TERKINI :

Thursday, May 22, 2014

Tudia..TNB pun kena didenda RM 100,000 kerana hina mahkamah


TNB

JOHOR BAHRU - Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman denda RM100,000 ke atas Tenaga Nasional Bhd (TNB) kerana menghina mahkamah.

Pesuruhjaya Kehakiman M.Gunalan turut memberi amaran keras kepada juruukur yang diupah TNB, Ahmad Rustami Ramley, yang juga didapati bersalah bagi kesalahan sama.

Gunalan membuat keputusan itu selepas mendengar hujah peguam Thomas Philip, yang mewakili Pengarah Syarikat Lenang Development Zaharey Jusoh; peguam Steven Thiru, Gurmel Singh serta Gregory Das bagi pihak TNB manakala Ahmad Rustami diwakili peguam Gopal Sreenevasan dan Leong Phaik Leng. 

Beliau turut mengarahkan TNB membayar denda itu dalam tempoh 14 hari. 

Pada 10 April lepas, Gunalan memutuskan TNB serta Ahmad Rustami bersalah kerana menyembunyikan bahan bukti semasa perbicaraan kes saman berhubung isu tanah setinggan yang difail Bukit Lenang Development dan menetapkan hari ini untuk mendengar rayuan sebelum menjatuhkan hukuman. 

Saman itu difail Zaharey Jusoh pada 2003 ke atas 300 penduduk setinggan yang didakwa menceroboh serta mendirikan penempatan di tanah milik syarikat berkenaan di Kampung Plentong di sini. 

Syarikat itu turut menyaman TNB, Telekom Malaysia Bhd dan Syarikat Air Johor (SAJ) Holdings Sdn Bhd kerana menceroboh tanah berkenaan serta memberi kemudahan asas kepada penduduk setinggan. 

Telekom dan SAJ telahpun menyelesaikan kes itu di luar mahkamah namun TNB, menerusi Ahmad Rustami, menafikan ia mendirikan tiang elektrik di kawasan berkenaan. 

Bagaimanapun, plaintif mengemukakan salinan laporan kerja ukur lengkap yang dilakukan Ahmad Rustami untuk TNB, yang diperlukan bagi mendirikan tiang terbabit, kepada mahkamah. 

Terdahulu, Philip meminta mahkamah mengenakan denda RM4 juta ke atas TNB sebagai peringatan dan pengajaran kepada pihak lain selain hukuman setimpal ke atas Ahmad Rustami. 

Thiru, Gurmel Singh dan Gregory Das pula merayu mahkamah mengenakan denda RM10,000 ke atas TNB manakala Gopal dan Leong meminta Gunalan sekadar memberi amaran kepada Ahmad Rustami. - Bernama

TAHNIAH, Pemuda UMNO sudah 'pandai' berdemontrasi...tapi jagalah tingkahlaku..

'Buat sekali lagi, HQ DAP akan hangus'

Ahli Pemuda Umno memberi amaran keras kepada DAP, dengan mengancam akan membakar ibupejabat parti itu di Kuala Lumpur jika wakil rakyatnya membuat lagi kenyataan yang menghina parti mereka.

Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Mohd Rafii memberi amaran kepada DAP bahawa penghinaan seterusnya akan mengundang padah.

"Ingat, sekali lagi kami dengar anda hina parti (kami), kami akan bakar bangunan ini."

Kira-kira 50 ahli Pemuda Umno Wilayah Persekutuan mengadakan bantahan di luar ibupejabat DAP di Kuala Lumpur kerana membantah kenyataan wakil rakyat DAP Seri Delima, RSN Rayer yang dilaporkan menyebut "Umno celaka".

Mereka juga membawa kain rentang, yang antara lain berbunyi, RSN Rayer "anak haram" dan "tolol".

Satu lagi kain rentang berbunyi, 'Jangan biar celaka bertukar menjadi malapetaka. Adun DAP biadap'.

