TERKINI :

Sunday, May 11, 2014

Enggan luluskan pinjaman, Menteri pecat Pengerusi Bank Rakyat..?

Enggan luluskan pinjaman, Hassan Malek pecat Sabaruddin Chik?

Menteri Perdaganan Dalam Negeri Hassan Malek didakwa telah memecat Pengerusi Bank Rakyat kerana enggan memberi pinjaman tanpa faedah kepada Deepak Jaikishen.

PETALING JAYA: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hassan Malek  (gambar) dikatakan memecat Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabaruddin Chik kerana enggan meluluskan pinjaman RM40 juta tanpa faedah selama 30 tahun kepada ahli perniagaan, Deepak Jaikishan.

Menurut Setiausaha Kerja Barisan Nasional Parlimen Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yasin, walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersetuju menyambung perkhidmatan Sabaruddin di Bank Rakyat, tetapi Hassan telah mengingkari keputusan Perdana Menteri.

“Semangat saya hilang sejak diberitahu oleh seorang kawan saya yang kerja di Bank Rakyat mengenai seorang peminjam yang mengaku ada hubungan rapat dengan Najib dan isterinya,  diluluskan pinjaman berjumlah hampir RM 40 juta selama 30 tahun tanpa faedah,” kata beliau dalam posting Facebooknya.

Penangguhan Hudud...Kejayaan Fasa Pertama UMNO Terhadap PAS

Shahbudin Husin,

IKLAN - CERAMAH
Pas akhirnya mengambil keputusan menangguhkan pembentangan usul persendirian mengenai hudud yang dijangka akan dilakukan pada sidang Parlimen Jun depan. Presiden Pas, Haji Hadi Awang dalam kenyataan yang diumumkan oleh timbalannya, Mohamad Sabu menjelaskan, penangguhan itu dibuat bagi memberi laluan kepada jawatankuasa teknikal yang telah dipersetujui penubuhannya untuk memberi saranan dan mengemukakan cadangan lanjut mengenainya.

Terserah kepada jawatankuasa teknikal yang akan berbincang dengan kerajaan Kelantan dan Pusat, tambah Mohamad Sabu lagi.

Ketika isu hudud panas dengan hasrat Pas membentangkan usul persendirian, UMNO dan kerajaan Pusat melalui Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin telah mencadangkan agar ditubuhkan sebuah jawatankuasa bersama bagi mengkaji perlaksanaan hukum Islam itu. Ia kemudian disusuli dengan kunjungan Jamil Khir Baharom keatas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah dan seterusnya mengumumkan persetujuan penubuhan jawatankuasa teknikal itu.

Apabila Mahathir sendiri akui sokongan kepada UMNO berkurang...!!

'Umno masih diterima tapi sokongan berkurangan'

 
  Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata keupayaan Umno mengekalkan reputasi sebagai parti Melayu yang unggul merupakan satu pencapaian besar bagi parti itu.
  
Beliau berkata walaupun Umno masih diterima, namun sokongan terhadapnya kelihatan berkurangan dan parti itu perlu mengambil iktibar daripada keadaan itu.
  
“Kalau kita perhatikan, parti-parti yang berjuang untuk kemerdekaan, hampir semua tidak ada sekarang ini. Semua dah luput dah, ditolak oleh rakyat.
  
“Tapi Alhamdulillah, Umno masih lagi diterima walaupun sokongan nampak sudah berkurangan sedikit. Kalau ia (Umno) tak ambil iktibar daripada (keadaan) ini, membetulkan keadaan, kemerosotan sokongan mungkin akan berterusan,” katanya.
  

Kemenangan kecil PRU13 punca PM berdiam diri dalam kemelut politik negara

Setahun lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seolah-olah berada di serata tempat.

Beliau mengejutkan negara selepas 2009 dengan menjual agenda transformasi beliau, termasuk janji-janji untuk memperbaiki ekonomi Malaysia dan mewujudkan masyarakat yang tidak mengira bangsa dan asal usul.

Namun selepas memenangi pilihan raya pada 5 Mei 2014, Najib seolah-olah bersikap dingin dan meminggirkan diri.

Beliau lebih senang berdiam diri, terutamanya tentang kebangkitan pelampau Melayu Islam serta kebimbangan mengenai kenaikan kos hidup di kalangan 40% kumpulan penduduk.

Ini terjadi walaupun dengan hasil kajian pada Mac 2014 oleh Merdeka Center yang menunjukkan 52% daripada rakyat Malaysia masih berpuas hati dengan prestasinya.

Sikap berdiam dirinya oleh ahli politik berpengalaman seperti beliau amat membimbangkan, kata ahli akademik dan penganalisis.

