TERKINI :

Wednesday, May 28, 2014

Zahid Hamidi Sempitkan Lagi Harapan Calon BN

oleh Shahbudin Husin, 

 http://img.astroawani.com/2013-10/81382170342_295x200.jpg
Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi adalah pemimpin UMNO yang paling kerap dan rajin turun berkempen di Teluk Intan. Boleh dikatakan seetiap hari atau selang hari, kelibatnya akan kelihatan di bandar ini. Keadaan ini bukan saja disebabkan kedudukannya sebagai pemimpin kanan UMNO yang mahu memastikan kemenangan calon BN, Mah Siew Keong tetapi mungkin juga disebabkan kawasan Parlimen yang diwakilinya, Bagan Datoh adalah bersebelahan dengan Teluk Intan.

Ahmad Zahid juga paling banyak program serta paling banyak bercakap dengan media. Dalam masa yang sama, beliau juga paling banyak mengeluarkan mengeluarkan kenyataan sensasi dan kontroversi di Teluk Intan ini.

Beliau bercakap mengenai anggota RELA yang tidak mengundi dalam pilihanraya umum lalu dan memberi amaran agar menunaikan tanggungjawab kali ini. Ini kerana, dakwanya, beliau tahu siapa mereka itu.

Beliau juga menawarkan janji memberi uniform baru kepada anggota RELA jika calon BN menang dalam pilihanraya kecil ini tetapi jika BN kalah, "belilah sendiri".

Apabila SPR jadi PAK ANGGUK & PAK TURUT di Teluk Intan

BERSIH: SPR hanya jadi pemerhati, tak amanah

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) hari ini mengkritik sikap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap kenyataan menteri dalam negeri beberapa hari lalu sewaktu berkempen kepada anggota RELA di Teluk Intan.

Menurut BERSIH, kenyataan Datuk Seri Zahid Hamidi yang mendakwa beliau tahu mana-mana anggota RELA yang tidak turun mengundi dan menggesa mereka agar mengundi calon BN adalah satu kesalahan berdasarkan Akta Kesalahan Pilihan Raya.

"Pelanggaran undang-undang secara terang benderang begini tidak boleh berterusan.

"Pihak berkuasa yang dikawal sepenuhnya oleh parti pemerintah sudah tidak mengendahkan seruan rakyat supaya menjalankan tugas mereka.

"Yang paling teruk sekali antara mereka SPR, telah mengurangkan peranannya kepada sekadar pemerhati sahaja, di mana jenayah seperti ini dilakukan tanpa segan.

"SPR mempunyai tugas di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk menegakkan integriti pilihan raya tetapi seperti yang lazimnya tidak memenuhi amanah ini," kata Naib Pengerusi BERSIH, Datuk Dr Toh Kin Woon (atas).

Beliau berkata demikian pada sidang media BERSIH di Teluk Intan, tengah hari ini.

Bukan saja BABI & ARAK saja perlu pikiaq HALAL HARAM, benda-benda lain juga perlu difikirkan..!!

Petikan dari tazkirah Ustaz Don Daniyal.

Mari fikir-fikirkan.

http://myibrah.com/wp-content/uploads/2011/09/adab-makan.jpg
"Bukan hanya daging babi, haiwan tak disembelih, atau pun arak sahaja yang kita perlu jaga sangat-sangat supaya tak masuk ke dalam perut.

Ada lagi sumber yang lain kita perlu dielak campurkan dengan darah daging.

Nasi yang dimakan memang halal, tetapi kalau dibeli dengan gaji yang ditipu..pun ragu statusnya.

Jadi ragu disebabkan semasa waktu kerja, guna talian internet ofis berjam-jam melayan Facebook peribadi, lepak-lepak di kantin, kafeteria, ataupun konon keluar jumpa klien tetapi sebenarnya klien untuk bisnes sendiri.

Ataupun pergi rumah kawan untuk dengar gosip terbaru.

