TERKINI :

Sunday, May 18, 2014

Setuju tak jika di HAPUSKAN BRIM dan duit tu digunakan untuk cover yang lain..!!

EDISI KANTOI !!! Sekali lagi pemimpin UMNO cuba BERBOHONG pada rakyat...isi IPP pulak!!!!


Suara Rakyat

EDISI KANTOI SAMPAI TERBURAI !!! Sekali lagi pemimpin UMNO cuba BERBOHONG pada rakyat...

KENAPA DALAM UMNO BANYAK JANGAN YANG BEBAL & BUTA FAKTA !!! Satu lagi kuat 'kencing'.. Adakah dalam UMNO Islam Wassatiyyah Najib 'menghalalkan' PEMBOHONGAN...

MH370 - Teori terbaru dikatakan ianya ditembak dalam latihan tentera

Buku dakwa MH370 ditembak dalam latihan tentera

Flight MH370  
Buku Flight MH370.

SYDNEY - AUSTRALIA. Buku pertama yang diterbitkan tentang kehilangan pesawat MH370 mendakwa ia mungkin telah ditembak dalam latihan ketenteraan dan kejadian itu ditutupi, lapor portal The Sydney Morning Herald.

Kandungan buku Flight MH370: The Mystery tulisan Nigel Cawthorne yang juga seorang wartawan itu tidak mempunyai jawapan namun terdapat beberapa perkara yang menyokong teori kehilangan MH370 itu.

“...pesawat itu mungkin ditembak secara tidak sengaja ketika latihan ketenteraan antara Thailand dengan Amerika Syarikat (AS) di Laut China Selatan.

“Misi pencarian pula berkemungkinan diarah ke arah yang salah untuk menutup kesilapan itu,” lapor portal itu.

Sultan Mizan saran Terengganu daulatkan syariah

KUALA TERENGGANU: Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menyarankan agar kerajaan negeri menyediakan satu perancangan strategik dan secara holistik dalam usaha mendaulatkan syariah dari semasa ke semasa.
  
"Beta menyeru agar semua umat Islam di negeri ini bersatu padu kerana hanya dengan perpaduan sahaja akan mampu mengekalkan kekuasaan Islam di Terengganu," titah baginda ketika merasmikan sambutan tiga abad pentadbiran Islam di sini hari ini.
  
Baginda bertitah, institusi pentadbiran hal ehwal Islam sedang melalui proses penyusunan semula ke arah memperkasa pelaksanaan ajaran Islam dan maslahat ummah di negeri Terengganu.
  
Keberangkatan tiba Sultan Mizan bersama Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah disambut Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan isteri, Toh Puan Halina Zakaria; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah; dan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Datuk Mohd Rozali Saleh.
  
Program selama lima hari itu adalah inisiatif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dalam menyambut ulang tahun ke 300 pentadbiran Islam dengan kewujudan institusi kesultanan Terengganu yang bermula pada tahun 1708.
  
"Beta berharap sambutan ini dapat memaparkan sejarah perkembangan syiar Islam di Terengganu kepada seluruh rakyat jelata dan orang luar Terengganu," titah baginda.

Kepada Pihak Polis - Waran Tangkap untuk suruh hadir ke mahkamah bukan suruh paksa bayar saman

 

Like PAGE FB Calon Teluk Intan di dahului oleh Dyana Sofya setakat jam 6.00 petang ini...

Ini dia dua PAGE calon2 yang bertanding di TELUK INTAN
Kepada yang nak follow apa xtvt mereka bolehlah like...
Jumlah LIKE ini berdasarkan JAM 6.00 petang...

LINK PAGE

LINK PAGE
Admin : Selepas nie jika BN pie beli LIKE SERVIS itu kami tak tahulah nak komen..he he he

Ibu Dyana Sofya yang UMNO pun 'cool' jee daripada KETUA WANITA UMNO Kak Jat 'NFC' tuu..!!

'Shahrizat perlu belajar dari ibu saya'

 
Calon DAP untuk pilihan raya kecil parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud menggesa ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil belajar daripada ibunya, Yammy Samat yang memberi sokongan kepadanya walau berbeza parti.

