TERKINI :

Tuesday, May 13, 2014

[Gambar] DS Anwar Ibrahim & Dr Wan Azizah terlibat dalam kemalangan

Berita Terengganu :

195ae4a47a69d62064ec6ecc7b691b63

Anwar, isteri terlibat kemalangan  
DS Anwar Ibrahim ketika mendapatkan rawatan.

SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri dimaklumkan terlibat dalam satu kemalangan di Desa Sri Hartamas kira-kira jam 10 malam tadi.

Anwar dan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan.

"Anwar mengalami keretakan di pangkal tangan kanan berdekatan bahu, tapi Alhamdulillah berada dalam keadaan selamat, tidak memerlukan pembedahan. Dr Wan Azizah juga berada dalam keadaan selamat dan sedang diperiksa doktor," menurut Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan ringkas.

Kedua-dua, Anwar dan Azizah akan pulang ke rumah malam ini selepas mendapatkan rawatan, katanya.

Kami Sokong Pakatan TMJ/Anuar...masa untuk Presiden Baru dalam FAM, #VoteTMJ4FAM

TMJ, Annuar buat pakatan?


Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Annuar Musa

KUALA LUMPUR - Gendang Kong­res Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ke-50 semakin rancak dipalu dalam masa kurang dua minggu menjelang pemilihan pada 25 Mei ini apabila salah seorang calon Presiden, Tunku Ismail Sultan Ibrahim kelihatan memberi isyarat kuat akan bertanding.

Menurut sumber yang dipercayai, Tunku Ismail akan me­ngadakan perjumpaan secara tertutup bersama perwakilan-perwakilan badan gabungan FAM di salah sebuah lokasi yang dirahsiakan di Johor Bahru bagi me­nyampaikan misi dan visinya serta mendapatkan maklum balas daripada mereka yang hadir.

Malahan, perjumpaan itu turut didukungi oleh Timbalan Presiden FAM yang kini dalam penggantungan, Tan Sri Annuar Musa yang memberi sokongan padu kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu untuk mencabar penyandang, Sultan Ahmad Shah dan anakanda baginda, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

“Pertandingan bagi jawatan Presiden kemungkinan pasti berlaku kerana TMJ cukup serius mahu bertanding dan beliau ada menemui beberapa perwakilan baru-baru ini.

Bubar Dun atau bentuk kerajaan campuran di T’ganu

Berita Berkaitan :


KUALA LUMPUR: Membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) atau meneroka kemungkinan membentuk kerajaan campuran antara saranan pemerhati politik dalam menangani perkembangan terbaru politik di negeri itu sekarang.

Menyifatkan perkembangan politik yang mendepani kerajaan negeri itu lebih kepada krisis 'peribadi' berbanding parti, mereka berpandangan, perkembangan itu perlu ditangani segera.

Timbalan Dekan di Universiti Sains Malaysia (USM) Dr S.K Sivamurugan Pandian berpendapat langkah membubarkan DUN wajar diambil sekiranya pendekatan memujuk tiga wakil rakyat daripada Umno yang mengisytiharkan diri mereka sebagai wakil Bebas, gagal.

"Jalan segera untuk menyelesaikan isu ini ialah untuk memujuk tiga wakil rakyat itu untuk kembali menyokong Barisan Nasional (BN), tetapi jika gagal, BN tidak ada pilihan melainkan membubarkan dewan undangan negeri," katanya kepada Bernama.

Terengganu menjadi tumpuan sejak semalam selepas Datuk Seri Ahmad Said yang juga ADUN Kijal, meletak jawatan sebagai Menteri Besar disusuli majlis angkat sumpah ADUN Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman sebagai menteri besar yang baharu malam tadi.

Terengganu Sah Tumbang, Ahmad Said Benar-Benar Jadi Robin Hood

Berita Berkaitan :
oleh  Shahbudin Husin, 


Hanya kira-kira dua jam setelah Ahmad Razif mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu, bekas Menteri Besar, Ahmad Said mengumumkan keluar daripada UMNO dan mengisytiharkan dirinya ssbagai ADUN Bebas. Bersama beliau berbuat demikian ialah seorang lagi iaitu ADUN Ajil, Ghazali Taib yang difahamkan mempunyai pertalian keluarga dengannya.

Pengumuman itu dibuatnya dengan menghantar kenyataan akhbar kepada sebuah agensi berita tempatan, malam tadi iaitu kira-kira dua jam setelah Ahmad Razif mengangkat sumpah.

Dengan perkembangan ini, kedudukan kerusi di Terengganu akan menjadi 15-15 antara BN dengan PR, mankala Bebas mempunyai dua kerusi.

