TERKINI :

Monday, May 26, 2014

Abim pertimbang failkan saman syarikat pengeluar coklat Cadbury

Cadbury
SHAH ALAM - Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) akan mempertimbangkan untuk  menyaman syarikat pengeluar coklat Cadbury di bawah akta pengguna.

Presidennya, Amidi Abd Manan berkata, ia bagi memberi pengajaran kepada syarikat tersebut yang terang-terang mempersendakan umat Islam kerana menggunakan logo halal pada produk yang mengandungi DNA babi.

“Kita merasakan Cadbury sengaja menipu kerana berselindung sebalik logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Buat masa ini kita tuntut dulu produk keluaran syarikat itu dikeluarkan daripada rak makanan halal di kedai-kedai yang menjualnya,” katanya kepada Sinar Harian.

Kerja BN hanya berjanji di PRK, 2012 dulu janji sekolah belum bina lagi hari ini janji bina Universiti pula..!!

Janji nak bina Sekolah tahun 2012 BN tak tunai.. hari ini berjanji nak bina Universiti pula?


Penduduk Teluk Intan kecewa kerana janji kerajaan BN membina sebuah sekolah menengah di sini gagal ditunaikan.

Sepatutnya sekolah menengah itu yang bernilai RM27.2 juta siap pada tahun ini tetapi sehingga saat ini papan tanda projek pembinaan sekolah itu pun tidak kelihatan.

Sebaliknya calon BN Datuk Mah Siew Keong hari ini menawarkan untuk membina sebuah universiti di Teluk Intan jika dipilih sebagai Ahli Parlimen.

Janji beliau menimbulkan persoalan terhadap janji-janji BN yang jarang ditunaikan. Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) DAP

Parlimen Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud berkata, projek Sekolah Menengah Kampung Bahagia sehingga kini menjadi tanya walaupun peruntukan telah diberi pada tahun 2012.

Piala Thomas - Tahukah kita siapa disebalik kejayaan pasukan Jepun semalam?


2


Menundukkan gergasi sukan badminton seperti China, Indonesia dan Malaysia semalam menjadikan negara matahari terbit itu sudah berada dalam senarai negara-negara pemenang Piala Thomas.

Kita sudah terima hakikat Malaysia tidak sehebat Jepun kali ini namun berpuas hati dengan semangat juang pasukan negara termasuk penampilan akhir datuk Lee Chong Wei dalam pentas antarabangsa itu.

Bagaimanapun, tahukah kita siapa disebalik kejayaan pasukan Jepun?

Selain ketua jurulatihnya, Park Joo Bong – bekas pemain kebangsaan Korea dan pernah melatih pasukan badminton Malaysia – ada seorang lagi yang memberi sumbangan melatih pasukan Jepun iaitu Izuan Ibrahim.

Apa yang menarik, Izuan merupakan seorang rakyat Malaysia berusia 30 tahun dan pernah menjadi jurulatih Nusa Mahsuri di bawah kelolaan Datuk Misbun Sidek.

Pemuda UMNO Bising Bila 'Dicelakakan' Tapi Bisu Ketika Umat Islam 'Dibabikan'

Shahbudin Husin,

Ketika umat Islam sekarang ini begitu terpukul dengan kelalaian syarikat coklat, Cadburry sehingga dua jenis keluarannya didapati mengandungi DNA babi, sambil memikirkan sudah berapa banyak najis itu telah memasuki tubuh badan dan menjadi darah kebanyakan umat Islam negara ini, terutamanya kanak-kanak, ramai yang tertanya-tanya kenapa Pemuda UMNO hanya berdiam diri saja?

Tindakan Cadburry itu bukan saja biadap, tidak sensitif terhadap Islam yang menjadi agama rasmi dan orang Melayu yang menjadi majoriti, tetapi seolah-olah syarikat itu sedang "membabikan" umat Islam negara ini.

Sehingga ini belum tedrngar suara Pemuda UMNO dalam isu coklat Cadburry dan kelemahan Jakim yang mengawal sijil halal di negara ini.