"Saya minta beliau belajar daripada ibu saya yang juga seorang anggota Umno tetapi menyedari bahawa pencalonan saya oleh DAP memberi peluang kepada wanita muda dalam politik, terutama wanita Melayu muda, yang sering terhalang dengan struktur kebapaan dalam Umno.

"Apa yang saya capai sekarang disebabkan oleh keluarga, ibu saya, dan kerja keras... dan keputusan peribadi yang saya buat sepanjang hidup saya," kata Dyana dalam satu kenyataan hari ini.

Bukti TNB Untung berbillion, tapi Kerajaan NAJIB tetap penaik tarif elektik

Keuntungan TNB utk tempoh 5 tahun dari 2009 - 2013.


2013 - RM4.61 billion
2012 - RM4.41 billion
2011 - RM965 juta
2010 - RM3.20 billion
2009 - RM930 juta


Setakat suku tahun kedua tahun 2014 keuntunga RM3.40 billion. (sumber : Malaysian Stock Biz)

Nasihat Karpal, krisis Terengganu dan politik biskut

– Suhaizan Kaiat

May 17, 2014
“Truly there are no permanent friends nor enemies in politics. But there must be permanent principles” – Karpal Singh (1940-2014).
http://4.bp.blogspot.com/-u7o7yAFS5lg/Ti1_cKdZy1I/AAAAAAAAAMM/TzhJkwmzSsE/s1600/3880744960_c9cccb1c40.jpgSituasi politik Terengganu baru-baru ini mencuri perhatian seluruh warga tanah air khususnya bagi mereka yang cakna dan mengikuti perkembangan politik semasa.

Apa tidaknya, dalam “kemeriahan” warga Malaysia membincangkan isu hudud yang dilemparkan kerajaan pusat dan disambut oleh kerajaan negeri Kelantan, datang isu pertukaran menteri besar Terengganu disulami gimik “selamat tinggal Umno” para Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mereka.

Ia barangkali suatu rutin politik. Muncul momentum Kajang Move yang disifatkan langkah “check-mate” oleh PKR dan Pakatan Rakyat, dileyapkan dengan keputusan bersalah Anwar Ibrahim dalam isu liwat 2 oleh Mahkamah Rayuan. Ia tidak terhenti di situ.

Gelombang Reformasi 2.0 pula cuba digembleng namun dilenyapkan pula oleh isu kehilangan pesawat MH370. Teori demi teori diketengahkan berhubung kehilangan misteri pesawat ini namun ia menjadi suram semula dengan kedatangan isu perlaksanaan hudud di Kelantan. Kini, orang sudah mula juga diam dengan hudud lantaran berkocaknya politik kerajaan negeri Terengganu!

Rakyat dikejutkan dengan perletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Said sebagai menteri besar Terengganu pada 12 Mei 2014 diikuti pengumuman beliau keluar Umno pada keesokan harinya bersama-sama Adun Ajil Ghazali Taib.

Keadaan bertambah buruk buat Umno apabila Adun Bukit Besi Roslee Daud pula membuat pengumuman keluar Umno pada hari yang sama. Kerusi DUN Terengganu ketika itu menjadi kritikal dengan 14 BN, 14 PAS, 1 PKR dan 3 Bebas.

Tun Mahathir kata "ada orang sedang sembunyikan sesuatu" berkenaan kehilangan MH370

‘Seseorang sedang sembunyikan sesuatu’, teori konspirasi baru MH370 Dr Mahathir

Dr Mahathir Mohamad menuntut Boeing menjelaskan ‘sistem pendaratan auto anti keganasan’ bagi merungkai misteri kehilangan pesawat MH370. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Mei, 2014.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yakin Malaysia Airlines (MAS) dan Malaysia bukan pihak yang patut dipersalahkan ekoran kehilangan pesawat MH370, tetapi menurut beliau, "seseorang sedang menyembunyikan sesuatu."

Tanpa menyebut siapa seseorang itu, bagi beliau, dengan alasan tertentu, media tidak akan menyiarkan apa-apa melibatkan Boeing yang menjadi pembuat pesawat ini dan juga Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika.