Secara logiknya, dengan pengisytiharan Ahmad Said dan Ghazali Taib itu, DUN Terengganu sudah pun tergantung serta Ahmad Razif dicatat dakam sejarah sebagai Menteri Besar hanya dalam tempoh dua jam sahaja.

Dalam keadaan ini, BN tidak mempunyai pilihan lain selain membubarkan DUN bagi membolehkan pilihanraya negeri diadakan.

PAS: Krisis Perak takkan berulang di T'ganu

 
  PAS berikrar tidak akan menjatuhkan kerajaan Terengganu dengan memujuk tiga wakil rakyat BN yang keluar parti untuk bersama mereka, seperti dilakukan BN di Perak pada tahun 2009.

Azam itu dinyatakan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahari Mamat (kanan) pada sidang media di Kuala Terengganu, petang ini.

"Kita tetap dengan dasar kita dan kita akan bincang balik dengan kepimpinan (pusat) - kita tidak berminat lagi untuk itu," katanya sewaktu menjawab soalan wartawan.

Beliau ditanya jika PAS berminat untuk 'melamar' bekas menteri besar dan dua ADUN Umno yang dilaporkan menghantar surat keluar parti.

PAS menurutnya akan memberikan masa kepada menteri besar baru, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman untuk mengembalikan majoritinya sebelum merencana tindakan seterusnya.

Isu T'ganu : Dah ada yang buat "Air Turn Back" dah..!!

Seorang Adun Bebas Terengganu kembali kepada Umno, kata Shahidan

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim (gambar) mengesahkan salah seorang daripada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno Terengganu yang sudah menjadi wakil rakyat bebas telah kembali kepada parti tu.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu bagaimanapun tidak menamakan Adun yang kembali menyertai kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu itu.

"Kedudukan terkini Umno kembali kepada 15, PAS 15, PKR 1, dan calon bebas 2," katanya kepada The Malaysian Insider.

Lewat malam tadi, bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan Adun Ajil, Ghazali Taib bertindak keluar Umno, tidak sampai 24 jam selepas Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai ketua eksekutif baru negeri itu.

Awal pagi ini, Adun Bukit Besi, Roslee Daud menyertai Ahmad dan Ghazali untuk keluar dari Umno.

Spekulasi mengatakan Roslee merupakan Adun yang kembali menyertai kerajaan BN Terengganu. – 13 Mei, 2014.

Berita Lain Berkaitan T'ganu :

Adakah Razif MB paling singkat?

http://1-ps.googleusercontent.com/x/www.nst.com.my/w1.nst.com.my/polopoly_fs/1.594810.1399905106!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_454/image.jpg.pagespeed.ce.6ePWPM_05P.jpg

KUALA TERENGGANU 13 Mei - Datuk Ahmad Razif Ahmad yang baharu mengangkat sumpah pelantikan malam tadi hampir pasti menjadi Menteri Besar Terengganu yang paling singkat memegang jawatan itu dengan situasi politik yang makin memuncak.

Hanya beberapa jam selepas itu, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang tidak menjangkakan kepemimpinan Pusat tetap meneruskan langkah peralihan itu, mengisytiharkan keluar parti bersama-sama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Ghazali Taib.

Ini disusuli dengan ADUN Bukit Besi, Roslee Daud dan dijangka beberapa ADUN lagi akan turut berbuat demikian akan menyebabkan Barisan Nasional (BN) yang hanya berkuasa dengan kelebihan satu kerusi dalam pilihan raya umum lalu tidak mampu lagi bertahan.

Dengan perkembangan terbaharu, kedudukan kerusi BN setakat ini sebanyak 14 kerusi, Pas (14), Parti Keadilan Rakyat (1) dan Bebas (3) dan hampir pasti dibubarkan atau kesemua yang menentang proses peralihan itu membentuk kerajaan bersama dengan pembangkang.

Berita Lain Berkaitan T'ganu :

PAS T’ganu saran Dun dibubar

MUHAMMAD FAIZAL | 13 Mei 2014.

http://hasbiemuda.files.wordpress.com/2010/11/mb-ganu-hasbie1.png
KUALA LUMPUR: PAS Terengganu hari ini menggesa agar Dewan Undangan Negeri (Dun) negeri itu dibubarkan bagi memberi mandat kepada rakyat menentukan kerajaan pilihan mereka.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat ketika dihubungi Harakahdaily memberitahu BN tidak lagi mempunyai majoriti di negeri itu berikutan tiga Ahli Dewan Undangan  Negeri (Adun) mengumumkan keluar dari BN menjadi Adun Bebas.

