TERKINI :

Saturday, May 10, 2014

“Tak payah buat penilaian, Universiti kita memang terbaik dunia?” - Anwar

Oleh: Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 10 MEI: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sistem pendidikan tinggi universiti di negara ini memerlukan reformasi total bagi mengembalikan keupayaan institusi pendidikan membangunkan modal insan berkualiti.

Anwar berkata, seorang pensyarah di Eropah sendiri mencadangkan agar berlaku perubahan dalam sistem pendidikan di Universiti Harvard.

Anwar“Baru tadi Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan bahawa kita tidak akan ambil peduli terhadap sebarang penilaian berkenaan standart kualiti universiti. Ini berbeza.

“Ini Universiti Harvard pun diminta untuk ditegur agar diperbaiki untuk cemerlang.Tetapi di Malaysia ada menteri berkata universiti di negara ini adalah yang terbaik. Ini dia masalahnya.

Video Keadaan Makkah banjir?

NIZAM ZAIN



Berpuluh-puluh kenderaan dan banyak kediaman serta premis perniagaan di kota Makkah didakwa rosak teruk selepas bandar suci umat Islam itu dilanda hujan lebat selama dua jam pada lewat malam semalam dan ia hampir melumpuhkan sistem pengangkutan di barat Arab Saudi.

Menurut portal berita Sabq, bencana alam pada lewat malam semalam itu turut menenggelamkan beberapa laluan utama ke bandar tersebut dan menyebabkan kerosakan teruk harta benda yang belum dinilai kerugiannya.

Beberapa keping gambar turut dimuat naik dalam portal tersebut menunjukkan beberapa buah kenderaan dihanyutkan air deras dan berlanggaran antara satu sama lain.

Turut kelihatan kelibat beberapa orang penduduk Makkah yang bertempiaran menyelamatkan diri daripada dihanyutkan arus deras ketika cuba mengalihkan kenderaan mereka.

Namun kesahihan sumber ini tidak dapat pastikan apabila media perdana arus negara itu tidak melaporkan kejadian bencana alam itu.

MCA parti ‘flip-flop’

PETALING JAYA: MCA perlu menjelaskan pendirian kukuh mereka dalam membuat keputusan menyertai semula kabinet seperti yang ditegaskan parti itu sebelum ini.

Ia ekoran jurang perbezaan pandangan yang semakin melebar antara MCA dan Umno berhubung beberapa isu mutakhir negara.

Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen berkata, penerimaan MCA ke dalam kabinet Kerajaan hanya daripada ehsan Perdana Menteri.

“Jadi adakah mereka ini punya agenda dua agenda? Satu nak jadi menteri, satu tak nampak boleh bekerjasama dengan BN,” kata Wong Chen ketika ditemui Selangor Kini.

Dalam Pilihan Raya Umum-ke 13, MCA cuma mampu pertahan 7 kerusi Parlimen berbanding 15 kerusi dalam PRU12 daripada 40 kerusi yang ditandingi.

UMNO nak hudud, kasino bagaimana? Rompakan kekayaan dan penindasan bagaimana?

Umno tidak ikhlas sokong hudud, mahu sembunyi kecuaian kendali MH370, kata Anwar


Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyifatkan Umno tidak ikhlas dalam menyatakan sokongannya kepada cadangan hudud di Kelantan sebaliknya menjadikan isu itu untuk mengaburi mata rakyat berhubung isu kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Ketua Umum PKR itu berkata Umno tidak perlu terburu-buru menyatakan sokongan terhadap percubaan PAS untuk membawa rang undang-undang persendirian hudud di Parlimen tetapi melihat pelbagai salah laku yang biasa dilakukan mereka.

“Hudud bukan sahaja isu untuk mengalih perhatian MH370 tetapi saya percaya hudud (mereka) tidak ikhlas. Dia nak hudud, kasino bagaimana? Rompakan kekayaan dan penindasan bagaimana?

