TERKINI :

Friday, May 9, 2014

Kita di pihak mana, penindas atau kena tindas

KUALA LUMPUR: "Negara kita berbilang bangsa. Antara satu kesan negatif ialah ianya membolehkan pihak yang tidak bertanggung jawab melagakan satu kaum dengan satu kaum yang lain," tulis Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz di dalam blognya.

Justeru, kata Ahli Parlimen Raub itu, tentangan DAP misalnya terhadap BN yang didominasi oleh parti Melayu Umno, segera dilihat sebagai penentangan suatu kumpulan Cina terhadap sebuah kerajaan Melayu.

"For all intents and purposes, dan kita tidak perlu menipu diri sendiri, kerajaan hari ini dilihat sebagai sebuah kerajaan Melayu.

"Maka apa sahaja tentangan terhadapnya, disamakan sebagai penentangan terhadap bangsa Melayu. Ianya tidak betul, tapi itulah hakikatnya," tulisnya.

Tetapi, tanya beliau apa jadi jika semua penduduk negara ini Melayu dan bagaimana mengkategorikan tentangan terhadap kerajaan sama ada durhaka atau pembelot

Dr M dakwa 'berbahaya' naik pesawat Boeing


https://www.krannert.purdue.edu/centers/dcmme_gscmi/05_Events/01-2-Boeing/boeing.jpg
MH370 Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan kekurangan penjelasan pihak Boeing sejak tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370, dengan mendakwa selagi syarikat itu tidak berbuat demikian, maka keselamatan pesawatnya adalah meragukan.

"Banyak perkara yang perlu dijawab oleh Boeing. Sehinggalah pesawat itu ditemui dan punca kegagalan peralatan komunikasi dan kehilangannya dapat dijelaskan sepenuhnya, maka seseorang itu mesti membuat kesimpulan bahawa adalah berbahaya untuk terbang dengan pesawat Boeing," katanya dalam catatan di blog pagi ini.

Mahathir berkata walaupun sistem komunikasi pesawat Boeing dibekalkan oleh kontraktor dan vendor, tetapi Boeing bertanggungjawab bagi pemasangan, pengujian dan persijilannya.

Benarkah ada sindiket menyeludup kereta di Langkawi

DAP tuntut jawapan Putrajaya tentang sindiket penyeludupan kereta di Langkawi
OLEH DIYANA IBRAHIM

http://4.bp.blogspot.com/-QmSPxnqqGQM/U2xRsJ0eJKI/AAAAAAAAW_g/yoM_g9EhkeM/s1600/output_9u4f4Z.gif
IKLAN SAHAJA
DAP hari ini ‎menuntut jawapan daripada Putrajaya berhubung sindiket penyeludupan kereta di Langkawi memandangkan ramai dilaporkan menjadi mangsa apabila tidak menyedari membeli kenderaan yang di bawa keluar daripada pulau tersebut.

Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming berkata, kebanyakkan mangsa tertipu dengan sindiket kemudiannya diberitahu kenderaan itu daripada Langkawi di mana mereka perlu membayar cukai kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk mendapatkan kembali kereta mereka.

Katanya laporan juga sudah diajukan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat sindiket tersebut namun badan tersebut hanya mendiamkan diri.

Katanya bukan sahaja SPRM, malah pihaknya juga bertindak menulis surat kepada kementerian berkaitan termasuk ‎ Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low bagaimanapun tiada maklum balas diterima.

Berita Tergempar.. Benarkah apa dikatakan keatas Sultan BRUNEI ini..???

Selepas pelaksanaan hukum hudud di Brunei oleh Sultan Hassanal Bolkiah, pendedahan gaya hidup boros dan bergelumang dengan maksiat melibatkan pemerintah dan kerabatnya didedahkan media barat.

Media berkenaan mengkritik kehidupan peribadi Sultan Brunei dan kerabatnya dan pendedahan melibatkan anakanda Sultan, Putera Abdul Azim dan adiknya, Putera Jefri Bolkiah dilakukan.

Majalah atas talian barat, Frontpage Mag (www.frontpagemag.com), menuduh anak kesayangan Sultan Brunei, Azim sebagai seorang yang gemar mengadakan parti liar dengan selebriti Hollywood.