"Kita baru sahaja bermesyuarat membincangkan perkara tersebut dan kita akan membuat makluman setelah keputusan diperolehi.

"Dalam keadaan sekarang BN tidak lagi mempunyai majoriti untuk mentadbir negeri ini dan seharusnya ia diserahkan kepada rakyat sepenuhnya untuk membuat pilihan," jelas beliau.

Namun menurut beliau, berdasarkan kejadian di Perak sebelum ini BN tidak mempunyai kuasa untuk membubar Dun kerana tidak mempunyai kuasa majoriti dalam membuat keputusan.

"Sekarang Pakatan Rakyat memperolehi undi majoriti dan kalau ikut dasar kita dapat memerintah negeri ini.

"Namun kita sedang berbincang dan sebarang keputusan akan kita maklum, tetapi yang penting mandat rakyat itu kita patut berikan," sambung beliau.

Dengan perkembangan terbaru itu, BN hanya mempunyai 14 kerusi Dun diikuti Pakatan Rakyat 15 kerusi yang diwakili PAS (14) , PKR (satu) dan tiga dari Bebas.

Tiga Adun BN yang mengisytiharkan diri sebagai  Adun Bebas ialah bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, Adun Ajil, Ghazali Taib dan Adun Bukit Besi, Roslee Daud. - HARAKAHDAILY

Berita Lain Berkaitan T'ganu :

Adakah Pentadbiran Terengganu bakal bertukar tangan?

Terengganu

SHAH ALAM - Persoalan sama ada BN mampu mengekalkan kuasa di Terengganu menimbulkan persoalan apabila memiliki 14 kerusi Dun berbanding 17 sebelum ini selepas tiga Adunnya mengumumkan keluar dari parti awal hari ini.

Pengumuman itu sekaligus, menjadikan kedudukan PR mendahului di negeri itu dengan 15 kerusi Dun.

Konflik timbul berikutan tindakan bekas Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Said dan Adun Ajil, Ghazali Taib keluar dari Umno dan menjadi wakil rakyat bebas.

Kemudian Adun Bukit Besi, Roslee Daud mengesahkan beliau turut keluar dari Umno dan menjadi wakil rakyat bebas.

Mengenai keputusan keluar Umno dan menjadi wakil rakyat bebas, Ahmad dilaporkan berkata, beliau telah memohon kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menangguhkan pertukarannya selepas majlis perkahwinan anaknya pada 17 Mei ini.

"Saya sudah lama bekerja dengan Umno. Saya sudah beritahu PM bahawa anak saya kenduri saya kahwin pada 17 Mei dan tukar selepas selesai kenduri.

"PM kata itu soal peribadi. Jadi saya beritahu, kalau saya keluar (parti), jangan salahkan saya," katanya seperti dilaporkan sebuah portal web.

Sementara itu, menurut sumber, ekoran konflik yang melanda negeri Darul Iman ini, Pas Terengganu turut dilaporkan mengadakan satu mesyuarat khas pagi ini.

Inilah rahsianya kenapa MAT SAID tinggai UMNO BN

Inilah sebabnya Mat Said meradang dengan Umno BN.. Kawan dah siap cetak kad kahwin dan siap manggil dah jemputan ke Kediaman MB untuk majlis kenduri anak beliau...tetiba mereka boleh ganti orang lain MB tuu..

Habis beliau nak buat kenduri dimana sebab 17hb tu rumah tu bukan dia dah yg duduk... Bila jadi macam tu hangpa nak dia letak muka tangmana...

Tapi yang pasti Umno BN memang betoi2 nak jatuhkan beliau... Nasib demo la mat said oi....

Siapa ‘king maker’ politik Terengganu?

Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus

DUA hari lepas, Umno menyambut ulang tahunnya yang ke-68. Meriah suasananya dengan potongan kek dan semangat untuk terus kuat.

Waktu itu, Umno menafikan akan ada pertukaran Menteri Besar (MB). Tiba-tiba semalam MB Terengganu meletakkan jawatan dan digantikan dengan MB baharu.

Macam sarkas sahaja kata-kata pemimpin Umno ini, menafikan hal yang betul-betul akan berlaku. Mengapa tidak belajar dari pengalaman tahun 2008 dahulu semasa PM ketika itu menafikan Dewan Rakyat akan dibubarkan, tiba-tiba esoknya dibubarkan? Dan hasilnya berlaku tsunami politik.

Semoga selepas ini, kita sama-sama belajar untuk berkata jujur dalam politik. Akibat pertukaran MB semalam, maka bekas MBnya mengisytiharkan keluar parti untuk menjadi Adun Bebas.