“Tidak mungkin orang curi ayam (baru mahu) sokong hudud, orang curi balak satu juta hektar dilepaskan. Saya tidak percaya Umno serius tetapi membawa isu ini untuk mengalih pandangan isu lain,” katanya selepas menyampaikan kuliah bertajuk Ekonomi Manusiawi di Dewan Reformasi Demokrasi dan Upaya Masyarakat di Puchong, Selangor.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob hari ini berkata PAS tidak perlu bergabung dengan Umno bagi menyokong cadangan pelaksanaan hukum hudud di negeri itu sebaliknya kedua-dua parti perlu komited untuk melaksanakan hukum Islam itu, lapor Bernama.

China rancang bina landasan kereta api ke Amerika Syarikat


BEIJING 9 Mei - China sedang menimbangkan untuk membina landasan kereta api berkelajuan tinggi yang menghubungkan negara ini dengan Amerika Syarikat (AS) sejauh 12,874 ki­lometer (km) yang mengambil masa kurang daripada dua hari perjalanan.

Bergerak pada kelajuan 349 kilometer sejam (kph), kereta api itu akan meninggalkan timur laut negara ini dan merentasi Siberia sebelum memasuki terowong sejauh 201 kilometer di Selat Bering, lintasan terpendek antara Rusia dan Alaska di Amerika Syarikat.

Kereta api itu kemudiannya menghala ke selatan menerusi Kanada sebelum tiba di destina­sinya di AS.

Bagaimanapun, masih tidak jelas sama ada kerajaan AS, Kanada dan Rusia bersetuju dengan cadangan itu.

Bagaimanapun jurutera mendakwa kemudahan itu akan menjadi alternatif kepada perjalanan menerusi udara, lapor China Daily yang dipetik Mail Online.

Kawasan Parlimen PM juga sedang alami krisis air..!!


DI PEKAN PAHANG JUGA ADA KRISIS AIR SEKARANG INI 

Isu air di Pekan rasanya dah lama berlaku tapi mengapa tidak ada tindakan jangka panjang dibuat...



AWAS Kepada ibubapa yang rajin tinggal anak dalam kereta tanpa di kunci

Keluar tandas anak lesap bersama kereta

Oleh Mohd Razlan Salleh dan Ardyhansah Amat
 
FotoKota Kinabalu: Tindakan seorang bapa meninggalkan kenderaan dipandunya tanpa mengunci pintu dan mematikan enjin membawa padah apabila anak bongsunya berusia tiga tahun dilarikan penjenayah di sebuah stesen minyak Kampung Air di sini, awal pagi semalam.
 
Dalam kejadian jam 6 pagi, Low Yee Shang, 31, terkedu apabila melihat pacuan empat roda Toyota Hilux diletakkan di luar setesen minyak selepas membuang air kecil hilang bersama anaknya Low Min You, 3, yang turut dilarikan.
 
 “Saya tidak tahan untuk membuang air kecil dan berhenti di sebuah stesen minyak untuk melepaskan hajat.

“Ketika itu, saya melihat Min You sedang tidur di kerusi penumpang belakang dan tidak mahu mengejutkannya sebelum keluar dari kenderaan,” katanya ketika ditemui.
MIN You dilarikan penjenayah.

Menurutnya, susulan itu, dia hanya membiarkan enjin dalam keadaan hidup lalu bergegas ke tandas.

“Bagaimanapun sebaik selesai membuang air, saya bergegas ke kenderaan, tetapi terkejut mendapati ia sudah tiada,” katanya.

Setahun BN Kembali Di Kedah: Ada Apa Untuk Rakyat?

oleh Muhammad Sanusi Md Nor,

http://1.bp.blogspot.com/-UdE4gFdusOU/UY4sWd7FirI/AAAAAAAAAiw/fi4sMp5EgeY/s1600/mukriz+mahathir+mb+kedah.jpg
Kata Dato' Mahfuz, BN Kedah di bawah DS Mukhriz ada 3B - Blur, Blind dan Blank.

Menulis analisis ringkas tentang Kedah setahun pasca PRU13 memang sukar kerana 'tak ada apa' untuk dianalisa. Dari kaca mata rakyat yang prihatin, BN Kedah hambar dan statik! Pimpinan kerajaan negeri bagai mengurungkan diri dalam kerangka fasa-fasa yang mereka sendiri cipta, sekarang ini fasa baru 'berbulan madu'.