Bantahan itu juga menyaksikan sebuah papan tanda besar DAP dirobohkan.

Kemarahan itu juga dinyatakan dalam memorandum yang dibawa mereka atas nama Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Rafii.

Memorandum itu antaranya mendesak DAP mengenakan tindakan disiplin kepada Rayer dan jika tidak, ia menggambarkan DAP bersetuju dan bersekongkol dengan kenyataannya itu.

Ia juga, memetik memorandum itu, bermaksud DAP sebuah parti yang mengamalkan amalan rasis dan cauvanis.

Selepas berunding dengan pihak polis, mereka dibenarkan untuk menghantar beberapa wakil , termasuk Razlan, untuk menyerahkan memorandum itu.

Beliau disambut MP Serdang, Ong Kian Ming dan ketua pentadbir ibupejbat DAP, Chu Yoon Ming.

Bagaimanapun, perbincangan mereka tidak berjalan dengan baik. Razlan bertindak mengoyakkan memorandum itu dan melemparnya kepada Kian Ming (gambar di bawah) dan keluar dari situ.

Apabila hujan mula turun, kumpulan itu berkumpul bawah jambatan di sebelah ibu pejabat DAP dan beredar dari situ bila hujan reda.

Ketika dihubungi kemudian, Ong berkata beliau menyokong hak kumpulan itu untuk mengadakan demonstrasi di hadapan ibupejabat DAP, tetapi mengkritik tingkah laku mereka.

"Saya menyeru Khairy memohon maaf," kata ahli Parlimen DAP.

'Black out’ 1992 dirancang, untuk wujudkan IPP

KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Eksekutif Tenaga Nasional Bhd. (TNB), Tan Sri Ani Arope  mendedahkan perancangan ‘Black Out’ seluruh negara pada tahun 1992 yang bertujuan mewujudkan Penjana Tenaga Bebas (IPP) di negara ini.

Perkara itu dinyatakan dalam buku beliau ‘Memoir Tan Sri Ani Arope’ setebal 143 surat yang menceritakan permulaan IPP, di mana Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang dikuasai Dr Mahathir Mohamad ketika itu memaksa TNB menyerahkan tanah di Paka, Terengganu dan Pasir Gudang, Johor kepada pihak ketiga bagi pembinaan loji janakuasa.

“TNB mempunyai rancangan untuk menghasilkan lebih banyak tenaga dengan membina loji di Pasir Gudang dan Paka. Pembiayaannya tidak ada masalah dan kredit kami adalah sangat tinggi. Kami mempunyai tanah dan bersedia untuk membina loji.

“Tetapi kami diberitahu oleh EPU bahawa ia mempunyai rancangan sendiri. Kami diberi amaran oleh EPU bahawa jika loji itu, yang mengambil masa dua bulan untuk disiapkan tidak dibina, Malaysia akan mengalami satu lagi ‘black out’,” katanya dalam temuramah oleh Starbiz baru-baru ini mengenai apa yang berlaku pada tahun 1992.

MH370 : Sekarang siapa yang menipu? Inmarsat atau kerajaan Malaysia?

oleh Ng Kee Seng

SEKILAS PANDANG: Pesawat MH370 dengan 239 orang di dalamnya telah hilang tanpa apa-apa kesan selama lebih daripada dua bulan.

Sepanjang usaha mencari dan menyelamat (SAR) yang diterajui Malaysia, dunia telah menyaksikan Malaysia membuat pelbagai kenyataan yang bercanggah.

Ini telah menyebabkan dunia meragui dan tidak mempercayai apa yang dinyatakan kerajaan Malaysia mengenai SAR ini.

Sekurang-kurangnya sesuatu yang baik telah muncul dari misteri kehilangan ini – sampah yang rakyat Malaysia perlu hadapi daripada kerajaan mereka setiap hari.

CNN melaporkan bahawa firma satelit British yang bertanggungjawab mengesan laluan penerbangan MH370, telah menafikan kenyataan Putrajaya pada 15 Mei bahawa ia belum memberikan semua data kasar.