Ia mencerminkan strategi berbahaya 'double game' yang pernah digunakannya dalam penggal sebelum ini.

Panas !! Minyak kan naik 0.126 sen...macai tau ka semua nie?

Sembang GST...

Dengaq kata depa dah panggil TOKEY2 MINYAK di KEDAH pie dengaq penerangan GST... depa kata nanti setiap minyak yg dibubuh oleh rakyat akan kena 6%..ini bermakna setiap Liter minyak bersamaan RM2.10 x 6% GST...bersamaan RM0.126 sen akan dicharge kepada pengguna...

dari sini ia bersamaan dengan setiap Liter yang dimasukan ke kenderaan rakyat maka kerajaan akan ambil RM0.126 sen maka harga minyak akan naik jadi RM2.216 sen selepas ini...

Dan mau tahulah apabila minyak naik maka rantaian harga barang yg dok ada sebelum nie akan naik sama sekali dengan minyak naik tuuu...maka baru padam muka anda semua... SOKONG BN sangat..!!

Jadi kesimpulan disini..
SOKONG BN = SOKONG GST => SOKONG MINYAK NAIK...

PAS tak jadi bentang RUU persendirian hudud


Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu berkata PAS tidak akan mengemukakan rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi memberi ruang kepada jawatankuasa teknikal bersama untuk membuat sarana berhubung pelaksanaan hudud di Kelantan.

Mohamad yang membacakan kenyataan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata ia juga bagi membolehkan jawatankuasa tersebut mengambil tindakan lanjut.

Tambanya, PAS bersetuju dengan cadangan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membentuk jawatankuasa teknikal di antara kerajaan Kelantan dan persekutuan.

Hangpa dok buat propaganda apa la kat KLIA2 nie...jawab jangan tak jawab..!!!



Plenty of twisted propaganda at KLIA2. LOL.

Sign says LCCT cost RM332m (my parliamentary reply says RM232m) for 60,000sqm or RM5567sqm. KLIA2 cheaper at RM1.1b for 257,000sqm or 4280sqm.

If KLIA2 really cost RM1.1b, where did the balance of RM2.9b which made up the scandalous mega RM4b project went to? Land reclamation cost alone is in excess of RM800m!

Najib nak Umno ubah cara berfikirlah pulak....!!

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.159250.1368284177!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_490/image.jpg
UMNO perlu ubah cara berfikir

Kuala Lumpur: UMNO perlu mengamalkan ‘politik baharu’ yang turut menekankan perubahan dari segi nilai dan budaya pemimpin serta ahlinya, bagi memastikan usaha transformasi ke arah peremajaan parti mencapai matlamatnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Presiden UMNO berkata, bagaimanapun perubahan itu mengambil sedikit masa kerana ia membabitkan perubahan pemikiran manusia.

Laksana perubahan drastik

Beliau berkata, proses peremajaan UMNO belum mencapai matlamatnya, namun ia kini dalam proses pembikinan melalui beberapa perubahan drastik yang dilakukan parti itu khususnya sistem baharu pemilihan pimpinan parti yang diperkenalkan sebelum ini.

Inilah sebabnya kenapa penguat kuasaan terhadap Rumah Urut selalu gagal..!!

Tukang urut dedah tips elak ditangkap

Tukang urut dedah tips elak ditangkap
Tukang urut dedah tips elak ditangkap Pelanggan bebas memilih tukang urut wanita Islam yang disenaraikan di kaunter pembayaran di rumah urut.

Kuala Lumpur: Jangan ada kondom atau membawanya dalam beg tangan jika mahu selamat dalam sebarang operasi penguatkuasaan. Itu antara tips yang dipraktikkan kebanyakan tukang urut untuk mengelakkan diri mereka dikenakan tindakan lebih tegas pihak berkuasa.

Tukang urut akan meminta kondom daripada kaunter jika pelanggan mereka mahukan perkhidmatan seks atau menyuruh pelanggan tetap membawa sendiri alat perlindungan seks itu.

Seorang tukang urut di sebuah hotel terkemuka di Lembah Klang yang dikenali sebagai Zura, berkata memang ada operasi pihak berkuasa di spa itu tetapi tindakan tegas hanya dikenakan jika ada terjumpa kondom dalam bilik urut.

Apa punya MACAI..orang sembang bab Signage kertas A4, mereka sembang bab Nurul Izzah gersang..!!

oleh Warga Marhaen

Apa masalahnya dengan tweet dari NURUL IZZAH nie sampai macai2 UMNO BN & MALASYIAN AIRPORT naik meroyan.

So far itu sekadar teguran dan ia amatlah memalukan negara kerana yang dok buat signage pakai kertas A4 tu apasal... nie KLIA2 laa buat malu orang ja bila tengok... sepatutnya dengan duit yang banyak diperabihkan, signage pelekat kertas A4 nie tak patut wujud...