Seorang strategis UMNO dalam pentadbiran kerajaan pernah memberitahu saya, sekurang-kurangnya ada tiga fasa dalam stail pentadbiran politik UMNO/BN yang berjaya mengekalkan kuasanya selama 50 tahun di Kedah. Fasa pertama ialah melaksanakan tindakan-tindakan yang tidak popular, termasuk yang menimbulkan kemarahan dan kritikan rakyat. Tindakan penguatkuasaan peraturan baru, kenaan cukai dan bayaran baru, perobohan gerai dan bangunan, dasar dan polisi yang menekan rakyat, dilaksanakan dalam fasa ini.

Utusan akui ramai pemimpin UMNO tak sedar diri..

Sempena ulang tahun penubuhan Umno ke-68, akhbar Utusan Malaysia hari ini mengatakan masih ramai lagi pemimpin parti itu 'tidak sedar diri' apabila sering bertelagah sesama sendiri sehingga menimbulkan rasa muak rakyat kepada parti itu.

Melalui ruangan rencana akhbar milik Umno itu,Pengarang Zulkiflee Bakar berkata, perbuatan berebut jawatan dan bertelagah sesama sendiri masih wujud sehingga melemahkan Umno dalam pilihan raya.

"Sehingga ke hari ini, masih ramai pemimpin dan ahli Umno di peringkat cawangan, bahgaian mahupun negeri bertelagah sesama sendiri.

"Sama ada Umno akan terus kukuh dan unggul seperti mana dihasratkan oleh Najib, bergantung kepada sejauh manakah pemimpin dan ahli Umno bersedia bermuhasabah dan melakukan pembaharuan demi memastikan parti itu terus relevan pada setiap zaman," katanya dalam ruangan komentar merujuk kepada hasrat Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

Menteri dan Pegawai Tinggi Agensi2 Getah.. Moga Bahagia Sentiasa Bersama Keluarga!

oleh

Dalam musim hujan ni, orang motong terpaksa memerah kudrat dua kali ganda. Hilanglah semua waktu bergembira bersama keluarga. Selepas motong selesai jam 12- 1 tengahari mereka laki bini akan balik ke rumah memasak untuk keluarga, makan apa saja yang ada di dapur. Suami pula menjemput- mengantar anak ke sekolah.
Selesai solat zohor, mereka ke kebun lagi, menjinjing baldi meletakkan ubat 'garam' ke setiap pot, supaya susu segera beku menjadi sekerap. Zaman dulu guna cuka, sekarang tidak lagi. Jika hujan turun sekitar jam 3 seperti hari ini, mereka akan basah lokoih (kuyup) dalam kebun, kerja membekukan getah perlu diteruskan juga. Jika tidak, susu bercampur air hujan akan memutih di permukaan tanah, kalau tidak hanyut lenyap bersama aliran air ke parit. Punah ranahlah kerja keras sejak subuh tadi.
Kalau kebun jauh dari rumah, mereka tidak balik lagi sehingga petang. Minyak motor perlu dijimatkan, untuk esok dan lusa. Berlabuhlah laki bini di perdu getah sambil mengibas nyamuk, hingga titisan susu di pancuran berhenti, sebelum ubat beku dititipkan. 

Kuala Lumpur dah betul-betul jadi "KL Gengster"

Seorang maut, 5 cedera ditembak di restoran

Seorang lelaki maut manakala lima rakannya cedera selepas ditembak dari jarak dekat di Jalan Ipoh di ibunegara awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi tadi, keenam-enam lelaki tersebut sedang makan di sebuah restoran sebelum dihampiri seorang lelaki menaiki Perodua Myvi.

"Suspek kemudiannya melepaskan tujuh das tembakan ke arah semua mangsa menggunakan pistol jenis semi-auto sebelum melarikan diri menaiki kereta tersebut yang dipandu seorang lagi suspek.

