TERKINI :

Monday, May 12, 2014

Siapa pesong fakta GST, yang pasti MINYAK RON 95/97 akan naik 6%

Jangan pesong fakta GST, pesan Najib

 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun menyelar pihak tidak bertanggungjawab yang didakwanya cuba memesongkan fakta mengenai cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Walhal pada hakikatnya, kata Najib, cukai baru itu meningkatkan pendapatan negara dan tidak membebankan rakyat, lapor Bernama.

Katanya, rakyat tidak perlu bimbang dengan GST kerana kebanyakan barangan keperluan dan perkhidmatan asas harian dikecualikan.

"Sebagai contoh, barangan seperti beras, gula, garam, tepung, minyak masak, ikan masin, tambang bas, kereta api, LRT, perkhidmatan pendidikan dan kesihatan tidak dikenakan cukai itu," katanya dalam ucapan bersempena majlis pelancaran Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi hari ini. [MINYAK RON 95/97 HANG TAK HABAQ PON]

Hukum pelajar bantah TPPA, UM lebih sudu dari kuah


tppa



KUALA LUMPUR, 11 MEI: Pemuda DAP Kebangsaan (DAPSY) mengecam tindakan Universiti Malaya (UM) memberikan surat tunjuk sebab kepada empat mahasiswanya kerana menyuarakan bantahan terhadap Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) semasa lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama akhir bulan lalu.

Dalam satu sesi soal jawab Obama bersama pelajar ASEAN di Dewan Tuanku Canselor UM pada 27 April lalu, empat pelajar itu mempamerkan plakad membantah TPPA serta konflik pergolakan di Mesir.

Mereka kemudian menerima surat tunjuk sebab daripada Bahagian Hal Ehwal (HEP) Pelajar UM berhubung bantahan itu, dan perlu menjawabnya dalam masa seminggu bagi mengelakkan tindakan tatatertib dikenakan.

Pengarah Hal Ehwal Varsiti DAPSY Chow Yu Hui mempersoalkan tindakan melulu universiti ke atas pelajar yang hanya menyuarakan bantahan mereka.

Kisah Sebiji Tembikai Mengajar Isteri

http://2.bp.blogspot.com/-PNxvs--10po/Unu7GWYJJ2I/AAAAAAAARyw/hEJD48MEK3w/s1600/tembikai+5.jpg
Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu ?.” Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.

Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya : “Ada pun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya.”

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan ia pun redhalah dengan apa yang telah di tentukan oleh Allah SWT.

*Sumber dari islamagamaku197.blogspot.com

Apa yang berlaku kepada PKR sehari dua ini sudah mencalarkan PAKATAN RAKYAT

 Adakah ini tanda2 AZMIN sudah kalah...bukan apa bila nak kalah mula nak ganti refree mula nak tukar pintu gol..mula itu..mula ini... 

macam yang nie dia memang hebat dapat tau dan jangka....


apa-apa pun kita tunggu sajalah apa nak jadi dengan puak2 nie... yang pasti tingkah laku hangpa semua dah mencalarkan PAKATAN RAKYAT......

Rakyat MarH@en


Apabila NORMAN KRU meroyan bab KELANTAN, HIV & Islamic State




Fakta : Untuk Makluman Kerajaan persekutuan telah membina di Kelantan 1 penjara , 1 pusat serenti wanita (semua penagih wanita yang ditangkap atau serah diri seluruh malaysia diletakkan disitu)

pendaftaran penghidap hiv bukan ikut asal dan tempat lahir tetapi mengikut pendaftaran masuk ke pusat serenti atau penjara tersebut...

dan satu lagi nak tanya, kenapa suka sangat pergi pawagam?

astro kan dah ada... orang asal di gua musang pun pakai astro...

orang layan astro jee....

harap boleh selidiklah dulu...

dan beliau tak tahukah bahawa FILEM & LAGU-LAGU LAGHO beliau antara penyebab budaya HEDONISME nie berlaku.....

terima kasih

Menteri Pendidikan sendiri pun mengaku sistem pendidikan negara merosot

Kenyataan Ku Li sistem pendidikan negara merosot ada benarnya, kata Idris Jusoh
OLEH MOHD FARHAN DARWIS
May 12, 2014

Kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah bahawa tahap pendidikan negara rendah ada kebenarannya, kata Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh (gambar).

