TERKINI :

Thursday, May 15, 2014

Ops Warta : Operasi RM570juta dalam poket rakyat

Saman tertunggak RM570j, polis jejaki pesalah
OLEH: Tarikh: May 15, 2014

KUALA LUMPUR - Polis akan menjejaki pesalah trafik dalam 'Ops Warta' mulai Jun ini ke arah menyelesaikan masalah tunggakan saman berjumlah RM570 juta sejak 10 tahun lepas.

Ketua Trafik Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Fuad Abd Latiff berkata, ia melibatkan 1.9 juta waran tangkap yang masih berbaki dalam tempoh itu.

Beliau berkata, ada pesalah tegar yang mempunyai lebih daripada satu waran tangkap kerana enggan menjelaskan saman mereka.

"Tindakan kami ini ialah untuk memastikan peraturan lalu-lintas sentiasa dihormati di negara ini bagi mencegah kemalangan dan kematian di jalan raya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau menarik perhatian bahawa dalam tempoh 10 tahun itu, 4.25 juta waran tangkap telah dikeluarkan.

Mohd Fuad berkata, melalui Ops Warta trafik yang dijalankan sejak September 2013 hingga Selasa lepas, 308,160 pemeriksaan dibuat dalam 9,743 operasi penguatkuasaan yang dijalankan, dengan 7,583 tangkapan terhadap individu yang dikeluarkan waran tangkap.

Menurutnya, dalam tiga bulan pertama tahun ini, 114,115 kes kemalangan direkodkan, 1,512 daripadanya kemalangan maut yang meragut 1,623 nyawa.

Pengguna motosikal menjadi penyumbang tertinggi dari segi angka korban kemalangan iaitu 1,014 orang, diikuti pengguna kereta (332), pejalan kaki (125), lori (47), pacuan empat roda (31) dan basikal (30), bas (10), van (7) dan kenderaan lain (27).

Dalam perkembangan lain, Mohd Fuad mengaskan mana-mana individu atau kumpulan yang menjalankan tugas 'marshall' tanpa kehadiran rasmi polis trafik akan diambil tindakan undang-undang.

"Tidak terdapat dalam undang-undang mengenai tugas marshall di jalan raya...keperluan bantuan tugas marshall mesti dengan kehadiran rasmi polis trafik dalam acara kebangsaan atau antarabangsa seperti yang dilihat dalam acara berbasikal Le Tour de Langkawi," jelasnya.

Menurutnya, adalah menjadi satu kesalahan terutama apabila marshall menahan pergerakan trafik bagi melancarkan perjalanan sesuatu konvoi. - Bernama

PKR perlu tegas dengan pengacau dalam parti

oleh MSO

SUSUPAN PETANG


Tindakan PKR menggantungkan lapan orang anggotanya termasuk bekas ahli parlimen kerana melakukan berbagai kesalahan semasa pemilihan parti minggu lalu dikira sebagai langkah tepat dan perlu dihormati oleh semua pihak dalam parti berkenaan.

Penggantungan itu tentu untuk kebaikan parti.

Mereka digantungkan melakukan berbagai kesalahan, paling ramai ialah apabila menghebuhkan masalah dalam parti ke media massa dan juga laman sosial.

Penggantungan mereka dibuat semalam apabila Jawatankuasa Disiplin yang bermesyuarat semalam dipengerusikan Mohamed Azmin Ali. Turut sama hadir dalam mesyuarat itu ialah Anwar Ibrahim dan Abdul Khalid Ibrahim.Sewajarnya kalau mereka diambil tindakan kerana mendedahkan masalah parti kepada umum perbuatan yang keji seperti meluduh ke langit. Mereka berbuat begitu juga tidak sayangkan parti dan lebih bertujuan untuk memburuk-burukkan parti. Apakah kemungkinan mereka sebenarnya agen yang dihantar oleh musuh PKR?

Kalau pun ada ahli yang tidak berpuas hati berhubung sesuatu membabitkan pentadbiran dan pengurusan parti, ahli parti sepatutnya mencari makenisme lain yang lebih konstruktif.

MAS rugi lebih teruk susulan kes MH370


Malaysia Airlines melaporkan kerugian lebih teruk hari ini dalam laporan suku pertamanya selepas kejadian kehilangan pesawat penerbangan MH370.

Syarikat penerbangan negara itu melaporkan kerugian berjumlah RM442 juta untuk suku pertama 2014, hampir sekali ganda berbanding jumlah kerugian pada suku pertama tahun lalu, selepas pertambahan kos operasi hampir RM195 juta.

Dalam kenyataannya, Malaysia Airlines menjelaskan kes kehilangan pesawat tersebut memberi kesan "dramatik" ke atas prestasi kewangannya dalam tempoh tiga bulan yang berakhir pada Mac.