"Setakat ini, jumlah suspek yang berada di dalam kereta itu tidak dapat dipastikan," katanya kepada pemberita hari ini.

Katanya, keenam-enam mangsa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) namun seorang daripada mangsa berumur 38 tahun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di HKL manakala lima lagi dimasukkan ke unit kecemasan HKL.

PAS sekarang nie penuh dengan Pemimpin & Ahli yang 'pening lalat pemikirannya'

Kesian dengan Mohamad Sabu....

Pesuruh Jaya PAS Pulau Penin
Mohamed Nabi berkata beliau telah bermimpi bahawa hudud akan dilaksanakan di Pulau Pinang pada tahun 2020. Ini yang membuatkan beliau begitu bersemangat sekali untuk bertanding?

 Rupa-rupanya mamak ni adalah juga seorang ahli Umno yang telah berjaya menyelinap menjadi ahli PAS.

 Saya percaya ramai lagi yang sepertinya sedang berada dalam PAS.

 PAS perlu memantau ahli-ahlinya dan berani bertindak tegas apabila didapati melakukan kerja-kerja yang merugikan parti. PAS jangan berlengah-lengah bertindak ke atas mereka yang buat kerja-kerja sabotaj keatas jemaah dan juga yang belot dan buat kerja-kerja khianat terhadap rakan dalam Pakatan Rakyat.

[Edisi Kantoi] Tembelang Mamat yang ngaku Ahli PAS dan nak jadi calon Bukit Gelugur telah pecah



Warkah buat PM NAJIB - JANGAN ANDA CUBA GADAI HAK MELAYU..!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Diharapkan Dato' Sri sihat walafiat di samping keluarga tercinta.

1. Tujuan saya menulis warkah ini adalah demi memperingatkan Dato' Sri mengenai ketuanan bangsa Melayu dan mengimbas kembali sedikit sejarah UMNO jikalau ada yang Dato Sri' terlupa

2. Tahniah, beribu kalung tahniah diucapkan kerana kerajaan BN sekali lagi mendapat kepercayaan rakyat untuk menerajui negara. Sekali lagi diingatkan, kemenangan BN mencerminkan kemenangan orang Melayu kerana tanpa undi Melayu, BN pasti sudah kalah pada PRU yang lalu akibat tsunami yang Dato' Sri sendiri lebih sedia maklum.

3. Kami, orang Melayu berasa resah gelisah melihat perkembangan-perkembangan yang berlaku sejak kebelakangan ini. Satu per satu hak keistimewaan kami dipertikaikan oleh bangsa lain, dan kerajaan UMNO pimpinan Dato' Sri lebih suka berdiam diri dan bersikap seperti acuh-tak-acuh dengan perlakuan nakal pihak pembangkang yang bersifat anti-Melayu. Orang lama-lama berkata "diam itu tanda setuju", jadi kami kurang arif, samada YAB Dato' Sri bersetuju hak Melayu dipertikaikan ataupun Dato' Sri mengambil pendekatan "elegant silence" seperti mantan PM Tun Abdullah Badawi.

Awas umat islam yang ada 'smartphone', di Padang Masyar nanti bersediakah anda..??

"Sedang Abdullah beriktikaf di sebuah masjid di Shah Alam, tiba-tiba beliau terperasan ada seorang lelaki Bangladeshi asyik memandangnya sejak dari tadi.  Lelaki itu memandang-mandang dari tempat duduknya yang kira-kira 4 meter jaraknya.  Sedang beriktikaf juga.

Walaupun Abdullah berasa pelik, namun beliau tidak mempedulikannya kerana ramai orang sedang duduk-duduk di dalam kawasan yang sama.  Beliau tidak risau.  Cuma berasa tidak selesa.

Lama kemudian, lelaki berkurta putih itu pun bangun dan datang menghampiri Abdullah.  Abdullah menjeling.  Semakin pelik.

Dengan ramah, lelaki itu terus mengucapkan salam lantas terus bertanya:

“Itu Al-Quran boleh install ka dalam ini handphone?”  Tanya lelaki itu sambil menunjukkan telefon bimbit kecilnya.  Entah model apa, Abdullah pun tidak pasti.