Dr Mahathir berkata demikian dalam kolumnya Chedet hari ini.

Kenyataan Dr Mahathir ini membangkitkan teori baru konspirasi tentang kehilangan pesawat yang mendapat fokus seluruh dunia ini.

YB UMNO BN Langkawi cadangkan subsidi minyak dihapuskan sebab k'jaan rugi bila ia diseludup ke Thailand


Awat BODOH PIANG sangat YB LANGKAWI nie...
Kalau penguatkuasaan itu tegas ......pasti subsidi minyak ini tidak terjejas,kalau asyik naik ja minyak.....tak mustahil rakyat naik minyak pulak.....sebagai contoh meletak kan PGA atau tentera di station minyak kita di sempadan2 berhampiran, dan juga perkenalkan sistem pendaftaran pembelian minyak petrol atau pon diesel sepuya mudah kita kesan siapa dalang penyeludup ni...

Pusing kot mana pun ambik jalan mudah kerat yang rakyat punya... Sudah2 la orang LANGKAWI angkat YB BANGANG nie....

PRK Teluk Intan, PAS akan terus berdakwah... dan terus berdakwah.... hidayah kerja ALLAH swt..!!

Oleh : Dr Azman Ibrahim

PAS ada usrah, DAP tak ada usrah. PAS ada kuliah maghrib, kuliah isyak, kuliah subuh, kuliah dhuha dan kuliah zohor. Pemimpin DAP hadir kuliah masa belajar di universiti. PAS ada tamrin, liqa fikri, rehlah dan mukhayyam. Tak pernah dengar lagi DAP buat tamrin. PAS ada masjid, surau dan markaz tarbiyah. Tempat-tempat ibadat sebegini bukanlah identiti parti DAP walaupun ahlinya terdiri dari pelbagai latar belakang agama yang mempunyai kepatuhan beribadat yang tersendiri. PAS adalah parti Islam, DAP bukan parti Islam.

Jadi kalau DAP tak sama dengan PAS, sebab apa pula yang PAS bertahaluf dengan DAP?

Kita bertahaluf dengan makna kita bersetuju dan bekerjasama dalam perkara yang disepakati bersama dan kita juga bersetuju dalam perkara yang tidak disepakati bersama. PAS tetap PAS dan DAP tetap DAP. Bukan semua perkara kita sepakat dan bukan semua perkara kita tak sepakat.

Walaupun begitu, oleh kerana PAS adalah sebuah parti dakwah di samping siyasah dan tarbiyah, tentunya peluang untuk berdakwah kepada rakan-rakan Pakatan Rakyat tak disia-siakan.

Keberanian DAP Yang Tiada Pada BN

Shahbudin Husin, 

Siapa calon daripada BN dan PR yang bakal bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Teluk Intan, 31 Mei depan sudah pun diketahui. DAP yang mewakili PR telah pun memutuskan untuk meletakkan seorang yang masih muda, Dyana Sofya yang baru berusia 27 sebagai calonnya manakala BN yang diwakili Gerakan pula mengekalkan calonnya yang kecundang dalam pilihanraya umum lalu, Mah Siew Keong sebagai pilihannya.

Dalam pilihanraya umum lalu, calon DAP Seah Leong Peng telah menewaskan Mah Siew Keong dan seorang lagi calon Bebas dengan majoriti 7,313 undi. Dengan masing-masing sudah mengumumkan calonnya, pilihanraya kecil ini bukan saja menjanjikan persaingan sengit, lebih penting daripada itu beberapa elemen menarik juga terserlah dalam pilihanraya ini.

Keputusan DAP menukar calonnnya daripada bangsa Cina kepada Melayu dalam pilihanraya kecil ini jelas suatu keberanian yang mengkagumkan. Apa pun hujah yang cuba digunakan untuk memperlekehkan keputusan DAP itu, ia bukan saja untuk membuktikan kepelbagaian kaum dalam parti itu, tetapi juga merupakah suatu transformasi yang jauh lebih bererti daripada kata-kata.