Idris berkata, perkara itu bukan perkara baru, malah, menyedari perkara itu berlaku, kerajaan melalui kementerian pendidikan membentuk Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia untuk mengatasi kelemahan dalam sistem pendidikan negara.

"Kita sedar kalau mengikut Pisa kita antara yang terbawah. Kalau kita baca pelan pendidikan Malaysia, kita tahu itulah keadaannya... ia bukan perkara baru," katanya kepada pemberita selepas pertemuan ketua-ketua eksekutif institusi pendidikan tinggi swasta di Kuala Lumpur hari ini.

Melalui PPPM juga katanya, kerajaan menyasarkan untuk menambahbaik sistem pendidikan negara.

Bekas Menteri Kewangan, yang lebih dikenali dengan panggilan Ku Li sebelum ini berkata sistem pendidikan negara sedia ada tidak berkesan membentuk negara maju sehingga memerlukan perubahan yang drastik dan radikal.

Selain gagal dalam penilaian antabangsa, pemimpin veteran Umno itu mendakwa sistem pendidikan gagal memupuk integrasi kaum serta gagal menghasilkan modal insan berilmu, berprinsip dan mampu berfikir.

T'ganu dapat MB Baru...!

MB T'ganu dilapor letak jawatan

Anggota Dewan Undangan Negeri Seberang Takir dijangka mengangkat sumpah sebagai menteri besar Terengganu malam ini.

Menteri besar dua penggal, Datuk Seri Ahmad Said pula dipercayai menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Sultan Terengganu pada hari ini.

'Raja boleh dilucut takhta jika langgar hudud'

Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari menegaskan bahawa hudud juga boleh dilaksana ke atas sultan dan raja-raja Melayu, malah golongan itu boleh dilucutkan takhta sekiranya tidak mematuhi undang-undang Islam atau melakukan dosa besar.

Katanya, perkara itu dinyatakan secara tersirat dalam perlembagaan persekutuan dan ada di antara butirannya itu dinyatakan dalam perlembagaan negeri masing-masing.

"Sultan boleh dilucut takhta sekiranya mereka melakukan tindakan yang dianggap sebagai uzur sharie, yang mendedahkan kelemahan peribadi mereka, dari sudut pandangan Islam.

"Faktor ini juga penting untuk menentukan sama ada pewaris takhtanya boleh dilantik sebagai sultan," katanya.

Abdul Aziz berkata, majlis perajaan di setiap negeri bagaimanapun terlepas pandang peruntukan tersebut, yang menimbulkan masalah pada hari ini.

Keadaan ini menyebabkan kemunculan pemerintah yang personalitinya tidak mengikut tatasusila moral Islam yang tegas.

Abdul Aziz bersetuju dengan pandangan oleh anggota exco Pemuda Umno Fathul Bari Mat Jahaya yang berkata hudud boleh dilaksana ke atas sultan dan raja Melayu.

Fathul berpendapat, perlembagaan persekutuan tiada peruntukan yang menghalang perkara itu.

"Sebagai ketua agama Islam, tidak perlu dinyatakan lagi bahawa sultan pertama sekali tertakluk kepada undang-undang Islam.

"Ini bermakna tertakluk kepada hudud. Oleh itu sultan tidak boleh melakukan dosa besar termasuk berzina, mencuri dan minum arak," katanya kepada Malaysiakini.

Pakar perlembagaan itu juga berkata, perlembagaan persekutuan memansuhkan kekebalan raja-raja dan mereka tertakluk kepada undang-undang sivil, ekoran pindaan pada tahun 1993 ke atas Perkara 182 Perlembagaan Persekutuan.

"Perlu dilihat bahawa keistimewaan kekebalan atau dikecualikan dari prosiding perundangan agak terasing dari fahaman mengenai kesamarataan dalam Islam.

"Dari sudut pandangan ini, mahkamah khas itu satu anomali kerana ia meletakkan sembilan raja-raja melebihi undang-undang, kononnya."

Kes saman Hadi, Mat Sabu terhadap Mashitah selesai

Kes saman Hadi, Mat Sabu terhadap Mashitah selesai

KUALA LUMPUR - Kes saman Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu atau lebih dikenali Mat Sabu terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berjaya diselesaikan secara baik, hari ini.