Firma itu berkata ia telah mengemukakan semua maklumat kepada penyiasat yang memimpin usaha pencarian.

[Video Sidang DUN] SN Rayer sebut apa sebenarnya.. CELAKA UMNO atau CELAKA MELAYU?

Berita Berkaitan Teluk Intan:


CELAKA MELAYU @ CELAKA UMNO?

Gempar !! DAP akan kalah di Teluk Intan..!!

Berita Berkaitan Teluk Intan:

Setelah muak melihat politik di Malaysia, namun pada hari ini, tiba-tiba mood untuk bergejuis berkenaan politik di Malaysia kembali bernafsu. Ini semua kerana satu angkara Harakahdaily, yang mengeluarkan artikel;

PRK Teluk Intan: SPR tidak iktiraf borang 14?

Apabila saya terbaca sahaja berkenaan berita ini, maka hati saya menjadi kelam lagi gulana. Kerana saya anggap, Pakatan Rakyat akan kalah pada PRU14 nanti.

Saya tidak mengendahkan PRK yang berlangsung di Teluk Intan sekarang ini. Apalagi di Bukit Gelugor, lagilah saya tak ambil kisah. Namun, apabila berita yang amat malang berkenaan Borang 14 yang tidak akan di 'endorse' oleh SPR kepada Counting Agent, maka, jangan haraplah PR akan menang pada PRU14 nanti.

Peristiwa dimana petisyen PAS berkenaan Borang 14 pada PRU13 dahulu, yang tidak diendahkan oleh mahkamah pilihanraya, kerana menganggap KTM yang tidak bertanggungjawab terhadap Borang 14 tiada kena mengena dengan petisyen pilihanraya, hanya ada kena mengena dengan kes polis, menunjukkan, bahawa SPR sedang bermain tahi dengan proses pilihanraya.

PERKASA bantai NAJIB pulak...!!


PERKASA menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memuji Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) sebagai menghina NGO Islam yang secara terbuka menolak majlis itu.

Setiausaha agung kumpulan pendesak Melayu itu Syed Hassan Syed Ali berkata, majlis itu dipertikaikan kerana wakil Melayu-Islam dalamnya jauh lebih sedikit berbanding bukan Melayu dan bukan Islam.

Malah, katanya, sejumlah 12 wakil Melayu-Islam dalam MKPN juga sebahagian besarnya “berfikiran liberal”.

"PERKASA melihat kenyataan PM memuji MKPN sebagai menghina NGO Islam," kata Syed Hassan 

Katanya, kenyataan yang tidak menambah baik perpaduan negara sering dikeluarkan oleh MKPN tetapi mendapat pujian perdana menteri sangat mengecewakan mereka.

“PERKASA tidak nampak lagi peranan positif MKPN dalam usaha memperkasakan perpaduan negara,” kata Syed Hassan.

MCA pula bantai UMNO buat kerja giila serbu DUN P.Pinang

MCA tuduh Umno barbarik serbu Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang

MCA menyertai musuh politiknya DAP apabila mengecam rakannya dalam Barisan Nasional (BN), Umno selepas ahli parti Melayu itu menyerbu Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang semalam, dengan memberi amaran, tindakan barbarik (kasar dan kuno) itu akan menjauhkan lagi pengundi daripada parti pemerintah itu.

Dalam kenyataan keras empat paranya, Timbalan Pengerusi MCA Pulau Pinang, Tan Teik Cheng, berkata tindakan ahli Umno itu barbarik, menghina Dewan Udangan Negeri dan tidak menghormati prinsip yang bertamadun.

"Tindakan barbarik dan ganas oleh ahli Umno dan Pemuda Umno hanya akan membuat pengundi menolak BN, selaku ahli komponen parti, MCA dan Gerakan selalu terdedah kepada kerosakan nama baik apabila turut dikecam dan dikrtitik oleh pengundi.

