TERKINI :

Wednesday, May 21, 2014

Jika kata nama UMNO BN tu, buatlah menatang apa pun semua 'HALAL'

Speaker kesal insiden rempuh ke dalam DUN

Photo: SOALAN : Benarkan bahawa Dalam dunia nie yg ada lesen besaq serbu masuk dalam DUN tanpa ikut undang undang dan perlembagaan negara ialah UMNO....SETUJU atau TIDAKSpeaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Law Choo Kiang menyatakan rasa kecewa dan mengutuk sekeras-kerasnya insiden merempuh masuk ke dalam Dewan oleh sekumpulan lelaki hari ini yang tidak berpuas hati dengan kenyataan anggota DUN Seri Delima R.S.N Rayer semalam mengenai Umno.

Law dalam kenyataan yang dibacakan ketika memulakan sidang DUN pada sesi petang berkata perkara ini tidak pernah berlaku dalam persidangan DUN dan ia mencemar sejarah politik negara.

"Saya melihat masih ada ruang yang lebih beradab untuk menyatakan ketidapuasan terhadap sesuatu isu daripada melakukan tindakan yang kasar dengan merempuh pagar utama DUN dan mencemar kemuliaan dewan yang jelas melanggar undang-undang," katanya.

Beliau meminta polis menyiasat segera insiden itu dan mengawal pintu masuk DUN bagi memastikan keselamatan dan persidangan Dewan terpelihara.

Sekumpulan 100 lelaki terdiri daripada anggota Umno dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) merempuh pagar utama DUN Pulau Pinang untuk mencari Rayer yang mengatakan "Umno Celaka" pada persidangan Dewan semalam.

Alhamdulillah sekiranya ramalan tarif elektrik ini akan naik 39%



Tarif elektrik diramal naik 39% lagi 18 bulan


Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) meramalkan tarif elektrik akan naik lagi antara 24 hingga 39 peratus dalam tempoh 18 bulan daripada sekarang.

Perkara itu akan berlaku apabila harga gas asli yang digunakan untuk penjanaan elektrik akan berdasarkan harga pasaran pada 2016, kata preseden AWER S Piarapakaran (kanan).

Piarapakaran berkata, Suruhanjaya Tenaga mengumumkan pada 2013 bahawa Peraturan Berdasarkan Peraturan (IBR) akan dicuba bermula 1 Januari tahun ini dan mekanisme baru pemotongan kos bahan api akan dilaksanaKAN.

"Kerajaan persekutuan juga maHu menaikkan has gas untuk penjanaan elektrik secara berkala untuk mencapai harga pasaran pada hujung 2015.

"Ini bermaksud, tarif elektrik akan disemak semula setiap enam bulan, jika kerajaan mengikut jadual yang dirancang," katanya.

Justeru, berdasarkan kiraan AWER mengambil kira dua senario itu, kenaikan kos elektrik tidak dapat dielakkan.

Pas Kedah ucap takziah


Mahfuz Omar

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Pas Kedah hari ini, merakamkan ucapan takziah di atas kemangkatan Tunku Bendahara Kedah yang juga merupakan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Almarhum Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah.

Pesuruhjayanya, Mahfuz Omar berkata, ucapan takziah khusus dizahirkan kepada Yang di-Pertuan Agong di atas kehilangan adinda tercinta.

"Ahli-ahli Pas berkongsi kedukaan dengan kaum kerabat dan keluarga Almarhum.

"Pemergian Almarhum Tunku Anuar adalah berita yang sangat mengejutkan seluruh rakyat jelata.

"Lebih-lebih lagi bagi kami, kepimpinan dan ahli-ahli Pas  Kedah yang merasai sentuhan jasa bakti baginda sewaktu menaungi kerajaan negeri Kedah di bawah pimpinan Allahyarham Tan Sri  Azizan Abdul Razak dahulu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah Mahfuz, pemergian Almarhum adalah kehilangan besar kepada Kedah.

"Tunku merupakan pemimpin yang sangat istimewa di mata dan hati rakyat.

"Semoga ALLAH  SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum serta di tempatkan di kalangan orang-orang yang diberiman dan mendapat kesejahteraan berkekalan," katanya.

Mohon disaman UTUSAN kerana memalukan Ketua Trafik Pasukan PDRM

Angkara Kalah Debat Dgn Peguam Polis Padam Artikel Di FB? PDRM Cari RM570juta Saman.

Lokap selagi tak bayar saman - Ini polis atau samseng? First episode kat sini. Dan kemudiannya polis tampil menjawab perbahasan yang dikarang oleh Zulhazmi, peguam KASE yang juga berkaitan dengan PAS.

Lihat jawapan balas dia kat bawah neh jap ;

Supt.Zaba jawab:-

Org ni nak jd champion tp tak kena tempat..dia hanya mndpt berita hearsay mngenai press@media release tu, dia takde dlm mjlis sejam lbh tu, tp nak ulas panjangx..mcm dia ni ada niat jahat..