Berbanding BN yang sudah banyak kali mengeluarkan cadangan mahu menukar kebiasaan meletakkan calon daripada parti yang sama berdasarkan keperluan sesuatu kawasan itu, malangnya ia tidak pernah dipraktikkan. Jika calon MCA meninggal, orang daripada parti yang sama juga akan dikekalkan. Begitu juga jika terjadi kepada UMNO, Gerakan atau MIC.

Apabila KETUA WANITA UMNO memperlekehkan calon wanita dari DAP..!!

Guan Eng: Shahrizat pun main kotor

 
Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng menyelar ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang didakwanya mematahkan semangat golongan wanita menyertai politik melalui kritikan ke atas calonnya, Dyana Sofya Mohd Daud

Lim berkata, kenyataan Shahrizat yang menyifatkan Dyana Sofya sebagai "kosmetik" dan "alat serta boneka DAP" itu merupakan taktik kotor untuk mematahkan semangat golongan wanita dari menyertai politik.

"Saya ingat hanya orang lelaki main kotor, orang perempuan pun main kotor juga," katanya dalam satu majlis makan malam di Pulau Pinang pada malam tadi.

"(Shahrizat Abdul Jalil) kata calon Teluk Intan kita Dyana Sofya Mohd Daud hanyalah kosmetik dan boneka.

"Siapa yang kata begini? Itu ketua Wanita Umno sendiri, dan siapa dia? Dia tidak bercakap tentang lembu, tapi tentang kosmetik sekarang," katanya.

MH370: Selepas 71 hari, khabar angin masih kuat berlegar

KUALA LUMPUR: Tujuh puluh satu hari telah berlalu tetapi khabar angin mengenai nasib pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH 370 masih 'berlegar' dalam ruang media.
  
Yang terbaru ialah berpandukan Alat Pemancar Lokasi Kecemasan (ELT), yang didakwa tidak pernah dibincangkan sejak kehilangan pesawat dan oleh sebab ia tidak pernah memancar apa-apa isyarat, timbul spekulasi bahawa MH370 tidak terhempas di selatan Lautan Hindi dan masih dalam keadaan baik.
  
ELT ialah suar (api isyarat) kecemasan yang digunakan dalam pesawat untuk menyuruh pihak berkuasa penyelamat berada dalam keadaan berjaga-jaga dan memberi petunjuk tentang lokasi dan jenis pesawat yang mengalami masalah.
  
Dalam temubual eksklusif dengan Bernama, bekas Ketua Juruterbang MAS, Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berkata, walapun pelik bahawa ELT MH370 tidak menghantar apa-apa isyarat, seseorang harus faham bahawa ELT akan memancarkan isyarat bergantung kepada hentaman.
  
"Sudut hentaman amat penting untuk membolehkan alat itu aktif secara automatik. Sebab mengapa mereka mempunyai petunjuk hentaman tertentu ialah supaya apabila pesawat membuat pendaratan dalam situasi sukar di landasan, ELT tidak akan berfungsi.
  
"Jika ELT benar-benar sensitif, setiap kali pesawat hendak membuat pendaratan dalam situasi sukar, ELT akan aktif secara automatik. Oleh itu, ia memberi nilai prapenentuan untuk alat itu berfungsi," beliau menjelaskan.
    

Mat Said bagi amaran kepada BN Ganu..!!

Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said memberi amaran kepada Barisan Nasional (BN) untuk lebih berhati-hati mengendalikan kerajaan negeri itu kerana ia rapuh.

Ahmad yang ditemui di kediamannya pada majlis perkahwinan anak perempuannya di Kemaman, Terengganu berkata, dalam tempoh empat tahun sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), pelbagai perkara boleh berlaku kepada negeri itu.

"Keadaan politik Terengganu rapuh, uruskan dengan cermat, macam-macam boleh berlaku dalam empat tahun," katanya kepada pemberita.

Ketika ditanya maksud "rapuh" yang dikatakannya, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal itu hanya berkata:"Kamu pemberita, sepatutnya kamu tahu, (kedudukan kerusi) 15:17."

BN kini memiliki 17 daripada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, dengan baki 15 lagi menjadi milik Pakatan Rakyat (PR).