Kehilangan pesawat Boeing 777 dalam perjalanan ke Beijing membawa 239 penumpang dan kru itu "menyebabkan reaksi jangka pendek dalam sikap pengguna, dan syarikat mendapati banyak pembatalan tempahan sedia ada dan pengurangan tempahan jarak jauh untuk tempahan jarak dekat".

"Jualan dari China jatuh ke paras 60 peratus pada Mac, tidak lama selepas kehilangan pesawat tersebut," kata jurucakap syarikat itu lagi.

Berita Berkaitan Terngganu :

Selepas Mat Said, Mungkin MB Ini Pula Akan Disingkirkan?


Walaupun Datuk Seri Ahmad Said kehilangan jawatan dan diaibkan kerana kenduri kahwin anaknya pada hujung minggu ini selain tidak lagi bergelar Menteri Besar, tetapi dalam sidang akhbarnya petang semalam ketika mengumumkan penarikan balik surat keluar Umno dan kekal sebagai ADUN Kijal, Ahmad Said masih lagi ceria dan mampu tersenyum.

Menurut bekas Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Wangsa Maju, Shahbudin Husin, dalam hati Ahmad Said mungkin berkata, beliau hanya kehilangan jawatan tetapi masih ada lagi kehidupan yang bebas dan tidak perlu untuk berhadapan dengan proses undang-undang atau turun naik ke mahkamah selepas ini.

“Jika kena gaya dan bodeknya, mungkin Datuk Seri Najib Razak bermurah hati untuk memberikan jawatan lain kepada Ahmad Said, seperti bekas Menteri Besar Johor, Ghani Othman yang dijadikan Pengerusi Sime Darby dan bekas Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam sebagai Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB),” katanya dalam posting blognya yang terbaru www.shahbudindotcom.blogspot.com.

Terbongkar.. sebenarnya Mat Said cari pemimpin PAS dulu nak buat kerajaan campuran..!!

Sebab Sebenar Ahmad Said Buat U-Turn Terbongkar



Kenapa Ahmad Said “turn back’?

Semalam segala-galanya berakhir apabila tiga ADUN yang buat onar, Datuk Seri Ahmad Said (Kijal), anak sepupunya, Ghazali Taib (Ajil) dan Roslee Daud (Bukit Besi) tak jadi meninggalkan Umno. Di saat-saat Umno Terengganu sedang nazak, Umno memerlukan mereka berdua.

Tahniah kepada mereka bertiga yang menyokong Menteri Besar baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman. Razif bersetuju menyediakan bas percuma kepada rakyat Sabtu ini di setiap daerah di Terengganu untuk pergi ke rumah Ahmad Said kerana mengenang jasa beliau sebagai menteri besar Terengganu selama enam tahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula merendahkan diri memohon maaf kepada Ahmad Said kerana menganggap majlis perkahwinan anaknya Sabtu ini sebagai masalah peribadi dan bukannya masalah kerajaan. Ahmad Said sebagai manusia biasa tidak sempurna bertindak emosional apabila menyentuh soal perkahwinan anaknya.

Tuan Ibrahim Tuan Man di Pendang malam nanti..!!

Doa buat Mahathir: Jadilah orang tua yang segera bertaubat

 – Saifuddin Nasution Ismail

http://3.bp.blogspot.com/-h-kBkKMgrpc/UDf75-b5c-I/AAAAAAAAHE0/Imkh-RMc0qE/s1600/Mahathir+vs+Anwar+22.jpg
Saya ingin memberi reaksi serangan terbaru Dr Mahathir ke atas Anwar Ibrahim seperti dilapor Bernama bertarikh 14 Mei 2014.

Saya kira Dr Mahathir melatah lagi. Kali ini beliau menyerang Anwar Ibrahim kerana dijemput menyampaikan syarahan di Universiti Al-Azhar, Jakarta Indonesia.

Bahkan penganjur yang menjemput Anwar juga diserang Dr Mahathir. Kata Dr Mahathir, Anwar tidak layak menyampaikan syarahan tentang Islam kerana moralnya rendah!

Izinkan saya menceritakan kepada Dr Mahathir yang mudah lupa, lama sebelum Anwar berkawan dengan Dr Mahathir, Anwar sudah pun mengenali dan berguru dengan Dr Yusof Qardawi, Dr Ismail Faruqi, Dr Sheikh Taha Jabir Al-Awani, Pak Natsir, Pak Hamka, Sheikh Hassan Turabi, Dr Rashid Ghanousi, Sheik Mehdi Aqif dan ramai lagi.

Anwar terlibat dengan gerakan Islam sejak zaman sekolah, mahasiswa, belia dan tidak pernah bersara hingga hari ini.