Dia tak dengar apa yg dcakap & soaljawab dlm press@media release tu...takde pun KTP ckp nak lokap org tak byr saman..org ni pun bljar tak habis stengah masak nak lecture mmesongkn fikirn orgramai...pd sy mesej utama yg pnting KTP nasihat cakap hr tu spaya rakyat brhatix di jlnrya, kndraan btmbah bjuta stahun, pmndu pmegang lesen baru btmbah lbhkrg 600ribu org sthn (lain lg bjuta bwh umor 16 thn yg tak blesen - ibubapa mcm pnulis ni yg mmbunuh anakxnya krn mmbenarkn anakxnya mmndu mnggng kndraannya mrempit/ke skolah tak blesen mmndu), bnyk saman bjuta sjk bbrpa thn ni tak dbyr jgnlah buat salah djlnrya lg..mmcam nasihat, tp biasalh media, mrk lbh minat mensensasikn berita yg asalnya brnilai baik tu..

Setiap hr lbh seribu kes kmlgn jlnrya di 155 daerah dlm Malaysia ni.. kmatian ssia kmlgn jlnrya di negara ni hmpir 7,000 org stahun. .org ni agaknya tak prnah baca Buku Laporan Perangkaan Kmlgn Jlnrya Mlysia stiap thn yg dkluarkn oleh kerajaan yg ada di library tu..kesian dia ni.. (spuluh thn sah 70,000 org mati ssia..rugi nyawa) apatah lg yg patah buta kudung cacat kekal mnmbah org cacat asli tu..tak kira lg yg cedera ringan, yg trauma, isteri jd balu, anakx jd yatimpiatu.. krugian RM bbilion prtukarn wang asing beli alatganti...bnyak lg jenis rugi yg tak dsiar oleh media... satu jam lbh punya cakap nasihat yg baikx oleh KTP...penulis ni rasanya mndpt silap mklumt..input salah output pun salah le..

Jlnrya bkn ibubapa kita punya, ianya orgramai punya (bkn jlnrya dlm kebun bapa penulis ni)..30 juta org punya..stiap hr average 18 org mati kmlgn jlnrya di Malaysia (bagus 7,000 org mati sthun ni gi mati bjuang di Israel)...

Kerja Macai BN kantoi Lagi - dari Dyana pegang Kucing bertukar jadi Anjing

Foto Kantoi - Dyana peluk Anjing

Gambar sebegini pastinya akan memberikan persepsi yang sangat buruk kepada Dyana Sofya terutama di kalangan pengundi-pengundi Melayu Islam.

Namun sudah menjadi adat bagi gerombolan macai yang ternyata seronok dengan budaya fitnah yang sudah menjadi sebahagian dari darah daging mereka selama ini. Hidup tak akan tenang jika sehari tidak buat fitnah dan kerja-kerja bodoh tahap bangang.

Jika diperhatikan betul-betul, gambar Dyana Sofya memegang anjing tersebut adalah palsu terutama sekali pada bahagian kepala dan badan anjing yang ternyata tak kena langsung hanya jika dilihat dengan mata kasar sahaja.

Pandangan Dr Maza tentang fitnah ke atas Ustaz Azhar Idrus

DrMaza_UIA1

Keratan berkaitan fitnah ke atas Ustaz Azhar Idrus di sini. ini pula pandangan  Dr Asri berkaitan perkara tersebut yang ditulis di akaun FB beliau.

Cubaan sesetengah pihak untuk menjatuhkan maruah Ustaz Azhar Idrus adalah kerja jahat yang dikutuk oleh agama dan akal yang sihat. Sesiapa yang turut mempromosi perbuatan jahat itu akan berkongsi dosa dan Allah akan memberikan keaiban atas sesiapa yang berusaha mengaibkan orang lain. Sesiapa pun boleh berbeza pendapat dengan beliau ataupun tokoh lain, namun mengada-adakan keaiban ke atas orang lain adalah dosa yang besar.

Perjuangan UMNO sudah jadi terbalik ''kuang'' disebabkan PRK Teluk Intan


MP DAP Datuk Mohamad Ariff Sabri Abdul Aziz berkata golongan pemimpin Umno tidak layak menggelarkan golongan Melayu yang menyertai DAP sebagai pengkhianat.

Beliau memberi alasan, perbuatan pengkhianatan itu sendiri merupakan tindakan yang sinonim dengan Umno, yang digelarkan sebagai "bapa pengkhianat".

MP Raub itu berkata, golongan yang mengkritik DAP itu juga berfikiran cetek apabila membangkitkan mengenai keanggotaan orang Melayu dalam parti tersebut.

"Inilah pemikiran orang Melayu peringkat kampung. Bila tiada Melayu dalam DAP, dia kata DAP parti rasis. Tapi dia tidak beri Melayu masuk DAP.

"Bila Melayu masuk DAP, dia akan kata, Melayu itu perhiasan dan pengkhianat bangsa," kata bekas ADUN Umno itu lagi dalam tulisan di blog sakmongkol.blogspot.com.