Umno Perlis bergolak, MB diminta tinggalkan kerusi?


DESAS DESUS

http://amirjusoh.files.wordpress.com/2013/05/mb-baru-prlis.jpg?w=210&h=300
Azlan Man sedang diasak?

Walaupun Umno Perlis hanya ada beberapa orang sahaja Adun dan ahli Parlimen tetapi ia tidak terkecuali juga mempunyai nafsu dan naluri untuk bergolak seperti Umno di negeri-negeri lain. Umno Perlis hanya tiga bahagian sahaja; Arau, Padang Besar dan Kangar. Manakala terdapat 12 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Desas desus yang bertiup dari Utara mendesuskan kedudukan menteri besarnya Azlan Man kini sedang diasak agar meninggalkan kerusi MB. Perlantikannya sebagai MB menjadi isu dan kurang disenangi oleh veteran Umno negeri itu terutamanya bekas MB yang juga Pengerusi Badan Perhubungannya Shahidan Kassim.

Azlan dikatakan tidak memberi komitmen kepada parti disamping tidak menunjukkan pencapaian yang memuaskan walaupun sudah setahun menjadi MB. Beliau juga didakwa tidak memberi kerjasama baik dengan pemimpin Umno bahagian.

TNB Aloq Setar tak berjiwa pelanggan dan warga emas..

Dari PERSATUAN PENGGUNA KEDAH

Persatuan Pengguna Kedah menyarankan pihak Tenaga Nasional Berhad membuka lebih banyak kiosk utk pembayaran bil di TNB...ini akan mengurangkan kesesakan utk membayar bil...pihak kami telah memantau di kiosk2 pembayaran bil dan mendapati warga emas juga terpaksa beratur pjg menunggu giliran utk membayar bil
Kupasan Admin :

 
Baguih punya system yang dok ada... dah laa kat kaunter tak bagi bayaq dah lepas tu buka kiosk suruh beratur panjang kat situ... mai waktu orang ramai maka pakai dok beratur laa jawabnya dekat mesin kiosk tuu...

Takan benda nie tak pikiaq kot, org nak cepat pie bayaq bil tu tapi jika dok kena tunggu berjam-jam pulak kira tak adil laa..lepas tu tak kira tua-musa semua kena berdiri beratur tunggu turn...system beratur dan berdiri nie org dah tak pakai dah habaq hangpa lanie... semua nie menyusahkan org ramai jaa...

Teman wanita penumpang MH370 diugut bunuh oleh seseorang..

‘Saya akan bunuh awak seterusnya,’ pemanggil ugut teman wanita penumpang MH370

Teman wanita penumpang warga Amerika Syarikat (AS) yang menaiki penerbangan Malaysia Airlines MH370 menerima ugutan bunuh dan beberapa panggilan telefon aneh sejak pesawat itu hilang pada 8 Mac, lapor NBC News.

Sarah Bajc, teman wanita Philip Wood, juga dirompak dua kali sejak kehilangan pesawat itu.

Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) sedang menyiasat kejadian 'menakutkan' yang mengganggu Bajc.

Bajc memberitahu NBC News bahawa dia menerima pesanan teks ringkas yang mengugut, "Saya akan datang bunuh awak pula seterusnya," kira-kira dua minggu selepas pesawat itu hilang.

Beberapa imej lucah dan penggilan telefon menyeramkan juga diterima daripada nombor China yang sama.

"Ia satu lagi kejadian yang membuatkan saya tidak tahan, ia sangat mengganggu," kata Bajc kepada NBC News.

Menurut Bajc, panggilan telefon dan mesej itu bermula selepas pangsapurinya diceroboh masuk buat pertama kali, seminggu setengah selepas pesawat MH370 hilang.

Tidak Bertanding Di Bukit Gelugor, BN Juga Tak Perlu Tanding Di Teluk Intan


Kekosongan kerusi Parlimen Bukit Gelugor akibat kematian Karpal Singh dalam kemalangan jalanraya 17 April lalu, bakal dimenangi secara percuma oleh DAP berikutan MCA yang sepatutnya meletakkan calonnya, mengambil keputusan tidak mahu bertanding di kerusi tersebut.

Dengan ini, anak Karpal Singh, Ramkarpal yang telah diumumkan sebagai calon DAP oleh Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng sudah boleh menarik nafas lega dan meraikannya kejayaannya lebih awal daripada yang sepatutnya, meskipun penamaan calon hanya akan diadakan pada 12 Mei ini.

