TERKINI :

Friday, May 30, 2014

Akibat kecuaian mempertahankan Pulau Batu Putih, Sultan Johor terpaksa fail rayuan semula

Perdasama sokong tuntut semula Pulau Batu Putih
NIZAM ZAIN May 30, 2014

SHAH ALAM – Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Johor menyokong penuh usaha Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar Shah yang menitahkan kerajaan negeri supaya menubuhkan pasukan khas untuk memfailkan rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang berkaitan dengan tuntutan Pulau Batu Putih.

Yang Dipertuanya, Khalim Mohd dalam satu kenyataan berkata, walaupun Kerajaan Persekutuan tidak membuat rayuan semula selepas kalah dalam kes tuntutan Pulau Batu Putih kepada Singapura pada 2008, namun Perdasama yakin Kesultanan Johor mempunyai pelbagai bukti dan tinggalan sejarah untuk mencabar keputusan ICJ itu.

"Perdasama berharap usaha dalam mendapatkan kembali Pulau Batu Putih dapat diteruskan agar kedaulatan dan keselamatan perairan Malaysia terutamanya negeri Johor dapat dilindungi.

"Kami berpendapat, kedaulatan sesebuah negeri terletak di bawah kuasa raja yang menaungi seluruh jajahan takluknya dan harus bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam menyelesaikan masalah tersebut," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut titah Sultan Johor semalam supaya Kerajaan Negeri Johor menubuhkan pasukan khas untuk memfailkan rayuan bagi membatalkan keputusan ICJ berkaitan Pulau Batu Putih.

Menurut baginda, walaupun hal ehwal luar negara terletak di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan, adalah tidak wajar negeri itu tidak dimaklumkan atau tidak dibawa berunding dalam perkara yang melibatkan kepentingan Johor dan Singapura.

Pertikaian mengenai status Pulau Batu Putih yang berlarutan selama 28 tahun akhirnya diputuskan oleh ICJ di The Hague, Belanda pada 23 Mei 2008 dengan menyerahkan kedaulatan pulau tersebut kepada Singapura.

Dalam penghakiman kira-kira sejam 45 minit itu, ICJ turut memutuskan bahawa Middle Rocks yang terletak kira-kira 0.5 batu nautika di selatan Pulau Batu Putih menjadi milik Malaysia manakala status satu lagi bentuk maritim iaitu South Ledge akan menjadi milik negara di perairan mana pulau itu terletak.

Penyerahan kedaulatan Pulau Batu Putih yang dari sudut sejarahnya adalah milik Kesultanan Johor diputuskan oleh ICJ berdasarkan kepada surat balasan pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor pada tahun 1953 yang menyebut Johor tidak menuntut hak milik ke atas Pedra Branca, iaitu nama dalam bahasa Portugis bagi Pulau Batu Putih.

Mengulas lanjut, Khalim menambah keputusan ICJ pada 2008 memutuskan Malaysia mendapat Batuan Tengah (Middle Rocks) bagaimanapun nilainya tidak sama jika dibandingkan dengan Pulau Batu Putih kerana mempunyai implikasi bersifat jangka panjang.

"Lokasi Batu Putih amat strategik untuk mengawal laluan masuk keluar ke Selat Tebrau, Kepulauan Riau dan Laut China Selatan dan merupakan rayuan bagi mendapatkan nilai sekuriti tinggi di samping merebut kembali hak yang sememangnya pernah menjadi hak Kesultanan Melayu Johor," katanya lagi.

Pendang - Puak Syiah anjur perhimpunan

Pengikut Syiah didakwa anjur perhimpunan

Pemuda Umno bahagian Pendang meminta Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) dan polis menghalang satu perhimpunan yang didakwa anjuran pengikut Syiah di Kampung Alor Berala di Pendang.

Ketuanya Mohamad Fadzil Zulkipli berkata perhimpunan tertutup itu dipercayai akan diadakan pada Sabtu dan Ahad ini di sebuah rumah, yang didakwa sebagai pusat penyebaran fahaman Syiah sejak lima tahun lepas.

Beliau berkata perhimpunan itu dipercayai untuk meraikan satu perayaan 'Wiladah Hussein', yang akan disertai oleh pengikut fahaman itu sekitar negeri ini.

"Ada kain rentang yang dipasang untuk menghebahkan perayaan itu (sebelum ini) dan kini ia telah diturunkan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang hari ini.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...