"Bahkan, masih ada pemimpin Umno dan Pemuda Umno masih bertanya mengapa orang Cina tidak menyokong MCA.

"Jika pemimpin Umno masih mahu bertanya kenapa pengundi tidak menyokong BN, mereka harus perhatikan apa yang dibuat oleh ahlinya. Jika Umno mahu kepercayaan pengundi dan menyokong, mereka harus mendisiplinkan dahulu ahlinya," katanya.

Jangan Mudah ditipu Macai UMNO BN, Jadilah rakyat yang bijak dan bermaklumat..!!

UMNO Celaka, PAS Sesat, DAP Komunis - Apakah Bezanya?

Shahbudin Husin,

Dua insiden bercirikan samseng berlaku semalam dan menjadi perhatian rakyat seluruh negara. Di Pulau Pinang, sekumpulan orang yang sebahagiannya melibatkan pemimpin Pemuda UMNO telah merempuh pagar dan pintu serta menceroboh Dewan Undangan Negeri Pinang sebagai tanda protes terhadap ucapan ADUN Seri Delima, R.S.N Rayer yang mengatakan UMNO celaka.

Mereka ini cuba mencari Rayer yang kebetulan tidak hadir sidang DUN bagi menyataksn rasa protes dan mahunya menarik balik ungkapan yang dianggap menghina itu. Perlakuan ala samseng itu bukan saja terlihat melalui tindakan merempuh dan menceroboh tempat persidangan DUN yang seharusnya dihormati dan dimuliakan tetapi juga sehingga memanjat meja yang dikhaskan untuk Speaker.

Di Teluk Intan pula, kempen calon DAP, Dyana Sofya di sebuah kawasan perumahan cuba diganggu oleh perlakuan samseng yang menghalangnya memasuki kawasan itu sambil menjerit-jerit dan membunyikan enjin motorsikal dengan kuat. Ekzos yang dibunyikan dengan bingit juga cuba dihalakan kepada rombongan calon DAP itu sambil menjerit perkataan "keluar, keluar" dan "ini kawasan Melayu".

Dalam kedua-dua kejadian bercirikan samseng ini, ia nyata melibatkan Pemuda UMNO. Walaupun Khairy Jamaluddin sudah mengeluarkan kenyataan bahawa perbuatan menceroboh tempat sidang DUN itu adalah salah dan demo bantahan seharusnya dibuat di luar bangunan saja serta siasatan perlu dilakukan untuk memastikan ganggguan kempen di Teluk Intan itu betul-betul dilakukan oleh ahli Pemuda UMNO dan bukan mereka yang menyamar, imej Pemuda UMNO dan anak-anak muda yang bersama BN jelas telah tercemar.

Rayer bimbang keselamatannya, tapi enggan mohon maaf

 
Walaupun bimbangkan keselamatan dirinya, tetapi ADUN DAP Seri Delima RSN Rayer enggan memohon maaf atas kenyataan "celaka" yang dibuatnya yang mencetuskan kemarahan di kalangan ahli Umno Pulau Pinang.

Rayer berkata beliau tidak akan menarik balik perkataan itu
kerana beliau tidak menujukannya kepada semua ahli Umno.

"Apa yang saya katakan adalah dalam konteks pemimpin-pemimpin yang menyertai protes (terhadap ADUN Machang, Lee Khai Loon )," katanya.

Rayer menggunakan perkataan itu apabila mengutuk MP Kepala Batas, Datuk Reezal Merican Naina Merican dan dua lagi pemimpin Umno yang menyertai protes itu Januari lalu di Sunway Carnival Mall , Seberang Jaya sebagai membantah flashmob  Lee 'I Love Kangkung' yang mereka dianggap satu penghinaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Rayer berkata demikian ketika ditemui di tinjauan mesra bersama calon DAP bagi pilihan raya kecil Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh.
 