"Putera Azim, anak kesayangan Sultan Brunei juga menghabiskan banyak wang untuk menjemput bintang ke sambutan ulang tahunnya dan menghabiskan masa berparti di Barat," kata penulis majalah itu, Daniel Greenfield dalam artikelnya.

Azim juga didedahkan pernah minum arak sehingga mabuk bersama mendiang Michael Jackson yang diketahui ada kecenderungan dalam hubungan sejenis dan ia didedahkan sendiri oleh selebriti Amerika Syarikat, Aaron Paul Sturtevant.

Pemikiran Dua Pemimpin Pemuda Yang Merbahaya Kepada Masa Depan UMNO

http://www.mole.my/sites/default/files/images/HUSS5080.storyimage.JPG
Isu pemansuhan ruangan kaum pada borang rasmi kerajaan terus menjadi isu hangat dalam UMNO dan di kalangan orang Melayu. Sejak pengumuman mengenai perkara itu yang menimbulkan kontroversi sehingga kemudian Perdana Menteri, Najib Razak menafikan adanya sebarang pemansuhan diputuskan oleh kerajaan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Joseph Entulu juga diarahkan meminta maaf, isu yang terus menjadi perbualan ialah sikap dan pendirian dua pemimpin Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Naibnya, Khairul Azwan Harun mengenainya.

Sama ada pemansuhan itu benar-benar diputuskan oleh kerajaan atau sebaliknya tidaklah lagi penting tetapi yang pentingnya Najib akhirnya menyedari bahawa beliau dan kabinet telah membuat kesilapan mengenai perkara itu. Berikutan reaksi negatif yang diterimanya dan untuk mengelakkan ia menjadi isu yang berlanjutan di kalangan orang Melayu, Najib dengan pantas menafikan adanya sebarang perubahan mengenai perkara itu.

Seharusnya dalam isu seperti ini, membincangkannya pun tidak perlu kerana keperluan mengisi identiti kaum berkaitan secara langsung dengan hak istimewa Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan yang mans jika ianya ditanggalkan, lebih memungkinkan bangsa Melayu terus tercicir, diketepi dan ditinggalkan.

Mat Sabu di Bukit Gelugor mampu ‘jernih’ hubungan PAS dan DAP, kata penganalisis


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dilihat sebagai calon sesuai bertanding di Parlimen Bukit Gelugor menggantikan mendiang Karpal Singh. Gambar fail The Malaysian Insider.
Pakatan Rakyat (PR) mampu menjernihkan hubungan antara parti komponen mereka terutamanya PAS dan DAP sekiranya Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu diletakkan untuk bertanding di kerusi Parlimen Bukit Gelugor yang merupakan kerusi tradisi bekas pengerusi parti itu, mendiang Karpal Singh.

Penganalisis politik tanah air meramalkan, meletakkan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu akan turut memberikan kesan kepada Barisan Nasional (BN) berbanding calon daripada DAP.

"Boleh Mat Sabu bertanding. Dalam suasana sekarang memang ada polemik hebat dalam PR, seperti isu hudud.

"Maka, benda mustahil dalam politik tidak lagi mustahil," kata Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata, meskipun sekiranya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor DAP menyerahkan kerusi itu untuk ditandingi PAS, mereka boleh mengambil semula kerusi itu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Mat Sabu orang Pulau Pinang dan mempunyai hubungan baik dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Fenomena ‘Ya Hanana’ di Malaysia...!!!

Oleh KHAIRUZZAMAN MOHD WAFA

“TELAH muncul agama yang didukung dengan munculnya Nabi yang bernama Ahmad, betapa beruntungnya kami dengan Muhammad s.a.w., itulah anugerah dari Allah. Betapa beruntungnya kami.”Itulah sebahagian daripada terjemahan qasidah yang sangat masyhur pada ketika ini iaitu qasidah ‘Ya Hanana’.

‘Ya Hanana’ kini menjadi satu fenomena baru kepada masyarakat kita di Malaysia sehingga di mana-mana sahaja kita berada, kita akan mendengar mengalunkan qasidah ini, tidak kiralah sama ada di peringkat kanak-kanak mahupun dewasa kerana seronok dengan alunannya yang santai dan menghiburkan.

Berbalik pada sejarah, sebenarnya qasidah atau alunan bait-bait syair Arab ini telah pun masyhur sejak zaman sebelum Islam, yang mana mengandungi puji-pujian dan kepada wanita, harta benda, ataupun individu yang dianggap berjasa kepada masyarakat tempatan.