Makan ayam goreng yang JAKIM sahkan halal, tetapi dibeli guna wang claim yang diada-adakan. Claim hotel, tetapi sebenarnya menginap percuma di rumah saudara-mara.

Nasir Bilal Khan Nafi Sertai pembangkang


fqPETALING JAYA: Pelakon Nasir Bilal Khan berharap foto dia bersama dua wanita memegang bendera parti pembangkang PAS yang tersebar di internet tidak perlu diperbesar-besarkan oleh mana-mana pihak.

Nasir, 54, berkata, ia sekadar sekeping foto bersama peminat yang dirakam beberapa tahun lalu di Kedah dan tiada kaitan dia terlibat dengan parti politik berkenaan.

"Perkara ini tidak perlu diperbesar-besarkan. Foto biasa sahaja dengan peminat.

"Bagi saya tidak kiralah peminat datang daripada mana-mana parti sekalipun, jika mereka mahu bergambar dengan saya, apa salahnya.

"Diharap foto itu tidak memberi sebarang persepsi negatif," katanya yang dihubungi mStar Online pada petang Selasa.

Najib PM yang GAGAL jadi Tunggu apa lagi, sila letak jawatan!

Tunggu apa lagi Najib, sila letak jawatan! 
oleh Zulkifli Yahaya




Kehilangan pesawat MH370 sudah memasuki bulan ke tiga. Sejak Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengumumkan ia berakhir di Lautan Hindi, tiada secebis tinggalan dari pesawat yang didakwa mendarat atau terhempas di lautan itu dijumpai.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir membayangkan kenyataan Najib tidak betul. “Seseorang sedang menyembunyikan sesuatu,” katanya. Tambahnya, kapalterbang boleh mendarat dengan selamat atau terhempas tetapi tidak boleh hilang begitu sahaja.

Di mata Tun, rakyat Malaysia, mahupun dunia; Najib benar-benar sudah hilang wibawa berhubung isu MH370. Cakap Najib tidak boleh dipakai. Diam beliau berhubung isu tersebut adalah lebih baik dari bercakap tetapi tidak betul. Masalahnya mana mungkin ketua kerajaan tidak bercakap berhubung perkara besar yang berlaku dalam negara.

Najib dihadapkan juga dengan isu pergolakan di Terengganu sehingga terjebak dalam situasi amat mencemaskan, iaitu tumbangnya kerajaan BN. Bekas Menteri Besar Datuk Ahmad Said, ADUN Ajil, Ghazali Taib dan ADUN Bukit Besi Rosli Daud isytihar keluar Umno dan menjadi wakil rakyat bebas. Umno tinggal 14 kerusi manakala Pakatan 15. Jika tiga ADUN tersebut mengambil sikap tidak menyokong sesiapa sekalipun, ia sudah cukup  kerusi untuk menumbangkan BN.

Matahari tegak di atas Kaabah 5.16 petang ini

http://savingmemoir.files.wordpress.com/2011/05/istiwa.jpg 
http://www.nizarazu.com/wp-content/uploads/2014/05/arah-kiblat.jpg

KUALA LUMPUR: Tepat jam 5.16 petang waktu Malaysia hari ini, matahari berada tegak di atas Kaabah di Masjidil Haram, Makkah.

Bagi jemaah yang sedang mengerjakan umrah di Makkah boleh menyaksikan fenomena itu pada jam 12.16 tengah hari waktu tempatan.

Umat Islam ditempat lain pula boleh menggunakan kesempatan itu untuk mencari arah kiblat dengan tepat.

Cara paling mudah untuk mencari arah kiblat pada waktu berkenaan ialah dengan memacakkan kayu atau tiang, atau di tepi dinding bangunan yang tegak tepat 90 darjah.

Pada jam 5.16 petang, perhatikan bayang-bayang yang terhasil oleh objek berkenaan.

Arah kiblat kita adalah arah yang berlawanan dengan bayang tadi. Fenomena sam

Al Fatihah - Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mangkat


IPOH - Sultan Perak, Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah diumumkan mangkat sebentar tadi.