Disebabkan Yammy Dan Dyana, UMNO Pinda Perlembagaannya?


Pilihanraya kecil Teluk Intan yang menyaksikan DAP mencalonkan Dyana Sofya, anak seorang bekas pemimpin serta masih ahli UMNO membuatkan parti itu bagaikan terkena renjatan letrik. Ramai pemimpinnya terkejut, melatah, cuba menunjuk pandai dan tidak kurang ada yang cuba berlagak "macho" seperti seorang lelaki budiman yang dahagakan perhatian.

Ada pemimpin muda yang pantas cuba menyelar calon DAP itu sebagai tidak mengenang budi UMNO dan ada pula yang memintanya mendesak MCA yang memiliki Universiti Tunku Abdul Rahman agar turut mengamalkan dasar terbuka. Hanya setelah diselar oleh orangramai bahawa UiTM adalah milik kerajaan dan bukannya milik UMNO dan dasar kerajaan pula mahu rakyat berilmu dan berpendidikan tanpa mengira parti mana yang mahu dipilih sebagai landasan perjuangan apabila tamat pengajian, pemimpin UMNO terbabit sekarang ini sudah hilang tanpa berani bersuara lagi.

Seorang timbalan menteri yang mengaitkan MCA pula, apabila diselar kembali oleh Presiden MCA sambil diberiksn fakta bahawa UTAR adalah universiti yang terbuka kepada semua kaum tetapi mengambil kira soal merit dan kecemerlangan akademik, turut terdiam entah ke mana sekarang ini.

Mahkamah rayuan kekalkan award RM150,000 kepada YB Mahfuz

Panel tiga hakim yang dipengerusikan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus, sebulat suara menolak rayuan yang dikemukakan bekas  pengarang kumpulan New Straits Times (M) Bhd (NST) dan Berita Harian Datuk Ahmad Rejal Arbee terhadap keputusan Mahkamah Tinggi. – Gambar The Malaysian Insider, 21 Mei, 2014.

Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan pembayaran ganti rugi RM150,000 kepada Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar bersabit dengan artikel bersifat fitnah yang diterbitkan akhbar Berita Harian pada tahun 2000.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus, sebulat suara menolak rayuan yang dikemukakan bekas pengarang kumpulan New Straits Times (M) Bhd (NST) dan Berita Harian Datuk Ahmad Rejal Arbee terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan artikel itu sebagai fitnah.

Dalam keputusannya, Hakim Mohd Hishamudin memutuskan bahawa rayuan yang dikemukakan oleh New Straits Times selaku penerbit Berita Harian dan Ahmad tidak mempunyai merit.

Rusuhan DUN P.Pinang: Ketua Polis Pulau Pinang Harus Ambil Tindakan, Atau Letak Jawatan


Solidariti Anak Muda Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan mencipta kekacauan dan merusuh di dalam Dewan Legislatif ketika Dewan sedang bersidang seperti yang berlaku di Pulau Pinang.

Insiden tersebut telah mencatat satu episod gelap dalam sejarah politik tanahair selain berpotensi menghakis kepercayaan rakyat terhadap amalan Demokrasi Berperlembagaan.

UMNO telah menunjukkan bahawa sememangnya mereka tidak pernah menghormati institusi Dewan Undangan Negeri dengan perlakuan biadap merusuh di dalam dewan legislatif negara. Adakah mereka ingin menunjukkan bahawa mereka adalah golongan yang mengatasi segala bentuk undang-undang?

Timbul persoalan mengapa Polis DiRaja Malaysia tidak mengambil tindakan tegas menghalang berlakunya perilaku rusuhan yang mengugat institusi demokrasi berperlembagaan negara. SAMM berasa amat kecewa dengan tindakan lemah pihak PDRM dalam berhadapan dengan konfrontasi daripada mereka-mereka yang punya hubungan dengan rejim UMNO/BN walaupun mereka itu sedang memijak kedaulatan negeri dan negara amnya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...