Selepas kedatangan Islam, kandungan syair-syair ini telah berubah daripada sesuatu tidak memberi manfaat, kepada satu medium yang boleh mengajak manusia ke arah kebaikan dan ada antaranya mengandungi pujipujian kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat baginda.

Bermula daripada seni syair yang dibacakan dalam berbentuk puisi sehinggalah diangkat seninya dan telah dialunkan secara berlagu dan kemudiannya qasidah dilagukan dengan iringan muzik tradisional iaitu rebana, kompang dan tamborin.

Cakap banyak tak guna kami nak debat antara MP LANGKAWI Vs MP PANDAN....




Negara findland bantai 24% gst tapi rakyat dapat nikmat, kat negara kita bantai 6%.... Laporan Audit bocoq memanjang, hutang kroni berbillion tak penah bayaq, ngaji tak percuma, cukai pendapatan tetap 26%, rasuah yg besaq2 mcm tak ada tindakan....

Cakap banyak tak guna kami nak debat antara MP LANGKAWI VS MP PANDAN....

Amacam ada berani kaaa?Jom Like Page Nie Sat : Kata-Kata Hikmah

Bukan pertandingan siapa paling kuat tolak hudud

KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menggesa semua ahli Parlimen tidak terperangkap dengan sindrom Islamofobia yang kini sedang menjadi alat menyekat apa sahaja unsur yang beraliran Islam.

Bagi Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid, MCA dan Gerakan yang meraih kesempatan untuk menyerang dan mencabar DAP untuk mengugut PAS dalam isu hudud adalah suatu politik kebudak-budakan.

“Ternyata dalam isu ini kematangan politik hampir dipupuskan oleh mereka yang cuba menjuarai isu anti hudud, seolah-olah ada suatu agenda pertandingan, siapa paling kuat menolak hudud sedang diperlihatkan dalam medan politik negara,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, sebagaimana di bawah.

Teras Pengupayaan Melayu (Teras) merumuskan reaksi panik yang ditampilkan terhadap hudud oleh MCA dan Gerakan yang menjadi rakan anggota Umno dalam BN, jelas membuktikan Umno gagal memahamkan mereka mengenai undang-undang jenayah syariah walaupun setelah selama 56 tahun negara ini merdeka.

Semua anggota BN nampaknya tidur sekelambu tetapi tidak dibenarkan bermimpi dengan mimpi yang sama. Akhirnya akibat bersekutu tetapi sarat dan tebal dengan perasaan asobiyah menyebabkan prasangka bersarang apabila isu hudud ditampilkan.

Awas kaki MC, jika kantoi anda mungkin didenda RM1000 atau 3 bulan penjara

Didenda RM1,000 kerana cuti sakit palsu

KUALA LUMPUR 8 Mei - Gara-gara mengemukakan sijil cuti sakit palsu kepada majikan, seorang bekas penyelia tapak di sebuah syarikat pembinaan dihukum penjara satu hari dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Saifulakmal Said menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd. Hirwan Rusman, 28, yang mengaku bersalah atas pertuduhan itu yang didakwa dilakukan di pejabat syarikat berkenaan di D6, Sentul East, di sini, 2 Januari lalu.

Gagal membayar denda, tertuduh yang diwakili peguam N. Satgurunathan, boleh dihukum penjara tiga bulan.

Mohd. Hirwan didakwa dengan curangnya menggunakan sijil cuti sakit itu sebagai dokumen tulen untuk memperdaya majikannya, syarikat pembinaan Yeoh Tiong Lay (SPYTL) Sdn. Bhd. sedangkan dia mengetahui sijil tersebut adalah palsu.

Ruangan kaum dalam borang kekal

TAIPING – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan kerajaan telah memutuskan untuk menghapuskan ruangan maklumat kaum dalam borang kerajaan ketika melakukan urusan rasmi.

Beliau berkata, Kabinet ada berbincang berhubung perkara tersebut tetapi keputusannya adalah untuk mengekalkan amalan dan dasar yang sedia ada.

"Saya hendak nyatakan bahawa tidak ada perubahan dasar kerajaan mengenai borang permohonan rasmi kerajaan yang mana ruang kaum itu masih kekal.

"Kabinet tidak membuat keputusan memansuhkan keperluan mengisi ruang tersebut dengan kategori kaum," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...