Ini kerana jika ada pun calon Bebas yang turut bertanding untuk bersaing dengan Ramkarpal, mereka hanyalah ikan bilis dan bukannya pesaing yang sebenar kepada DAP.

MCA memutuskan tidak mahu meletakkan calonnya di Bukit Gelugor sebagaimana yang diumumkan oleh Setiausaha Agungnya, Ong Ka Chuan, adalah untuk memberi tumpuan kepada isu hudud dan melindungi Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Ong lagi, jika MCA bertanding mungkin akan menyebabkan beberapa isu lain timbul dan seterusnya memesongkan tumpuan parti itu dalam menghalang isu hudud daripada dibentangkan oleh Pas melalui usul persendirian di Parlimen.

MCA sebelum ini bukan saja menentang usul hudud yang mahu dibawa oleh Pas dengan menyediakan 100 peguam bagi tujuan itu, bahkan juga mengancam untuk mengkaji semula kedudukannya dalam BN jika UMNO mengambil sikap menyokongnya.

UMNO parti paling kuat berbohong, sampai usia mereka sendiri pun 1Malaysia di kencingnya..!!

 

http://www.jomubah.com/pru13/images/stories/umno_24_years.jpg
UMNO di haramkan pada tahun 1988
Yang ada sekarang ialah sebuah parti di diberi nama
"UMNO BARU"

Alor Setar - Penduduk makan habuk tiap hari...

Penduduk makan habuk tiap hari 
 Penduduk setempat berkumpul menunjukkan kerja menambak tanah tersebut.

ALOR SETAR - Lebih 1,000 penduduk Taman Gunung Bayu 3, dekat sini, dikhuatiri berdepan kesulitan akibat kerja pembinaan projek perumahan berhampiran kediaman mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindaknya, Mohammad Bahij Abu Bakar, 44, berkata, mereka kurang senang melihat kerja menambak tanah di Masjid Nur Zaharah Al Makmur, dekat sini.

“Bukan apa, ia dilihat memberi kesan negatif kepada kami. Habuk berterbangan mengotorkan lantai terutamanya di masjid, sekali gus mengundang ketidakselesaan.

“Malah, kerja menambak tanah dilihat tidak mengambil kira kedudukan sistem perparitan kecil. Jadi, banjir kilat dikhuatiri berlaku apabila air melimpah terutamanya ketika hujan,” katanya.

Mohammad Bahij berkata, keretakan jalan di laluan utama ke taman perumahan mereka juga kelihatan ketara kerana lori tanah disyaki membawa muatan secara berlebihan.

Nak menikah pun hangpa buat main-main, baik pie 'toron' di Siam sana..!!

Status kahwin sindiket meragukan
JAMILAH HAMZAH

http://pakarcinta.com/blog/wp-content/uploads/2011/11/269582_200042760048158_109718402413928_634571_4502372_n.jpg
ALOR SETAR - Status pasangan yang berkahwin menggunakan perkhidmatan sindiket poligami ekspres adalah meragukan dan boleh menjejaskan perkahwinan tersebut.

Timbalan Mufti Negeri Kedah, Syeikh Marwazi Dziyauddin berkata, pasangan yang menggunakan perkhidmatan sindiket untuk berkahwin akan menimbulkan banyak keraguan dari segi hukum syarak seperti keadaan wali, jurunikah dan saksi, sekali gus boleh menjejaskan perkahwinan tersebut.

Beliau berkata, pernikahan perlu mengikut hukum syarak yang ditetapkan serta mengikut perundangan Islam di sesebuah negara, jika tidak ia akan memberi pelbagai implikasi yang buruk kepada pasangan tersebut.

Eksklusif: Luahan hati Ustaz Mohd Lotfi


Eksklusif: Luahan hati Ustaz Mohd Lotfi
1 / 3
KONFLIK di Syria bukan sahaja mendapat perhatian dunia, malah rakyat negara ini yang prihatin terhadap penindasan umat Islam. Namun pelbagai pandangan dilemparkan apabila rakyat negara ini memilih untuk berjuang bersama penduduk tempatan memerangi kezaliman. 
 
Ada yang melabel mereka sebagai orang berjihad, dan syuhada, sementara setengah pihak menganggap mereka pemberontak serta terpengaruh dengan perjuangan militan.
 
Sinar Harian menghubungi Mohd Lotfi Ariffin, yang juga dipanggil Ustaz, yang kini berada di Syria bagi berkongsi pengalaman dan mendapatkan gambaran sebenar apa yang dicari sekumpulan rakyat Malaysia yang kini menghuni bumi Syam itu.

Beliau antara yang mengambil keputusan menyaksikan sendiri pergolakan yang berlaku, dan sehingga kini berdiri teguh sebagai benteng di negara bergolak itu. 
 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...