Rupa-rupanya gelagat Abdullah yang terkumat kamit sambil mengadap telefon bimbitnya telah diperhatikan oleh lelaki itu.  Abdullah sedang membaca Al-Quran melalui telefon bimbitnya.

Krisis Air di Selangor adakah kita kufur nikmat..? Jadi Bersyukurlah dengan anugerahNya...


syukur

SELAIN  udara, air adalah antara anugerah ALLAH paling berharga kepada setiap kehidupan. Sedangkan haiwan dan tumbuh-tumbuhan memerlukan air untuk hidup, apatah lagi manusia. Hari ini kita diuji dengan air.

Pertama, sumber air dicemari, akibat daripadanya sebahagian penduduk Selangor terutama di Balakong dan Kuala Langat tidak mendapat bekalan air selama hampir sebulan.

Tidak lama kemudian paras empangan-empangan utama susut dan Selangor mengalami kekurangan air mentah untuk dirawat sehingga menyebabkan catuan terpaksa dilaksanakan. Dari peringkat satu, masuk peringkat kedua, ketiga dan hinggalah ke peringkat keempat catuan diteruskan.

Lebih 6 juta pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur menerima catuan; dua hari ada air, dua hari tak ada air.

Syukur Alhamdulillah.. Hebat bumi Malaysia, depa nak buat Genting jadi macam Las Vegas pulak...

Apa erkkkk... maksud surat khabar dari keluaran The Sun hari ini, tolong lah gua Bangsa Umno terutamanya TOK-TOK MUFTI Terjemahkan maksud yang TERSIRAT dalam Laporan The Sun tersebut. Gua ni dalam Bahasa Mak Bapak Umno Inggeris Penjajah agak BENAK sikit beb, al maklum aje le... sekolah gua dulu berada di Tempat JIN BERTENDANG... ala tempat yang Ramai dihuni oleh Orang Melayu tu... kah kah kah !.


Tetapi itu semua adalah cerita dulu beb... sekarang dan akan datang Mungkin tidak lagi dipanggil tempat Jin Bertendang lebih-lebih lagi bila saja GST dilaksanakan kerana GST dikatakan akan Merapat Jurang Pendapatan antara Penduduk Bandar dan Luar Bandar, mungkin juga akan dipanggil tempat Syaitan Yang Dikenali Berpeleseran, biasa nya Syaitan akan Suka jika sesuatu tempat ada Kelebihan Duniawi... kah kah kah !.

PRK Bukit Gelugor: Ahli PAS, Pemikiran UMNO


Seorang ahli PAS yang juga ahli perniagaan yang telah bersara, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Sathar, menyuarakan hasratnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor. Penamaan calon ditetapkan Isnin ini.

Mohamed Nabi berkata beliau mahu menyertai pertandingan itu berdasarkan polisi PAS dan prinsip-prinsip Islam, dan bahawa beliau telah bermimpi bahawa hudud akan dilaksanakan di Pulau Pinang pada tahun 2020.

Beliau juga merayu kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya bertanding di kerusi tersebut yang menjadi kosong selepas kematian Karpal dalam nahas jalan raya pada 17 April.

"Jika tidak, saya akan bertanding sebagai calon bebas. Saya tidak akan keluar PAS dan akan kekal dalam parti itu dan berjuang untuk Islam," kata Mohamed Nabi dalam satu sidang akhbar hari ini.

Umat Islam akhir zaman 'Minum Najis'..!!

Umat Islam akhir zaman akan ikut Yahudi & Nasrani sampai lubang biawak


Semua Ikut Yahudi & Nasrani
-Minum Najis
-Tandas Mengadap Kilat
-Simpan Janggut @ Misai ?
-Jangan Beranak Ramai
-1 Suami 1 Isteri ?
-Penerangan G.S.T
Ustaz Muhammad Fawwaz Mohamad Jan

Kupasan yang simple dari sahabat bukan Islam yang benar faham apa itu Hudud

Ramesh kagum lihat negara laksana hudud

Hudud

KUALA LUMPUR - "Pengalaman menyaksikan bagaimana pelaksanaan hukum hudud di Arab Saudi menyebabkan saya terdorong untuk menyokong hukum hudud supaya dilaksanakan di Malaysia".