Ini nyata berbeza dengan sikap yang ditunjukkan oleh Pemuda UMNO ketika seorang wakil rakyat DAP, R.S.N. Rayer yang mengungkapkan perkataan "UMNO celaka" di dalam DUN Pulau Pinang. Pemuda UMNO bukan saja bising di merata-rata serta merosakkan papan tanda, bahkan menyerang beberapa pejabat DAP sambil melontarkan ugutan mahu membakar bangunan itu.

Sehingga ini pun, masih ada Pemuda UMNO yang seperti "ketinggalan bas" dengan masih mahu meminta Rayer meminta maaf dan menarik balik ucapannya sedangkan ADUN Seri Delima itu jelas tidak mahu menarik balik perkataan "UMNO celaka" yang pernah diucapkannya, malahan ketika kempen di Bukit Gelugor tiga hari lalu turut mengulangi perkataan "UMNO celaka" itu dalam ceramahnya dan di luar sidang DUN Pulau Pinang.

Ultras Malaya: Peminat bola sepak ditipu pengkhianat

FMT Staff
| May 23, 2014

FAM Tengku AbdullahJalur Gemilang di dada-dada para pemain kebangsaan telah dilelong kepada mana-mana pihak yang menawarkan habuan paling lumayan, dakwanya.

FAM Tengku AbdullahPETALING JAYA: Rakyat Malaysia sememangnya cintakan sukan bola sepak namun sudah ditipu oleh pengkhianat yang menjaja maruah negara untuk kepentingan poket, dakwa kumpulan penyokong tempatan iaitu Ultras Malaya.

Mereka mendakwa rakyat dimomokkan dengan perlawanan-perlawanan ‘sarkas’ di dalam dan luar negara yang bukan sahaja tidak membawa apa-apa makna kepada ranking dunia, malah diragui keputusannya.

“Jalur Gemilang di dada-dada para pemain kebangsaan telah dilelong kepada mana-mana pihak yang menawarkan habuan paling lumayan.

“Budaya-budaya tidak sihat seakan-akan berakar umbi di dalam diri para penghuni bangunan buruk di Kelana Jaya yang digelar Wisma FAM, namun pemimpin tertingginya, dan tidak ketinggalan juga pihak media massa, seolah-olah menutup mata walaupun ia berlaku secara berleluasa di bawah pengetahuan mereka,” kata laman web www. ultrasmalaya.net.

Berjuta-juta wang rakyat telah lesap dilaburkan ke dalam sukan bola sepak, namun hasilnya tetap kegagalan demi kegagalan, dakwanya lagi.

[BONGKAR] Punca provokasi dan bertegang urat di setiap p/raya terdedah..!!

Sekarang hangpa nampak tak kenapakah setiap kali ada PRK pasti ada perkara yang tidak elok dan pertembungan yang menyebabkan penyokong berbalah satu sama-lain....

Cuba lihat dua PRK diatas iaitu di Bukit Gelugur dan Teluk Intan... kenapa Ketua Polis boleh istiharkan yang paling aman di Bukit Gelugur manakala di Teluk ada perkara provokasi berlaku...

Rasanya anda sudah nampak siapakah punca yang menyebabkan semua perkara ini berlaku...? Jika tak ada org menjual tentulah tak ada org yg ingin membelinya...jd hgpa tau dak sapa yg dok jual selama ini...

Faham laa no apa kami katakan nie... 


[JOM] Gerakan Boikot Bayar Pinjaman PTPTN Besar-Besaran..


Nampaknya, ada peminjam ptptn yang masih tidak yakin dengan aku. nah, aku letak kad pengenalan aku. ingat aku takut ? sikit pun aku tak goyang lah. sekarang, aku nak 1,000,000 peminjam berhenti bayar ptptn pada 1 julai 2014 ini juga, tarikh di mana ptptn ditubuhkan. korang cuma perlu buat kerja mudah je iaitu untuk share post ini yang tak sampai 5 saat pun. boleh ?