Almarhum yang berusia 86 tahun mangkat pada jam 1.38 petang sebentar tadi.

Kemangkatan Paduka Seri Sultan diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry secara langsung melalui RTM, sebentar tadi.

Beliau mengisytiharkan seluruh negeri berkabung selama 100 mulai hari ini dan kerajaan meminta semua pihak mengibarkan bendera separuh tiang sepanjang tempoh itu.

Polis sahkan petugas wanita BN ditumbuk kerana didakwa mencuri mangga dan daun kari..


Seorang peraih undi Barisan Nasional (BN) cedera di leher selepas ditumbuk dan ditendang oleh seorang lelaki semasa berkempen di Taman Desa Aman di sini tengah hari semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata wanita itu berusia 50-an dan merupakan anggota Parti Progresif Penduduk (PPP) dalam laporan polisnya mendakwa telah ditendang dan ditumbuk di leher semasa berkempen dari rumah ke rumah di taman perumahan itu bersama-sama tiga lagi rakannya pada pukul 1.30 petang semalam.

Wanita itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak, 20 minit selepas kejadian dan kes sedang disiasat, katanya kepada pemberita selepas meninjau perjalanan pengundian awal pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan di Dewan Serba Guna, Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak, di sini hari ini.

Beliau berkata lelaki yang didakwa mencederakan wanita itu turut membuat laporan polis semalam dengan mendakwa wanita tersebut cuba mencuri buah mangga dan daun karinya sebelum berlaku pertengkaran antara mereka.

BN takut Pakatan buat hatrik.. sebab tu yang pakat meroyan habih tuu..!!



‘HARAM hukumnya mengundi Dyana Sofya kerana calon DAP itu tolak hudud’. Demikian fatwa politik yang tersebar luas di alam maya.Ia dipetik daripada kenyataan Dyana bahawa sebagai seorang Muslim beliau tidak menolak hukum tersebut, cuma akan bersama keputus an parti jika terpilih sebagai ahli Parlimen. Ada lagi fatwa yang lebih hebat iaitu sesiapa mengundi calon tolak hudud maka akan jadi kufur.

Jika haram hukumnya mengundi Dyana Sofya, maka lebih haram lagi mengundi calon Gerakan, Dato’ Mah Siew Keong yang juga merupakan Presiden Gerakan. Ia kerana Gerakan lebih lantang lawan hudud berbanding DAP. Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang dan rombongannya menghantar memorandum hingga ke pejabat PAS mendesak PAS membatalkan hasrat membawa usul hudud ke Parlimen. Jika PAS berdegil, Gerakan mengancam mengheret PAS ke mahkamah.

Jika mengundi calon DAP dan Gerakan haram dengan alasan hudud, maka siapa yang rakyat hendak undi dalam pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan? Maknanya pengundi beragama Islam haram turun mengundi, biar orang bukan Muslim sahaja yang me ngundi?

PAS yang ISLAM belum istihar harta YB mereka tapi PSM yang 'sosialise & komunis' sudah laksanakan

Bila tengok MP PSM nie istihar harta mereka lalu kami teringat kepada MP PAS yang berbangga dengan Politik Islam yang dibawa...

Jadi kami nak tanyalah mana dia pengistiharan harta YB dari PAS.... adakah semua sudah lupa dan dah tak berani nak istihar harta masing-masing... sedangkan sebelum menang andalah sebahagian dari champion yang berjuang supaya ketelusan dalam kepimpinan di perlukan..

Sebelum ini kita pertikai YB BN memperolehi kekayaan yang melimpah ruah dan sering bertanya darimana harta yang mereka dapat untuk perolehi semua harta tersebut...

YB PAS yang ISLAM itu pun masih belum istihar sampai sekarang sedangkan PSM yang dikatakan SOSIALISE & KOMUNIS itu pula terlebih dahulu mengistihar harta YB mereka...


