TERKINI :

Saturday, May 24, 2014

Apabila menteri terpaksa merayu Astro untuk live final Piala Thomas..

Depa menega wahai menteri...

Asyik dok kalah saman memanjang kini Utusan ubah teknik iaitu hari nie tulis esok mintak maaf..

Utusan mohon maaf pada Khalid Ibrahim

Utusan Malaysia hari ini memohon maaf kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana menyiarkan artikel bertajuk “Khalid dimaki ahli PKR” pada 17 Mei lalu.

Dalam ruang kecil halaman kelapan akhbar itu, pihak penerbitan Utusan memaklumkan mereka kesal kerana menerbitkan laporan yang menimbulkan reaksi kurang senang dan mengaibkan Khalid itu.

“Utusan Malaysia kesal atas penerbitan tersebut yang telah menimbulkan rasa kurang senang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan secara tulus ikhlas memohon maaf kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di atas kesilapan tersebut,” permohonan maaf itu dipetik.

Akhbar tersebut juga berjanji tidak akan menerbitkan laporan seperti itu lagi pada masa akan datang.

Utusan pada 17 Mei lalu melaporkan Khalid dimalukan oleh ahli PKR apabila beliau dimaki hamun seorang ahli Cabang Kuala Selangor yang mendakwa calon timbalan presiden PKR itu sebagai penipu kerana melakukan perkara bercanggah dengan etika lembaga disiplin dan Jawatankuasa Pemilihan Parti.

Ahli berkenaan, Zulkifli Abdullah dilapor menghamburkan kata-kata kasar sebaik sahaja mendapati Khalid keluar dari bilik sidang akhbar di ibu pejabat PKR.

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor turut terkejut melihat Khalid dimalukan di hadapan khalayak ramai.

Memali: Saksi hidup sanggah pembohongan kertas putih

NAZRI ABDULLAH | 23 Mei 2014.

BALING: Saksi-saksi hidup dalam peristiwa berdarah Memali 1985 mendakwa, kebanyakan fakta yang dimuatkan dalam kertas putih yang dibentang di parlimen berkait peristiwa itu adalah tidak benar.

Sanggahan itu dibuat melalui satu forum khas bertajuk 'Tragedi Memali: Pembetulan fakta sejarah menolak pembohongan kertas putih Kerajaan Malaysia' di Kampung Memali petang tadi.

Forum itu diadakan sempena program Himpunan Keadilan Untukmu Memali anjuran PAS Pusat yang berlangsung hari ini.

Sembilan saksi ditampilkan dalam forum ini iaitu Bekas Senator Datuk Mohammad Yusof Husin, Azmi Salim, Zaman Mahmud, Zakaria Abdul Rahman, Ramli Che Mit, Osman Salleh, Radziah Rozali, Aisyah Ahmad dan Tuan Guru Abdul Wahab Hassan.

Kesemua mereka adalah antara mangsa yang ditahan selepas berlakunya peristiwa hitam itu, serta balu-balu kepada mereka yang terkorban dalam insiden itu.

Mohammad Yusof, yang merupakan orang kanan kepada Allahyarham Ustaz Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya, berkata fakta dalam kertas putih sengaja dibuat bagi menjustifikasikan tindakan pihak berkuasa yang telah menyebabkan 14 orang terkorban dalam insiden itu.

Bertahun rakyat Malaysia makan 'babi' rupa-rupanya..!

Adakah kita boleh saman syarikat ini?

Isu Hudud - Muhyiddin sudah mula cakap belit

Selepas cadangkan JK Teknikal, Muhyiddin kata hudud masalah PAS dan DAP

Setelah mencadangkan Jawatankuasa Teknikal untuk membincangkan isu pelaksanaan hudud, di Teluk Intan hari ini Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin (gambar) berkata, isu hudud sebenarnya adalah masalah antara PAS dan DAP yang mempunyai pandangan serta pendirian berbeza.