Penyelesaian itu direkodkan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Yeoh Wee Siam dalam kamarnya yang dihadiri peguam Hanifa Maidin bagi pihak plaintif dan peguam Mohd Haaziq Pillay serta. Nizam Bashir yang mewakili defendan.

Hanifa memberitahu pemberita, kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan kes itu secara baik namun enggan mendedahkan terma dan syarat penyelesaian.

Kedua-dua pemimpin Pas itu mengambil tindakan saman berhubung tulisan menteri berkenaan dalam akhbar Sinar Harian pada 2 Mac 2012 yang didakwa berniat jahat memfitnah mereka.

Selain Mashitah sebagai defenden pertama, Ketua Pengarang Sinar Harian, Norden Mohamed dinamakan sebagai Defenden kedua; Sinar Karangkraf Sdn Bhd sebagai defenden ketiga; dan Ultimate Print Sdn Bhd sebagai defenden keempat
 
Petikan artikel tersebut bertajuk "Skandal seks, krisis politik Pakatan" oleh Dr Mashitah Ibrahim didakwa menyebabkan kedua-dua pemimpin itu menanggung malu dan aib serta menjatuhkan harga diri, air muka dan maruah mereka.

Mereka mendakwa kata-kata tersebut telah menjejaskan reputasi, integriti dan kredibiliti ke atas beliau setersunya mendedahkan penghinaan, cercaan dan cemuhan masyarakat.

Mereka  menuntut relif-relif termasuk, gantirugi am; gantirugi teladan; gantirugi melampau, dan kos.

Yang bermasalah tidak boleh menggantikan kerajaan bermasalah

oleh Aspan Alias

Isu hudud telah melarikan isu yang sebenar dan penting yang kita hadapi sekarang. Isu hudud ini sudah sampai ketahap yang membahayakan Pakatan Rakyat kerana sudah terdengar dengan terbuka dan lantang pemimpin DAP mahu PAS meninggalkan ‘coalition’ pembangkang sekarang ini. Jika ketiga-tiga parti ini tidak dapat membendung kemarahan dan perbezaannya, perpecahan sudah nampak datang dengan deras terhadap Pakatan Rakyat.

Pemimpin DAP dan segelintiran pemimpin dari parti-parti PAS dan parti-parti dalam BN menyatakan ini adalah tektik BN untuk memecahkan Pakatan Rakyat bagi kepentingan kuasa yang ada ditangan mereka. Bagi saya niat ini adalah ‘mutual’ kerana Pakatan Rakyat pun berniat dan mahu melihat BN itu pecah dan lemah dan kerana kelemahan pimpinan BN itulah yang menyebabkan DAP khususnya, telah mendapat 38 kerusi, sepuluh lebihan kerusi dalam PRU yang lepas.

Hakikatnya pertambahan kerusi Pakatan Rakyat melalui DAP dalam pilihanraya yang lepas itu hanya kerana kelemahan MCA khususnya dan bukannya kerana kekuatan Pakatan Rakyat itu. Buktinya jelas kerana PKR mendapat kekurangan sebanyak dua kerusi berbanding dengan PRU 2008 dan PAS telah kekurangan satu kerusi jika dibandingkan dengan PRU 2008 itu. PKR hanya mendapat 30 kerusi dari 32 sebelumnya manakala PAS, mendapat 20 kerusi dari 21 dalam PRU sebelumnya.

PRK Bukit Gelugor saksikan saingan empat penjuru

GEORGETOWN - Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei ini bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon DAP, Parti Cinta Malaysia (PCM) dan dua calon bebas.

Pegawai Pengurus PRKecil Bukit Gelugor, Kapten (B) Anuar Yahya mengumumkan bahawa Ramkarpal Singh, 38, sebagai calon DAP, Naib Presiden PCM Datuk Huan Cheng Guan, 53, mewakili parti itu manakala Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar, 63, dan Abu Backer Sidek Mohamad Zan, 46, sebagai calon Bebas.

Mohamed Nabi Bux akan menggunakan simbol bunga manakala Abu Backer Sidek simbol kuda.

BN tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil itu selepas MCA memutuskan untuk tidak bertanding.

Pengumuman itu dibuat pada 10.15 pagi ini selepas proses penamaan calon tamat di pusat penamaan calon di Dewan Sri Pinang di sini.