Demikian menurut Presiden Pertubuhan Minda Sosial dan Prihatin, Ramesh Rao apabila diajukan persoalan mengenai isu huhud yang kembali diperdebatkan.

"Bagi saya, saya menyokong hudud.

"Sebab pengalaman saya ke Arab Saudi (Jeddah), hati saya begitu tersentuh tatkala melihat bagaimana keberkesanan perlaksanaan hukum hudud di sana.

"Ketika di sana (hari Jumaat), saya cukup terpegun, bayangkan tatkala umat Islam menunaikan solat Jumaat, semua kedai tidak ditutup, dibiarkan terbuka, tanpa takut dicuri atau dirompak.

Sultan Brunei tak gentar dengan ugutan, malahan baginda dengan tegas 'memulangkan paku buah keras'

ANCAMAN HUDUD – RAKYAT BRUNEI BERTEGAS & PULANGKAN PAKU BUAH KERAS

Pelbagai propaganda di ada-adakan oleh pelbagai pihak khususnya media barat untuk mencabar dan melemahkan semangat DYMM SULTAN BRUNEI DARUSSALAM dalam usaha memartabatkan Hudud. Antaranya ialah ugutan untuk memboikot hotel milik baginda, bahkan ada yang tampil mengaku sebagai penzina kepada adinda baginda dengan tujuan kononnya untuk mengaibkan.

Kami ada kongsikan seruan agar kita semua bersatu untuk memberikan semangat tidak berbelah bagi untuk DYMM Sultan Brunei meneruskan apa yang telah ditetapkan pada beberapa rencana ugutan itu sebelum ini.

UGUTAN YANG MENGAIBKAN DARI SEORANG WANITA

SILA RUJUK: http://prihatin.net.my/v3/2014/05/07/jangan-berhenti-berdoa-agar-sultan-brunei-terus-cekal-menghadapi-cabaran/

Kepada anda atau pihak-pihak berwajib yang melihat berita yang sedang berlegar ini harap dapat bertenang. Mohon panjangkan kepada baginda Sultan. Jangan sekali-kali merasa tergugat dengan propaganda sebegini yang akan banyak muncul satu demi satu.

Demikian juga para pemimpin lain yang ingin berjinak-jinak dengan HUDUD tetapi takutkan bayangan dosa-dosa lama. Allah tidak zalim untuk menghukum kejahilan kita. Laksanakan usaha mengajarkan selok belok hukum dan ketegasan penghukuman yang bakal dijalankan dengan sabar. Ya kita tidak perlu terlalu denial atau defensif. Selaku manusia kita memang melakukan dosa yang berbagai rupa.

Nak menikah tak perlu pie Thailand dah, kat Kedah pun depa dok buat surat nikah palsu.

Surat kebenaran kahwin dipalsukan

Surat kebenaran kahwin dipalsukan  
Syeikh Ahmad Faisol menunjukkan surat kebenaran berkahwin Jaik yang dipalsukan.

ALOR SETAR – Surat kebenaran berkahwin yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) dikesan dipalsukan untuk tujuan nikah poligami di sekitar Kuala Kedah.

Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan), Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jaik, Syeikh Ahmad Faisol Omar berkata, bukti pemalsuan itu dapat dikesan melalui isi kandungan yang terdapat pada surat kebenaran terbabit.

“Surat kebenaran itu nampak seperti asal tetapi sebenarnya dipalsukan. Bukti palsu itu dapat dilihat pada tandatangan pegawai agama yang tidak benar, nombor siri yang tidak wujud serta nombor resit yang berlainan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, kes terbabit akan disiasat menurut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2008 melibatkan Seksyen 9 iaitu melakukan akad nikah tanpa kebenaran, Seksyen 40 iaitu melakukan pernikahan tanpa kebenaran serta Seksyen 124 enakmen sama iaitu poligami tanpa kebenaran mahkamah.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...