Alasan bekas MB keluar parti pun remeh, kecewa dipaksa meletakkan jawatan kerana dekat dengan majlis perkahwinan anaknya. Tindakan beliau ini diikuti oleh dua Adun lain.

Maka, jadilah kedudukan kerusi di DUN Terengganu sekarang BN 14, PR 15 dan Bebas 3. Keadaan ini boleh menyebabkan kerajaan negeri bertukar tangan.

Saya fikir tidak sesuai hanya dengan tindakan beberapa Adun keluar parti, maka kerajaan Terengganu bertukar tangan. Jika bertukar tangan, biarlah 'rakyat' yang menjadi penentunya. 

Bubarkan Dun dan serahkan pada rakyat untuk membuat pemilihan semula. Itu yang terbaik untuk menjunjung demokrasi.

Jadikan pengalaman di Perak pada Februari 2009 dahulu sebagai pengajaran. Serahkan kembali kuasa kepada rakyat atau jika tidak mahu mengadakan pilihan raya atas alasan untuk menjimatkan kos, buatlah undi tidak percaya di lantai Dewan.

Pas dan PKR pula tidak perlulah pula kelam-kabut mengambil kesempatan dari krisis ini untuk mempengaruhi lagi Adun atau ahli Parlimen dari Umno keluar parti.

Jika masih ada Adun atau Ahli Parlimen Umno yang mahu keluar parti, biarlah mereka melakukannya sendiri tanpa pujukan dan sogokan. 

Yang jelas, kapal Umno di Terengganu semakin bocor. Bolehkah diselamatkan dari tenggelam?
 

Pensyarah Sains Politik UKM,

Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff

PAS timbang semua pilihan termasuk sidang khas DUN

http://821879909.r.worldcdn.net/media/k2/items/cache/bf8c530679fa0ee7b059e2eda64942c2_XL.jpg
PAS Terengganu mempertimbang semua pilihan termasuklah mengadakan sidang khas dewan undangan negeri (DUN) berdasarkan situasti terkini yang menyaksikan BN menjadi kerajaan minoriti di Terengganu.

Perkara itu dinyatakan ADUN Batu Burok dari PAS, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi sewaktu ditanya tentang langkah PAS yang mempunyai 14 kerusi di DUN Terengganu selepas bekas menteri besar dan dua ADUN bertindak keluar Umno.

"Ya, semua aspek kita ambil kira. Itu kita sedang perhalusi semuanya. Kita berhati-hati dan tidak mahu gopoh dalam sikap kita," katanya kepada Malaysiakini.

Katanya lagi, PAS akan bermesyuarat untuk membincangkan hal itu dan sentiasa meneliti perkembangan semasa.

"PAS sendiri akan bermesyuarat dengan segera demi 'menyelamatkan' Terengganu," katanya.

Menurutnya, PAS Terengganu juga sedia maklum dengan kenyataan penasihat undang-undang negeri yang mengumumkan bahawa kerajaan BN masih berkuasa di negeri itu.

Sementara itu, pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat memaklumkan yang PAS Terengganu akan membuat kenyataan dari semasa ke semasa berhubung perkembangan di negeri itu.

"Dari semasa ke semasa, PAS Terengganu akan membuat pemberitahuan kepada media, melalui media rasmi bagi mengelakkan sebarang khabar angin dan kenyataan-kenyataan di luar daripada keputusan pemimpin," kata ADUN Paka itu.

BN kini menguasai hanya 14 kerusi berbanding Pakatan Rakyat yang menguasai 15 kerusi dengan tiga lagi kerusi merupakan kerusi bebas.

Situasi itu tercetus apabila tiga wakil rakyat mengisytiharkan mereka keluar daripada Umno lewat malam semalam.

Mereka ialah bekas menteri besar dan ADUN Kijal Datuk Seri Ahmad Said, Ghazali Taib (Ajil) dan Roslee Daud (Bukit Besi).

Hudud: Fakta untuk perhatian rakyat Malaysia


Hudud

1. Kelantan telah diperintah oleh Pas yang mempunyai sejarah menegakkan Islam bukan sahaja sejak 1990 apabila menang di Kelantan bersama Semangat 46, tetapi lebih awal daripada itu, Pas pernah memerintah Kelantan dalam siri-siri pusingan PRU di Malaysia.

2. Kerajaan Pas Kelantan telah meluluskan Enakmen Undang-Undang Syariah pada tahun 1993.
Kemudian apabila memerintah Terengganu, Pas juga telah meluluskan Enakmen Undang-undang Syariah di Terengganu. Kedua-duanya telah diluluskan di Dun, tetapi belum dapat dilaksanakan kerana pelbagai faktor dalaman dan luaran.