Tokoh ilmuan dan gerakan Islam seantero dunia seperti Dr Yusof Qardawi, Dr Wahbah Zuhaily, Dr Abu Hamid Sulaiman, Dr Ahmad Totonji, Dr Tariq Suwaidan dan Dr Tariq Ramadan sentiasa mengunjungi Anwar setiap kali mereka berkesempatan datang ke Malaysia berbincang isu umat sejagat.

Kesian Dyana.. baru ura-ura nak dijadikan calon DAP, terus kena bogel sampai nampak spenda

Dyana Sofya tak gelabah isu 'gambar berbikini'

 
Walaupun baru saja diura-urakan sebagai calon untuk pilihan raya kecil parlimen Teluk Intan, pemimpin muda Dyana Sofya Mohd Daud terus menjadi sasaran serangan kempen untuk memburuk-burukkannya.

Setiausaha politik pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang itu dikesan menjadi sasaran penulis blog pro-Umno yang menyebarkan gambar seorang wanita berpakaian bikini yang seiras wajahnya.

Dyana, 27, yang baru menyertai DAP dua tahun lalu, bagaimanapun nampaknya tidak tertekan dan tidak memandang serius serangan peribadi seperti itu.

Beliau juga mampu berseloroh apabila para pengikutnya bertanya mengenai gambar tersebut di laman sosial.

"Saya sudah (baca). Sebab itu saya kata saya harap ada badan sebegitu. Perlu lebih kerap ke gimnasium," tulis beliau di Twitter.

Menurutnya lagi, beliau turut menerima panggilan dan pesanan yang bersifat kasar, namun tidak gelabah dengan tekanan seperti itu.

Selepas Ahmad Said Dijinakkan, Lebih Mudah Najib Tukar MB Yang Lain

Berita Berkaitan :

oleh Shahbudin Husin, 

Drama politik di Terengganu yang pada awalnya dijangka akan menjadi sebuah telenovela panjang yang ada babak menangis, ketawa, merajuk, gembira, dendam dan sebagainya, akhirnya hanyalah menjadi sebuah cerita pendek yang paling tidak menarik. Ahmad Said yang pada mulanya dianggap bengkeng, gedebe dan ala-ala samseng, terkulai hanya tidak sampai 48 jam selepas mengisytiharkan keluar UMNO dan menjadi ADUN Bebas.

Jika menurut apa yang dilaporkan oleh Free Malaysia Today, pantasnya beliau membuat "air turn back" adalah disebabkan adanya kes SPRM yang melibatkan dirinya serta usahanya menghantar wakil menemui Pas bagi membentuk kerajaan campuran tidak mendapat sambutan yang sewajarnya daripada parti Islam itu.

Menyedari kerajaan canpuran tidak mungkin menjadi kenyataan, malah jika terus membiarkan kemarahan terhadap Najib menguasai dirinya boleh juga menyebabkan dirinya keseorangan dan mungkin juga berhadapan dengan proses undang-undang, pilihan yang ada hanyalah kembali kepada UMNO dan meminta maaf kepada Perdana Menteri.

MENTERI bohong lagi, GST 6% nanti akan menjadikan HARGA MINYAK NAIK 6%....!!!


Betoi ka MENTERI oi, bagaimana dengan GST 6% yang akan hangpa charge kat stesyen minyak nanti...

Setiap kali isi minyak kena 6% tidakkah ini akan menjadikan harga minyak naik...

dan mau tahulah apa akan jadi bila harga minyak naik... untuk makluman MENTERI kami dah berapa kali dah sengsara apabila harga minyak naik...

Ulang sekali lagi...
GST 6% = HARGA MINYAK NAIK 6%....
GST 6% = HARGA MINYAK NAIK 6%....
GST 6% = HARGA MINYAK NAIK 6%....
GST 6% = HARGA MINYAK NAIK 6%....

Mustafa Ali yang dikatakan telefon Mat Said suruh joint PAS!!

Akhir hari ini sebuah blog umno mendedahkan bahawa S.U Pas Mustafa Ali yang menelefon Mat Said untuk menyertai Pas bagi diwujudkan kerajaan campuran.

W.pun Mat Said menolak dengan mengambil pendekatan tunggu dan lihat sahaja.

Jadi terdedahlah sekarang siapa yang menelefon Mat Said sewaktu krisis tersebut berlaku.

Aduhai Mat Said, cuba dedah mai siapa pimpinan Pas yang pelawa hang tu.. !

Ahmad mengaku dipelawa masuk Pas
OLEH: WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh: May 15, 2014

SEMASA krisis politik Terengganu memuncak dua hari lalu, Datuk Seri Ahmad Said mendedahkan beliau beberapa kali diberi tawaran oleh Pas untuk menyertai parti itu.
Katanya, beliau didatangi beberapa ahli Pas yang memujuknya agar masuk parti itu.

