MH370 selain pengumuman ATSB tidak berkaitan langsung dengan maklumat yang diperoleh dari satelit.

Pas rakam penghargaan buat Turki, Najib, Anwar

FATHIN ATHIRAH HASLI

http://hululangat.net/wp-content/uploads/2013/09/bendera-pas-300x208.jpg
SHAH ALAM – Pas menghargai usaha Kerajaan Turki dan Kedutaan Malaysia di Ankara membantu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menghadapi masalah kesihatan di Turki.

Penolong Setiausaha Agungnya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, pihaknya turut mengambil kesempatan merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menggunakan ruangan diplomasi untuk memudahkan urusan rawatan dan kesihatan Abdul Hadi.

“Keadaan semasa beliau menunjukkan perkembangan positif dan beliau dilaporkan semakin stabil, buat masa sekarang beliau ditemani oleh Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang sentiasa melaporkan tahap kesihatan beliau di sana,” katanya dalam satu kenyataan.

Abdul Hadi dikerjakan ke Hospital Istanbul, Turki berikutan dengan masalah kesihatan yang dialami ketika mengikuti rombongan lawatan kerja ke negara tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, Raja Ahmad turut menyeru seluruh rakyat di negara ini untuk sama-sama mendoakan kesejahteraan Abdul Hadi dan semoga beliau dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

MP, ADUN & AHLI MAJLIS yang jaga kawasan Teluk Wanjah sudah 'MATI'..!!


Emak Dyana Sofya akan saman MP LANGKAWI kerana fitnah beliau di facebook


Nampaknya MP Langkawi buat hal lagi selepas mempermainkan mendiang Karpal Singh tempohari. Kali ini dengan EMAK DYANA SOFYA pula iaitu Yammy Samat...

Hari ini MP Langkawi postkan artikal berkenaan emak SOFYA dan semua itu dinafikan olehnya sebagai satu FITNAH...

Dan beliau menyatakan akan menyaman MP LANGKAWI berkenaan FITNAH tersebut...



Ini petikan artikal yang di postkan di facebook MP LANGKAWI...

 

Sumber dari fb MP LANGKAWI - KLIK SINI

Akhirnya yang ada BABI tempohari diistihar HALAL semula..!!

Kenyataan penuh Jamil Khir berkaitan DNA babi

Jamil Khir Baharom  
Jamil Khir Baharom

1. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Jabatan Kimia Malaysia (JKM) kerana telah memberi keutamaan dalam  pengujian sampel bagi dua produk coklat cadbury yang menjadi isu nasional berikutan kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 24 Mei 2014 yang lalu.

2.  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 26 Mei 2014 telah mengambil kedua-dua sampel produk terlibat iaitu:

i.   Coklat dengan kacang hazel-Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (Batch no) 200813 M01HI2;  dan

ii.  Coklat susu dengan buah badam-Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (Batch No) 221013 N01RI1

3. Selain itu, Jakim juga turut mengambil empat (4) produk lain dalam aliran pemprosesan yang sama dan lima (5) jenis bahan mentah yang berpotensi mengandungi unsur haiwan.

Adakah KHALID IBRAHIM proxy UMNO BN dalam PR..??

Khalid Ibrahim, KIDEX, Hutang Bank Islam dan Kegagalan Menawan Putrajaya

http://media.themalaysianinsider.com/images/uploads/mugshots/khalid-ibrahim2-dec6.jpg
Tulang Besi tau bahawa Khalid Ibrahim adalah sebab utama Pakatan Rakyat gagal menawan Putrajaya.

Mula-mula Tulang Besi cuma ingat macam orang lain ingat.

Sekadar MB Selangor ini berperangai kedekut.

Walaupun pada masa itu Tulang Besi telah syak berlaku perkara buruk di belakang tabir bila MB Selangor berkeras tidak mahu membantu usaha membenteras pengundi hantu serta penyelewengan pilihanraya sama sekali.

Arahan Anwar Ibrahim kepada beliau untuk berbelanja wang negeri di kawasan2 Melayu di Selangor juga tidak diendahkan oleh Khalid Ibrahim. Semua maklum kawasan2 Melayu di Selangor adalah kubu kuat UMNO. Hasilnya UMNO tidak perlu bekerja keras mempertahankan kawasan2 mereka.

Khalid Ibrahim juga menolak sama sekali usaha mendaftar pemilih2 baru yang jelas menguntungkan Pakatan Rakyat serta merugikan UMNO. Khalid Ibrahim tidak mahu berbelanja satu sen pun wang ke arah mendaftar pemilih2 baru.

TAPI!!!!!!

Hang jaga negeri macamana nie Mukhriz oi, minyak masak dan tepong habis stok nie..!!

Kedah kekurangan bekalan minyak dan tepung

http://www.bogasari.com/0_images/product/subimage/201010251142250.jpghttp://mya.my/wp-content/uploads/minyak-masak.jpg
Pengguna di Kedah kini berdepan masalah kekurangan bekalan minyak masak dan tepung gandum serta kenaikan harga barangan itu sejak minggu lepas.

Tinjauan harga barangan itu di Pasar Besar Alor Setar mendapati minyak masak dijual RM3.20 sekilogram berbanding RM2.50 sebelum ini manakala tepung gandum pula RM1.35 sebelum ini meningkat kepada RM1.80 sekilogram.

Seorang peniaga kuih, Mah Toh Hamid, 70, berkata kenaikan harga dua barangan penting itu membebankan pengguna terutama peniaga makanan sedangkan harga dua
barangan itu bersubsidi dan tidak sepatutnya meningkat.