Beliau berkata kegagalan pakatan itu untuk menjelaskan isu pelaksanaan hukum hudud sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan membuktikan PAS dan DAP tidak tahu pendirian yang perlu diambil untuk menangani isu berkenaan.

"Yang menjadi masalah adalah di kalangan mereka kerana ada pertembungan pandangan dan perbezaan yang agak ketara," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama masyarakat Orang Asli di Dewan Kampung Orang Asli Erong di Teluk Intan hari ini, lapor Bernama.

Beliau ditanya media berhubung tindakan pakatan pembangkang yang dilihat seolah-olah melarang calon dan pemimpin Pakatan itu membincangkan dan berhujah mengenai hudud kepada pengundi.

Memali: Ada polis jumpa saya minta maaf - Hadi Awang

BALING: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa ada beberapa anggota Polis yang terlibat dalam operasi yang mengorbankan beberapa nyawa di Kampung Memali 29 tahun lalu datang meminta maaf kepadanya.

Abdul Hadi mendakwa kejadian itu berlaku selepas beliau menyampaikan ceramah di Pulau Pinang beberapa hari selepas peristiwa Memali.

Katanya, anggota Polis itu mengakui bahawa mereka terpaksa bertindak kasar terhadap ahli-ahli PAS di penduduk Kampung Memali ketika kejadian itu kerana mendapat arahan dari pihak atasan.

"Beberapa hari selepas berlakunya peristiwa Memali, saya hadir ke Pulau Pinang untuk menyampaikan ceramah atas jemputan PAS negeri tersebut.

"Selepas ceramah ada beberapa anggota Polis datang menemui saya dan memohon maaf kerana bertindak kasar terhadap ahli-ahli PAS di Kampung Memali.

"Mereka kata terpaksa bertindak begitu kerana mendapat arahan daripada pihak atasan," katanya ketika menyampaikan ceramah sempena program Himpunan Keadilan Untukmu Memali di sini, malam tadi.

Tapir dijangka akan dipinjamkan kepada negara negara China

Balasan panda, Malaysia cadang pinjamkan tenuk kepada China
 
KUALA LUMPUR: Selepas ketibaan pasangan panda gergasi dari Chegdu, China, Fu Wa dan Feng Yi kelmarin, Malaysia dijangka akan meminjamkan haiwan tapir atau nama saintifiknya tapirus indicus kepada negara China.

Di negara ini tapir turut dikenali sebagai tenuk.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G.Palanivel berkata langkah itu dilakukan sebagai balasan dan juga penghargaan kepada negara tersebut yang telah sudi meminjamkan haiwan ikonik negara China itu kepada negara Malaysia.

"Perkara ini telah disampaikan kepada Duta Besar China ke Malaysia, Dr Huang Huikang dalam perbincangan bersama kami baru-baru ini dan selain tapir, ada beberapa haiwan lain yang mungkin akan dipinjamkan ke China,"

Beza antara PAS dan DAP di Teluk Intan - Apa kata TG Nik Aziz

TUAN GURU NIK AZIZ JELASKAN BEZA ANTARA PAS DENGAN DAP APABILA ROKET TOLAK HUDUD SEJAK DAHULU LAGI

Pagi ini saya sekali lagi berhalangan untuk menyampaikan kuliah di Medan Ilmu. Hasrat saya untuk mengulas tentang PRK Teluk Intan di sana, namun kesihatan yang tidak mengizinkan menyebabkan saya terpaksa meminta ia digantikan dengan pengkuliah yang lain.

2. Berhubung pilihanraya kecil Teluk Intan, ramai yang bertanya pendirian saya berhubung isu hudud setelah calon DAP dikatakan membuat kenyataan menolak hudud. Saya tegaskan bahawa hudud merupakan satu kewajipan. Mana-mana orang Islam wajib menerima hukum ini sebagaimana mereka menerima kewajipan bersolat dan berpuasa. PAS tidak pernah lari dari kewajipan ini bahkan konsisten mempertahankannya semenjak daripada hari ia ditubuhkan lagi.