Terdahulu, Cheng Guan menyerahkan kertas pencalonan pada pukul 9.01 pagi, manakala Mohamed Nabi Bux berbuat demikian pada pukul 9.02 pagi diikuti Ramkarpal Singh pada pukul 9.13 pagi dan Abu Backer Sidek pada pukul 9.41 pagi.

PRK Parlimen Bukit Gelugor diadakan berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh daripada DAP akibat nahas jalan raya di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Perak 17 April lepas.

Pada PRU13 lalu, Karpal Singh memenangi kerusi itu dengan majoriti 42,706 undi mengalahkan calon BN, Teh Beng Yeam yang memperoleh 13,597 undi. - Bernama

Fobia Melayu: Isma takut dengan bayang-bayang

 – Iskandar Fareez

Orang tua-tua dahulu sering berpesan supaya berhati-hati apabila keluar rumah. Kalau di kampung, mereka berpesan supaya kita waspada apabila berjalan dalam hutan, ada penunggu katanya.

Takut nanti kena sorok pula dengan orang bunian.

Semasa kecil, saya juga ada teringat beberapa ketika di mana orang tua saya mengingatkan perkara yang sama.

Mereka selalu mengingatkan saya supaya balik sebelum waktu Maghrib, takut hantu dan jin ikut sama masuk rumah.

Kalau kami adik-beradik nakal, mereka memberi amaran supaya berkelakuan baik kerana kalau tidak, malam nanti hantu datang kacau.

Apabila saya beransur dewasa, saya mula sedar bahawa amaran mereka hanyalah salah satu bentuk pengajaran bagi kami.

Caj tambahan: Mana istilah tambang murah AirAsia?

KUALA LUMPUR: Keputusan syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia yang mengenakan caj tambahan baharu kepada semua penumpangnya yang menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) bermula semalam dilihat menekan pengguna.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar yang kecewa dengan keputusan tersebut meminta agar AirAsia mahupun Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) lebih prihatin dengan apa yang dihadapi penumpang.

"Sepatutnya kos pengunaan AirAsia dikekalkan sepertimana penggunaan Terminal Tambang Murah (LCCT) sebelum ini.

"Keputusan meletakkan caj tambahan dari kos yang asal adalah tidak berpatutan kerana ia memberi tekanan kepada pengguna.

Inilah padahnya bila gagal lari, penangannya kena belasah gara-gara curi lembu

Kena belasah gara-gara curi lembu  
Suspek terbaring lemah di tepi jalan.

Kena belasah gara-gara curi lembu  
Seng Ang menunjukkan lembu yang ditemui di dalam kereta.
 
PADANG SERAI - Gara-gara mencuri lembu, seorang lelaki ditahan orang ramai di Bukit Selarung kira-kira jam 1.30 pagi.

Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM), Chng Seng Ang berkata, orang awam yang ternampak kenderaan dipandu suspek melaporkan kejadian itu kepada PPKM sebelum semua ahli bertugas menjalankan rondaan mencegah jenayah sampai ke tempat kejadian.

Menurutnya, dalam kejadian itu tiga lelaki berusia 30-an dipercayai mencuri lembu dan diletakkan di bahagian kerusi belakang kereta jenis Proton Wira.

Suspek cuba melarikan diri dengan memecut kereta dipandu mereka ke arah Lebuh raya Kulim -Baling bagaimanapun hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan.

Katanya, dua suspek berjaya melarikan diri ke dalam semak berhampiran manakala seorang lagi suspek berjaya ditahan.

El Nino: Mada buat persediaan

Padi  
Gambar hiasan. - Foto sumber Internet

PENDANG - Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) akan membuat persediaan dalam semua aspek bagi memastikan bekalan air untuk penanaman padi mencukupi sekiranya negara mendapat tempias El Nino yang diramalkan melanda rantau Asia Tenggara pertengahan tahun ini.
  
Pengerusinya, Datuk Othman Aziz berkata, walaupun fenomena itu masih dalam peringkat ramalan, pihaknya akan membuat persediaan bagi memastikan proses penyaluran bekalan air tidak menghadapi masalah.
  
"Kita menjangkakan bahawa proses penyaluran bagi penanaman padi musim 1/2014 tidak akan terjejas kerana bekalan air telah pun disalurkan mengikut tiga fasa iaitu fasa satu pada 26 Mac, fasa kedua pada 9 April dan fasa ketiga pada 23 April.
    




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...