"Pas (ahli Pas) bertalu-talu datang, mereka suruh saya buat keputusan cepat tapi saya tolak tawaran itu dan saya tegaskan saya tak mahu bertemu mereka lagi.

"Saya sayangkan Umno, sebab itulah hanya tiga sahaja Adun Umno yang umum keluar parti walau sebenarnya ada beberapa lagi (yang mahu berbuat demikian)," katanya.

Menurutnya, jika empat atau lima wakil rakyat Umno bertindak sebegitu, Pas akan memerintah Terengganu dengan majoriti kerusi Dun yang dimiliki.

Sementara itu, Ahmad berkata, walaupun beliau kini tidak lagi memegang jawatan sebagai menteri besar namun beliau tidak berdendam dengan sesiapa pun.

"Bagi saya mudah, jika orang buat baik dengan saya, saya juga buat baik, jika orang berlembut saya buat lembut, saya tak boleh orang berkasar dengan saya sebab saya seorang yang sensitif," katanya.

Ditanya berhubung spekulasi beliau akan dilantik sebagai Ahli Dewan Negara yang membawa gelaran Senator selepas ini, beliau bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen.

Awat makin haru biru negeri Kedah nie, sana sini ada kes khalwat..?

Cinta FB bawa ke hotel bajet
OLEH: WARTAWAN SINAR HARIAN Tarikh: May 15, 2014

ALOR SETAR - Seorang wanita baru mengenali teman lelakinya melalui laman sosial Facebook (FB) dicekup dalam serbuan Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) di sebuah hotel bajet, dekat sini.

Wanita berusia 26 tahun terbabit mendakwa berasal dari Sabah datang ke Semenanjung Malaysia semata-mata untuk mencari pekerjaan atas bantuan teman lelakinya.

Difahamkan, dia sanggup menaiki kapal terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sebelum dibawa teman lelakinya ke negeri ini untuk mendapatkan kerja.

Malah, dia bagaimanapun memberikan alasan terpaksa menginap di hotel bajet terbabit untuk menjimatkan wang, malah mendakwa baru sahaja memasuki bilik itu.

Namun, teman lelakinya berusia 23 tahun bertindak menyembunyikan diri di bawah katil hotel berkenaan semasa serbuan sehingga memaksa penguatkuasa mengangkat katil itu.

Dalam operasi jam 12.30 tengah malam, pasukan penguatkuasa Jaik turut menahan beberapa pasangan termasuk seorang kanak-kanak di hotel bajet sekitar bandaraya Alor Setar, dekat sini.

Bawa anak OKU berkhalwat

Dalam perkembangan sama, seorang ibu muda sanggup membawa anak perempuannya berusia tujuh tahun semata-mata untuk bermadu kasih bersama teman lelakinya yang berusia 23 tahun.

Difahamkan, wanita berusia 25 tahun dari Teluk Kechai, dekat sini, dalam proses penceraian bersama suaminya, bagaimanapun masih memegang status isteri orang.

Ibu muda terbabit tidak bekerja, manakala pasangannya yang bekerja di sebuah pasaraya mendakwa hubungan dia bersama wanita terbabit hanyalah kakak angkat semata-mata.

Manakala, wanita terbabit mendakwa keluar dari kediaman mereka bersama anak perempuan orang kurang upaya (OKU) kerana tiada tempat berlindung selepas dihalau keluar.

Turut ditahan, suami orang berusia 32 tahun dari Jalan Datuk Kumbar, dekat sini, bersama anggota sukarelawan wanita sebuah jabatan dari Pulau Pinang.

50 penguatkuasa sertai Ops Khalwat

Penolong Pengarah Penguatkuasa Undang-Undang Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Syeikh Mohd Roshidi Mahmud, 50, berkata, penguatkuasa menyertai operasi demi membendung perbuatan tidak bermoral terbabit.

Katanya, serbuan dilakukan di beberapa lokasi seperti di Jalan Lencong Barat, Seberang Perak, Lebuhraya Darul Aman dan sekitar bandaraya Alor Setar, dekat sini.

“Dalam operasi kali ini, ada pasangan dikesan sudah beberapa kali ditahan termasuk di Lorong Petani sebelum ini. Tidak ketinggalan, pasangan tukang masak dan jurujual,” katanya.

Jika sabit kesalahan, mereka dikenakan hukuman denda RM2,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya mengikut Seksyen 9 (1)(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kedah) 1988.

“Ibu bapa dinasihatkan mengawal penggunaan laman sosial anak-anak mereka. Dari Facebook boleh membawa maksiat apabila mereka melakukan pertemuan di hotel,” katanya.

Malah, katanya, dia meminta masyarakat tempatan memandang serius isu sedemikian meskipun ia tanggungjawab pihak tertentu kerana ia amanah Allah SWT kepada semua





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...