Pengisytiharan harta Dr JeyakumarMP Sg Siput

Berbanding dengan tahun 2013, rumah kediaman Dr Jeyakumar di Ipoh bertambah RM10,000 menjadi RM140,000.

Teluk Intan - Program DAP masuk BN terkantoi dipertengahan jalan bila ahli DAP pecah lubang..!!

Pelik tapi benar... ahli DAP terkejut diumum sokong BN

 
TELUK INTAN Satu majlis bekas 'anggota' DAP menyertai BN malam tadi tidak berjalan seperti dirancang apabila seorang peserta sebaliknya mengaku masih setia menyokong DAP dan tidak diberitahu terlebih dahulu tentang tujuan majlis berkenaan dianjurkan.

Shantini a/p Subramaniam, 46, (kiri) seorang pemandu teksi berkata beliau setia menyokong DAP sejak berumur 21 tahun dan terkejut apabila diumumkan sebagai seorang daripada 150 orang bekas anggota DAP yang akan menyokong BN pada majlis lewat petang semalam.

"Saya ini Barisan tadak punya, sampai sekarang saya DAP punya orang.

"Saya bawa teksi punya orang, saya datang sini tangkap gambar punya.

"Saya (sejak umur) 21 tahun sampai sekarang umur saya 46 tahun, saya punya keluarga semua (sokong) DAP.

"Saya masih ahli (DAP), dia orang suruh datang, saya datang," katanya sewaktu ditemubual pemberita selepas gimik majlis itu selesai.

Shantini kemudian diminta penganjur, seorang individu dikenali sebagai 'ayahanda' Arjami Ali yang mengaku dari NGO Pewaris Malaysia untuk terus meninggalkan majlis.

Kepada Ridhuan Tee, Adakah Datuk Lee Chong Wei akan biarkan Lin Dan menang jika mereka berlawan?

– Yap Boon Kah

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.1732.1318841400!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_490/image.jpgPensyarah di Universiti Pertahanan Nasional, Dr Ridhuan Tee bertanya semua 'ultra kiasu' siapa yang mereka akan sokong jika Lin Dan bermain dengan Misbun? Saya rasa sangat sedih dengan soalan ini.

Saya ialah rakyat Malaysia generasi ketiga. Saya berumur 45 tahun. Datuk saya berhijrah ke Malaysia pada 1923, ketika berumur 19. Dia mati di sini pada 1982, dia tidak pernah fikir hendak balik ke China, dia fasih berbahasa Melayu, senang bergaul dengan Melayu dan India. Dia tidak bencikan orang Melayu atau India, sungguhpun daripada segi agama, budaya, kita semua sangat berbeza.

Ayah saya meninggal bulan lalu pada umur 86 tahun. Kalau soalan ini ditanya kepada datuk dan ayah saya hari ini, siapa mereka sokong, saya rasa mereka akan sokong Misbun, sebab mereka tidak kenal Lin Dan, dan Misbun bermain untuk Malaysia.

Datuk saya tidak setia kepada negara China. Dia hanya setia kepada budaya Cina, kepercayaan Cina, tradisi Cina dan kepada ahli keluarganya yang ramai. Dia berhijrah ke Malaya tanpa duit dan pelajaran, untuk mencari hidup yang lebih baik.

Jangan mensyaki kesetiaan orang Cina kepada Malaysia, kami marah bila orang suruh kami balik China. Kami sudah memotong tali perhubungan dengan China, kami hanya lawat sebagai pelancong, bukan sebagai bekas warganegara.

Zahid Hamidi salah guna kuasa, w/pun sudah tahu Kongsi Gelap ada dimana tapi tak tangkap..!!

Kongsi gelap jangan campur urusan PRK Teluk Intan, kata Zahid


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran keras kepada kumpulan kongsi gelap dan penjenayah agar tidak mengambil kesempatan pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.

Zahid berkata beliau mendapat maklumat ada pihak yang antara lain cuba mengaut keuntungan melalui PRK itu yang akan diadakan Sabtu ini.