3. Di Teluk Intan, kerusi tersebut ialah kerusi DAP yang merupakan rakan tahaluf siyasi PAS. Bersama-sama DAP dan juga PKR, PAS telah bekerjasama membentuk Pakatan Rakyat dan sama-sama memperjuangkan keadilan dan membanteras rasuah. Sehingga hari ini DAP belum pernah menzalimi PAS sebagaimana yang dilakukan UMNO sebelum ini.

Akhirnya.. Peraturan cermin gelap dikaji semula

KUALA LUMPUR 23 Mei - Kementerian Pengangkutan bersetuju untuk mengkaji semula aspek penggunaan cermin gelap, termasuk peraturan sedia ada, pengkuatkuasaan, keselamatan dan kepenggunaan.

Pemangku menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kementeriannya sedia maklum mengenai pandangan dan maklum balas rakyat yang beranggapan peraturan dan undang-undang berhubung penggunaan cermin gelap ketinggalan zaman.

"Susulan daripada pandangan dan maklum balas ini, saya ingin memaklumkan kementerian sedia mengkaji dan meminda semula peraturan penggunaan cermin gelap pada kenderaan.

"Saya telah mengarahkan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi dan Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Seri Long See Wool untuk menganjurkan bengkel khas bagi tujuan ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Piala Thomas : Ke final selepas 12 tahun

NEW DELHI - Malaysia hadir di New Delhi bersama pasukan yang dianggap paling lemah, namun pemain-pemain negara membuktikan semangat juang tinggi berjaya mengatasi segala keraguan dengan melangkah ke final Piala Thomas buat kali pertama dalam tempoh 12 tahun selepas menundukkan juara 13 kali, Indonesia 3-0 malam tadi.

Malah, beberapa jam sebelum perlawanan, keyakinan bahawa peluang untuk merampas kejuaraan Piala Thomas buat kali pertama selepas 22 tahun cukup cerah setelah melihat Jepun mengejutkan gergasi dunia, China 3-0 turut menjadi motivasi tambahan buat pasukan negara.

Datuk Lee Chong Wei, Tan Boon Heong-Hoon Thien How dan Chong Wei Feng, semuanya memberi aksi terpuji biarpun terpaksa mengharungi perlawanan mendebarkan sebelum melakar kemenangan.

Chong Wei dipaksa berhempas pulas di set pertama sebelum menjinakkan Tommy Sugiartro 21-19, 21-13 untuk menghadiahkan mata semangat buat pasukan negara.

Selepas gagal menghadiahkan mata dalam pertemuan menentang Denmark di suku akhir, gandingan senior, Boon Heong-Thien How kembali menunjukkan taring dengan mengejutkan juara dunia dan pasangan No. 1 dunia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 21-19, 8-21, 23-21.

Daripada sekadar pemain simpanan pada penampilan sulung Piala Thomas di Wuhan, dua tahun lalu, Wei Feng sekali lagi menjadi wira dengan menghadiahkan mata kemenangan Malaysia selepas menumpaskan Dionysius Rumbaka 21-10, 21-17.

Bagi Chong Wei dan Wei Feng, mereka adalah tonggak penting yang membawa kepada kejayaan Malaysia ke perlawanan akhir apabila memenangi semua lima perlawanan setakat ini.

"Memang amat teruja apabila berjaya melangkah ke final sekali lagi. Saya tidak merasai pengalaman perlawanan akhir terakhir Malaysia dan gembira melihat pemain-pemain muda ini berjaya menunjukkan semangat juang yang tinggi.

"Selepas tiba di sini, ramai yang memandang rendah kemampuan Malaysia, apatah lagi kami dikatakan hadir sebagai pasukan paling lemah, namun hari ini kami membuktikan mereka silap dengan berjaya melangkah ke final.

"Saya tidak pernah anggap peluang Malaysia untuk merampas kejuaraan adalah cerah selepas Jepun menewaskan China dalam separuh akhir pada sebelah petang, pada saya berdepan Jepun juga bukan mudah dan mereka adalah lawan yang kental.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...