Soalan Untuk AHLI PARLIMEN tanya bapak menteri berkenaan "cermin gelap"

Abdullah AR

http://paultan.org/images.paultan.org/proton-exora-launch/exora-side.jpg
Dalam konteks penggunaan cermin gelap yang kononnya dijadikan isu besar oleh pihak JPJ, maka kami amat menuntut JPJ untuk menjawap persoalan berikut :

• Apakah kesan pemakaian cermin gelap boleh meningkatkan kadar kemalangan jalanraya ? Jika ada berapakah angka sebenar punca cermin gelap yang boleh dikaitkan dengan peningkatan kadar kemalangan jalanraya di negara kita. Apakah dengan menguatkuasakan cermin cerah boleh dibuktikan pula dapat mengurangkan kadar kemalangan ?

• Adakah JPJ sedar bahawa ada faktor yang lebih utama dan sangat signifikan iaitu faktor jalanraya di Malaysia yang tidak diselanggara dengan baik, garisan putih yang pudar di kebanyakkan jalanraya menyebabkan banyak kenderaan terbabas ? Selain itu faktor keadaan kenderaan seperti tayar botak, modifikasi terhadap enjin serta sikap pemandu lebih merupakan sebab utama yang seharusnya diberikan perhatian oleh JPJ Malaysia.

• Bagaimana pula kenderaan perdagangan seperti van yang mempunyai penutup besi di keseluruhan bahagian belakang yang bertujuan menutup barang-barang yang dibawa. Bukankah van ni juga mungkin membawa barang yang diragui dan mungkin membawa penjenayah ?

Nama sahaja HARI GURU, namun JPN Kedah tetap suruh cikgu mengajaq macam hari biasa

Guru kecewa arahan JPN Kedah

Guru kecewa arahan JPN Kedah  
Seorang guru menunjuk surat pekeliling yang diterima sekolah dari Jabatan Pelajaran Negeri Kedah mengenai peraturan menyambut Hari Guru di Kedah.

POKOK SENA - Arahan supaya tidak menggabungkan pelajar sesi pagi dan petang bagi sambutan Hari Guru pada 18 Mei ini, seperti yang dinyatakan dalam surat pekeliling mengecewakan warga guru di sini.

Beberapa guru yang ditemui berkata, arahan dari Jabatan Pendidikan Negeri Kedah itu menyebabkan sambutan itu akan jadi kurang meriah berbanding menghimpunkan seluruh guru dari sesi pagi dan petang yang menjadi tradisi sejak dahulu lagi.

Majlis itu juga tidak dapat lagi menyatukan semua guru bagi meraikannya dengan mengadakan sukaneka atau pementasan seperti kebiasaan sekali gus menjarakkan lagi jurang antara guru bagi dua sesi.

Seminar merungkai persoalan fiqh diadakan di Jitra pada 21 Jun nanti

Seminar merungkai persoalan fiqh  
Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai seminar berkenaan

ALOR SETAR - Persatuan Profesional Muda Islam Malaysia (Promis) akan menganjurkan Seminar Pemikiran Fiqh Islam Semasa Negeri Kedah 2014 pada 21 Jun depan di Bustani Hotel, Jitra.

Antara objektif penganjuran seminar itu untuk merungkai permasalahan dan persoalan fiqh semasa dalam masyarakat merangkumi fiqh politik, dakwah dan tarbiah, fiqh kewangan dan perbankan islam, fiqh perundangan dan perlembagaan serta fiqh aqidah umat Islam.

Selain itu, pengarah program, Mohd Nazimi Zaim Ismail berkata, seminar itu juga untuk memupuk masyarakat cintakan ilmu secara kolektif dan komprehensif serta menggabung jalinkan antara aliran pemikiran tradisional dengan modernis.

“Ini satu usaha bagi membudayakan dan menyuburkan konsep ilmu melalui ruang seminar, diskusi dan wacana di peringkat negeri Kedah. Usaha ini juga adalah ke arah menjadikan umat Islam sebagai Ummatan Wasata dalam pelbagai disiplin pemikiran yang wujud,” katanya.

Bagi menjayakan program tersebut, seramai lima pembentang seminar disediakan penganjur dengan pelbagai tajuk menarik.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...