"Jangan ugut orang, jangan cuba campur tangan dalam politik. Saya tahu muka mereka, saya tahu nama mereka, saya tahu mereka duduk di mana dan lari ke mana.

"Saya tahu juga ada yang sedang buka pusat judi untuk 31 hari bulan ini. Saya bukan sekadar beri amaran. Saya tahu macam mana nak lakukan," katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama-sama penduduk di Teluk Intan malam ini.

Dyana Sofya akan tewas?


Dyana Sofya  
 
APAKAH  Dyana Sofya akan menang? Meskipun berbekalkan majoriti 7,000 di Mei 2013, DAP masih beranggapan mereka masih di belakang berbanding BN.

Di sebelah BN, mereka juga menganggap calon mereka, Presiden Gerakan, Mah Siew Keong sebagai 'underdog'. Tetapi gerak-geri Umno-BN memberikan isyarat jelas bahawa mereka terbau ada peluang keemasan untuk merampas kerusi Teluk Intan.

Pengundi Cina

DAP sebenarnya berdepan dengan dua masalah yang tidak dijangkakan di kalangan pengundi Cina.

Pertama, DAP mungkin menghadapi kemerosatan undi Cina kerana sabotaj dalaman sendiri.

Pencalonan Dyana tidak diterima baik oleh DAP Perak. Namun, perkara ini ditutup dengan rapi oleh serangan bertubi-tubi pada peribadi Dyana.

Ada yang merasakan para pemimpin tertinggi DAP perlu diberi pengajaran untuk menyedarkan mereka bahawa mereka perlu menghormati hasrat akar umbi. "You just cannot do it the way you like and as you wish."

Bagi golongan ini, mereka merasakan tiada apa yang perlu dikesalkan jika kerusi ini jatuh ke tangan Gerakan.

Isu babi: Tiada 'bersih darah', tiada samak




BAGI sesiapa yang telah termakan Cadbury berDNA babi secara tersalah atau tidak tahu berkenaan kewujudan unsur babi tersebut.

Menurut hukum Islam, mereka TIDAK BERDOSA dan seterusnya TIDAK PERLU membersihkan darah.

Sebagaimana firman ALLAH SWT:

وَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ فِيمَا أَخْطَأْتُمْ بِهِ وَلَكِنْ مَا تَعَمَّدَتْ قُلُوبُكُمْ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا {الأحزاب: 5}

Ertinya : Dan tidak ada dosa atasmu terhadap apa yang kamu tersalah padanya, tetapi (yang ada dosanya) apa yang disengaja oleh hatimu. Dan adalah ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Ahzab: 5)

Dan Nabi Muhammad salla ‘allahu ‘alaihi wasallam:

إن الله تجاوز عن أمتي الخطأ والنسيان وما استكرهوا عليه. رواه ابن ماجه وصححه الألباني.

Ertinya: Sesungguhnya ALLAH SWT melepaskan dari umatku apa yang tersalah, lupa dan sesuatau (yang haram atau salah) yang dipaksakan ke atas mereka. ( Riwayat Ibn Majah, sahih)

Justeru, tiada istilah ‘membersihkan darah’, atau seolah DIRI akan ke neraka atau AMALAN LAIN akan DITOLAK kerana coklat terbabit sekiranya darah tidak dibersihkan. Ini semua tidak benar.

Namun, jika ingin diambil SAMAN GANTIRUGI atas kesilapan Cadbury dan kealpaan mereka atau keculasan menggunakan logo halal pada yang tidak halal, itu WAJAR DILAKUKAN namun JANGAN dihujah atas nama ‘membersihkan darah’ seolah ia tuntutan agama.

Juga TIDAK PERLU disamak mulut dan usus dengan air tanah, Islam tidak menuntut sedemikian dalam hal seperti ini.

Jangan menyebabkan Islam disalah tanggapi dengan pandangan pelik dan tidak berasas kukuh.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
28 Mei 2014




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...