Saya Qadafi bin Muhamad Shuib ingin menyeru kepada 956,018 peminjam yang masih membayar PTPTN supaya bersama-sama saya https://www.facebook.com/qadafimuhamadshuib untuk berhenti membayar PTPTN pada saat ketika ini juga sehinggalah Pilihanraya Umum 14 nanti, yang mungkin diadakan pada tahun 2018.

JPJ: Tiada operasi cermin gelap buat masa ini


JPJ
RAWANG - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak akan melaksanakan operasi cermin gelap secara besar-besaran buat masa ini, namun operasi berkala tetap dilakukan seperti biasa.
  
Ketua Pengarahnya Datuk Seri Ismail Ahmad turut menafikan mereka tidak membenarkan langsung penggunaan cermin gelap pada kenderaan.

"JPJ hanya mahu mahu memastikan semua penggunaan cermin gelap itu diluluskan mengikut peraturan yang telah ditetapkan, itu sahaja," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) Dun Kuang di sini hari ini.
  
Beliau mengulas kerisauan orang ramai berhubung operasi cermin gelap secara besar-besaran bermula 16 Jun ini, seperti yang diumum Polis Diraja Malaysia (PDRM).
  
PDRM sebelum ini dilapor memberi tempoh sehingga 15 Jun untuk pemilik menukar atau menanggalkan lapisan penebat haba yang terlalu gelap pada cermin kenderaan masing-masing-masing atau berdepan kompaun RM300.
    

ALOR SETAR - Pasangan suami isteri daif mohon bantuan rumah sendiri

ALOR SETAR 24 Mei - Seorang suami kepada orang kurang upaya (OKU) merayu mendapatkan tempat tinggal lebih selesa berbanding bilik yang disewa sejak empat bulan lalu di Lorong Titi Siam, Jalan Teluk Wanjah, di sini.

Zainudin Zainun, 49, berkata, bilik yang disewa RM100 sebulan itu hanya bersaiz 5x4 meter dan mereka terpaksa berkongsi tandas dengan penyewa yang lain.

Dia berkata, isterinya, Sazlina Salleh, 38, menghidap penyakit kencing manis,buah pinggang dan darah tinggi selain mengalami masalah penglihatan sejak empat tahun lalu akibat penyakit kencing manis yang dihidapinya.

"Saya pernah mohon bantuan rumah daripada Jabatan Zakat dan bank namun gagal disebabkan tidak memiliki tanah.

"Kami amat memerlukan rumah untuk mudahkan pergerakan isteri saya terutama apabila saya tiada di rumah," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Senarai penuh barisan kepimpinan FAM sesi 2014/18


FAM
BERIKUT senarai barisan kepimpinan baharu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2014-2018 selepas pemilihan pada Kongres ke-50 FAM hari ini:
  
Presiden:
Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (Pahang)
  
Timbalan Presiden:
1. Datuk Seri Afandi Hamzah (Kelantan)
2. Datuk Abdul Mokhtar Ahmad (Selangor)
  
Naib Presiden:
1. Datuk Zainol Fadzi Paharuddin (Perak)
2. Datuk Rozabil Abdul Rahman (Perlis)
3. Datuk Sudarsono Osman (Sarawak)
  
Ahli Jawatankuasa Eksekutif:
1. Datuk Yusof Mahadi (Melaka)
2. Abdul Aziz Yeop Jamaluddin (Perak)
3. Datuk S. Sivasundram (penyandang-Selangor)
4. Alijus@Mohd Ali Sipil (Sabah)
5. Datuk Osman Salleh (penyandang-PDRM))
6. Goh Ah Chai (Persatuan Bola Sepak Cina Malaysia)
7. Datuk Mohd Junid Mohd Noor (Pulau Pinang)
8. Datuk Othman Aziz (Kedah)
9. Brig. Jeneral Datuk Norhuda Ahmad (wanita)
10. Normala Md Yusof (wanita)

- Bernama




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...