Katanya kenaikan harga tepung dan minyak itu mengakibatkan mereka terpaksa menanggung kerugian selain tidak boleh menaikkan harga kuih-muih sewenang-wenangnya.

Ku Li persoal pembayaran pinjaman tanpa faedah Bank Rakyat kepada Deepak

OLEH LOOI SUE-CHERN

Polisi Bank Rakyat yang membenarkan peniaga permaidani Deepak Jaikishan membayar pinjaman RM32 jutanya tanpa faedah turut membuatkan bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah mempersoalkannya kerana peniaga Bumiputera juga tidak mendapat perjanjian istimewa sebegitu. – Gambar The Malaysian Insider, 2 Jun, 2014.
Polisi Bank Rakyat yang membenarkan peniaga permaidani Deepak Jaikishan membayar pinjaman RM32 jutanya tanpa faedah turut membuatkan bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah mempersoalkannya kerana peniaga Bumiputera juga tidak mendapat perjanjian istimewa sebegitu. – Gambar The Malaysian Insider, 2 Jun, 2014.

Bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah turut mempersoalkan polisi Bank Rakyat untuk membenarkan peniaga permaidani Deepak Jaikishan membayar pinjaman RM32 jutanya tanpa faedah, mengatakan ianya bukan amalan biasa perbankan.

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, peniaga Bumiputera juga tidak mendapat perjanjian istimewa seperti itu apabila membuat pinjaman dengan bank kerajaan, walaupun Putrajaya mempunyai polisi perniagaan pro-Bumiputera.

“Melihat kepada fasiliti kewangan yang diperdebatkan dalam kes ini, saya tidak fikir ianya betul,” kata pemimpin veteran Umno itu yang menjadi menteri kewangan dari 1976 hingga 1984.

Putera Raja Kelantan yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu turut mempersoalkan polisi kerajaan mana diikuti Bank Rakyat apabila memberikan kemudahan kepada pelanggan seperti Deepak.

“Di bawah polisi kerajaan yang mana diikuti bank apabila memberikan fasiliti seperti itu di atas permintaan pelanggan?

4 Kali P/Raya Umum, Dari BN ke PR tukaq ke BN semula.. tapi dok banjir situ la di Jln Teluk Wanjah

Banjir kilat selama 20 tahun

Keadaan kawasan di sekitar Jalan Teluk Wanjah, yang dinaiki air.  
Keadaan kawasan di sekitar Jalan Teluk Wanjah, yang dinaiki air.

ALOR SETAR - Kebanyakan penduduk di sekitar Jalan Teluk Wanjah, dekat sini, didakwa berhadapan masalah banjir kilat sejak 20 tahun lalu.

Antara kawasan terbabit termasuk Jalan Teluk Wanjah, Jalan Langgar Batu 1, Taman Perwira, Taman Lam Soon, Lorong Merpati dan Lorong Titi Siam.

Difahamkan, beberapa kawasan di Bandaraya Alor Setar, dekat sini, ditenggelami air akibat hujan lebat selama beberapa jam kebelakangan ini.

Tinjauan mendapati air naik sedalam 0.3 meter (m) di beberapa jalan terbabit, menyebabkan pengguna lalu lintas terutamanya penunggang motosikal mengalami kesulitan.

Seorang penduduk hanya ingin dikenali sebagai Ahmad, 30, berkata, dia terpaksa memperlahankan kenderaan setiap kali banjir melanda.

Bila nak laksana Enakmen Anti Syiah di Kedah, pejabat agama dan Mukhriz tidurkah?


Hadi makin pulih, ucap terima kasih atas doa


Foto FB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang  
Foto FB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dikejarkan ke hospital Istanbul Jumaat lalu kini semakin pulih dan kesihatannya bertambah baik.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Abdul Hadi menerusi satu kenyataan ringkas yang dimuat naik di akaun Facebooknya sebentar tadi, kira-kira 9.25 malam waktu tempatan.

"Alhamdulillah saya dapat merasakan kesihatan saya bertambah baik. Saya juga berdoa agar ALLAH SWT memberikan kesihatan ini untuk meneruskan usaha membawa amanah dari ALLAH SWT.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada semua kalangan yang mendoakan kesihatan, memberikan bantuan dan kata semangat sepanjang saya mengalami masalah kesihatan semasa di Istanbul ini," katanya.

Yang halal menjadi haram?

DR AMINUDIN MANSOR


KECOH, heboh dan ada rasa tertipu apabila produk yang ada tanda sah halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tiba-tiba haram apabila dikesan ada DNA babi di dalamnya. Inilah yang dikatakan “yang halal menjadi haram”.

Di manakah silapnya? Sebagai pengguna kita semua rasa tertipu dan terpaksa berhati-hati dengan produk yang disahkan halal kemudian didapati haram. Dua produk coklat keluaran Cadbury Confectionary (M) Sdn Bhd dikatakan ada terdapat DNA babi (porcine) yang haram di sisi Islam dan haram orang Islam memakannya.

Difahamkan untuk mengesahkan sesuatu produk itu mengandungi sesuatu yang tidak halal mengambil masa lama 7 hari bekerja dan terpaksa melalui sembilan proses atau ujian yang teliti. Kecuaian boleh sahaja berlaku atau kesilapan juga mungkin berlaku sebelum sesuatu produk itu disahkan halal atau haram.

Dalam hal ini pengguna terutama ibu bapa yang selalu membelikan coklat kepada anak-anak rasa terkilan dan tertipu atas kepercayaan yang diberikan kepada produk yang terdapat sijil halal Jakim. Konsep bersih lagi halal mestilah dilakukan dengan teliti dalam proses mencampurkan bahan pembuatan, penyediaan bahan, pembungkusan dan pengilangan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...