Faktor dalaman ialah daripada Pas dan kerajaan negeri sendiri, manakala faktor luaran adalah kerajaan Persekutuan, parti-parti politik, masyarakat awam dan perspektif global terhadap undang-undang jenayah Islam.

ADUN Permaisuri, Kemasik nafi keluar parti ikut Mat Said

2014/05/13 - 10:29:51 AM Cetak Emel Kawan

 
KUALA TERENGGANU: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu yang dikatakan mengikut jejak bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said keluar UMNO, menafikan spekulasi yang mengatakan mereka keluar parti.

Dua ADUN itu iaitu Datuk Mohd Jidin Shafie (Permaisuri) dan Rosli Othman (Kemasik) ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Mohd Jidin dan Rosli berkata, mereka masih dan akan tetap bersama UMNO dan menganggap spekulasi yang tersebar hanyalah spekulasi pihak tidak bertanggungjawab yang cuba memporak-perandakan politik Terengganu yang sedang bergolak.

Dalam masa sama ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad turut dikatakan keluar UMNO, bagaimanapun setakat ini difahamkan ia hanyalah spekulasi.

Namun, Nawi setakat ini gagal dihubungi.

Peruntukan Mini Tar Kampung pie mana, takan Mukhriz tak ada duit kot?

‘Malas keluar rumah’

‘Malas keluar rumah’  
Seorang penduduk, Abdul Malik Ahmad terpaksa menggunakan laluan berlubang tersebut.

KUALA KEDAH - “Sampai malas nak keluar dari rumah. Jikalau, tiada urusan sememangnya duduk rumah sahaja,” demikian keluhan penduduk Kampung Kubang Bonggor, Abd Rahman Md Salleh, 59.

Abd Rahman berkata, ada kalanya mereka berasa rimas untuk keluar ke destinasi diinginkan kerana mendakwa tidak selesa menggunakan laluan berlopak di merata-rata ini.

“Bayangkan, tidak pasal-pasal bahagian tertentu kenderaan terutamanya kereta rosak apabila terperangkap dalam beberapa lubang di laluan berkenaan.

“Malah, tak kira musim hujan mahupun panas, kami menanggung kesulitan. Apabila hujan lopak bertakung air, semasa kering pula debu berterbangan,” katanya.

Pendang - Mangsa simbah asid stabil

Mangsa simbah asid stabil  
Keadaan Abdul Hakim Wafi sebelum kejadian malang menimpanya.

ALOR SETAR - Pelajar tahun dua Sekolah Rendah Agama Islah, Abdul Hakim Wafi Abdul Razak yang menjadi mangsa simbah asid bersama pasangan perniaga nasi lemak dalam kejadian Khamis lalu dilaporkan stabil.

Ibu mangsa, Nazriah Abdul Rahman, 41, berkata, keadaan anaknya kini stabil selepas mendapat rawatan di Unit Kebakaran Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) walaupun masih belum dibenarkan pulang.

Menurutnya, walaupun masih trauma dan terkejut dalam kejadian yang menimpa anak ketiga daripada empat beradik itu, namun dia bersyukur kerana doktor mengesahkan kecederaan yang dialami tidak serius.

“Setakat ini keadaan Wafi bertambah baik dan beransur pulih. Matanya langsung tidak terjejas, cuma mukanya masih kelihatan bengkak sedikit akibat kesan melecur selepas disimbah cecair.

Mat Said & Adun Ajil Umum Keluar UMNO dan jadi BEBAS

KUALA LUMPUR: Beberapa jam selepas meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu pada Isnin, Datuk Seri Ahmad Said telah mengumumkan keluar dari parti UMNO.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal kini berdiri sebagai ADUN bebas.

"Dimaklumkan bahawa saya dengan ini meletakkan jawatan saya dalam parti berkuatkuasa serta-merta.

Saya juga mengisytihar keluar daripada UMNO dan menjadi wakil rakyat bebas bagi DUN Kijal," katanya dalam surat tersebut.

Keluar UMNO Ahmad Said
Surat keluar parti Datuk Seri Ahmad Said yang diemailkan kepada AstroAWANI.

Seorang lagi ADUN dari UMNO, iaitu Ghazali Taib yang merupakan ADUN Ajil juga telah isytihar keluar dari parti tersebut.

Perkembangan itu dimaklumkan oleh Ahmad Said dalam satu email kepada Astro AWANI.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...