Kenyataan itu timbul selepas ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dilaporkan memberi peringatan kepada calon DAP untuk pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud agar tidak menjadipengkhianat.

Ibu Dyana perli Mahathir dengan kiasan sempoi....!!

Ibu Dyana jawab kekesalan Mahathir

Dyana Sofy  
Yammy mengesat peluh anaknya yang selepas diumumkan sebagai calon 
DAP bagi PRK Parlimen Teluk Intan.

SHAH ALAM - "Saya cuba didik anak saya Mukhriz tetapi apabila sudah besar dia jadi Marina," kata Yammy Samad, ibu Dyana Sofya Mohd Daud menjawab kekesalan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana Dyana Sofya menjadi calon DAP bagi kerusi Parlimen Teluk Intan.

Yammy berkata, beliau mahu Dyana mengikut jejak langkah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir namun perawakan anaknya itu lebih mirip kepada Datin Paduka Marina Mahathir.

"Saya beri kebebasan kepada anak saya untuk memilih mana baik dan mana buruk. Dia sudah dewasa dan sudah boleh memikirkannya,” katanya kepada The Malaysian Insider semasa sesi bertemu pengundi hari ini.

Semalam, Bernama melaporkan Dr Mahathir meluahkan kekecewaannya apabila calon yang diletakkan DAP itu datang daripada keluarga yang menyokong perjuangan Umno sejak sekian lama.

Yammy berkata, Dyana berhak menentukan masa depannya sendiri, hatta memilih suami bukan Melayu.

PRK Bukit Gelugor: 148 buang undi hari ini

Oleh NURULANUAR MANSOR

GEORGETOWN 21 Mei - Kemuncak kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor semakin hampir dengan proses pengundian awal yang akan bermula tepat pada pukul 8 pagi ini.

Menurut Pemangku Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pulau Pinang, Azizal Ahmad, seramai 148 pengundi berdaftar akan membuang undi mereka di empat pusat pengundian awal yang akan dibuka sehingga pukul 2 petang.

Pusat-pusat pengundian awal berkenaan adalah di Tabika Kemas Markas Gerakan Marin Wilayah Satu di Batu Uban, bilik maklumat Balai Polis Air Hitam, bilik maklumat Balai Polis Bandar Baharu dan Markas Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Sri Pinang di Gelugor.

Beliau turut menjelaskan, semua anggota tentera dan keluarga mereka akan mengundi di Markas TLDM KD Seri Pinang.

Kedah Port di Pulau Bunting..berdoalah semoga menjadi kenyataan..!!


Tajul Urus Md. Zain (tiga dari kiri) dan Samsudin Bakar (dua dari kiri) mendengar penerangan berhubung projek pembinaan jalan baharu menghubungkan Lebuh Raya Utara-Selatan dengan Pulau Bunting di Yan, Kedah, semalam.

JERAI 19 Mei - Kerajaan negeri bercadang untuk membangunkan sebuah pelabuhan baharu di Pulau Bunting, Yan, di sini sebagai alternatif kepada pelabuhan sedia ada di Pulau Pinang.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya negeri, Datuk Tajul Urus Md. Zain berkata, hasrat untuk membina pelabuhan berkenaan sememangnya telah lama tetapi tidak dapat direalisasikan.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan kini telah mengambil langkah serius bagi menjayakan projek yang dikenali sebagai Kedah Port itu.

“Kerajaan negeri serius ke arah usaha membina pelabuhan. Bagi tujuan itu, satu perbincangan akan dilakukan dengan Kementerian Pengangkutan dalam minggu ini.

Akhirnya Jambatan Pulau Bunting kembali "dilihat" oleh K'jaan Negeri Kedah

Kenal pasti pemilik jambatan

Kenal pasti pemilik jambatan  
Tajul Urus dan Pengarah JKR Kedah, Samsudin Bakar menggunakan motosikal 
untuk melawat Pulau Bunting lebih dekat, semalam.

YAN - Kerajaan negeri akan mengenal pasti semula status pemilikan jambatan yang menghubungkan tanah besar di daerah Yan ke Pulau Bunting.

Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata, perkara itu perlu bagi membolehkan kerajaan negeri dapat memajukan pulau tersebut.

“Sebenarnya jambatan ini ditutup untuk orang ramai dan kita tidak tahu siapa pemiliknya. Secara umumnya, ia bukan dimiliki Kerajaan Persekutuan kerana tiada dalam Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Namun kita percaya, urusan pembinaan jambatan ini mungkin dilakukan kerajaan negeri terdahulu dengan kerjasama swasta,” katanya selepas melakukan lawatan kerja ke Pulau Bunting, di sini semalam.

Al-Fatihah - Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah telah mangkat

Alfatihah


Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah Tan Sri Tunku Annuar Alhaj ibni Almarhum Sultan Badlishah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah mangkat pada jam 12.20 pagi di Ipoh.

Sembah Takziah

Sumber - facebook




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...